Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

(TAHNIAH) Syafiq Yusof Dan Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

(TAHNIAH) Syafiq Yusof Dan Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Pertama


(TAHNIAH) Syafiq Yusof Dan Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Posted: 01 Jan 2016 04:44 AM PST

Tahniah kami ucapkan kepada pengarah yang berbakat besar, Syafiq Yusof  dan isterinya, Aiesyah Zainal kerana telah selamat menimang cahaya mata mereka yang pertama pagi tadi.

Aiesyah melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.6 kilogram pada jam 1.56 petang tadi di Hospital Colombia, Setapak, Kuala Lumpur.

Syafiq memilih nama Nuur Jannah yang membawa maksud cahaya syurga untuk anak perempuan mereka.

Alhamdulillah. Syukur Ya Allah Ya Robb Ya Rahman. Syukur atas kelahiran anak pertama saya Nuur Jannah #babygirl ayah dan ibu sayang sangat-sangat kamu Jannah!!

Semoga rumah tangga Syafiq Yusof dan isteri dilimpahi dengan kebahagiaan dan rezeki yang lebih lagi selepas ini atas kelahiran orang baharu didalam keluarga mereka.

Maria Farida Sedih Digelar Perampas Selepas Berkahwin Dengan Bekas Suami Rakan Karibnya

Posted: 31 Dec 2015 07:23 PM PST

Sejak sebelum berkahwin dan selepas bergelar isteri kepada Datuk Rahman, aktres Maria Farida tidak boleh lari daripada kontroversi sehingga ada yang melabelkan beliau sebagai perampas.

Masih ramai yang tidak senang melihat beliau dan Datuk Rahman bahagia bersama apabila terdapat lagi komen berbaur penghinaan yang ditujukan buat Maria.

Enggan terus menjadi manga kecaman dan hinaan, Maria baru-baru ini ada meluahkan rasa sedih beliau terhadap mereka yang mengkritik beliau walaupun tidak mengetahui perkara yang sebenar. Buat Maria mengapa soal jodoh beliau harus dipersoalkan.

Saya sedih sebab rata-rata orang Melayu yang komen. Sepatutnya orang Melayu kita lebih beradab ketika bercakap. Tidak tahu perkara sebenar yang terjadi tetapi main teka dan tulis. Hakikatnya, sudah jodoh saya dengan dia nak buat macam mana. Kenapa mahu pertikaikan lagi.

Maria juga menjelaskan beliau tidak menghebahkan majlis perkahwinan tersebut atas permintaan suaminya.

Kami hanya menjemput seramai 50 orang yang terdiri daripada famili dan kawan-kawan terdekat. Lagipun ini perkahwinan kedua saya. Jadi, untuk apa ia dibuat secara besar-besaran.

Perampas atau tidak semua itu tidak boleh di nilai jika kita tidak tahu situasi sebenar yang berlaku antara mereka. Lagipun,Maria sudah bernikah dengan Datuk Rahman apa yang kita boleh buat adalah doakan sahaja kebahagiaan mereka.

Sumber Berita: Kosmo!

Lagi 11 Foto Sekitar Majlis Akad Nikah Marsha Milan & Shaiful

Posted: 31 Dec 2015 06:32 PM PST

Jika tadi kami sudah kongsikan 9 foto sekitar majlis akad nikah Marsha Milan dan suaminya Shaiful, kini kami sertakan beberapa lagi gambar-gambar lain pada majlis tersebut.

Tidak dapat kami nafikan majlis tersebut kelihatan begitu indah daripada setiap sudut apatah lagi Marsha dan Shaiful tampak cukup manis bersama.

Tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua dan semoga perkahwinan Marsha dan Shaiful berkekalan sehingga ke akhir hayat. Selamat datang juga kepada Marsha sebagai saudara baharu dalam Islam..

Lagi 10 foto dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Foto: Instagram Pepatung

Sheera Iskandar Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan Dalam Rahim

Posted: 31 Dec 2015 06:00 PM PST

Disahkan menghidapi sejenis ketumbuhan dikenali sebagai Endometriosis didalam rahimnya, pelakon Sheera Iskandar telah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut di  Hospital Pakar Damansara pada hari Selasa lepas.

Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai ke tahap serius, tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa. Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi.

Agak sukar untuk seseorang wanita itu hamil jika ketumbuhan itu tidak dibuang malah ia juga boleh sampai ke tahap yang lebih seirus.

Buat masa ini Sheera masih lagi ditahan di wad kerana keadaan beliau masih belum stabil. Doktor juga menasihatkan agar Sheera menjaga pemakanan beliau selepas ini agar penyakit itu tidak berulang.

Seram jugak bila dengar ada ketumbuhan dalam rahim, boleh kami bayangkan sakitnya bagaimana. Harap Sheera Iskandar cepat sembuh.

Sumber Berita: mStar Online




@



(TAHNIAH) Syafiq Yusof Dan Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Pertama