Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Terima Ugutan Kena Sunat : Azwan Ali Buat Laporan Polis

Terima Ugutan Kena Sunat : Azwan Ali Buat Laporan Polis


Terima Ugutan Kena Sunat : Azwan Ali Buat Laporan Polis

Posted: 04 Jan 2016 08:35 AM PST

Gara-gara menerima ugutan  akan disunat oleh salah seorang pengikutnya di Instagram, selebrit penuh kontroversi Azwan Ali telah membuat laporan polis terhadap individu berkenaan kerana khuatir akan keselamatan dirinya.

Menurut video yang dimuat naik oleh Azwan di Instagram, individu terbabit mahu sunat beliau jika selebriti itu memasuki kawasan Setia Alam.

"UGUT "SUNAT" AZWAN ALI &KACAU GANGGU BIADAP #HATERSneraka! #HAMBIKkowwww.

Kami pun tidak pasti apakah punca sebenar sehingga Azwan menerima ugutan sebegitu. Walaubagaimanapun ini bukan kali pertama Azwan bersengketa dengan pengguna di Instagram. Tidak apalah, semoga Azwan Ali dilindungi daripada bahaya serta individu yang ingin sunat beliau sekali lagi.

Kehidupan Saya Kini Lengkap, Harap Dapat Jadi Isteri Dan Ibu Yang Baik – Nabila Huda

Posted: 04 Jan 2016 01:42 AM PST

Beberapa tahun hidup sebagai seorang janda, Nabila Huda akui kini kehidupan beliau lengkap selepas berkahwin dengan pemilik restoran Kulcats, Mohd Izwan pada 25 Disember 2015.

Sehingga kini, beliau masih lagi menerima doa serta ucapan tahniah yang tidak putus daripada orang ramai yang ingin melihat beliau bahagia.

Nabila berharap beliau mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu dengan baik.

Kehidupan saya sekarang lengkap. Biasalah, rutin harian memasak untuk suami dan Keisha. Saya tidak rasa terbeban kerana memang suka memasak.

Alhamdulillah tidak putus-putus doa dan ucapan tahniah diberikan semua pihak. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan. Saya harap dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan baik.

Berbicara soal cahaya mata, Nabila yang mesra dengan panggilan Abil memberitahu beliau tidak kisah jika dikurniakan anak yang ramai kerana teringin untuk mempunyai keluarga besar.

Sebuah lagi majlis resepsi akan diadakan di rumah bapanya, Amy Search yang terletak di Shah Alam pada 16 Januari ini.

Abil sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga besama Eddie daripada kumpulan Tiga Swagger selama dua tahun sebelum membuat keputusan untuk bercerai. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Keisha Laila yang kini sudah berusia 6 tahun.

Selama ni korang nampak sahaja Nabila Huda dengan perangai beliau yang didakwa "liar" tetapi tiada siapa yang tahu sikap beliau yang cukup matang dalam perhubungan dan mempunyai jiwa yang penuh dengan sifat kekeluargaan.

Sumber Berita: Berita Harian

Masih Tiada Sesiapa Yang Istimewa, Faradhiya Mencari Cinta Yang Matang

Posted: 04 Jan 2016 12:52 AM PST

Sehingga ke saat ini, Abang Nara masih suka untuk memahami mengapakah Faradhiya masih single, tidak mempunyai kekasih, belum berkahwin, tak ada pakwe sehingga ke hari ini. Faradhiya cun melecun kot. Sekali mata memandang, memang boleh terus jatuh cinta. Tak masuk akal tiada lelaki yang mengorat Faradhiya. Namun itulah kenyataannya. Di usia 31 tahun, Faradhiya masih solo.
faradhiya

Pengakuan daripada Faradhiya ini pasti membuka mata para jejaka di luar sana. Mana tahu memang jodoh anda dengan penyanyi bersuara lantang ini. Namun ada beberapa ciri yang perlu anda penuhi. Paling penting, kena matang. Kata Faradhiya:-

Iya betul, saya masih single… saya tiada sesiapa yang istimewa, tiada teman lelaki yang serius buat masa ini. Rasanya ada segelintir lelaki yang dah naik menyampah nak ajak saya keluar dating. Sebab saya sibuk sangat, hingga tiada masa untuk keluar bersantai.

Nak serius berkawan dengan saya, lelaki itulah kenalah bersabar dan berusaha kuat memahami kerjaya saya. Lagipun saya mencari cinta yang matang daripada lelaki yang matang dalam segala segi, bukannya cinta budak-budak.

Sekarang saya bukannya perempuan yang suka bercakap telefon berjam-jam atau menelefon setiap masa. Saya tidak mahu cinta yang suka kontrol atau mengawal setiap pergerakan saya. Itu cinta buang masa

faradhiya

Rasa-rasa anda mampu bercinta secara matang? Abang Nara suka dengan kriteria-kriteria percintaan yang ditetapkan oleh Faradhiya. Tak perlu gayut lama-lama, tak perlu telefon setiap masa. Yang penting kepercayaan dan keikhlasan hati. Ada berani? Apa pun, semoga satu hari nanti, Faradhiya akan bertemu jua dengan lelaki yang mampu mencuri hatinya. Sama-sama kita doakan.

Rosyam Noor & Norman Hakim Berlakon Bersama Rajinikanth

Posted: 03 Jan 2016 10:49 PM PST

Bukan senang mahu memperolehi peluang berlakon bersama bintang terkemuka India, Rajinikanth. Ternyata peluang yang diberikan tidak ditolak oleh Datuk Rosyam Noor walaupun hanya ditawarkan watak kecil. Selain Rosyam Noor, Norman Hakim dan Zack Taipan juga turut sama berlakon di dalam filem Tamil yang bertajuk Kabali ini.

rosyam noor

Kata Rosyam Noor:-

Dalam filem ini, saya hanya memegang watak kecil, iaitu orang kanan kepada penjahat yang dilakonkan seorang pelakon Taiwan. Walaupun wataknya tidak besar, ia medan yang baik untuk mencari pengalaman, selain menambah profil saya sebagai pelakon.

Kali pertama ditawarkan berlakon oleh produksi luar, apatah lagi ia dibintangi aktor legenda, Rajinikanth, saya rasa peluang dihulurkan itu tidak patut diketepikan. Tambah pula saya dapat tahu ia menjadi filem kedua terakhir akan dilakonkan bintang tersohor itu.

rajKalau Abang Nara pun diberi peluang sebegini, pasti takkan dilepaskan. Bukan senang nak beraksi dengan bintang sehebat ini. Lepas itu dapat timba pengalaman penggambaran di luar negara. Selaku seorang penerbit, sudah pasti banyak yang dipelajari oleh Datuk Rosyam Noor. Semoga pengalaman tersebut bakal digunakan untuk memajukan lagi industri filem tanah air kita. Sumber Berita Harian.

Nas-T Akui Bakal Berkahwin Dengan Atita Haris

Posted: 03 Jan 2016 08:59 PM PST

Hubungan istimewa yang terjalin antara selebriti Nas- T dan model serta ikon Instagram terkenal Atita Haris sudah mula dihidu peminat beberapa bulan lepas. Walaubagaimanapun, pasangan tersebut tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung percintaan mereka.

Terbaru, Nas-T menerusi akhbar Harian Metro memberitahu beliau dan Atita bakal mendirikan rumah tangga pada 4 Mac depan. Nas juga menjelaskan beliau tidak pernah kisah dengan status Atita sebagai seorang ibu tunggal.

Saya tahu status Atita sejak hari pertama berkenalan lagi. Bagi saya status bukanlah halangan dalam sesebuah hubungan. Lagipun perkara ini berkaitan dengan jodoh yang sudah ditetapkan Allah SWT. Tidak adil untuk menilai seseorang disebabkan status yang dimiliki.

Buat masa ini baik Nas mahupun Atita, kedua-duanya enggan lagi mengenangkan setiap pengalaman pahit didalam percintaan mereka di masa silam. Mereka juga mempunyai banyak persamaan selain saling bersependapat dalam setiap perkara.

Menurut Nas, anak Atita iaitu Sofea ataupun lebih mesra dengan gelaran Opi juga sudah cukup raat dengan dirinya.

Untuk pengetahuan anda, Nas sudah menghantar rombongan merisik pada bulan Disember 2015. Persiapan perkahwinan mereka juga sudah siap hampir 70 peratus.

Alhamdullillah, segala perancangan dipermudahkan. Syukur kedua-dua keluarga juga merestui hubungan kami. Itulah yang paling penting. Buat masa sekarang, persiapan kahwin sudah siap 70 peratus. Tinggal lagi beberapa perkara kecil untuk diselesaikan.

Berbicara mengenai perkenalan mereka, Nas-T bertemu dengan Atita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri tahun lalu.

Kami bekerja di bawah satu syarikat. Dia adalah model dan duta produk Hijab Wash, manakala saya pula duta produk makanan tambahan bagi membina badan.

Memandangkan ketika itu kedua-duanya solo, jadi majikan cuba menyatukan kami dengan mencadangkan supaya saling berkenalan. Sejak itu, kami semakin rapat dan membawa hubungan ini ke fasa serius.

Sudah pun mengikuti kursus kahwin baru-baru ini, Nas akui beliau merasa berdebar untuk menanti detik bergelar suami tidak lama lagi.

Itulah namanya jodoh, soal status Tita sebagai ibu tunggal bukannya satu masalah bukan? Tahniah kami ucapkan kepada mereka dan semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita: Harian Metro

Maria Farida Dakwa Anak Tiri Memfitnah Dirinya

Posted: 03 Jan 2016 08:21 PM PST

Susulan dakwaan anak daripada anak tirinya, Nurshazleen yang beliau mengabaikan mereka selepas berkahwin dengan Datuk Rahman, Maria Farida menerusi portal Kosmo menafikan beliau menghasut suaminya dan ia cuma satu fitnah semata-mata.

Saya tidak faham bagaimana isu ini boleh timbul. Kami berdua memang terkejut dengan kenyataan Nurshazleen yang dibuat secara tiba-tiba ini.Hubungan suami dan anak-anak tiri saya sangat rapat, malah baru sahaja berjumpa beberapa hari lepas.

Tiada pula timbul soal menghasut bapa mereka untuk tidak mempedulikan kebajikan anak-anak.

Maria mengakui beliau terkilan dengan perkara tersebut dan sepatutnya anak tirinya itu bersyukur kerana Datuk Rahman tidak pernah membezakan zuriat kandung mahupun tiri.

Biarlah mereka hendak berkata apa sahaja, yang penting saya dan suami tahu keadaan sebenar. Saya harap mereka tidak menyesal kerana mengambil tindakan melulu seperti ini.

Pada masa yang sama, Maria memberitahu beliau kini sangat bahagia bersama suaminya kerana dapat mengisi kekosongan dihatinya selepas bergelar janda selama 10 tahun.

Agak susah untuk kami komen isu Maria Farida bersama anak tirinya ini. Apa-apa pun, kami harap kedua-dua belah pihak dapat selesaikan salah faham mereka dan tidak terlalu menjaja cerita rumah tangga kepada umum.

Sumber Berita: Kosmo!

Rozita Che Wan Minta Orang Ramai Tidak Dengki Dengan Kemewahan Serta Rezeki Anak-anaknya

Posted: 03 Jan 2016 06:54 PM PST

Rasanya semua orang tahu bahawa aktres Rozita Che Wan mempunyai kehidupan yang cukup mewah. Malah, tidak dapat dinafikan beliau sering memanjakan anak-anaknya dengan barangan yang mahal.

Baru-baru ini mereka sekeluarga telah bercuti di Paris dan anaknya Ammar Effendy sempat memuat naik foto beliau membeli belah di negara tersebut. Namun, kapsyen yang beliau sertakan bersama foto berkenaan di Instagram telah mengundang salah faham sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengguna media sosial.

Whoever said money cant buy happiness simply didnt know where to shop.

Ada yang menasihati agar Che Ta mengajar anak-anaknya untuk tidak terlalu bangga dengan kemewahan yang ada kerana ia bukan hasil titik peluh mereka sendiri.

Sedar ia sudah menjadi satu isu yang sudah viral, Che Ta ada meninggalkan komen didalam foto anaknya itu dimana beliau meminta agar orang ramai tidak dengki dengan Ammar. Walaubagaimanapun komen itu telah dipadam.

Tidak salah sebenarnya untuk sekali sekala menerima teguran daripada orang ramai, kalau betul pun mampu untuk berbelanja besar di luar negara  keep it low profile sudahlah agar tidak membuatkan mana-mana pihak tersinggung.

The fact is, money really cant buy happiness.  Satu hari nanti pasti anda akan tahu apa maksudnya.

Anak Tiri Dakwa Maria Farida Abaikan Mereka Dan Buat Bapa Mereka Berubah Selepas Berkahwin

Posted: 03 Jan 2016 06:17 PM PST

Apabila Maria Farida digelar perampas oleh Karen Rahman sebelum ini, anak-anak tirinya sebolehnya mempertahankan beliau tetapi kini mereka meluahkan rasa kesal kerana Maria mengabaikan mereka selepas berkahwin dengan Datuk Rahman.

Menurut anak tirinya bernama Nurshazleen Anis, pada awalnya mereka dilayan dengan baik oleh Maria tetapi semuanya tidak kekal malah bapa mereka juga mula berubah sikap.

Saya terkilan dengan papa yang langsung tidak menjenguk ketika saya dimasukkan ke hospital kerana denggi. Daripada adik-beradik, saya dapat tahu papa terlalu marah dengan saya tetapi saya tidak tahu apa puncanya.

Ketika di hospital, saya mula nampak belang Maria dan dari situ, saya mula sedar kami akan ditendang dan perlu mencari hidup sendiri. Banyak perkara yang dipertikaikannya dan ia sangat menyakitkan hati. Maria menghancurkan kebahagiaan keluarga kami.

Shazleen juga memberitahu beliau merasa kesal dengan dirinya kerana termakan hasutan agar memburukkan  bekas ibu tirinya Karen di media sosial  dan didalam sebuah program hiburan sebelum ini.

Setelah apa yang berlaku, beliau sedar bahawa Karen adalah insan yang sangat mengambil berat akan beliau dan adik beradik yang lain.

Saya terkesan sangat kerana dulu, saya pernah memburukkan dan membuangnya tetapi kini mummy (Karen) yang sentiasa mengambil berat. Saya buang mummy dulu kerana terpengaruh dengan cerita hasutan.

Selain Shazleen beliau ada lima lagi adik beradik iaitu Wan Nathasha, 22, Damia Caldia, 16, Cahaya Nilam, 14, Aishyea Rahman, 10 serta Qalif Rayan, 6.

Maria Farida pula mempunyai seorang anak lelaki bernama Mizan Ashley, 19, hasil perkahwinan beliau sebelum ini.

Fuh, agak panas juga pengakuan yang dibuat oleh anak tiri Maria Farida. Baru sahaja berkahwin, dah macam-macam kontroversi yang menghimpit beliau. Apa pula jawapan Maria akan luahan yang dibuat oleh anak tirinya ini? Erm..

Sumber Berita: Malay Mail Online




@



Terima Ugutan Kena Sunat : Azwan Ali Buat Laporan Polis