Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Will Smith Berada Di Kuala Lumpur?

Will Smith Berada Di Kuala Lumpur?


Will Smith Berada Di Kuala Lumpur?

Posted: 18 Jan 2016 03:39 AM PST

Sebut sahaja nama Will Smith, siapa yang tidak kenal bukan? Popular menerusi filem Men In Black, I AM Legend , Bad Boys dan banyak lagi.

Hari ini peminatnya di Malaysia cukup terkejut apabila mendengar khabar Will Smith kini berada di Kuala Lumpur selepas foto beliau di  Mid Valley tersebar luas di media sosial.

Dalam salah satu foto yang menjadi viral, Will Smith dilihat berjalan bersama rakan kongsinya, James Lassiter, Ketua Pegawai Ekskutif iflix, Mark Britt dan Pengerusi iflix, Patrick Grove.

Will Smith juga tampak sungguh ceria dan tidak sombong ketika melayan peminatnya yang cukup teruja dengan kehadiran beliau.

Berikut antara foto yang tersebar di media sosial.

Zamarul Hisham Berubah Menjadi Lebih Baik Selepas Rujuk Dengan Diana Rafar

Posted: 17 Jan 2016 08:01 PM PST

Pernah satu ketika rumah tangga Zamarul Hisham dan Diana Rafar dilanda badai sehingga merobohkan rumah tangga yang dibina. Namun, kekuatan cinta dan kasih sayang membuatkan pasangan ini kembali rujuk semula.

Sejak daripada saat itu, Zamarul mengakui kehidupannya kini bersama keluarga lebih bahagia daripada sebelumnya. Buat Zamarul, tiada apa lagi yang beliau inginkan selain menjaga "harta" yang sangat berharga buat dirinya.

Terus terang cakap, sekarang ini tiada apa yang diinginkan lagi selain menjaga harta yang saya ada sekarang iaitu keluarga tercinta. Bila orang yang disayangi gembira, sekali gus hati kita juga turut gembira dan tidak dinafikan setiap apa yang dilakukan berjalan lancar.

Tambah Zamarul, beliau setiap hari ingin menjadi insan yang lebih baik dan belajar daripada perpisahan yang lalu. Apa yang berlaku pada rumah tangganya sebelum ini adalah satu ujian buat beliau untuk lebih kuat dan mengajar beliau untuk menjadi seorang  ketua keluarga yang baik.

Apa yang berlaku dalam rumah tangga saya sebelum ini adalah ujian daripada Allah kerana apa yang datang daripada-NYA memang tidak dapat diduga. Rumah tangga ini ibarat sebuah kapal, ada ketikanya belayar di air tenang dan ada waktunya dilambung ombak.

Apa yang dapat saya pelajari daripada perpisahan sebelum ini ialah kita perlu menghargai apa yang ada dan jagalah ia sebaik mungkin kerana dalam sebuah rumah tangga perlu ada sikap tolak ansur dan percaya antara satu sama lain. Apa-apa hal yang berlaku, mesti dibawa berbincang dan selesaikan segera .

Memang jelas Zamarul Hisham dan Diana Rafar tampak lebih bahagia sekarang. Dalam rumah tangga ini, sikap sabar dan toleransi adalah kunci utama agar ia kekal sehingga ke akhir hayat. Janganlah terlalu ego, kerana jika nasi sudah menjadi bubur bukan senang untuk bina semula hubungan yang hancur.

Sumber Berita: Utusan Online

Saya Tak Malu Jual Pakaian Dalam – Farah Asyikin

Posted: 17 Jan 2016 07:03 PM PST

Kalau anda buka sahaja akaun Instagram, pasti timeline anda akan dipenuhi dengan muat naik oleh pengusaha online yang kebanyakkannya menjual dress, tudung, aksesori wanita ataupun iklan daripada vendor boutique.

Namun,buat Farah Asyikin beliau tampil dengan satu kelainan apabila menjual pakaian dalam serta baju tidur seksi secara atas talian dikenali dengan jenama Zawjahs Garden.

Buat Farah, ia bertujuan untuk wanita yang merasa segan untuk mendapatkan pakaian sebegitu diluar kerana khuatir dengan pandangan masyarakat terhadap mereka, terutama sekali bagi mereka yang berhijab. Umum mengetahui isu seksi di Malaysia ini seakan satu taboo.

Lumrah bagi masyarakat tempatan, terutama wanita betudung yang agak keberatan untuk mendapatkan pakaian dalam di butik tertentu. Mereka mungkin segan dengan pandangan skeptikal segelintir pihak, sedangkan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu.

Bertitik tolak daripada itu, saya mula terfikir untuk menjalankan perniagaan ini. Mungkin ada yang kurang selesa, tetapi niat saya ikhlas ingin memudahkan wanita bertudung mendapatkan pakaian dalam yang menjadi kegemaran mereka.

Sebagai wanita bertudung, saya akui pernah berdepan situasi yang sama. Jangankan membeli, untuk memulakan perniagaan ini juga saya serba salah.

Kami tahu mungkin ada yang mempunyai pandangan skeptikal tentang isu ini, tetapi inisiatif Farah Asyikin untuk memudahkan pengguna mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan tanpa merasa malu harus dipuji.

Sumber Berita: BH PLUS

Bekas Suami Akui Syura Desak Untuk Bercerai, Mula Lupa Diri Selepas Jadi Juara Masterchef

Posted: 17 Jan 2016 06:17 PM PST

Status rumah tangga Syura akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan beliau sudah bercerai talak dua dalam satu kenyataan yang dibuat olehnya pada minggu lepas bagi mengelakkan kekeliruan berlaku pada masa akan datang.

Bekas suaminya Mohd Fadhly yang sebelum ini enggan memberikan sebarang kenyataan akhirnya tampil dan mendedahkan bahawa Syura sendiri yang mendesak beliau untuk bercerai.

Fadhly bertindak sedemikian kerana ingin menjelaskan salah faham yang berlaku selain menafikan dakwaan beliau mengabaikan Syura.

Jelas Fadhly, Syura juga mula lupa diri apabila semakin popular selepas dinobatkan seabgai juara program realiti memasak, Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua.

Selepas mahkamah mengesahkan lafaz rujuk, dia tidak pernah berhasrat untuk kembali taat kepada saya sebaliknya beberapa kali meminta saya lepaskannya.Saya akhirnya bersetuju kerana saya sayangkan dia dan sedar tiada guna saya memaksanya untuk meneruskan perkahwinan kami kerana dia sudah tawar hati.

Meskipun pelbagai perkara yang sudah berlaku, Fadhly tetap berusaha untuk memujuk Syura kembali kepadanya tetapi usahanya itu gagal.

Walaubagaimanapun, ia tidak mematahkan harapan Fadhly untuk mendapatkan Syura semula dan beliau berharap satu hari nanti mereka akan kembali bersama.

Saya tidak pernah bencikan Syura. Saya lepaskan dia pun kerana sayangkan dia dan tidak mahu menyekat kemahuannya.

Jauh disudut hati saya agar kami dapat kembali bersama sebagai suami-isteri dan saya akan tunggu dia.

Hidup saya kosong tanpa Syura dan anak-anak kami dan saya rindukan saat kami bersama, biarpun tidak mewah tetapi kami gembira.

Syura dan Fadhly pernah bercerai pada kali pertama pada 29 September 2014 sebelum Mohd Fadhly mengambil keputusan kembali rujuk pada 10 November tahun sama.

Mereka bercerai buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 19 Ogos tahun lalu.

Sumber Berita: mStar Online

Lan Kristal Dan Isteri Terselamat Dari Kemalangan

Posted: 17 Jan 2016 05:51 PM PST

Minggu lepas, berita Lan Kristal dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya mengejutkan ramai pihak. Paling kurang ajar ada yang menjaja cerita kononnya mereka berdua sudah meninggal dunia.

Hakikatnya Lan dan isterinya terselamat daripada kemalangan dan hanya kereta Proton Perdana mereka dirempuh. Menurut isteri Lan iaitu Nur Sheila pada waktu tersebut mereka berdua tidak berada di tempat kejadian.

Kami sebenarnya tak ada apa-apa, hanya kereta kami yang teruk kena langgar dengan kereta lain. Masa kejadian berlaku, kami ada dekat dalam kedai. Alhamdulillah syukur, yang penting kami sekeluarga selamat.

Hal kereta tu, pihak yang bertanggungjawab sudah pun dituntut untuk ganti rugi kerosakan kereta. Malah kami juga sudah buat laporan Polis.

Alhamdullilah,Lan Kristal dan isterinya terselamat. Agak teruk juga keadaan kereta Lan dan boleh bayangkan betapa lajunya kenderaan yang merempuh kereta mereka. Erm, kadang-kadang kita memang berhati-hati di jalan raya tetapi orang lain pula yang buat hal..

Sumber Berita: Media Hiburan

Zizan Tidak Mahu Komen Gosip Beliau Rapat Dengan Bekas Isteri Eizlan Yusof

Posted: 17 Jan 2016 05:21 PM PST

Zizan Razak sebelum ini dikhabarkan sedang rapat dengan seorang pelakon yang memegang status janda beranak dua tetapi apabila berita itu tersebar ramai yang menyangkal dakwaan tersebut  dan  mengatakan sebenarnya Zizan sedang menjalinkan hubungan dengan bekas isteri Datuk Eizlan Yusof iaitu Vie Santie.

Malah,  perkara itu juga disebut didalam ruangan gosip sebuah akhbar mingguan dimana Zizan dan Vie Santie dilihat sering keluar bersama dan mempunyai hubungan lebih daripada seorang kawan.

Walaubagaimanapun Zizan enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara berkenaan.

Tiada apa yang saya perlu komen, minta maaf.

Eizlan dan Vie disahkan bercerai talak satu oleh Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 16 Februari tahun lalu.

Vie Santie & Zizan

Sejujurnya selepas kami keluarkan artikel mengenai Zizan bercinta dengan janda beranaka dua, ada komen yang mengatakan perkara yang sama. Sejauh mana kebenarannya kita lihat sahajalah nanti.

Sumber Berita: mStar Online




@



Will Smith Berada Di Kuala Lumpur?