(7 FOTO) Sekitar Majlis Akad Nikah Nas-T Dan Atita Haris |
- (7 FOTO) Sekitar Majlis Akad Nikah Nas-T Dan Atita Haris
- Kirim Produk Naelofar Hijab Ke Israel : Neelofa Dikecam Netizen?
- Nur Fathia Tepis Gosip Ayda Jebat Punca Beliau Dan Aiman Hakim Putus Cinta
- Bekas Suami Doakan Kebahagiaan Nabila Huda Dan Suami Baharunya
- (FOTO) Lama Tidak Muncul Di Kaca TV : Wahid Senario Dalami Ilmu Agama
- Lagi 5 Foto Eksklusif Pre Wedding Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin
- Erin Malek Sahkan Sudah Berhijab Sepenuhnya
- Berhijab Umpama Maruah, Alhamdulillah Saya Diberikan Hidayah Untuk Tutup Aurat – Sara Ali
- Jihan Muse Dikecam Muat Naik Video Seakan Menghina Abam Bocey?
- Poligami Bukan Untuk Ambil Kesempatan, Saya Kahwin Kerana Allah – Salih Yaacob
(7 FOTO) Sekitar Majlis Akad Nikah Nas-T Dan Atita Haris Posted: 03 Feb 2016 08:33 AM PST Sudah berkahwin secara tertutup pada hari Jumaat minggu lepas, pasangan Nas-T dan Atita Haris kini sedang menikmati saat bahagia bergelar suami isteri. Lebih terbuka mengenai pernikahannya kini, Atita menerusi akaun Instagram miliknya sempat berkongsi beberapa foto sekitar majlis akad nikah. Difahamkan, pernikahan mereka berlangsung di Surau Al Ikhlas SS19, Subang Jaya.
Tahniah kami ucapkan kepada Nas-T dan Atita , jelas terpancar kebahagiaan di wajah mereka berdua apabila sudah sah berkahwin. Semoga kekal sehingga ke akhir hayat. Lagi 6 foto majlis akad nikah Nas-T dan Atita Haris dengan membaca artikel ini sepenuhnya. |
Kirim Produk Naelofar Hijab Ke Israel : Neelofa Dikecam Netizen? Posted: 03 Feb 2016 08:25 AM PST Hanya kerana memuat naik foto resit beliau kirim produk Naelofar Hijab ke bumi Israel, Neelofa telah mengundang rasa bengang sesetengah pengikutnya di Instagram. Malah wujudnya pendapat berbeza mengenai perkara berkenaan sehingga berlakunya sedikit perbalahan menerusi ruang komen di foto berkenaan. Ada sesetengah pengikut yang berfikiran positif memberitahu, bukannya semua rakyat Israel terdiri daripada Yahudi dan masih banyak juga mereka yang beragama Islam. Namun, ada juga yang menasihati Neelofa tidak sepatutnya memuat naik foto tersebut yang boleh mengundang salah faham dan fitnah. Banyak betul masa keyboard warrior yang mencari kesalahan artis, sekali sekala cubalah buang fikiran negatif itu daripada minda anda. |
Nur Fathia Tepis Gosip Ayda Jebat Punca Beliau Dan Aiman Hakim Putus Cinta Posted: 03 Feb 2016 08:21 AM PST Kami tahu kisah cinta Nur Fathia dan Aiman Hakim Ridza sudah lama tamat, tetapi baru-baru ini timbul gosip kononnya Ayda Jebat adalah punca mereka berdua putus cinta. Meskipun Ayda pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai percintaan Fathia dan Aiman, ada lagi sesetengah pihak yang tidak puas hati dan mahu Fathia ataupun Aiman sendiri tampil menjelaskan perkara yang sebenar. Semalam menerusi portal Berita Harian, Fathia turut menafikan gosip tersebut dan menganggap mereka berdua sudah tiada jodoh.
Fathia kini ingin meneruskan hidupnya dengan tenang tetapi tidak mahu bermusuh dengan Aiman walaupun apa sahaja yang berlaku.
Dalam hidup ini untuk apa kita mencari musuh . Kalau tidak bercinta apa salahnya kalau kita kekalkan hubungan baik sebagai seorang sahabat sahaja? |
Bekas Suami Doakan Kebahagiaan Nabila Huda Dan Suami Baharunya Posted: 03 Feb 2016 12:06 AM PST Bekas suami kepada aktres Nabila Huda iaitu Eddie Tiga Swagger mengakui beliau cukup gembira apabila mengetahui bekas isterinya itu sudah mendirikan rumah tangga dan bersyukur Abil sudah bertemu dengan seseorang yang mampu menjaga beliau dengan baik. Malah, Eddie sebenarnya sebelum ini pernah mendoakan agar Abil dijodohkan dengan lelaki wanita idaman beliau selepas kedua-duanya berpisah sekitar tahun 2011.
Ditanya mengenai perancangan beliau pula untuk berkahwin, Eddie menjelaskan buat masa ini beliau masih belum terfikir soal kahwin dan mengutamakan anak perempuan bersama Abil iaitu Keisha Laila.
Meskipun sudah lama berpisah, Eddie, Abil dan Izwan mempunyai hubungan yang agak baik demi Keisha. Eddie mendirikan rumah tangga dengan Abil pada 6 Disember 2008 dan bercerai 3 tahun kemudian. Satu-satunya anak perempuan mereka Keisha Laila kini sudah berusia 6 tahun.
|
(FOTO) Lama Tidak Muncul Di Kaca TV : Wahid Senario Dalami Ilmu Agama Posted: 02 Feb 2016 11:44 PM PST Senario, kumpulan lawak yang cukup popular sekitar tahun 90 an sehinggalah awal tahun 2000. Walaupun mereka tidak lagi mempunyai rancangan terbaru bersama, gelagat Lan Pet Pet, Azlee dan Wahid masih lagi diingati oleh orang ramai. Bercerita mengenai ahli kumpulan Senario, baru-baru ini tersebar foto terbaru Wahid di Facebook yang diambil oleh peminatnya di Masjid Bandar Baru Putra Ipoh Perak. Menurut beliau, Wahid sering berkunjung ke masjid berkenaan bagi mendengar ceramah agama dan kuliah ilmu. Patutlah lama tidak lihat Wahid dikaca televisyen, Alhamdulillah hari ini banyak juga cerita positif tentang perubahan artis ke arah kebaikan. Semoga diberkati Allah SWT. |
Lagi 5 Foto Eksklusif Pre Wedding Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Posted: 02 Feb 2016 09:34 PM PST Masih lagi mengenai pasangan hangat Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. Bakal berkahwin tidak lama lagi setiap cerita mengenai mereka sering menjadi perhatian ramai. Baru-baru ini, ramai yang terpukau dengan foto-foto eksklusif pra perkahwinan pasangan ini yang mempunyai kelasnya tersendiri. Kami tidak mahu cakap banyak.Jom lihat beberapa lagi foto memukau Sam dan Syatilla dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
|
Erin Malek Sahkan Sudah Berhijab Sepenuhnya Posted: 02 Feb 2016 09:14 PM PST Tidak mahu ia terus menjadi tanda tanya, Erin mengesahkan beliau kini sudah berhijab sepenuhnya. Jelas Erin, beliau sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi seorang muslimah dan akhirnya ia terlaksana pada bulan Januari lepas. Malah, keputusan beliau untuk berhijrah juga mendapat sokongan daripada suami tercinta Farriz Fauzy.
Alhamdulillah, semoga perubahan Erin ini kekal sehingga akhir hayat. InshaAllah. |
Berhijab Umpama Maruah, Alhamdulillah Saya Diberikan Hidayah Untuk Tutup Aurat – Sara Ali Posted: 02 Feb 2016 08:49 PM PST Mula bertudung sejak bulan Januari lepas, ada pihak yang mengatakan Sara Ali mula berubah imej kerana beliau ingin berkahwin. Namun, Sara sekerasnya menafikan gosip berkenaan dan memberitahu berhijab sama seperti menjaga maruah seorang wanita dan beliau sempat meluahkan rasa syukur kerana diberi hidayah oleh Allah SWT untuk menutup aurat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Tampil dengan imej seorang wanita muslimah, Sara sudah mula meletakkan syarat sekiranya ada tawaran lakonan. Namun, beliau mengakui minatnya dalam lakonan sudah mula hilang kerana sering ditawarkan watak yang sama sahaja.
Bila berbicara soal untuk menutup aurat, ia harus lahir daripada hati yang ikhlas dan bukan kerana mengikut trend semata-mata ataupun atas tujuan berniaga. |
Jihan Muse Dikecam Muat Naik Video Seakan Menghina Abam Bocey? Posted: 02 Feb 2016 08:24 PM PST Baru-baru ini, Jihan Muse ada memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya dengan kapsyen " yang mana satu idaman kalbu". Dalam video tersebut Jihan bertanya yang mana satu pilihan hati antara Anuar Zain ataupun Abam Bocey. Membuat memek muka saat beliau menunjukkan Abam, ada antara pengguna media sosial menyifatkan tindakan Jihan itu agak melampau dan seakan menghina Abam.
Namun, ada juga yang berpendapat itu cuma gurauan biasa antar rakan dan orang ramai tidak perlu terlalu emosi dan serta menjadikan ia satu isu yang besar. Berikut video yang dimuat naik oleh Jihan :- |
Poligami Bukan Untuk Ambil Kesempatan, Saya Kahwin Kerana Allah – Salih Yaacob Posted: 02 Feb 2016 07:41 PM PST Sejak berita penceraian Salih Yacoob dan bekas isteri keduanya, Nor Raha tersebar secara meluas dan menjadi topik hangat, ramai yang mengatakan sekurang-kurangnya beliau masih ada tiga orang isteri lagi dan satu ruang kosong jika hendak berkahwin sekali lagi. Namun, jelas Salih beliau memilih untuk poligami bukanlah kerana nafsu serta mengambil kesempatan terhadap kaum wanita, tetapi kerana Allah.
Buat beliau, perkahwinan konsep poligami tidak semudah yang disangka kerana isteri-isteri mempunyai perangai yang berbeza-beza dan ia adalah tanggungjawab yang besar Salih sebagai seorang suami untuk membimbing mereka dengan baik. Salih kini bersama tiga isteri iaitu Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 29. Hasil daripada keempat-empat perkahwinannya, Salih dikurniakan 13 orang anak. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@