Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

(18 FOTO) Sekitar Kemeriahan Majlis Resepsi Perkahwinan Akim Dan Stacy

(18 FOTO) Sekitar Kemeriahan Majlis Resepsi Perkahwinan Akim Dan Stacy


(18 FOTO) Sekitar Kemeriahan Majlis Resepsi Perkahwinan Akim Dan Stacy

Posted: 06 Feb 2016 08:19 AM PST

Selepas sah bergelar isteri pada pagi 5 February lepas, pasangan Akim dan Stacy diraikan dalam satu majlis resepsi perkahwinan yang cukup meriah pada sebelah malam hari yang sama di Hotel Shahgri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.

Majlis bertambah meriah dengan kehadiran beberapa rakan artis dan juga keluarga kedua-dua belah pihak. Majlis resepsi  di pihak Akim pula akan diadakan di Johor Bahru pada 26 Februari ini.

Antara rakan artis yang membuat persembahan pada malam tersebut ialah Hazama, Hafiz Suip dan Marsha.

Jom kita layan beberapa foto kemeriah majlis resepsi perkahwinan Akim dan Stacy dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto: Instagram Akim & Stacy Lovers

Perpisahan Adalah Jalan Terbaik – Siti Saleha Akui Sudah Putus Cinta Dengan Jejaka Eropah

Posted: 06 Feb 2016 04:53 AM PST

Sekitar penghujung tahun 2014, Siti Saleha memberitahu beliau sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka Eropah.

Namun, semua itu tinggal kenangan apabila Siti Saleha akui hubungannya bersama teman lelaki yang berasal daripada Portugal sudah berakhir pada Oktober tahun lepas.

Meskipun sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan hubungan mereka, Siti Saleha akur dengan ketentuan takdir kerana tiada lagi persefahaman antara mereka berdua.

Saya sudah berusaha menyelamatkan hubungan kami tapi nampaknya perpisahan adalah jalan yang terbaik. Nampaknya, kami memang tiada jodoh. Saya terpaksa mengakhiri hubungan yang berlangsung selama setahun itu kerana tiada persefahaman lagi.

Tidak mahu  toleh ke belakang lagi, Siti Saleha enggan mendedahkan lagi butiran tentang punca perpisahan mereka.

Tidak perlulah saya komen lebih-lebih kenapa kami putus kenapa kami putus kerana biarlah ia menjadi cerita peribadi saja. Buat masa ini, kami juga putuskan untuk membawa haluan dan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.

Kalau sudah tiada persefahaman antara satu sama lain, agak sukar untuk mengekalkan hubungan percintaan yang terjalin. Apa tunggu lagi, Siti Saleha dah single tu ..dah boleh la abang-abang masuk borang untuk mengorat bukan? Hehe..

Sumber Berita: Harian Metro

Lagi 11 Foto Sekitar Majlis Akad Nikah Akim Dan Stacy

Posted: 06 Feb 2016 04:27 AM PST

Menyulam cinta lebih daripada 5 tahun, Akim dan Stacy akhirnya sah bernikah sekitar jam 10.15 pagi semalam.

Jelas terpancarnya sinar kebahagiaan dimata kedua-dua mempelai saat disatukan sebagai suami isteri. Mengenakan busana berwarna putih,  ia melambangkan betapa sucinya ikatan cinta mereka berdua.

Khas buat peminat Akim dan Stacy, berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Instagram Akim & Stacy Lovers

(TAKZIAH) Azza Elite Keguguran Buat Kali Keempat

Posted: 06 Feb 2016 03:46 AM PST

Pernah mengalami keguguran sebelum ini, Azza memberitahu beliau sekali lagi diduga apabila keguguran buat kali keempat selepas disahkan hamil enam minggu.

Buat Azza, beliau redha dengan ketentuan Allah SWT dan mempercayai beliau masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata bersama suami Azlan Zulaily.

Jelas Azza, antara punca beliau keguguran adalah kerana terlalu letih melakukan kerja berat.

Saya anggap semua ini ujian yang akan terus menguatkan diri. Belum rezeki saya untuk menjadi ibu. Suami juga sangat kuat berdepan apa yang dilalui ini. Insya-Allah kami akan terus mencuba.

Kebetulan pada 31 Januari lalu saya ada tugas mengacara di Putrajaya. Tidak elok pula rasanya jika hendak ditolak tawaran itu kerana saya sudah mengesahkannya sejak awal. Bagaimanapun saya percaya, ia memang bukan rezeki saya lagi. Malahan, sebelum itu pun ada berlaku pendarahan juga seperti fasa mengandung sebelum ini.

Siapa yang tidak sedih apabila setelah sekian lama menginginkan anak dan tiba-tiba kejadian seperti ini berlaku bukan?. Namun Azza tidak mahu terus bersedih dan ingin kembali aktif berlakon.

Pada masa yang sama Azza turut meluahkan hasratnya  untuk menjejakkan kaki di kota suci Mekah bagi memohon doa agar dapat menimbang zuriat di sana.

Takziah buat Azza dan suami, Allah SWT itu tahu anda seorang yang kuat sebab itu beliau menguji anda dengan dugaan ini agar anda terus kekal tabah dan bersabar. InshaAllah, jangan putus asa dan berdoa pasti satu hari nanti Azza akan diberikan peluang untuk menjadi seorang ibu. Aminnn..

Sumber Berita: BH ONLINE




@



(18 FOTO) Sekitar Kemeriahan Majlis Resepsi Perkahwinan Akim Dan Stacy