Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Saya Bukan Cari Publisiti Murahan – Adel AF2014

Saya Bukan Cari Publisiti Murahan – Adel AF2014


Saya Bukan Cari Publisiti Murahan – Adel AF2014

Posted: 11 Feb 2016 10:06 AM PST

Sebelum ini Adel AF2014 didakwa oleh seorang individu yang mengatakan beliau merampas suami orang. Namun, Adel telah tampil  menjelaskan perkara sebenar dimana beliau juga tidak sangka bahawa kekasihnya itu masih lagi berstatus suami orang dan dalam proses untuk bercerai.

Walaubagaimanapun, Adel bukanlah seorang wanita yang kejam dan sama sekali tidak akan memaksa kekasihnya yang merupakan bapa kepada tiga anak perempuan itu mempercepatkan proses penceraian.

Buat masa sekarang, biarlah dia menyelesaikan masalah rumah tangganya dulu. Saya tidak mahu memaksa dia untuk mempercepatkan proses perceraian kerana bagi saya, kalau ada jodoh, adalah.

Susulan isu hangat berkenaan, ramai yang beranggapan Adel sengaja mencari publisiti murahan untuk menarik perhatian ramai dan sekaligus memanfaatkan perkara itu demi kerjayanya.

Saya bukan orang macam itu sanggup jual cerita murahan untuk popular. Saya sudah mengaku dan saya tidak mempunyai masalah berhubung perkara itu kerana saya yakin berada di pihak yang benar.

Mengulas lanjut, Adel tidak menolak sekiranya jodoh menyatukan mereka berdua dan bersedia untuk memeluk agama Islam sekiranya perkara tersebut benar-benar terjadi.

Sumber Berita: Utusan Online

Saya Memang Teringin Untuk Mempunyai Anak Lagi – Amy Search

Posted: 11 Feb 2016 09:30 AM PST

Melihat anaknya Nabila Huda yang baru sahaja mendirikan rumah tangga baru-baru ini, penyanyi rock lagenda Amy Search yang sudah memiliki lima orang cahaya mata dan seorang cucu masih lagi menyimpan hasrat untuk menimang seorang lagi cahaya mata.

Malah, sebelum ini Amy ada memuat naik foto beliau mendukung anak patung  yang seakan sama dengan bayi di akaun Instagram miliknya.

Amy sebenarnya seorang yang cukup suka dengan kanak-kanak.

Saya memang teringin untuk mempunyai anak lagi. Memandangkan Nabila baru saja mendirikan rumah tangga, saya juga ada katakan padanya, saya mahu lihat siapa antara kami yang akan terlebih dulu menimang cahaya mata?

Kalau mampu dari segala aspek, tidak salah untuk Amy Search menambang seorang lagi orang baharu didalam keluarganya. Manalah tahu, berkat doa peminat  yang mendengar hasratnya itu satu hari nanti hajat Amy mahu tambah anak akan termakbul? Rezeki tiada siapa yang tahu..Hehe

Sumber Berita: BH ONLINE

Kek Hari Jadi Neelofa Bernilai RM 6,000?

Posted: 11 Feb 2016 08:20 AM PST

Tanggal 10 Februari lepas merupakan hari jadi Neelofa yang ke 27 dan satu majlis hari jadi telah diadakan oleh adik beradiknya serta rakan karib di hotel JW Marriot Kuala Lumpur .

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah kek hari jadi beliau yang tampak cukup mewah dan eksklusif  dengan taburan ribuan kristal Swarovski.

Menurut portal BH ONLINE, kek tersebut diilhamkan daripada kasut jenama mewah kegemaran Neelofa dan ia mengambil masa sehingga 20 jam untuk disiapkan.

Walaubagaimanapun, kek Neelofa menjadi viral apabila adiknya memuat naik foto kek berkenaan di Instagram dan memberitahu ia  bernilai RM 6,000. Wow! Dasyat..

It took over 20 hours to work on this cake, and now I understand why the price is RM6k but sure is worth it! @butterflykek

Malah Neelofa juga ada menggunakan hashtag #kenyangtigaharimakankekenamribu.

Thanks to all my friends for the swarovski cake #kenyangtigaharimakankekenamribu

Boleh tahan mahal juga harga kek Neelofa, tetapi sesuai lah dengan beribu kristal yang menghiasi kek berkenaan. Sekali sekala "merasa" sesuatu yang mewah setelah bekerja keras apa salahnya bukan? Heh..

Sumber Berita: BH ONLINE

Adel AF2014 Nafi Perampas Suami Orang, Kekasihnya Akui Seorang Duda Semasa Mula Berkenalan

Posted: 11 Feb 2016 08:05 AM PST

Semalam kami ada menyiarkan satu artikel berdasarkan kiriman e-mail daripada satu sumber yang mendakwa Adel AF2014 bercinta dengan suami orang dan menjadi punca rumah tangga lelaki berkenaan retak.

Ketika berita itu tersebar, ramai yang mengatakan kami sengaja mencetuskan kontroversi. Untuk itu kami sertakan bukti kiriman e-mail yang diterima.

Menjawab segala persoalan oleh orang ramai yang ingin mengetahui kebenaran disebalik dakwaan sumber tersebut, Adel telah tampil menjelaskan perkara sebenar.

Menurut Adel, beliau hanya mangsa keadaan bahkan lelaki berkenaan mengakui beliau seorang duda ketika awal perkenalan mereka.

Bukan saya punca penceraian itu berlaku kerana sewaktu detik perkenalan kami, dia (teman lelaki) sendiri mengaku sudah bercerai dengan isterinya.

Saya berkawan dengan dia selepas dia bergelar duda dan saya kesal apabila ada yang memfitnah saya sebagai perampas tanpa mengetahui cerita sebenar.

Malah, Adel juga memberitahu beliau sama sekali tidak pernah keluar masuk hotel bersama kekasihnya itu dan menyatakan ia adalah satu fitnah yang sengaja dicetuskan.

Saya tak tahu bagaimana gosip tersebut boleh timbul kerana saya tidak pernah melakukan perkara itu seperti yang didakwa. Apa yang boleh saya katakan, perkara itu fitnah dan tidak benar sama sekali.

Akhirnya segalanya telah terjawab, kami tidak pernah menuduh cuma ingin mendapatkan penjelasan lanjut. Mungkin ada yang akan cakap tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi tetapi ada sesetengah  lelaki yang sungguh licik dalam berkata-kata sehingga seorang wanita itu cair .

Sumber Berita: Astro Gempak

(5 FOTO) Neelofa Sambut Hari Jadi Yang Ke 27

Posted: 10 Feb 2016 11:22 PM PST

Semalam, pelakon dan pengacara Neelofa Mohd Noor telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 27.

Yang menarik perhatian kami ialah kek Neelofa yang tampak cukup eksklusif dan mewah siap bling-bling lagi.

Selamat menyambut hari jadi yang ke 27 kami ucapkan kepada Neelofa, semoga panjang umur dan lebih murah rezeki lagi selepas ini serta bertemu jodoh.

Jom layan beberapa lagi foto majlis hari jadi Neelofa.

Adira Dan Dato Red Dilabelkan Pasangan Sweet Oleh Pengikut Instagram

Posted: 10 Feb 2016 10:45 PM PST

Buat pertama kalinya, Adira memuat naik foto mesra beliau bersama suami Dato Red selepas kontroversi beliau bernikah di Thailand dan menjadi isteri kedua.

Memakai tudung berwarna kelabu sedondon dengan t-shirt suaminya, pengikut di Instagram Adira melabelkan mereka berdua pasangan yang sweet.

Malah, Adira dan Dato Red sempat berbalas komen meluahkan kata-kata cinta.

Erm, mungkin ada yang tidak bersetuju dengan tindakan Adira yang berkahwin dengan suami orang sehingga dikatakan sebagai perampas, namun sebanyak mana kita kritik mereka, benda tidak akan boleh berubah. Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak cuma doakan sahaja Adira dan suami bahagia.

Sumber Berita: Instagram Adira

Adam Corrie Cari Dana RM380,000 Demi Membantu Mualaf Menunaikan Umrah

Posted: 10 Feb 2016 10:27 PM PST

Sebut sahaja nama Adam Corrie Lee,mungkin ada yang kenal dan ada yang tidak. Kalau sebut sahaja Dragon pasti ramai yang akan ingat dengan lakonan beliau didalam filem KL Gangster  bukan?

Merupakan seorang mualaf, Adam dan isterinya Fazema Mohd Fuad kini sedang bergiat aktif mengadakan forum serta pelbagai program di masjid-masjid di Malaysia bagi mengumpul dana sebanyak RM 380,000 dalam usaha untuk membawa golongan mualaf lain menunaikan umrah sekitar bulan hadapan.

Alhamdulillah kita sudah mula projek ini sejak bulan Jun tahun lalu dan setakat ini kami sudah kumpul RM100,000 menerusi sumbangan orang perseorangan dan wang yang di kumpul dari tabung dana yang diedar selepas forum-forum di beberapa buah masjid.

Tapi itulah, memang belum mencukupi lagi tapi saya masih ikhtiar dan yakin bahawa Allah akan beri rezeki itu bila tiba masanya nanti.

Pada masa yang sama, Adam turut meluahkan rasa kecewa apabila pada awalnya ada pihak yang menabur pelbagai janji untuk menjadi penaja tetapi akhirnya lari dan mematikan telefon bimbit mereka ketika dihubungi olehnya.

Mula-mula memang ramai yang berjanji ingin bantu daripada segi sumbangan dana dan bila tiba masanya saya cuba hubungi gagal dan mereka matikan talian telefon.

Ada juga yang cuba mengelak apabila saya bertanya semula tentang janji mereka untuk sumbangan itu. Saya pun tidak mahu memaksa mereka beri sumbangan kerana biarlah ia dibuat secara ikhlas dan untuk ibadah. Saya dan isteri pun sekarang demam kerana sejak memulakan program ini kami tidak cukup tidur kerana fikirkan tentang dana yang perlu dicari.

Tidak mengapa Adam, walaupun ada penaja yang lari tetapi kami yakin rezeki Allah SWT itu ada dimana-mana dan niat anda untuk membantu golongan mualaf menjejakkan kaki ke Mekah. Semoga segala urusan tersebut berjalan dengan lancar. Amin..

Sumber Berita: mStar Online

Tudung Adira Disamakan Seperti Bubble Wrap?

Posted: 10 Feb 2016 09:53 PM PST

Hujung minggu lepas telah berlangsungnya final Seiras Seirama tetapi kami bukan mahu berbicara mengenai program berkenaan.

Apa yang menarik perhatian netizen pada malam tersebut adalah gaya tudung Adira yang seakan sama dengan bubble wrap ketika melakukan persembahan.

Berikut antara komen netizen di Twitter:-

Erm, apa pendapat anda? Sama ke? Alert betul mata-mata netizen yang memerhati. Hehe..

Lama Tidak Berlakon, Almy Nadia Nafi Dikongkong Oleh Fizz Fairuz

Posted: 10 Feb 2016 09:16 PM PST

Sudah lama kita tidak lihat Almy Nadia muncul dalam mana-mana drama selepas bergelar ibu, ramai yang berpendat mungkinkah suaminya Fizz Fairuz tidak membenarkan beliau aktif lagi dalam bidang lakonan?

Menjawab persoalan berkenaan, Almy baru-baru ini tampil memberikan penjelasan sebenar dan menafikan dakwaan sesetengah pihak yang beliau dikongkong oleh Fizz.

Bukannya Fizz tidak benarkan saya berlakon, jauh sekali dia mengongkong saya cuma dia meletakkan syarat supaya saya tidak mengabaikan keluarga dan juga dirinya.

Kalau watak yang diberikan itu sesuai dan tidak mengganggu masa saya, saya tetap akan menerimanya. Cuma, buat masa ini tiada tawaran yang saya terima. Saya juga kena menerima hakikat ketika ini ramai pelakon baru.

Pendapat Amy, zaman ini pelakon hanya dinilai melalui paras rupa dan bukannya bakat mereka. Walaubagaimanapun beliau tidak merasa cemburu dengan pelakon baharu dan menganggap belum ada rezeki untuk kembali berlakon.

Era sekarang sangat berbeza, sepatutnya rupa perlu diketepikan dan mutu lakonan perlu diutamakan tetapi stesen TV juga mempunyai ciri-ciri tersendiri yang diperlukan dalam drama yang akan disiarkan.

Saya tidak kecewa pun, mungkin belum rezeki saya. Siapa tahu jika bukan di bawah produksi orang lain, mungkin di bawah syarikat saya sendiri.

Tidak mengapa Almy, melalui perkongsian anda di laman Instagram kami lihat Almy lebih bahagia menjaga anaknya selain membuat bisnes sampingan meskipun tiada tawaran berlakon. Mana tahu kalau lepas ini pula ada rezeki bukan?

Sudah Berusia 62 Tahun : Wan Maimunah Tidak Tolak Jika Ada Jodoh Untuk Berkahwin Lagi

Posted: 10 Feb 2016 08:09 PM PST

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon air mata, Wan Maimunah bukan? Malah, beliau antara pelakon yang cukup berbakat dan mampu membawa apa sahaja watak yang diberikan dengan baik.

Pernah gagal dalam rumah tangga sebelum ini, pelakon yang berusia 62 tahun ini tidak serik untuk berkahwin sekali lagi jika bertemu dengan lelaki yang sesuai.

Jelas Wan Maimunah, di usia sebegini beliau memerlukan seseorang  untuk dijadikan teman di sisi dan "imam" untuk membimbingnya.

Saya bersedia mendirikan rumah tangga sekali lagi sekiranya dipertemukan dengan lelaki sesuai.

Wan Maimunah sebelum ini berkahwin dengan pengusaha kacang pool terkenal iaitu Makpol Saimon yang 7 tahun lebih muda daripadanya sekitar bulan Disember 2013. Namun, perkahwinan itu tidak dapat bertahan lama dan mereka bercerai pada April 2015.

Sumber Berita : Harian Metro




@



Saya Bukan Cari Publisiti Murahan – Adel AF2014