Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

(TAHNIAH) Ustaz Don Timang Cahaya Mata Kedua

(TAHNIAH) Ustaz Don Timang Cahaya Mata Kedua


(TAHNIAH) Ustaz Don Timang Cahaya Mata Kedua

Posted: 26 Jan 2016 10:44 AM PST

Tahniah kami ucapkan kepada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid atas kelahiran anak lelaki kedua beliau yang dinamakan Don Ibrohim.

Berita itu tidak disampaikan oleh Ustaz Don sendiri tetapi menerusi akaun Instgram isteri kepada pelawak terkenal, Zira yang mengucapkan tahniah kepada Ustaz Don kerana sudah menimang cahaya mata kedua.

Tahniah ustaz don baby no 2 alhamdulillah syukur moga dipermudah segala nya utk keluarga ustaz in sya allah.

Satu majlis aqiqah juga telah diadakan baru-baru ini oleh Ustaz Don bagi meraikan anaknya itu. Sebelum ini Ustaz Don dan isterinya Husna Zahry telah dikurniakan anak lelaki bernama Don Mustofa yang kini berusia dua tahun.

Ayda Jebat Punca Aiman Hakim Ridza Dan Nur Fathia Putus Cinta?

Posted: 26 Jan 2016 10:22 AM PST

Disaat hubungan Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia putus buat kali kedua, pelbagai spekulasi yang tercetus. Malah, kedua-duanya juga enggan menjelaskan punca sebenar mereka berpisah sedangkan sebelum ini hubungan mereka nampak agak baik.

Namun, timbul dakwaan mengatakan Ayda Jebat adalah orang ketiga yang menyebabkan Aiman dan Fathia memutuskan percintaan mereka yang  terjalin lebih daripada 3 tahun lamanya.

Walaubagaimanapun, Ayda menafikan gosip berkenaan dan menjelaskan beliau tidak tahu apa yang berlaku akan hubungan Aiman dan Fathia.

Saya tidak tahu-menahu langsung mengenai apa yang berlaku dengan hubungan mereka, malah saya tidak ada masalah dengan kedua-duanya. Saya juga tidak pernah berhubungan dengan Aiman selepas kami selesai berlakon bersama dalam drama bersiri, Isteri Separuh Masa.

Buat Ayda tuduhan sebegitu tidak berasas dan mempercayai ada pihak yang cuba untuk memburukkan namanya.

Saya tahu siapa diri saya dan saya yakin peminat juga faham dengan dakwaan seperti ini. Saya harap perkara ini tidak dibangkitkan lagi.

Agak berat juga tuduhan yang dilemparkan kepada Ayda. Nampaknya aktres ini seakan tidak boleh lari daripada dikaitkan dengan mana-mana aktor yang berlakon dengan dirinya.

Sumber Berita: BH ONLINE

Saya Mahu Wanita Berharta Dan Ada Kedudukan Supaya Boleh Tumpang Kesenangannya – Arja Lee

Posted: 26 Jan 2016 10:04 AM PST

Arja Lee sekali lagi telah tampil memberikan kenyataan yang agak panas dan mampu mengundang kritikan ramai apabila meluahkan hasratnya untuk berkahwin bersama wanita yang mempunyai harta dan kedudukan agar Arja boleh tumpang senang.

Kenyataan itu adalah bagi menjawab persoalan portal Utusan Online yang ingin mengetahui bila agaknya aktor itu akan menamatkan zaman bujangnya.

Buat Arja jika seseorang wanita itu boleh mencari pasangan yang berpangkat, mengapa golongan lelaki tidak boleh melakukan perkara yang sama? Namun, Arja bukan memandang pada harta semata-mata tetapi tetap mencari ciri-ciri wanita solehah didalam diri mereka.

Kalau wanita boleh mencari pasangan yang bergelar Datuk terutama dari golongan ahli perniagaan untuk menjamin kebahagiaan di samping kewangan yang stabil, kenapa golongan lelaki tidak boleh mempunyai harapan yang sama?

Sebab itulah saya mahukan seorang wanita yang berharta, ada kedudukan supaya boleh menumpang kesenangannya. Semestinya, bukan itu sahaja ciri-ciri wanita idaman saya, malah bakal isteri haruslah cukup sifat wanitanya serta solehah.

Kalau boleh, si dia bukanlah dari kelompok selebriti atau artis. Cukuplah sekadar berkemampuan tetapi sederhana peribadinya dari kalangan orang biasa.

Buat masa ini Arja masih lagi mencari pasangan yang sesuai buat dirinya dan memberitahu beliau akan berkahwin dalam masa 2 tahun lagi.

Bukan senang hendak cari calon seperti yang Arja Lee mahukan. Tidak salah jika untuk seseorang lelaki mencari wanita yang lebih berpangkat namun janganlah sampai kena label makan hasil bini sahaja. Sebagai seseorang lelaki sudah menjadi tanggungjawab untuk menyediakan apa yang patut buat isteri dan bukan menumpang kesenangan mereka sahaja.

Sumber Berita:  Utusan Online

Serlahkan Kecantikan Mata Anda Dengan KATE

Posted: 26 Jan 2016 01:53 AM PST

Kecantikan gadis Asia tidak perlu dipertikaikan lagi. Secara jujur, Abang Nara lebih mudah jatuh cinta dengan gadis-gadis Asia berbanding gadis-gadis negara barat. Satu ketika dahulu ada awek negara Spain nak mengorat diri ini. Namun Abang Nara tolak mentah-mentah kerana diri ini telah jatuh cinta dengan isteri tercinta yang merupakan seorang gadis Melayu. Hehehe.

KATE tokyo

nie baru cikgu dah cun melecun, belum supermodel Melayu lagi

Jadi apakah ciri-ciri yang menyebabkan gadis Asia lebih cantik, menawan dan jelita berbanding gadis-gadis benua lain? Setelah membuat sedikit kajian, Abang Nara telah berjaya menjumpai jawapannya. Tak lain tak bukan, keunikan para gadis Asia terletak pada mata mereka. Yup mata, atau dalam bahasa omputihnya, eyes.

kate tokyo

tengok tue renungan mata Mia Ahmad, memukau beb!!!

Kata orang, dari mata turun ke hati. Sememangnya mata gadis Asia lebih bulat, besar dan bersinar-sinar. Bulu mata yang tebal serta panjang juga menambah daya tarikan. Itu belum kira kening mata. Mana nak jumpa gadis barat yang ada kening mata tebal? Gadis Asia je ada. Bila kena tenung dengan mata yang seperfect itu, memang cair dibuatnya.

kate tokyo

mata Che Ta yang telah mencairkan hati Zain Saidin

Apa yang menarik tentang mata ialah ada banyak cara yang boleh digunakan untuk mencantikkannya. Menurut wife Abang Nara, cara terbaik ialah dengan menggunakan KATE Digital Memory Eye Liner. Dengan "Digital Black Formula"nya, mata kita akan kelihatan lebih cantik, lebih besar dan lebih hitam apabila menggunakan eyeliner KATE ini. Berusnya yang super-fine flat memudahkan lagi proses mentatariaskan mata, sekaligus tampil lebih menawan. Paling best, ia boleh dibasuh bersih dengan air selepas selesai penggunaan. Harga cuma RM46 sahaja.

kate tokyo

Untuk makluman, KATE adalah jenama alat solek nombor 1 di Jepun dan ia dicipta khas untuk gadis Asia sejak tahun 1997 lagi. Ciri-ciri wajah gadis Asia memang berbeza dengan gadis barat. Kalau menggunakan alat solek yang tak bersesuaian, susah nak dapat hasil yang diimpikan. Memahami kesukaran ini, KATE tampil mengeluarkan alat solek yang boleh digunakan oleh seluruh gadis Asia dengan misi untuk mencantikkan lagi mereka.

kate tokyo

Selain daripada KATE Digital Memory Eye Liner, satu lagi produk KATE khas untuk menambahkan kecantikan mata para gadis Asia ialah KATE V Long Lash Maskara. Ini special untuk lentikkan lagi bulu mata. Confirm kalah bulu mata Rozita Che Wan. Siap boleh ada efek melengkung lagi. Memang makin cun lah mata anda. Mudah dibasuh dengan air panas selepas penggunaan, KATE V Long Lash Maskara ini dijual pada harga RM53 sahaja. Memang berbaloi-baloi sangat.
kate tokyo

Awesome kan? Itu baru bab mata je. Macam-macam lagi jenis alat solek yang dikeluarkan oleh KATE ini. Ada gincu, ada maskara, ada eyeliner dan macam-macam lagilah. Semuanya direka khas untuk gadis-gadis Asia. Kualiti dijamin, harga berpatutan dan confirm korang akan tampak lebih cun melecun bila menggunakannya. Wife Abang Nara dari dulu memang pengguna setia Kate. Katanya senang sangat nak guna. Sesuai untuk gadis Melayu macam dirinya.

Abang Nara percaya ramai pembaca BeautifulNara yang pernah menggunakan KATE. Kongsikan pengalaman korang di ruangan komen. Buat yang belum mencuba, Abang Nara sarankan pergi beli KATE Digital Memory Eye Liner atau KATE V Long Lash Maskara hari ini jugak. Confirm puas hati punya. Maklumat lanjut layari www.kanebo-my.net/kate dan www.facebook.com/KATEMalaysia

AJL 30 : Caliph Buskers Nafi Naik Teksi Daripada Kuala Lumpur Ke Shah Alam

Posted: 25 Jan 2016 10:04 PM PST

Pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke 30 (AJL 30), kumpulan Caliph Buskers menafikan dakwaan bahawa mereka terpaksa menaiki teksi daripada Kuala Lumpur ke Shah Alam bagi menghadiri anugerah berkenaan yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada hari Ahad lepas.

Semuanya berpunca apabila sebuah foto dua anggota kumpulan tersebut iaitu Fendy dan Nor Nadira Rubina berada di kaunter teksi untuk ke Stadium Melawati mula tersebar luas di media sosial.

Jelas Fendy, foto itu dirakam sewaktu beliau dan isteri ingin menjemput anak-anak mereka dari sekolah dan kebetulan pada waktu itu mereka memakai T-Shirt dengan logo AJL30.

Gambar itu mungkin diambil sewaktu saya dan Nadira mahu menjemput anak-anak dari sekolah di Bangsar dengan menaiki teksi.

Kebetulan kami memakai baju kemeja yang memaparkan logo AJL30 dan individu itu mungkin ingat kami mahu ke Stadium Malawati.

Menurut Fendy, anggota kumpulan itu disediakan pengangkutan pengurusan KRU Records sepanjang berlatih untuk persembahan sehingga ke final AJL30.

Individu itu berniat baik tetapi caranya sudah salah tanpa bertanyakan kami perkara sebenar.

Saya dan anggota kumpulan lain tinggal di Brickfields dan kami setiap hari akan menaiki teksi di KL Sentral untuk urusan peribadi.

Kalau difikirkan secara logik, takkanlah pihak rakaman Caliph Buskers sampai hati untuk membiarkan mereka pergi sendiri ke AJL 30 bukan? Dengan kejayaan Caliph Buskers pada pentas AJL30, kami harap selepas ini pintu rezeki buat mereka terbuka dengan lebih luas dan turut berharap tiada pihak yang mengambil kesempatan atas bakat dan kekurangan mereka juga.

Sumber Berita: Harian Metro

(35 FOTO) Selebriti Di Sekitar Karpet Merah Jambu AJL 30

Posted: 25 Jan 2016 09:40 PM PST

Hari Ahad minggu lepas, Anugerah Juara Lagu Ke 30 berlangsung dengan cukup meriah di Stadium Melawati, Shah Alam. Seperti yang dijangkakan, Akim and The Majistret telah berjaya menjadi juara pada malam tersebut menerusi lagi  Potret.

Manakala tempat kedua dimenangi oleh Faizal Tahir dengan lagu Assalamualaikum dan Caliph Buskers ditempat ketiga menerusi lagu Hanya Namamu.

Vokal terbaik sekali lagi menjadi milik Dayang Nur Faizah dan Persembahan Terbaik juga milik Akim and The Majistret.

Keputusan penuh AJL 30 kita sudah tahu, jom layan pula gaya selebriti sekitar karpet merah jambu AJL 30 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Siapa agaknya yang tampak sungguh cantik serta kacak dan siapa pula fesyennya agak kureng?

Kredit Foto: Instagram Selebriti Online & Instagram Hot FM

Aisyah Aziz Terkilan Digelar Kafir Kerana Warna Rambut

Posted: 25 Jan 2016 07:56 PM PST

Walaupun sudah lama penyanyi Aisyah Aziz mewarnakan rambutnya dan menjelaskan beliau cuma ingin mencuba sesuatu yang baharu, namun masih ada pihak yang mengkritik beliau sehinggakan ada yang melabelkan beliau sebagai kafir.

Pada saya tindakan individu berkenaan melabel saya sebagai kafir gara-gara warna rambut saya adalah perbuatan melampau dan siapa dia untuk berkata demikian? Kata-kata itu pula dibuat secara terbuka dan sekiranya saya hina dimatanya, apa bezanya dia dengan saya.

Aisyah menjawab kritikan tersebut kerana bukan sahaja merasa terkilan tetapi merasakan tuduhan sebegitu agak melampau kerana ia melibatkan hal agama.

Buat Aisyah, ada pelbagai cara yang lebih elok untuk menegur seseorang.

Saya memberitahunya bahawa saya ada kenalan yang mempunyai tatu di badannya namun hatinya lebih mulia daripada dirinya. Pada saya perkara melibatkan agama jangan cakap begitu kerana ia tuduhan yang berat dan ada caranya jika hendak menegur sesuatu perkara.

Saya bukannya tidak boleh terima nasihat tetapi biarlah dengan cara betul. Saya hormat dengan peminat yang mesej saya secara peribadi untuk nasihat dan saya terima malah membalas kembali.

Dunia artis memang sebegitu, bukan semua orang akan memuja dan akan ada pihak yang akan mengkritik serta mencari kesalahan seseorang artis. Untuk itu Aisyah kena lebih kuat dalam menghadapi cabaran sebegini, tidak perlu terlalu memikirkan kata-kata negatif.

Sumber Berita: mStar Online

(TAHNIAH) Liyana Jasmay Timang Cahaya Mata Kedua

Posted: 25 Jan 2016 07:32 PM PST

Tahniah diucapkan kepada Liyana Jasmay dan suami atas kehadiran cahaya mata mereka yang kedua. Menurut beberapa sumber, Liyana pada hari Jumaat lepas selamat melahirkan seorang bayi perempyan dengan berat 2.9 kilogram sekitar jam 3 petang di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Meskipun belum mengumumkan kehadiran anak perempuannya itu secara rasmi, Liyana ada memuat naik foto beliau kini yang sudah mengamalkan diet untuk orang berpantang.

Sebelum ini Liyana dan suaminya telah dikurniakan anak perempuan bernama Sofia Arissa. Semoga kehadiran orang baharu didalam keluarga Liyana Jasmay akan membawa seribu satu kebahagiaan dan rezeki. InshaAllah.

Erra Fazira Nafi Khabar Angin Shahir Masuk Meminang

Posted: 25 Jan 2016 07:15 PM PST

Hubungan Shahir yang dikatakan rapat dengan Erra Fazira, menimbulkan khabar angin bahawa Shahir telah meminang Erra baru-baru ini.

Gosip itu cukup hangat diperkatakan sehingga ada antara peminat Erra yang sudah mengucapkan tahniah buat beliau yang dikatakan bakal menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi. Apatah lagi selepas Shahir dikatakan telah bertemu empat mata dengan ibu Erra dan meluahkan hasrat beliau untuk memperisterikan penyanyi wanita tersebut.

Namun, Erra yang agak terkejut mendengar berita tersebut, menafikan perkara berkenaan kerana beliau kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem di Thailand.

Bila masa pula Shahir masuk meminang? Saya tengah kerja di Chiang Mai.

Hubungan Erra dan Shahir terus menjadi bahan bualan ramai dan seringkali dihimpit dengan pelbagai gosip. Daripada terus begini, apa kata kedua-duanya tampil dan memperjelaskan status sebenar hubungan mereka berdua. Kan senang..

Sumber Berita: Kosmo Online

Arja Lee Nafi Ada Simpan Video Lain Tidak Senonoh Didalam Telefon Yang Dicuri

Posted: 25 Jan 2016 07:00 PM PST

Minggu lepas, video Arja Lee yang bermain bola hanya memakai seluar dalam yang dimuat naik oleh individu yang memiliki telefon bimbitnya yang telah dicuri cukup mencuri perhatian ramai sehingga ada yang menganggap Arja mencari publisiti murahan

Tidak kurang juga ada pihak yang mencetuskan spekulasi bahawa Arja tentu sekali mempunyai koleksi video tidak senonoh yang lain didala telefon bimbitnya itu.

Walaubagaimanapun Arja menerusi mStar Online berkata, beliau sama sekali tidak menyimpan video lain yang tidak senonoh dan tidak risau jika ada video lain yang disebarkan.

Selain video yang menjadi perbualan baru-baru ini saya tidak ada merakamkan video lain yang tidak senonoh dalam telefon berkenaan. Saya tidak risau jika akan ada video lain akan disebarkan kerana memang tiada.

Menjawab beberapa persoalan bagaimana pencuri tersebut dapat mengakses telefom bimbit Arja sedangkan semua telefon pintar pada zaman ini mempunyai "password", Arja menjelaskan beliau seorang yang pelupa dan memang tidak meletakkan sebarang "password".

Saya ini orangnya pelupa dan sebab itu tidak letakkan sebarang kata laluan tambahan pula tiada benda yang ingin saya sorok daripada orang terdekat saya. Keluarga dan pembantu saya boleh buka telefon saya pada bila-bila masa kerana pada kebanyakan masa ia berada dengan mereka.

Arja sebenarnya tidak bermaksud untuk memaparkan video peribadinya kepada umum dan memohon maaf atas apa yang berlaku dan menjadikan perkara tersebut sebagai satu pengajaran buat beliau di masa hadapan.

Sumber Berita: mStar Online




@



(TAHNIAH) Ustaz Don Timang Cahaya Mata Kedua