Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

(12 FOTO) Sekitar Bridal Shower Anzalna Nasir Dengan Tema Barbie

(12 FOTO) Sekitar Bridal Shower Anzalna Nasir Dengan Tema Barbie


(12 FOTO) Sekitar Bridal Shower Anzalna Nasir Dengan Tema Barbie

Posted: 12 Feb 2016 06:54 AM PST

Bakal menamatkan zaman bujang pada 21 Februari ini bersama kekasihnya Hanif Zaki, pelakon jelita Anzalna Nasir diraikan dalam satu majlis bridal shower dengan tema patung Barbie.

Anzalna nampak begitu ceria dalam majlis tersebut lebih-lebih lagi selepas semua adik beradiknya, keluarga serta teman rapat sama-sama memeriahkan majlis berkenaan.

Jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar majlis bridal shower Anzalna Nasir dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto: Mango Touch


Hubungan Saya Dan Izreen Masih Lagi Baik – Amar Baharin

Posted: 12 Feb 2016 03:40 AM PST

Sekitar tahun lepas, hubungan Amar Baharin dan Izreen Azminda dikatakan dingin selepas Izreen mengkritik lakonan Amar  didalam satu pementasan teater secara terang-terangan di akaun Instagram miliknya.

Malah, Amar juga akui kecewa dengan sikap Izreen yang tidak mahu bertemu empat mata secara peribadi dan menegur beliau dengan cara baik.

Namun, semua itu kisah lama dan Amar mengambil setiap kritikan Izreen sebagai pembakar semangat untuk  memberikan yang terbaik dalam teater terbarunya Zombie La La La.

Amar juga memberitahu, hubungan beliau dan Izreen masih lagi baik seperti sebelumnya.

Jika orang tidak komen atau kritik, bagaimana saya hendak tahu di mana kelebihan dan kekurangan yang saya ada? Kita kena belajar daripada kesilapan diri sendiri.

Dalam isu ini saya menyambut baik kritikannya, malah, hubungan saya dan Izreen masih baik dan kami masih berkawan baik. Saya akan buat yang terbaik dengan apa yang diberikan oleh pengarah selepas ini.

Baguslah kalau tidak bermasam muka antara satu sama lain, dunia hiburan Malaysia ini kecil  macam mana pun akan bertentang mata juga nanti.

Sumber Berita: Media Hiburan

Haziq Hot FM Bakal Berkahwin Julai Depan

Posted: 11 Feb 2016 11:31 PM PST

Kalau anda pendengar setia Hot Fm pasti anda akan kenal dengan salah seorang penyampainya iaitu Haziq.  Menurut laporan BH ONLINE, Haziq bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang wanita berasal dari Medan, Indonesia pada bulan Julai depan.

Buat Haziq, jarak beribu batu bukanlah satu penghalang untuk beliau dan Ayunda Putri mengecapi kebahagiaan.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana kami dapat membuktikan tidak semua hubungan cinta jarak jauh kecundang di tengah jalan. Biarpun terpisah beribu batu, apa yang paling penting adalah kepercayaan dalam hubungan.

Ada pihak mempertikaikan keputusan saya mendirikan rumah tangga ketika kerjaya penyampai radio baharu bermula, tetapi saya pasti jodoh dan rezeki Allah sudah tertulis dengan sebaik-baiknya.

Tiada bibit cinta antara kami kerana daripada sahabat karib, saya menyuarakan hasrat untuk melamar Putri menjadi isteri. Syukur kerana niat suci saya diterima Putri, yang turut berkongsi perasan sama.

Malah, tunangnya itu cukup memahami kerjaya beliau sebagai penyampai radio yang cukup sibuk jadualnya. Haziq dan Ayunda  mula berkenalan ketika sama-sama menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.

Tahniah kepada Haziq Hot Fm dan tunangnya. Semoga segala perancangan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar. Ingatlah sentiasa bersabar ketika dalam tempoh pertunangan kerana akan ada ujian yang datang bagi menguji kasih sayang .

Sumber Berita: BH ONLINE

Isteri Dakwa Suami Mula Berubah Setelah Rapat Dengan Adel AF2014

Posted: 11 Feb 2016 08:23 PM PST

Beberapa hari lepas kami ada menyiarkan entri mengenai peserta Akademi Fantasia 2014, Adel yang dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang. Menurut dakwaan itu, mereka intim sehingga keluar masuk hotel’.

Perkara ini dinafikan oleh Adel yang mendakwa cerita keluar masuk hotel dengan teman lelakinya hanya fitnah. Tambah Adel, teman lelakinya mengaku duda semasa perkenalan mereka bermula dan kini dia sedang dalam proses perceraian dengan isterinya.
 photo pp.jpg

Isteri teman lelaki Adel yang bernama Hairin, 26, telah tampil kepada kami untuk menceritakan kisah dari pihaknya.

Selama enam tahun bersama suami keluarga saya bahagia. Mulai tiga bulan lepas suami saya mula berubah. Saya tak sedap hati.

Saya periksa telefon bimbitnya, dan saya nampak mesej-mesej antara Adel dan suami. Saya ambil gambar perbualan mereka guna telefon saya sendiri.

Saya tanya suami A sampai Z. Dia mengaku menjalinkan hubungan intim dengan Adel di belakang saya. Kawan-kawan saya nampak mereka daftar masuk ke sebuah hotel di Kota Kinabalu.

Saya bersua muka dengan Adel dan suami sebelum pulang ke Johor dan Adel memberitahu dia mahukan suami saya.

Menurut Hairin, Adel juga bergambar dalam kereta kepunyaan suaminya.


 photo 153e1428-e60e-4ef7-93b3-309cdb8cf895.jpeg
 photo 6b3055cf-b52e-424c-99c0-8f4ffb70b06f.jpeg

Ditanya adakah benar dia dan suami sedang dalam proses perceraian seperti dakwaan Adel, wanita itu menafikan.

Saya dan suami tidak pernah bercerai, bagaimana suami saya boleh menjadi duda dan tiba-tiba kami dalam proses penceraian?

Keluarga saya sangat bahagia. Selepas berlaku begini suami saya mula menipu dan segala pergerakan Adel dan suami dapat saya lihat melalui akaun Instagram Adel.

Sepanjang saya di kampung mereka berkaraoke, bercheck-in, Adel ikut suami saya ke hulu ke hilir.

Menurut Hairin, dia tampil dengan cerita sebenar kerana Adel menipu orang ramai untuk menyelamatkan diri. Hairin juga memberitahu yang walaupun Adel sanggup bermadu dengannya, dia tidak sudi dan lebih rela berpisah.

Menurut Hairin lagi, suaminya memberitahu akan meninggalkan Adel perlahan-lahan tetapi masih menjalinkan hubungan dengan penyanyi itu.

Tambah Hairin, dia tampil dengan cerita sebenar kerana mahukan keadilan bagi dirinya dan tiga orang anak perempuannya.

Agak sukar untuk membuat penghakiman tentang perkara ini sebagai orang luar. Diharap ketiga-tiga pihak akan dapat mencapai jalan penyelesaian terbaik kepada kemelut ini. Kata orang, bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi, bukan?

Pendatang Baharu Dalam Industri Seni Jangan Poyo – Dato Hans Isaac

Posted: 11 Feb 2016 07:11 PM PST

Baru-baru ini, tiga penggiat seni telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang ( D.I.M.P) termasuk aktor Hans Isaac yang kini sudah bergelar Dato.

Buat Hans, ia sebagai satu penghargaan buat beliau yang sudah lama berkecimpung dalam bidang seni dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama sekali pihak media dan peminat yang selalu menyokong kariernya.

Apabila saya menerima anugerah tersebut, perkara pertama yang mengamit nostalgia saya ialah arwah bapa saya. Sebelum ini arwah bapa saya turut menerima D.I.M.P.

Dikesempatan ini saya ucapkan terima kasih beribu-ribu kepada peminat saya, pengikut di Instagram dan tidak lupa juga kepada pihak media yang selalu menyokong perkembangan karier saya selama ini.

Berpengalaman dan sudah cukup masak dengan selok-belok dunia hiburan, Hans juga ada  memberikan nasihat buat pendatang baharu. Mengakui mereka kini lebih mudah untuk bergelar artis, Hans menyatakan jika mereka ingin berjaya jangan sesekali bersikap  terlalu mendabik dada dan harus menjaga disiplin dalam pekerjaan.

Paling penting dalam industri seni ialah mereka mesti ada disiplin diri dan jangan poyo. Sejujurnya untuk menjadi seorang selebriti mahupun artis di zaman ini sungguh senang. Ini kerana adanya platform yang tidak terhad berbanding di zaman saya dahulu adalah terhad untuk menonjolkan diri jadi tolonglah hargai dunia seni.

Nasihat Hans itu ada betulnya, ada sesetengah artis baharu walaupun tidak popular sudah mula bersikap diva dan tidak mementingkan disiplin dalam bekerja. Perkara seperti ini adalah punca mengapa mereka tidak boleh tahan lama dalam industri dan akhirnya nanti akan menyalahkan pihak lain pula..

Sumber Berita: Media Hiburan

Julia Ziegler Komen Pelik-pelik Di Instagram Putri Najuwa?

Posted: 11 Feb 2016 06:16 PM PST

Baru-baru ini Julia Ziegler telah memuat naik gambar berbikini ketika bercuti di Pulau Redang ke akaun Instagram milikya menyebabkan dia mendapat kritikan hebat orang ramai. Kata Julia dia tidak kisah dengan tanggapan masyarakat dan hanya mahu bergembira.

Tetapi Julia juga seperti tidak senang juga dengan kritikan orang ramai terhadapnya dan bersikap defensif.

 photo 12698842_10207443418738101_676621471_o.jpg
 photo 12737035_10207443419378117_2051453965_o.jpg

Seseorang telah memberitahu kami bahawa dia perasan akan komen-komen yang ditinggalkan Julia di Instagram Putri Najuwa. Komen-komen yang dibuat oleh Julia boleh dikatakan menimbulkan persoalan.

Lagi 2 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo 12737091_10207443420618148_1708223975_o.jpg
 photo 12674738_10207443440858654_70732787_o.jpg
Persoalannya, mengapakan Julia meninggalkan komen sedemikian? Dan apa yang menarik, Putri Najuwa yang pernah bercinta dengan Shaheizy Sam itu buat-buat tidak tahu dengan komen Julia.

Apa pendapat anda?

 




@



(12 FOTO) Sekitar Bridal Shower Anzalna Nasir Dengan Tema Barbie