Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Nas-T Sahkan Sudah Bernikah Dengan Atita Haris Jumaat Lepas

Nas-T Sahkan Sudah Bernikah Dengan Atita Haris Jumaat Lepas


Nas-T Sahkan Sudah Bernikah Dengan Atita Haris Jumaat Lepas

Posted: 31 Jan 2016 09:47 PM PST

Pernah memberitahu bakal berkahwin sekitar bulan Mac depan, namun perancangan mereka bertukar selepas  Nas-T mengesahkan beliau sebenarnya sudah bernikah dengan model dan juga selebriti Instagram, Atita Haris pada hari Jumaat minggu lepas.

Namun, buat masa ini Nas T masih belum boleh mendedahkan butiran selanjutnya dan bakal mengadakan satu sidang media khas pada hari Rabu ini bagi menjawab segala persoalan dan gosip.

Benar saya dan Atita sudah bernikah Jumaat lalu. Tetapi saya tidak boleh jelaskan dengan lebih terperinci mengenai perkara ini. Tunggu sidang media nanti.

Jelas Nas T beliau tidak pernah mahu merahsiakan perkahwinan beliau dan kalau boleh mahu semua pihak termasuk media mengetahui tentang berita tersebut pada sidang media khas tersebut.

Kalau boleh saya mahu semua orang mendapat berita ini serentak untuk berlaku adil.

Khabar angin Nas T dan Atita yang sudah berkahwin mula tersebar di media social sejak semalam. Malah, pelakon itu juga telah mengubah status hubungan di akaun Facebook kepada sudah berkahwin.

Berbicara mengenai perkenalan mereka, Nas-T bertemu dengan Atita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri tahun lalu selepas bekerja dalam satu syarikat yang sama. Majikan mereka mencadangkan mereka untuk berkenalan memandangkan kedua-duanya solo.

Dah kahwin rupanya Nas T dan Atita, ermm benda baik buat apa hendak sembunyi kalau beritahu orang ramai tarikh sebenar anda bernikah pun apa salahnya. Bukannya orang hendak mengutuk  tetapi ingin mendoakan kebahagiaan anda berdua. Tidak apalah, kita tunggu sahaja penjelasan mereka berdua pada sidang media khas nanti.

Sumber Berita: mStar Online

Elly Mazlein Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan Mac Depan

Posted: 31 Jan 2016 09:21 PM PST

Elly Mazlein pelakon yang mempunyai karisma dan daya penariknya tersendiri bakal menjadi ibu tidak lama lagi selepas mengesahkan bakal melahirkan cahaya mata perempuan pada bulan Mac depan.

Disahkan hamil pada bulan Jun 2015 selepas pernah keguguran sebelum itu, Elly bersyukur kerana kandungan beliau kali ini sihat dan tidak sabar untuk menanti detik kelahiran cahaya mata pertamanya itu bersama suami tercinta Azmi Hatta.

Tiada aral, Elly dijangka melahirkan anak perempuan pada 30 Mac depan. Memang Elly sendiri mengharapkan untuk mendapat anak perempuan dan alhamdulillah, ia seakan dikabulkan Tuhan. Elly dan kandungan ketika ini pun sihat. Elly dan suami juga selalu buat pemeriksaan di sebuah hospital di Wangsa Maju.

Demi menjaga kesihatan beliau dan bayi, suaminya meminta agar Elly tidak melakukan kerja berat dan berehat secukupnya serta enggan beliau merasa tertekan.

Suami tidak mahu Elly bekerja dan berasa tertekan. Dulu, ketika keguguran anak pertama, memang Elly lemah semangat. Begitupun, setiap kejadian ada rencana tersendiri. Sejak dimaklumkan hamil lagi, barulah kini Elly berani keluar berjumpa orang.

Tahniah diucapkan kepada Elly Mazlein dan suami, semoga segala proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: Berita Harian

Saya Jumpa Cinta Lain Selepas Bercerai, Bukan Reunion Punca Kami Cerai – Bekas Isteri Salih Yaacob

Posted: 31 Jan 2016 08:22 PM PST

Apabila berita penceraian Salih Yaacob dan isteri keduanya Nor Raha Hamad tersebar, Salih tidak menafikan wujudnya orang ketiga dalam perkahwinan mereka dan segalanya berpunca selepas bekas isterinya itu menghadiri reunion sekolah.

Walaubagaimanapun, Raha hari ini telah tampil menerusi Kosmo Online dan menafikan perkara berkenaan. Jelas Raha, beliau akui pernah meluahkan hasrat untuk berpisah dan sepanjang tempoh itu Salih hanya berdiam diri dan tidak pernah menghubungi beliau untuk bertanya khabar.

Perkara itu yang membuatkan Raha mula tawar hati lebih-lebih lagi selepas Salih tidak pulang ke rumah  dan saat itu beliau merasakan berpisah adalah jalan terbaik buat mereka berdua.

Selepas saya luahkan hasrat untuk berpisah, dia terus mendiamkan diri selama dua bulan. Sepanjang tempoh itu juga, dia langsung tidak menghubungi saya untuk bertanyakan khabar. Malah saya juga tidak ada menerima apa-apa mesej atau WhatsApp daripadanya.

Dia juga langsung tak balik ke rumah ketika itu. Sehinggalah saya betul-betul rasakan sudah tiba masanya dan minta untuk dilepaskan, maka kami berpisah secara rasmi pada 1 September tahun lepas.

Malah, Raha bertemu cinta baharu selepas beliau bercerai dengan Salih dan sekaligus menepis dakwaan bekas suaminya yang punca penceraian adalah kerana reunion sekolah.

Saya memang tidak pernah ada hubungan dengan mana mana lelaki lain sepanjang bergelar isterinya. Soal berkawan dengan lelaki yang kini menjadi suami baharu saya, ia berlaku selepas saya sah bercerai.

Sepanjang saya masih isterinya yang sah memang tidak ada apa apa hubungan lain. Jadi tidak timbul isu orang ketiga.

Mungkin berlaku salah faham antara Salih dan Raha sehingga bekas penyampai radio itu mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada media. Harapnya dengan penjelasan terbaru oleh Raha tiada lagi sebarang spekulasi yang dibuat mengenai rumah tangga mereka, lagipun Raha juga sudah move on dan mempunyai kehidupan baharu.

Sumber Berita: Kosmo Online

Bergelar Jutawan: Neelofa Tidak Mahu Terlalu Bangga Dengan Status Tersebut

Posted: 31 Jan 2016 05:24 PM PST

Berjaya dalam bidang perniagaan terutama sekali dengan jenama tudungnya sendiri iaitu Naelofar Hijab yang mencecah jualan sehingg RM 50 juta membuatkan aktres Neelofa Mohd Noor kini memegang status sebagai seorang jutawan muda.

Namun, Neelofa nampaknya tidak mahu mengambil pusing mengenai gelaran yang diberikan kepadanya itu oleh orang ramai, kerana kejayaan yang dikecapinya kini bukan hasil beliau seorang tetapi seluruh ahli keluarganya juga.

Buat Neelofa, beliau hanya ingin memfokuskan cara untuk beliau mengekalkan perniagaan beliau .

Kejayaan yang orang perkatakan itu adalah hasil titik peluh saya dan keluarga. Ia tidak akan berlaku sekiranya saya tampil berseorangan tanpa sokongan dan kerjasama keluarga terutamanya ibu dan ayah saya. Saya bersyukur kerana kepercayaan yang saya peroleh ini akhirnya membuahkan hasil.

Saya mahu perniagaan ini berjalan dalam jangka masa yang lama dan bukannya sementara. Jadi fokus saya lebih kepada bagaimana mahu kekal dan mengembangkan lagi perniagaan ini berbanding memikirkan apa yang diperkatakan orang lain kepada diri saya.

Sering dilabelkan sebagai jutawan, Neelofa menganggap ia sebagai doa orang ramai atas kejayaan beliau dan berharap ia tidak akan membuatkan beliau lupa diri.

Saya terima dan tidak kisah jika mereka menggelarkan saya seperti itu dan menganggapnya sebagai satu doa. Saya berharap ia tidak akan mengubah siapa diri saya kerana saya masih individu yang sama cuma mahu menjadi yang lebih baik daripada setiap sudut.

Neelofa sebenarnya boleh menjadi inspirasi kepada wanita diluar sana untuk terus maju kehadapan dan bersemangat dalam menceburi bidang perniagaan.

Sumber Berita: Sinar Harian

Uqasha Senrose Enggan Komen Isu Foto Seksi

Posted: 31 Jan 2016 04:53 PM PST

Baru-baru ini Uqasha Senrose sekali lagi dihimpit kontroversi apabila sebuah foto menunjukkan beliau tidak bertudung bersama Iqram Dinzly ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand mula tersebar.

Ramai juga yang mempersoalkan ketulusan hati Uqasha dalam menutup aurat lebih-lebih lagi wujud juga foto beliau berpakaian seksi dengan adik beradiknya yang lain.

Menjadi antara gosip paling hangat diperkatakan minggu lepas, pihak media ada mendapatkan maklumbalas daripada Iqram mengenai perkara berkenaan. Namun, Iqram tidak mahu berbicara lanjut mengenainya dan meminta agar individu yang bertanggungjawab mendedahkan foto berkenaan tampil kehadapan.

Walaubagaimanapun, peminat masih tidak berpuas hati dan ingin mendengar penjelasan Uqasha sendiri mengenai isu beliau berpakaian seksi ini.

Menerusi akhbar Harian Metro, Uqasha dalam kenyataan terbarunya menerusi mesej WhatsApp kepada akhbar berkenaan berkata beliau sedang sibuk dan  tidak mahu memberikan sebarang komen.

Maaf,saya sibuk dengan pelbagai urusan. Saya tak mahu komen perkara ini.

Nampaknya perkara ini akan terus menjadi tanda tanya kerana Uqasha Sendiri enggan menjelaskan perkara sebenar. Erm, kalau sudah diberi peluang di akhbar untuk komen perkara ini, Uqasha harus mengambil peluang itu sebaiknya untuk menjernihkan keadaan dan sekaligus membersihkan nama beliau daripada gosip liar ini.

Sumber Berita: Harian Metro

(TAKZIAH) Isteri U-Wei Ditemui Mati Di Pantai California Selepas Tujuh Hari Dilaporkan Hilang

Posted: 31 Jan 2016 03:27 PM PST

Isteri kepada pengarah terkenal Malaysia, U-Wei Hj Saari iaitu Diana Gali Saari ditemui mati di sebuah pantai di Alameda, California, Amerika Syarikat pada hari Jumaat minggu lepas selepas tujuh hari dilaporkan hilang.

Menurut laporan The San Francisco Chronicle dalam portalnya www.sfgate.com melaporkan jasad Gail dijumpai oleh Unit Marin Jabatan Polis Oakland di perairan luar pantai Alameda, California pada petang Jumaat (waktu tempatan).

U-Wei pada hari Rabu lalu turut memuat naik status berbunyi " I love you usah(gail)." Status tersebut kini dipenuhi dengan ucapan takziah daripada rakan, keluarga dan artis tanah air.

Gail hilang pada 22 Januari di Oakland, California dan teman-temannya dilaporkan kali terakhir melihatnya pada kira-kira 10 pagi waktu tempatan hari yang sama.

U-Wei menerusi satu kiriman WhatsApp kepada Bernama enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan dan meminta orang ramai mendoakan roh isterinya itu dicucuri rahmat.

Takziah buat U-Wei dan keluarga atas perginya insan tersayang. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH..

Sumber Berita: mStar Online

Afiq Muiz Akui Bercinta Dengan Miera Leyana

Posted: 31 Jan 2016 03:06 PM PST

Pernah menafikan gosip mereka mempunyai hubungan istimewa, pelakon Afiq Muiz  akhirnya mengakui bahawa beliau dan Miera Leyana kini sedang hangat bercinta.

Afiq melakukan pendedahan tersebut menerusi portal mStar Online kerana beliau tidak mahu dituduh sebagai penipu apabila merahsiakan percintaan mereka yang terjalin sejak sama-sama terlibat didalam drama bersiri Memori Cinta Suraya.

Saya tidak mahu orang benci dan tuduh saya penipu kerana sorok-sorok tentang hubungan kami. Orang ramai pun selalu nampak kami keluar bersama sambil pegang tangan, macam mana nak sorok lagi.

Kami bercinta sejak penggambaran drama bersiri Memori Cinta Suraya tahun lalu, kira-kira lapan bulan lalu.

Walaubagaimanapun, lain ceritanya dengan Miera dimana beliau tetap menafikan sedang intim bersama Afiq. Namun, Afiq tidak berkecil hati kerana tahu kekasihnya itu mempunyai alasannya tersendiri.

Saya tidak kecil hati kalau dia ingin menafikan hubungan tersebut kerana saya tahu dia ada sebab tertentu untuk berbuat demikian. Dia perlu menjaga banyak hati dan keluarga. Maklumlah kami hanya bercinta sahaja tiada ikatan yang sah pun dan takut juga jika ianya putus di tengah jalan.

Masih lagi dalam fasa mengenali hati budi masing-masing, Afiq dan Miera masih belum merencana untuk bertunang mahupun berkahwin buat masa ini. Malah, Afiq juga belum bertemu dengan keluarga Miera dan menyerahkan soal berkenaan kepada ketentuan takdir.

Tidak pelik pun kalau seseorang artis itu merahsiakan kisah percintaan mereka meskipun dapat dihidu oleh media sebelum ini. Apa-apa pun, semoga Afiq Muiz dan Miera Leyana bahagia siapa tahu mungkin ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin.

Sumber Berita: mStar Online




@



Nas-T Sahkan Sudah Bernikah Dengan Atita Haris Jumaat Lepas