Akim Dan Stacy Pilih Busana Tema Biru Untuk Majlis Resepsi |
- Akim Dan Stacy Pilih Busana Tema Biru Untuk Majlis Resepsi
- Belum Ada Rezeki Untuk Hamil, Jangan Risau Saya Dan Suami Sihat – Sarimah Ibrahim
- Fara Fauzana Tidak Mahu Komen Gosip Bercinta Dengan Juruterbang
- Ingat Saya Kesah? – Respon Fazura Bila Peminat Suruh Unblock Rakannya Di Instagram
- (TAKZIAH) Jojie Kakak Kepada Ella Keguguran
- (TAHNIAH) Akim Dan Stacy Nikah Jumaat Ini
- Saya Percaya Allah Perancang Terbaik – Mizz Nina Tidak Ingin Terlalu Tertekan Soal Anak
- (6 FOTO) Sekitar Majlis Bridal Shower Syatilla Melvin
- Filem OlaBola Kutip RM 2.5 Juta Selepas 4 Hari Tayangan
Akim Dan Stacy Pilih Busana Tema Biru Untuk Majlis Resepsi Posted: 02 Feb 2016 08:51 AM PST Pasangan merpati dua sejoli ini bakal bernikah pada jam 10 pagi dan majlis resepsi mereka akan diadakan pada sebelah malam juga pada hari yang sama. Bercerita mengenai majlis tersebut, Stacy memberitahu beliau memilih persalinan dengan tema warna biru untuk digayakan pada malam perkahwinan beliau.
Majlis resepsi pihak lelaki pula akan diadakan pada 26 Februari ini di Johor Bahru dimana Akim turut menjemput peminat beliau untuk sama-sama memeriahkan majlis berkenaan. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk Stacy dan Akim menjadi suami dan isteri. Jangan risau dan jangan takut, tenangkan diri dan kami berharap segalanya akan berjalan lancar nanti. |
Belum Ada Rezeki Untuk Hamil, Jangan Risau Saya Dan Suami Sihat – Sarimah Ibrahim Posted: 02 Feb 2016 08:34 AM PST Sarimah Ibrahim, siapa yang tidak kenal dengan pengacara yang cukup lucu ini. Kalau siapa yang membesar pada tahun 90 an tentu mengenali beliau dengan panggilan mesra Kak Mah. Masa berlalu begitu pantas, pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah hampir setahun Sarimah bergelar isteri kepada cucu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau lebih dikenali sebagai Tunku Jamie. Seperti pasangan lain, Sarimah juga tidak terlepas dengan soalan bilakah mereka bakal menimang cahaya mata. Mengakui beliau sendiri tidak sabar untuk menimang anak, Sarimah bagaimanapun menjelaskan buat masa ini beliau belum mempunyai rezeki untuk hamil.
Buat masa ini Sarimah tidak akan putus asa berdoa kepada Allah SWT dan menyerahkan segalanya kepada takdir.
Tambah Sarimah, beliau kini sedang menambah ilmu mengenai keibubapaan dan berkongsi hasrat untuk menimang sepasang anak lelaki dan perempuan jika ada rezeki. Usia 37 tahun bukan penghalang untuk Sarimah hamil, lebih-lebih lagi selepas doktor mengesahkan beliau dan suami tidak mempunyai sebarang masalah. Relaks lah, belum setahun lagi kan? Kata orang masih dalam mood honeymoon lagi..Hehe.. |
Fara Fauzana Tidak Mahu Komen Gosip Bercinta Dengan Juruterbang Posted: 02 Feb 2016 08:14 AM PST Baru-baru ini, Fara Fauzana dikatakan sedang menjalin percintaan bersama dengan seorang juruterbang dalam satu ruangan gosip di akhbar tempatan. Ramai yang menerima berita itu dengan baik dan peminat juga sudah mula teruja kerana akhirnya personaliti kegemaran mereka sudah bertemu dengan jejaka yang berjaya mencuri hatinya. Untuk mendapatkan kepastian, pihak media ada bertanyakan hal berkenaan kepada Fara ketika bertemu dengan beliau pada sidang media filem animasi Boboiboy semalam. Namun, Fara seakan mengelak daripada soalan tersebut dan memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang komen tentang gosip tersebut.
Tidak apalah, mungkin mereka baru sahaja dalam fasa perkenalan dan Fara tidak mahu memberitahu sesuatu perkara yang belum pasti. Bagi Fara sedikit ruang dan kami yakin satu hari nanti beliau akan umumkan sendiri status terkini beliau. |
Ingat Saya Kesah? – Respon Fazura Bila Peminat Suruh Unblock Rakannya Di Instagram Posted: 02 Feb 2016 12:58 AM PST Mempunyai jumlah pengikut di Instagram bukan satu perkara yang begitu senang buat artis Malaysia kerana pelbagai macam ragam peminat setiap hari. Kali ini Fazura sekali lagi menjadi isu hangat di media sosial apabila mengendahkan permintaan seorang peminat untuk unblock rakannya di Instagram. Malah, screenshot perbualan itu turut dimuat naik oleh indvidu berkenaan di Twitter. Kalau lihat, memang win betul komen Fazura terhadap individu berkenaan. Mungkin ada sebab tertentu mengapa Fazura block rakan beliau, iyalah kalau lihat komen dekat Instagram lebih banyak yang negatif daripada positif. Apa-apa pun dik, tidak perlu lah sedih sangat yee.. |
(TAKZIAH) Jojie Kakak Kepada Ella Keguguran Posted: 02 Feb 2016 12:02 AM PST Takziah kepada Jojie iaitu kakak dan juga pengurus kepada Ratu Rock Malaysia, Ella yang telah keguguran sewaktu kandungannya berusia 3 bulan. Suami Jojie, Syahrizal Ismail mengesahkan perkara tersebut kepada media dan menganggap mereka belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Untuk pengetahuan anda, Jojie sekarang berusia 50 tahun dan bernikah dengan Syah yang 14 tahun lebih muda daripadanya pada 5 Jun 2015.
Semoga Jojie dan Syah menghadapi dugaan Allah SWT ini dengan tabah dan tenang. InshaAllah, faktor umur bukan penentu segalanya kerana rezeki terletak di tangan Allah SWT. Teruskan berdoa dan jangan putus asa. |
(TAHNIAH) Akim Dan Stacy Nikah Jumaat Ini Posted: 01 Feb 2016 11:44 PM PST Tahniah kepada Stacy dan Akim yang bakal disatukan sebagai suami dan isteri dalam satu majlis pernikahan yang akan diadakan pada hari Jumaat ini. Menurut Stacy, majlis penuh bermakna buat beliau akan berlangsung secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di bandar Kota Kinabalu, Sabah pada jam 10 pagi dan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak sahaja. Stacy berharap peminat mendoakan yang terbaik dan semoga segala perancangan berjalan dengan lancar.
Majlis persandingan pula akan diadakan pada sebelah malam di lokasi yang sama manakala majlis pihak lelaki pula diadakan pada 26 Februari ini di Johor Bahru yang turut menjemput peminat. Semoga segala perancangan Stacy dan Akim akan berjalan seperti yang dirancang. Tentu kedua-duanya sudah tidak sabar untuk bergelar suami isteri bukan? Hehe..Harap kekal sehingga akhir hayat. Amin.. |
Saya Percaya Allah Perancang Terbaik – Mizz Nina Tidak Ingin Terlalu Tertekan Soal Anak Posted: 01 Feb 2016 11:10 PM PST Sudah berkahwin selama lima tahun, Mizz Nina dan Noh Hujan sering diajukan soalan tentang bila mereka akan mendapat zuriat. Kalau pasangan lain, mesti sudah merasa tertekan bukan dengan mulut-mulut orang ramai yang mencetuskan pelbagai spekulasi. Namun, buat Mizz Nina dan Noh mereka menyerahkan perkara itu kepada takdir dan mempercayai bahawa perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik. Malah, beliau juga redha jika tidak mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata.
Buat setiap pasangan, mendapat anak adalah satu bonus tetapi tanggungjawab dalam mengekalkan kebahagiaan itu yang penting. Tidak apa Mizz Nina, kalau Allah SWT itu kata ada rezeki untuk anda menjadi ibu satu hari nanti pasti ia akan termakbul juga. Biarlah orang-orang mengata, lama-lama diam la tu.. |
(6 FOTO) Sekitar Majlis Bridal Shower Syatilla Melvin Posted: 01 Feb 2016 09:43 PM PST Bakal bernikah dengan Shaheizy Sam tidak lama lagi, Syatilla Melvin telah diraikan dalam satu majlis bridal shower yang dianjurkan oleh rakan-rakan beliau baru-baru ini. Majlis tersebut memberi peluang untuk Syatilla dan rakan-rakannya berkumpul dan meluangkan masa bersama sebelum berkahwin. Dengan slogan " One Last Fling Before The Ring" majlis tersebut tampak cukup simple dan intimate. Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar majlis bridal shower Syatilla Melvin dengan membaca entri ini sepenuhnya.
|
Filem OlaBola Kutip RM 2.5 Juta Selepas 4 Hari Tayangan Posted: 01 Feb 2016 09:19 PM PST Mula ditayangkan pada 28 Januari lepas di 126 buah pawagam seluruh Malaysia dan juga Brunei, filem OlaBola yang mengimbau kembali kegemilangan sukan bola sepak Malaysia, telah berjaya mencatat kutipan RM 2.5 juta dalam tempoh empat hari tayangan. Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, OlaBola mendapat sokongan yang baik dan menyentuh hati setiap lapisan masyarakat. Ia juga viral di media sosial dan trending di Twitter sebanyak enam kali.
Berlatarkan penghujung era 1970-an, filem Ola Bola berdurasi 1 jam 51 minit ini diterbitkan Astro Shaw Sdn Bhd dengan kerjasama Woohoo Pictures. Ia diilhamkan daripada kisah benar dan menceritakan mengenai semangat juang pasukan bola sepak negara untuk bangkit daripada kekecewaan, sekali gus muncul wira negara. Filem ini juga dibintangi aktor hebat Bront Palarae dan Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 27(FFM), Frankie Lee turut ditampilkan di dalam filem ini. Selain itu, ia turut mempertaruhkan barisan bakat baharu seperti Muhd Luqman Hafidz, Chee Jun Cherng dan Low Sin Mun. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@