(6 FOTO) Sekitar Maternity Photoshoot Eina Azman |
- (6 FOTO) Sekitar Maternity Photoshoot Eina Azman
- (20 FOTO) Majlis Resepsi Kedua Sam & Syatilla Di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur
- Pelakon Zizan Nin Akui Sudah Bercerai Sebulan Lalu
- (VIDEO) Post Wedding Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
- (7 FOTO) Maya Karin Bercuti Di Morocco
- Hafiz Suip Nikah 14 Mei : Hanya Inginkan Majlis Sederhana
- Janna Nick Tepis Dakwaan Jalinkan Hubungan Sejenis
- Filem Itu Tiada Kaitan Dengan LGBT – Aeril Zafrel Jawab Isu Berlakon Filem Homoseksual
(6 FOTO) Sekitar Maternity Photoshoot Eina Azman Posted: 14 Feb 2016 08:10 AM PST Sedang menanti hari untuk menjadi ibu tidak lama lagi, Datin Paduka Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet baru-baru ini telah mengadakan sesi maternity photoshoot, bagi mengabdikan kenangan mendapat cahaya mata pertama. Sesi fotografi tersebut diadakan di kediaman mereka dan diambil oleh jurugambar terkenal Teddyfilm.co Dah besar dah perut Eina, kami doakan agar saat kelahiran anak pertama beliau ini berjalan dengan lancar. Jom kita layan beberapa foto sekitar maternity shoot Eina Azman dengan membaca artikel ini sepenuhnya. |
(20 FOTO) Majlis Resepsi Kedua Sam & Syatilla Di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur Posted: 14 Feb 2016 08:03 AM PST Sah bergelar suami dan isteri pada 8 Februari lepas, pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah mengadakan majlis resepsi kedua bertempat di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur Tampak sedondon mengenakan busana warna putih ala putera dan puteri raja Inggeris dengan iringan bagpipes.Majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah sekali dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah pihak, sanak saudara dan juga rakan-rakan artis. Majlis mereka juga diserikan lagi dengan persembahan khas daripada Datuk Siti Nurhaliza. Sam dan Syatilla akan mengadakan satu lagi majlis resepsi khas buat peminat mereka di Interior Design City Centre (IDCC), Shah Alam pada 20 Februari depan. Buat peminat Sam dan Syatilla berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi kedua mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit Foto : Instagram TV9 Malaysia |
Pelakon Zizan Nin Akui Sudah Bercerai Sebulan Lalu Posted: 14 Feb 2016 04:17 AM PST Pelakon yang terkenal menerusi siri Strawberi Dan Karipap, Zizan Nin mengakui sudah bercerai dengan isterinya Fazilah Hani Harun seorang pembaca berita di ntv7 sejak sebulan yang lalu kerana tiada lagi persefahaman. Buat masa ini Zizan enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara berkenaan kerana ingin menjaga hati beberapa pihak.
Sebelum ini ada timbul gosip mengatakan rumah tangganya itu sedang bergolak tetapi Zizan tidak pernah mengesahkannya. Namun, Zizan menafikan beliau sengaja mengelak daripada pihak media. Berbicara mengenai penceraian beliau, Zizan anggap ia satu perkara yang sudah berlalu dan redha dengan ketentuan takdir.
Zizan Nin dan Fazilah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2010. Mereka tidak mempunyai cahaya mata bersama. |
(VIDEO) Post Wedding Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Posted: 14 Feb 2016 01:33 AM PST Pasangan romantis Shaheizy Sam dan Syatill Melvin sekali lagi melakukan sesuatu yang agak gempak dan kali ini menerusi video post wedding mereka hasil karya Kaio Studio. Rasanya tiada lagi video seperti ini yang dilakukan oleh mana-mana pasangan selebrti di Malaysia. Siap ada helikopter dan Sam sendiri memandu kereta sport untuk bertemu dengan cinta hatinya Syatilla. Jom kita lihat sedikit teaser video tersebut :- |
(7 FOTO) Maya Karin Bercuti Di Morocco Posted: 14 Feb 2016 01:16 AM PST Maya Karin, antara aktres yang tidak mahu terlalu fikirkan soal cinta dan menikmati kehidupan sepenuhnya. Jutawan hartanah ini kini sedang bercuti di Morocco bersama keluarga tercinta. Berdasarkan beberapa foto yang dikongsi oleh Maya, nampaknya mereka cukup gembira berada di sana. Jom layan beberapa lagi foto percutian Maya Karin di Morocco dengan membaca entri ini sepenuhnya.
|
Hafiz Suip Nikah 14 Mei : Hanya Inginkan Majlis Sederhana Posted: 14 Feb 2016 12:57 AM PST Selepas pasangan Akim dan Stacy melangkah ke alam perkahwinan baru-baru ini, rakan karib mereka Hafiz Suip juga bakal berkahwin bersama tunangnya Nureffy pada 14 Mei depan. Tidak menginginkan majlis yang begitu besar, Hafiz menyatakan cukuplah jika mereka mendahulukan apa yang wajib sahaja. Buat Hafiz cukuplah majlis mereka mengikut kemampuan dan tidak terlalu gah.
Majlis akad nikah akan diadakan di tempat kelahiran mereka berdua di Sarawak. Kini Hafiz dan Nureffy sedang sibuk menyiapkan persiapan majlis raja sehari mereka. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar dan harap rumah tangga Hafiz dan Nureffy kekal sehingga ke akhir hayat. Kata orang tua-tua sekarang ini tengah darah manis. |
Janna Nick Tepis Dakwaan Jalinkan Hubungan Sejenis Posted: 13 Feb 2016 09:38 PM PST Hanya kerana tampil berambut pendek sebelum ini dan memakai topi, ada pihak yang mendakwa aktres Janna Nick menjalinkan hubungan sejenis. Baru sahaja ingin menapak dalam bidang hiburan, Janna enggan ambil pusing akan gosip berkenaan kerana perkara itu sama sekali tidak benar. Bagi Janna, gosip dan kontroversi adalah asam garam sebagai selebriti.
Janna Nick ni ada pakej lengkap untuk menjadi penghibur, wajah cantik dan pandai menyanyi, tentu satu hari nanti beliau leh jadi pelakon yang berkualiti. |
Filem Itu Tiada Kaitan Dengan LGBT – Aeril Zafrel Jawab Isu Berlakon Filem Homoseksual Posted: 13 Feb 2016 09:03 PM PST Sebelum ini, aktor Aeril Zafrel ada memuat naik poster filem bertajuk Crystal Soul gandingan bersama Nazim Othman,yang mencetuskan pelbagai persoalan dan spekulasi kerana ia dikatakan berkisarkan kehidupan gay. Ada yang berpendapat filem tersebut tidak patut diketengahkan kerana ia mempunyai unsur negatif tetapi ada juga yang sokong kerana ia mungkin akan membuta mata sesetengah pihak akan gejala sosial tersebut yang sememangnya ada di Malaysia. Tenang menghadapi segala kritikan, Aeril mengakui beliau ada memuat naik foto berkenaan dan ia merupakan filem kedua arahan beliau.
Masih dalam proses pengolahan skrip dan belum menjalani proses penggambaran, Aeril bagaimanapun menafikan ia adalah kisah mengenai homoseksual dan berkaitan dengannya.
Setiap orang mempunyai tafsiran mereka sendiri bila melihat sesuatu. Kita nantikan sahaja filem kedua arahan Aeril Zafrel, mungkin ada kelainan. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@