Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Adel AF2014 Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang?

Adel AF2014 Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang?


Adel AF2014 Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang?

Posted: 10 Feb 2016 08:11 AM PST

Menerusi satu kiriman e-mail yang kami terima, ada pihak yang mendakwa bekas pelajar AF 2014, Adel yang berasal daripada Sabah sedang bercinta dengan suami orang.

Adel bersama kekasihnya yang didakwa berstatus suami orang

Menurut sumber tersebut, teman lelaki Adel merupakan seorang kontraktor yang berkahwin dengan wanita daripada Johor dan mempunyai tiga orang anak.

Adel juga dikatakan punca lelaki itu bercerai dengan isterinya dan mereka sering kali dilihat keluar masuk hotel di sekitar Kota Kinabalu.

Sumber tersebut juga  ada menyertakan perbualan antara Adel dan teman lelakinya seperti dibawah:-

Hurm, sejauh mana kesahihan berita ini tidak dapat kami pastikan. Namun, kami harap Adel bukanlah perosak rumah tangga seperti yang didakwa kerana ia sesuatu perkara yang tidak bermoral. Apa-apapun kita tunggu penjelasan daripada mulut Adel sendiri.

OlaBola Kutip RM8 Juta Selepas 13 Hari Ditayangkan Di Pawagam

Posted: 10 Feb 2016 02:09 AM PST

Filem OlaBola nampaknya semakin mendapat perhatian penonton apabila berjaya mengutip RM8 juta selepas 13 hari ditayangkan di 126 buah pawagam seluruh Malaysia dan juga Brunei.

OlaBola adalah karya arahan Chiu Keng Guan yang sebelum ini turut mengarahkan filem box-office The Journey.

Ia menampilkan barisan pelakon seperti Bront Palarae, JC Chee, Muhd Luqman Hafidz, Saran Kumar, Eric Teng Shin Wang dan Lim Jian Wen yang masing-masing mempunyai bakat lakonan yang baik serta  "menghidupkan" lagi watak mereka didalam filem tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial yang sudah menonton filem OlaBola juga memberikan komen positif tentang filem ini dan sekaligus menarik minat mereka yang belum sempat untuk menontonnya di pawagam.

Berlatarkan penghujung era 1970-an, filem Ola Bola berdurasi 1 jam 51 minit ini diterbitkan Astro Shaw Sdn Bhd dengan kerjasama Woohoo Pictures.

Ia diilhamkan daripada kisah benar dan menceritakan mengenai semangat juang pasukan bola sepak negara untuk bangkit daripada kekecewaan, sekali gus muncul wira negara.

Satu pencapaian yang agak membanggakan buat filem berunsurkan kesukanan yang jarang sekali dihasilkan untuk ke layar perak.

Ucapan Sweet Syatilla Buat Sam Yang Tidak Pernah Lupa Meraikan Ulangtahun Kelahirannya

Posted: 10 Feb 2016 01:19 AM PST

Sekitar tahun lepas, gosip percintaan Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam mula hangat diperkatakan, namun rupa-rupanya mereka sudah berkenalan selama 6 tahun sebelum bergelar suami isteri pada hari Isnin lepas.

Dan sepanjang 6 tahun perkenalan, Sam tidak pernah lupa meraikan hari jadi Syatilla dan tahun ini penuh dengan kejutan selepas prank Sam pengsan selepas bernikah.

Untuk itu Syatilla telah memuat naik ucapan terima kasih di akaun Instagram miliknya yang ditujukan khas buat suami tercinta beliau.

Allah maha besar lagi maha mengetahui..alhamdulillah bukan senang….Nayamku,thank u untuk 6tahun yg lepas 2010 sampai 2016 awak ada dengan saya utk sambut birthday saya setiap tahun (nasib baik saya snap picture every year) p/s:pedulikan anasir2 luar yg masuk dan merosakkan

Awak,thank u sebab awak jadikan 8 februari2016 penuh sejarah dan bermakna dalam hidup saya,awak dan kita,insyaallah sampai bila2 tak mungkin saya dapat lupa.

Saya  tak pandai nak susun ayat lagi,awak tahu apa yang saya tahu apa yang kita rasa.TERIMA KASIH SAYANG,I LOVE U SUAMI SAYA @shaheizy_sam

Amboi bukan main sweet lagi ucapan Syatilla buat Sam.Kami harap anda berdua akan kekal mencintai dan berkasih sayang macam ini sehingga ke akhir hayat. InshaAllah.

Sumber Berita: Instagram Syatilla Melvin

(TAHNIAH) Pelakon Faye Kusairi Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya

Posted: 10 Feb 2016 12:34 AM PST

Pelakon Faye Kusairi yang pernah membintangi drama popular Istikharah Cinta bersama Zul Ariffin mengesahkan beliau kini sudah berhijab sepenuhnya selepas menangguh hasratnya itu hampir sebulan demi kerja.

Walaubagaimanapun, Faye akhirnya merasa cukup lega kerana hajat beliau kini sudah menjadi kenyataan dan mempercayai Allah SWT telah mengaturkan perjalanan hidupnya dengan baik.

Saya sudah menyimpan hajat untuk bertudung sejak tahun lalu, namun terpaksa menangguhkan hajat kerana terikat dengan komitmen kerja. Alhamdulillah, saya dapat menunaikan impian untuk berhijab.

Boleh dikatakan hajat dan niat saya ini dapat disempurnakan pada masa yang sesuai. Allah sudah menyusun jalan hidup saya sebaik mungkin.

Faye juga beberapa jam lepas sudah mula memuat naik foto beliau mengenak hijab di akaun Instagram miliknya.

Alhamdullilah, harapnya perubahan Faye Kusairi ke arah kebaikan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat. Doakan yang terbaik buat beliau.

Sumber Berita: BH ONLINE

(13 FOTO) Majlis Resepsi Atu Zero Dan Shafeeqa Johari Di Johor

Posted: 10 Feb 2016 12:24 AM PST

Sejurus selepas majlis pernikahan Atu Zero dan Shafeeqa Johari selesai pada 8 February lepas, pasangan ini turut mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka pada hari yang sama.

Majlis yang sederhana tetapi meriah itu bertempat di kediaman ibu dan bapa Shafeeqa  di Peserai, Batu Pahat, Johor.

Jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi Atu dan Shafeeqa dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Kredit Foto: Anis Amanina R

Diberi Peluang Pilih Pelakon Lelaki Yang Sesuai Dalam Filem : Ayda Jebat Nafi Sudah Besar Kepala

Posted: 09 Feb 2016 05:30 PM PST

Siapa sangka pelajar yang dianggap lemah sewaktu menyertai Akademi Fantasia 9 iaitu Ayda Jebat kini boleh jadi satu nama yang agak popular kini.

Mula terkenal menerusi drama Rindu Awak 200% Ayda kini melangkah setapak lagi dalam dunia lakonan apabila ditawarkan untuk berlakon didalam filem arahan pengarah terkenal Osman Ali.

Menariknya, Ayda juga diberikan kebebasan oleh Osman Ali untuk memilih dua orang pelakon pembantu yang bakal bergandingan didalam filem tersebut bertajuk Pinjamkan Hatiku.

Filem pertama tetapi Ayda seakan sudah dimanjakan bukan? Tentu ada yang fikir selepas ini makin diva la Ayda. Namun, Ayda menafikan dakwaan itu.

Mungkin ramai yang berpendapat bahawa saya sudah besar kepala sehingga boleh memilih pelakon lelaki yang sesuai.

Sejujurnya, saya memerlukan gandingan yang lebih senior kerana saya tiada sebarang pengalaman dalam lakonan filem.

Pada masa yang sama, Ayda sempat mengucapkan terima kasih kepada peminat beliau yang sentiasa setia menyokong beliau. Buat Ayda, tanpa peminat beliau tidak mungkin akan berada di tahap seperti sekarang.

Malah, Ayda juga ada menyelitkan nama kelab peminatnya, Ayda Jebat  Screamers didalam single terbarunya Pencuri Hati.

Tanpa mereka, saya tiada tempat di sini. Sebab itu, sebagai tanda terima kasih, salah satu cara saya menghargai peminat adalah dengan meletakkan akronim AJS dalam lagu Pencuri Hati

Osman Ali memberikan peluang kepada Ayda untuk memilih pelakon mungkin kerana ingin beliau merasa lebih selesa dalam filem pertamanya. Keserasian juga antara faktor penting dalam kejayaan sesebuah filem selain bakat yang cukup mantap dalam lakonan.

Sumber Berita: Kosmo

Turban Syatilla Melvin Pada Majlis Resepsi Perkahwinan Dikecam Netizen?

Posted: 09 Feb 2016 04:13 PM PST

Semalam pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin diraikan dalam satu majlis resepsi perkahwinan yang cukup meriah.

Tidak dapat dinafikan, perkahwinan pasangan ini antara yang menjadi perhatian ramai pihak awal tahun 2016 ini. Ada yang melabelkan ia Wedding Of The Year lebih-lebih lagi selepas Sam sebelum ini mendedahkan menerima tajaan perkahwinan sehingga RM 25 juta.

Mengenakan busana warna putih rekaan Arma Couture, Syatilla nampak anggun sekali. Namun, beberapa pihak mengatakan turban yang digunakan Syatilla untuk menutup bahagian rambutnya nampak agak tidak kena  dengan beliau sehingga membuatkan Sam kelihatan sedikit rendah.

Bahkan, turban itu menampakkan sedikit rambut Syatilla yang merupakan auratnya sebagai seorang yang berhijab.

Berikut antara komen netizen mengenai turban tersebut :-

Pada pendapat kami kemungkinan juga Syatilla terpaksa berbuat demikian kerana mengikut kehendak pihak penaja. Siapa tahu ada penaja anting-anting ke? Fikir positif..Apa pula pendapat anda?




@



Adel AF2014 Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang?