(FOTO) Shahrol Shiro Akhirnya Dedah Identiti Bakal Isteri |
- (FOTO) Shahrol Shiro Akhirnya Dedah Identiti Bakal Isteri
- Izreen Azminda Bercinta Dengan Redza Rosli?
- Aaron Aziz Terkena Jangkitan Paru-Paru
- (11FOTO) Sekitar Majlis Akad Nikah Akim Dan Stacy
- (TAHNIAH) Akim Sah Bergelar Suami Kepada Stacy Dengan Dua Kali Lafaz
(FOTO) Shahrol Shiro Akhirnya Dedah Identiti Bakal Isteri Posted: 04 Feb 2016 09:27 PM PST Pernah memberitahu bakal menamatkan zaman dudanya pada tahun ini, Shahrol Shiro mengumumkan beliau bakal bernikah pada 18 Mac ini bersama kekasihnya Nor Farhanan Syamimi. Malah, Shahrol juga sudah mendedahkan wajah bakal isterinya itu kepada umum. Shahrol dan Nor Farhanan yang merupakan seorang ahli perniagaan dari Kluang, Johor akan bernikah dii Dewan Kampus Intan Wilayah. Pasangan ini merencana untuk mengadakan majlis resepsi pihak perempuan sehari selepas mereka bernikah iaitu pada 19 Mac depan. Majlis di pihak lelaki pula akan diumumkan sendiri oleh Shahrol sekitar bulan Julai nanti. Buat masa ini Shahrol dan Nor Farhanan sedang sibuk menguruskan segala persiapan bagi majlis raja sehari mereka. Mereka juga akan menjalani kursus kahwin yang akan diadakan esok. Tahniah kami ucapkan kepada Shahrol dan Nor Farhanan semoga segala perancangan bagi majlis perkahwinan anda berdua berjalan lancar. |
Izreen Azminda Bercinta Dengan Redza Rosli? Posted: 04 Feb 2016 09:07 PM PST Sejak bergelar janda, Izreen Azminda sering dikaitkan bercinta dengan aktor muda. Jika dahulu dengan Amar Baharin dan Nazrief Nazri, kini beliau dikatakan sedang mesra dengan Redza Rosli pula. Gosip itu bermula apabila Izreen kerap memuat naik foto beliau bersama Redza. Malah, kedua-duanya sebelum ini pernah bergandingan didalam drama Kak Marr yang sedang ditayangkan di TV3. Walaubagaimanapun, Izreen menolak dakwaan tersebut dan menjelaskan Redza terlalu muda buat beliau.
Pada masa yang sama, Redza juga turut menafikan beliau sedang intim bersama Izreen dan hubungan mereka tidak lebih daripada kawan baik.
Ermm,setiap kali ada sahaja pelakon lelaki muda berlakon dengan Izreen pasti ada yang menyatakan mereka bercinta kerana terlalu mesra bersama. |
Aaron Aziz Terkena Jangkitan Paru-Paru Posted: 04 Feb 2016 08:12 PM PST Mengalami demam panas sejak hari Jumaat lepas, Aaron Aziz kini ditahan di hospital selepas doktor mengesahkan beliau terkena jangkitan paru-paru ataupun Pneumonia. Menurut Diyana Halik iaitu isteri Aaaron, pelakon itu mula mendapatkan rawatan di hospital pada hari Selasa lepas. Sebelum ini, Aaron masih lagi meneruskan penggambaran meskipun keadaan beliau pada waktu itu sudah agak teruk.
Namun, keadaan Aaron sudah semakin stabil selepas diberikan antibiotik dan dalam masa yang sama doktor mengesahkan pelakon tersebut bebas dari sebarang penyakit lain selepas melakukan X-Ray.
Semoga Aaron Aziz cepat sembuh. Ambil masa untuk rehat secukupnya dan jangan lupa untuk terus menjaga kesihatan selepas ini. |
(11FOTO) Sekitar Majlis Akad Nikah Akim Dan Stacy Posted: 04 Feb 2016 07:21 PM PST Stacy telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 tetapi jumlah hantaran tidak dinyatakan. Pihak perempuan memberi tujuh dulang hantaran dan dibalas juga dengan jumlah yang sama oleh pihak lelaki. Ia dibuat atas permintaan ibu Akim sendiri. Akim menyarungkan cincin campuran emas putih dan kuning bertatahkan lima permata tajaan Rings and Bands. Lima permata itu mempunyai maksud bagi mengingatkan Stacy kepentingan solat dalam mengukuhkan ikatan perkahwinan yang dibina. Akim dan Stacy tampak cukup tampan dan berseri dalam busana serba putih yang direka khas oleh Raffiey Nasir. Tahniah sekali lagi buat pasangan Akim dan Stacy, semoga rumah tangga yang dibina kekal sehingga akhir hayat. Jom lihat beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah Akim dan Stacy dengan membaca entri ini sepenuhnya.
|
(TAHNIAH) Akim Sah Bergelar Suami Kepada Stacy Dengan Dua Kali Lafaz Posted: 04 Feb 2016 06:33 PM PST Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Akim Ahmad dan Stacy yang sudah sah bergelar suami isteri pada jam 10.15 pagi tadi di Hotel Shangri-La, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah dengan dua kali lafaz. Pasangan ini dinikahkan oeh Jurunikah Jabatan Negeri Sabah (JAIS), Tuan Haji Matlin Dimin yang berwakilkan wali iaitu abang kandung Stacy, Mohd Adam Hakimi Anam. Akim menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 buat Stacy, walaubagaimanapun jumlah hantaran masih belum diketahui. Sumber Berita: Instagram officialhlive Teruskan bersama Beautifulnara.com untuk update selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@