(TAKZIAH) Elyana Keguguran Anak Kedua |
- (TAKZIAH) Elyana Keguguran Anak Kedua
- (3 FOTO) Majlis Tahnik Anak Ashraf Muslim Dan Noor Dayana
- Tasha Shilla Tidak Mahu Terus Dilabel Artis Kontroversi
- Bukan Niat Saya Nak Menunjuk- Datuk Seri Vida
- Sudah-Sudahlah Memanjangkan Hal Ini, Biarlah Ia Kekal Sebagai Sejarah Hitam Saya – Sufi AF2015
- (10 GAMBAR)Mira Filzah, Heroin Drama ‘Cinta Si Wedding Planner’ Di Slot Akasia TV3
- Linda Hashim Nafi Nama Anak-Anaknya Pelik, Jelas Semuanya Ada Maksud Yang Baik
(TAKZIAH) Elyana Keguguran Anak Kedua Posted: 06 Jan 2016 04:57 AM PST Takziah buat penyanyi Elyana yang baru sahaja keguguran anak keduanya yang berusia 7 minggu didalam kandungan. Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh Elyana menerusi akaun Instagram miliknya semalam.
Elyana juga mengesahkan berita tersebut melalui portal Media Hiburan dan mengharapkan agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat keluarganya.
Elyana telah mendirikan rumah tangga bersama Khairul Anuar Hussin pada 19 November 2010 dan telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Cinta Sumayyah pada 27 Ogos 2011. Kami harap Elyana kekal tabah dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini. InshaAllah, mungkin selepas ini Allah SWT akan bagi rezeki lain buat anda sekeluarga. |
(3 FOTO) Majlis Tahnik Anak Ashraf Muslim Dan Noor Dayana Posted: 05 Jan 2016 09:25 PM PST Empat tahun menantikan kehadiran cahaya mata, pasangan Ashraf Muslim dan isteri pertamanya Noor Dayana akhirnya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Anas Ashraf sekitar bulan Disember tahun lepas. Baru-baru ini, satu majlis tahnik telah diadakan bersempena kelahiran Anas yang diadakan di kediaman bapa Dayana, Haji Lokman yang terletak di Sg Pusu Gombak. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Tahlil dan selawat sebelum acara tahnik. Berikut beberapa lagi foto yang dikongsikan oleh Haji Lokman sendiri di akaun Instagramnya semasa majlis tahnik berlangsung. |
Tasha Shilla Tidak Mahu Terus Dilabel Artis Kontroversi Posted: 05 Jan 2016 08:00 PM PST Tahun 2015 adalah tahun dimana aktres Tasha Shilla dihimpit dengan pelbagai kontroversi terutama sekali berkaitan percintaan beliau bersama bekas kekasih Hans Wong dan juga foto bogel beliau yang tersebar di Internet. Sudah masuk ke tahun baharu 2016, Tasha berharap ia akan membawa sinar dalam hidupnya dan tidak mahu lagi digelar sebagai artis kontroversi.
Meskipun pernah menerima pelbagai kecaman dan tomahan, Tasha menganggap ia sebagai ujian hidup dan sedia untuk memaafkan sesiapa sahaja yang mengkritik beliau sebelum ini.
Baguslah kalau Tasha tidak mahu terpalit dengan cerita bukan-bukan lagi, lepas ini buatlah "comeback" yang betul-betul memukaul. Pasti kontroversi susah nak dekat. |
Bukan Niat Saya Nak Menunjuk- Datuk Seri Vida Posted: 05 Jan 2016 07:09 PM PST Kalau anda perasan, beberapa hari ini video yang memaparkan kekayaan Datuk Seri Vida sangat popular diperkatakan. Dalam video tersebut, ada menunjukkan koleksi beg tangan mewah, perhiasan, barang kemas dan mahkota yang cukup sinonim dengan beliau. Ada yang kagum dengan kejayaan Vida tetapi tidak kurang juga mereka yang mengkritik dan beranggapan bahawa beliau sengaja ingin bermegah dengan kemewahan yang dimilikinya. Tahu ia sudah menjadi isu yang cukup viral, Vida menjelaskan beliau tidak pernah mempunyai sebarang niat untuk menunjuk-nunjuk tetapi hanya memenuhi permintaan program Terlajak Puteh Nampak yang dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi.
Vida juga sebenarnya ingin memberikan motivasi kepada penonton bahawa sesuatu itu tidak mustahil untuk dicapai jika mereka terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa.
Satu yang kami cukup kagum dengan Datuk Seri Vida, beliau seorang yang cukup tabah meskipun menerima hampir 90% komen negatif oleh rakyat Malaysia. Ada sahaja idea baru daripada beliau untuk membuat jenama beliau terkenal. Khabarnya selepas ini Datuk Seri Vida hendak menaja pasukan bola The Red Warriors, apakah ia bakal terlaksana? |
Sudah-Sudahlah Memanjangkan Hal Ini, Biarlah Ia Kekal Sebagai Sejarah Hitam Saya – Sufi AF2015 Posted: 05 Jan 2016 06:14 PM PST Kes ini mendapat perhatian ramai tetapi disebabkan bukti yang tidak kukuh dan juga kenyataan daripada Tegar yang sering bertukar, Arif telah dibebaskan daripada sebarang pertuduhan. Sufi kemudian diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka oleh Arif, namun sehingga kini beliau masih terus berdiam diri dan enggan memberikan sebarang komen berhubung kes berkenaan. Baru sahaja ingin mengukuhkan namanya di industri hiburan Malaysia, anak kelahiran Singapura ini tidak mahu mengenangkan lagi kisah hitamnya itu dan berharap tiada lagi pihak yang akan memanjangkan perkara tersebut. Tambah Sufi, beliau ingin pihak media membantu beliau untuk mengembangkan lagi bakatnya.
Pada masa yang sama, Sufi sempat meluahkan rasa syukur kerana single beliau iaitu Kisah Dua Muka mendapat sambutan yang agak baik. Niat untuk melebarkan sayap dalam industri hiburan Malaysia itu bagus, tetapi kalau hendak bantuan media anda harus lah kreatif juga dalam berkarya agar ia dapat menarik perhatian ramai. Bak kata Datuk Ramli MS, buat lagu hitz untuk orang lain dengar dan bukan hanya sedap di telinga sendiri. |
(10 GAMBAR)Mira Filzah, Heroin Drama ‘Cinta Si Wedding Planner’ Di Slot Akasia TV3 Posted: 05 Jan 2016 06:08 PM PST Mesti ramai yang terminat dengan heroin Akasia TV3 terbaru, Mira Filzah yang bergandingan dengan Adi Putra dalam drama Cinta Si Wedding Planner. Memasuki usia 23 tahun pada tahun ini, Mira mempunyai wajah yang comel dan bakat lakonan yang baik. Wataknya sebagai Zara Batrisya dalam drama itu tampak hidup. Mira merupakan seoang pelajar jurusan perniagaan antarabangsa di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Dia juga seorang pengacara untuk rancangan Qari Junior, Hijabista dan KLTV. Mira juga menulis blog di http://mirarafilzah.blogspot.my/ Khabarnya, Mira ialah bekas pelajar cemerlang SMK Aminuddin Baki. Sebelum ini MIra pernah berlakon dalam drama Eksperimen Cinta dan Dunia Lola. Kredit gambar Instagram Mira Filzah.
|
Linda Hashim Nafi Nama Anak-Anaknya Pelik, Jelas Semuanya Ada Maksud Yang Baik Posted: 05 Jan 2016 05:23 PM PST Jelita Clarissa dan Anggun Cassandra, bunyi bagi nama bagi anak-anak pasangan Linda Hashim dan Beego ini cukup sedap didengar bukan? Namun, ada yang menganggap nama itu agak pelik dan mempersoalkan makna disebalik nama-nama tersebut. Berbicara mengenai isu ini, Linda menerusi mStar Online berkata nama-nama itu tidak pelik dan sebenarnya membawa maksud yang agak baik.
Buat anak keduanya Anggun, Linda telah memilih nama tersebut daripada beberapa senarai nama yang beliau sudah fikirkan sewaktu mengandung. Malah, beliau juga mendapatkan nasihat beberapa orang yang terdekat termasuk ibu mertuanya untuk memlih nama yang sesuai.
Asalkan ada maksud yang baik tidak mengapalah, jangan pula nama sedap didengar tetapi tidak membawa apa-apa erti. Nama sebenarnya sedikit sebanyak melambangkan keperibadian seseorang itu juga. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@
Tagged @ 2016