Belajar Melepaskan Dan Menghargai – Fasha Sandha |
- Belajar Melepaskan Dan Menghargai – Fasha Sandha
- Rita Rudaini Nafi Sudah Bertemu Pengganti
- Bercerai Dengan Isteri Kedua: Salih Yaacob Belum Bersedia Untuk Mendirikan Rumah Tangga
Belajar Melepaskan Dan Menghargai – Fasha Sandha Posted: 31 Jan 2016 08:20 AM PST Kes penceraian Fasha Sandha dan Jejai antara isu hangat yang cukup mendapat liputan yang meluas dan perhatian ramai. Fasha tidak putus menerima ucapan daripada peminat yang mengharapkan beliau bertabah dalam menghadapi kehidupan sebagai ibu tunggal dan tidak juga mereka yang mendoakan kesejahteraan beliau. Buat Fasha, tiada ungkapan yang lebih tepat selain terima kasih buat mereka yang menyokong dan memberikan beliau semangat untuk meneruskan kehidupannya. Menerusi muat naik terbaru di Instagramnya, Fasha mempercayai setiap yang berlaku ada hikmahnya tersendiri beserta beberapa ayat untuk kekal bersemangat.
Mungkin ada pihak yang berpendapat untuk apa perbesarkan isu Fasha bercerai, sedangkan sebelum ini ramai lagi artis yang mempunyai nasib yang sama. Namun, masih ada lagi pihak yang bersimpati dengan nasibnya kerana sebelum ini Fasha kelihatan cukup bahagia bersama bekas suaminya apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata mereka yang kedua. Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu tunggal meskipun Fasha kiranya seorang yang "berduit". Sebab bukan itu persoalannya, tetapi ketabahan mental dan fizikal dalam menghadapi ujian dan cabaran selepas ini. |
Rita Rudaini Nafi Sudah Bertemu Pengganti Posted: 31 Jan 2016 08:06 AM PST Kenyataan itu sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa Rita bakal menamatkan zaman jandanya tidak lama sahaja lagi. Namun, menerusi satu kenyataan terbaru di portal Utusan Online Rita menafikan perkara berkenaan dan memberitahu buat masa ini beliau belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Bukan pintu hatinya tertutup untuk berkahwin tetapi fokus Rita kini hanyalah ingin membesarkan kedua-dua anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Soal jodoh ini kita tidak boleh tahu, mungkin satu hari nanti ada sahaja lelaki yang boleh menyayangi Rita dan anak-anaknya dengan baik. InshaAllah. |
Bercerai Dengan Isteri Kedua: Salih Yaacob Belum Bersedia Untuk Mendirikan Rumah Tangga Posted: 31 Jan 2016 08:02 AM PST Lebih panas lagi, Salih tidak menafikan wujudnya orang ketiga dan mengakui bekas isterinya itu mula tawar hati dan berubah sikap selepas menghadiri majlis reunion sekolah. Bukan tidak cuba untuk menyelamatkan rumah tangganya tetapi ini mungkin jalan yang terbaik buat mereka. Bila berita itu tersebar, ramai yang mengatakan kini Salih sudah ada satu lagi tempat kosong serta boleh mempunyai seorang lagi isteri , namun Salih memberitahu beliau belum bersedia untuk berkahwin dan hanya menyerahkan perkara itu kepada ketentuan takdir.
Mungkin pada orang lain, seorang lelaki itu cukup bertuah apabila dapat hidup berpoligami. Walaubagaimanapun, mereka tidak tahu betapa besarnya tanggungjawab seorang suami yang mempunyai ramai isteri.
Orang hanya boleh lihat manisnya hidup berpoligami hanya daripada luarannya sahaja, sebagai ketua keluarga tanggungjawab yang dipikul bukannya mudah dan peritnya hanya mereka sahaja yang tahu. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@