Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Saya Cuma Penuhi Kehendak Penduduk Beragama Islam Di Israel Yang Ingin Membeli Tudung Kami – Neelofa

Saya Cuma Penuhi Kehendak Penduduk Beragama Islam Di Israel Yang Ingin Membeli Tudung Kami – Neelofa


Saya Cuma Penuhi Kehendak Penduduk Beragama Islam Di Israel Yang Ingin Membeli Tudung Kami – Neelofa

Posted: 04 Feb 2016 11:29 AM PST

Isu Neelofa yang memuat naik foto  di Instagram yang menunjukkan beliau mengirim tudung jenamanya sendiri iaitu Naelofar Hijab ke Israel cukup viral di media sosial sejak beberapa hari lepas.Gara-gara foto itu juga Neelofa dikecam oleh sesetengah pengikut di  akaun Instagram miliknya.

Tidak mahu isu berkenaan terus diperkatakan, Neelofa menjelaskan beliau sekadar memenuhi kehendak pelanggannya yang beragama Islam di Israel yang berminat untuk mendapatkan produk Naelofar Hijab. Malah, ia adalah urusan peribadi antara pembeli serta penjual sahaja tanpa melibatkan kerajaan mereka.

Saya tahu isu ini agak sensitif tapi niat saya hanya mahu memenuhi kehendak penduduk beragama Islam di sana yang ingin membeli tudung kami. Urusan jual beli itu berlaku antara individu berkenaan dengan pihak saya, secara peribadi.

Penting untuk saya beritahu bahawa urus niaga itu tidak melibatkan kerajaan mereka pun, apatah lagi Naelofar Hijab memang menyediakan penghantaran pengeposan ke seluruh dunia. Seharus­nya orang kita berbangga apabila ada produk tempatan mendapat permintaan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Neelofa juga mengakui ini bukan kali pertama beliau mengirim produk Naelofar Hijab ke Israel dan untuk pengetahuan mereka yang menuduh beliau tanpa usul periksa, Israel mempunyai lebih daripada 20 peratus penduduk yang beragama Islam.

Individu itu juga bukanlah pelanggan pertama kami, tetapi sudah ramai yang membeli tudung Naelofar Hijab datangnya dari negara berkenaan. Di sana ada lebih daripada 20 peratus penduduk Islam.

Sebelum hendak mengkritik seseorang pastikan anda tahu fakta sesuatu perkara. Bukan semua penduduk di Israel itu adalah Yahudi.  Tidak perlulah untuk tunjuk hebat dengan mencari kesalahan orang lain setiap masa.

Sumber Berita : Utusan Online

Johan As’ari Sedang Rapat Dengan Seorang Pelakon Wanita?

Posted: 04 Feb 2016 08:19 AM PST

Sejak kisah cintanya bersama aktres Lana Nodin terputus di tengah jalan, Johan As'ari nampaknya agak kurang membicarakan soal cinta.

Namun, ada khabar angin mengatakan beliau kini sedang rapat dengan seorang pelakon wanita  yang sudah lama dikenali oleh beliau.

Menerusi portal Utusan Online, Johan mengesahkan berita tersebut dan menjelaskan mereka mula rapat dan serasi sejak beberapa bulan lalu.

Walaubagaimanapun Johan enggan mendedahkan identiti pelakon wanita berkenaan dan tidak menolak sekiranya hubungan mereka ditakdirkan kekal sehingga jinjang pelamin.

Ya, saya sedang berkawan rapat dengan seorang pelakon wanita ini. Saya tidak boleh memberitahu siapa, tetapi apa yang boleh saya katakan, dia seorang yang lembut peribadinya dan kami serasi apabila keluar bersama.

Kami sering melakukan aktiviti seperti bermain luncur ais dan menonton wayang. Setakat ini, kami selesa berkawan rapat biarpun tidak pernah berlakon sama.

Siapa agaknya pelakon wanita  itu ya? Ermm..tidak mengapa kita bagi mereka masa untuk kenal hati budi masing-masing dan inshaAllah satu hari nanti mungkin Johan akan memperkenalkan cinta hatinya itu kepada semua.

Sumber Berita: Utusan Online

(TAHNIAH) Isteri Haziq AF4 Sah Hamil

Posted: 04 Feb 2016 08:14 AM PST

Mendirikan rumah tangga sekitar bulan September tahun lepas, Haziq AF4 bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas isterinya Maisarah sah hamil anak mereka yang pertama.

Mengakui mempunyai hasrat untuk menimang cahaya mata dengan cepat, Haziq cukup teruja kerana impiannya itu sudah tercapai.

Alhamdulilah, isteri saya baru sahaja disahkan hamil lebih kurang sebulan lebih oleh doktor.  Ketika ini perasaan saya sangat teruja dan dalam masa yang sama agak gementar kerana bakal bergelar bapa. Saya tak kisah dapat anak lelaki atau perempuan, yang penting asalkan bayi dan ibunya sihat.

Tahniah kami ucapkan kepada Haziq dan isteri, semoga ibu dan bayi didalam kandungan sentiasa sihat.

Sumber Berita: Media Hiburan

Zahnita Wilson Tolak Tuntutan Nusyuz Yang Dibuat Oleh Suami

Posted: 04 Feb 2016 08:09 AM PST

Enggan bercerai dengan Zahnita Wilson, suaminya Abdul Zackery Ghouse telah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Zahnita.

Alasan beliau berbuat demikian adalah kerana Zahnita tidak mendapat keizinan beliau untuk keluar daripada rumah mereka pada 13 Disember 2015 serta tidak mahu mendengar kata Zackery.

Walaubagaimanapun,  Suriany Awaludin peguam yang mewakili Zahnita berkata anak guamnya itu telah menolak tuntutan nusyuz yang dibuat oleh suaminya itu.

Anak guam saya tidak bersetuju dengan tuntutan tersebut.

Abdul Zackery, memfailkan tuntutan kembali taat (nusyuz) pada 14 Januari lalu mengikut Seksyen 60(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sementara itu, di mahkamah sama, Zahnita dan suaminya masing- masing mengemukakan wakil jawatankuasa pendamai (JKP) bagi mencari jalan penyelesaian terhadap rumah tangga mereka.

Zahnita diwakili abangnya, Mohd Julian Hussein Wilson manakala Zackery diwakili adiknya, Shreen. Hakim Syrie, Muhamad Hisyam Zakaria menetapkan 28 April ini untuk laporan jawatankuasa pendamai dan nusyuz. Mahkamah kemudiannya menetapkan 5 April depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu,  Zahnita telah memfailkan penceraian  kerana  mereka tidak lagi mempunyai persefahaman antara satu sama lain dan sudah tidak tinggal sebumbung sejak 13 November 2015.

Zahnita memfailkan permohonan perceraian itu pada 31 Disember tahun lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Sumber Berita: Sinar Harian

Pekin Ibrahim Kritik Lakonan Atikah Suhaime : Akui Cara Atikah Baca Skrip Sudah Tunjukkan Kelemahannya

Posted: 04 Feb 2016 08:04 AM PST

Bergandingan bersama Atikah Suhaime dalam filem Volkswagen Kuning terbitan MIG, Pekin Ibrahim yang sudah cukup berpengalaman dalam bidang lakonan sejujurnya berpendapat Atikah masih lagi lemah dari segi lakonannya.

Malah, Pekin akui beliau tidak yakin dengan kemampuan Atikah selepas menjalani sesi pembacaan skrip filem tersebut.

Setakat ini saya tidak yakin dengan kemampuan Atikah kerana masa sesi pembacaan skrip pun, cara dia cakap sahaja sudah boleh lihat kelemahannya.

Pekin sebenarnya ada mencadangkan pihak produksi untuk menggantikan tempat Atikah dengan pelakon lain yang lebih berpengalaman. Namun,  mereka masih ingin mengekalkan Atikah sebagai heroin.

Jangan salah sangka, Pekin tidak berniat untuk mengutuk sesiapa dan percaya Atikah boleh dibentuk untuk menjadi seorang pelakon yang bagus.

Tapi saya percaya dia boleh dibentuk oleh pengarah untuk bawa watak dia dalam filem tersebut dengan baik.

Harapnya Atikah tidak terasa hati dengan teguran Pekin, lagipun ia untuk kebaikan beliau dimasa hadapan.  Nasihat Pekin buat  beliau adalah yang terbaik agar menjadi seorang pelakon yang bagus dan kekal dalam industri ini.

Sumber Berita: mStar Online

Pengarah Sentap Drama Cinta Teruna Kimchi Dilabelkan Drama Sampah

Posted: 03 Feb 2016 10:06 PM PST

Drama Cinta Teruna Kimchi yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini mendapat pelbagai kritikan daripada penonton sehingga ada yang melabelkan drama itu sebagai sampah.

Ini kerana ada yang berpendapat drama ini terlalu mengangkat cerita Korea sehingga ia menjadi ibarat karya asing didalam drama tempatan.

Bengang dengan komen negatif, pengarah drama tersebut Heykal Hanifah menganggap kritikan yang diberikan agak melampau dan menyifatkan mereka yang memberikan komen tersebut seumpama menghina agama.

Saya lihat, tindakan melabel drama ini seperti sampah amat keterlaluan sedangkan ia sebuah karya berpaksikan Islam. Apabila mereka berbuat demikian, orang itu seumpama menghina agama.

Ikutkan hati, saya enggan melayan komen sedemikian, tetapi saya rasa perlu untuk tampil memperbetulkan segala tanggapan salah itu. Sebaik-baiknya, pengikut drama tempatan menontonnya terlebih dulu dan jangan cepat menjatuhkan hukum.

Malah, ada yang kata, drama ini mengangkat cerita Korea, seolah-olah tiada kisah kita yang boleh diketengahkan. Padahal, 30 peratus saja daripada drama ini membabitkan elemen asing berkenaan.

Tambah Heykal lagi, ketika drama itu mula disiarkan 28 Januari lalu, ia turut menjadi ‘trending’ di Twitter kerana ada yang sudah boleh melihat drama tersebut sebenarnya mengangkat agama Islam sebagai tema utama dan menyelitkan sedikit unsuk K-Pop sebagai daya penarik untuk ramai lagi yang menonton Cinta Teruna Kimchi.

Sejujurnya kami masih belum berkesempatan untuk menonton drama Cinta Teruna Kimchi ni, tapi jika benar ia berkonsepkan tema untuk mengangkat agam Islam, kami rasa drama ini adalah medium terbaik untuk menarik perhatian ramai tentang agama. Ada sesiapa yang dah tonton drama ini? Mungkin boleh kongsikan sedikit pendapat anda.

Sumber Berita: BH ONLINE

Aisyah Aziz Terima Jika Ada Jodoh Dengan Aizat

Posted: 03 Feb 2016 09:29 PM PST

Jika Aizat Amdan pernah menafikan beliau bercinta dengan Aisyah Aziz, hari ini penyanyi wanita itu juga tampil dengan kenyataan yang sama setelah diasak dengan pelbagai persoalan daripada peminat.

Namun, Aisyah yang hanya berkawan baik dengan Aizat tidak menolak seandainya satu hari mereka dijodohkan untuk bersama.

Terus-terang, kami hanya berkawan baik dan keakraban kami tercetus sejak kami bekerjasama iaitu ketika dia menghasilkan lagu buat saya berjudul Pilihan Sejati.

Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini, kami hanyalah sekadar kawan semata-mata, namun saya tidak berani cakap apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Jodoh itu kita tidak akan tahu sekarang.

Aisyah turut mengakui cukup selesa berkawan dengan Aizat dan antara rakan lelaki yang cukup rapat dengan dirinya.

Saya akui dia antara kawan lelaki yang agak rapat juga kerana kami senang berbincang dan bercakap mengenai muzik walapun citarasa muziknya dengan saya tidak sama.

Lagipun saya selesa berkawan dengannya kerana dia seorang yang tenang dan pendengar masalah yang baik.

Kalau ada jodoh apa salahnya, dua-dua pun selesa berkawan serta meminati bidang yang sama.  Aizat dan Aisyah mungkin sahaja boleh jadi pasangan yang ideal..Hehe

Sumber Berita: Murai

(13 FOTO) Sekitar Majlis Ulangtahun Ke 2 Kayla Elayna, Anak Sulung Khairul Fahmi Che Mat

Posted: 03 Feb 2016 08:45 PM PST

Ok sebelum kami mula menulis, ya kami sedar ada yang akan persoalkan mengapa pula hendak up cerita tentang Khairul Fahmi dan ahli keluarganya sedangkan beliau bukan artis. Namun, Khairul Fahmi adalah selebriti yang agak terkenal juga di Malaysia bukan?

Berbalik kepada artikel, semalam Kayla Elayna iaitu anak sulung Khairul Fahmi dan isterinya Leuniey Natasha menyambut hari lahirnya yang kedua.

Bersempena dengan tarikh tersebut, mereka menganjurkan satu majlis hari jadi buat Kayla dengan tema Hello Kitty.

Majlis tersebut diadakan di Tunjong Banquets Bandar Baru Tunjung, Kota Bahru, Kelantan dan dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan.

Jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar majlis ulangtahun ke 2 Kayla dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Adik Kongsi Foto Azmil Mustapha Tetap Bersemangat Ke Surau Untuk Solat Jemaah Walaupun Mengesot

Posted: 03 Feb 2016 07:42 PM PST

Sedang kami melayari laman Facebook, jari kami terhenti apabila terbaca status adik kepada Azmil Mustapha iaitu Aziph Mustapha yang menceritakan bagaimana kuatnya semangat abangnya itu untuk menghadap Allah SWT kerana mahu menunaikan solat subuh secara berjemaah di surau.

Meskipun masih lagi menjalani rawatan susulan di Hospital Serdang dan agak lemah kerana sakit jantung, kami boleh kata Azmil tidak mahu menjadikan ia satu alasan untuk tidak melakukan ibadah sehingga beliau terpaksa mengesot.

Berikut adalah perkongsian penuh Aziph di akaun Facebooknya:-

2 Feb 2016. | 0641 hrs

Alhamdulillah, Abang Azmil bangun dan rasa lebih sihat dan bertenaga pagi ini. Dia bangun awal dan berkobar2 nak ikut saya pegi Surau untuk berjemaah Subuh. Saya cuak jugak nak bawak, but he said “I’m fine”.

So, oklah, saya tolak dia menggunakan wheelchair mini yang dibelikan oleh anaknya. Surau dekat je, dalam 500m.

Jemaah Surau Al Firdaus Tiara Heights terkejut dan gembira melihat Abang Azmil bersama2 mereka. Inilah kali pertama Abang Azmil memasuki Surau baru ni.. Baru dirasmikan dua hari lepas. Dan ini juga pertama kali Abang Azmil masuk Surau atau Masjid setelah lebih sebulan sakit kuat. Alhamdulillah.

Namun sebaik sahaja taslim, Abang Azmil dah tak larat duduk atas kerusi. Dia turun duduk atas lantai, dan kemudiannya terbaring. His breath was laboured and he looked in pain. We let him rest there for a while.

Setelah semua jemaah pergi, tinggal lah kami dua beradik dalam surau. Lebih 20 minit juga Abang Azmil cuba mendapatkan balik nafasnya dan tenaganya. Perlahan2 dia menghensot ke muka pintu Surau, dan sambung berehat di sana pula. Setelah 10 minit lagi, baru boleh dia bangun perlahan2 dan duduk atas wheelchair untuk perjalanan pulang ke rumah.

Harap semua dapat terus berdoa untuk kesihatan Haji Azmil dan supaya Allah swt kembali kan kekuatan dan kudrat, serta mempertingkatkan semangat supaya dapat terus berjuang.

MasyaAllah, begitu kuat sungguh semangat Azmil untuk terus beribadah meskipun dirinya  masih lemah. Azmil betul-betul mengabdikan dirinya kepada Allah SWT dan mencari keberkatanNya.

Sumber Berita: Facebook Aziph Mustapha

Rumah Dirompak: Beg Tangan Alyah Lesap Dicuri

Posted: 03 Feb 2016 07:19 PM PST

Rumah ibu kepada penyanyi terkenal Alyah yang terletak di Gelang Patah, Johor telah dipecah masuk pencuri semalam.

Alyah yang pulang ke kampung halamannya itu memberitahu beg tangan serta beberapa barang berharga didalamnya termasuk wang tunai, kunci kereta kenderaan jenis Mitsubishi Asx Mivec , dokumen peribadi, dua unit telefon pintar lesap.

Kejadian itu disedari oleh ibunya, Raja Norsiah Raja Ali selepas wanita itu mendapati pintu hadapan rumahnya terbuka dan telefon Alyah yang diletakkan di televisyen sudah hilang.

Berita itu juga turut dikongsikan oleh Alyah menerusi akaun Instagram miliknya dan memberitahu beliau tidak dapat dihubungi kerana telefon beliau dicuri dalam kejadian tersebut. Alyah juga sudah membuat satu laporan polis.

Salam Maghrib. saya sepatutnya pulang ke KL jam 10pagi tadi.Malang tak berbau rumah mak saya di kg telah dimasuki oleh pencuri ketika semuanya sedang tidur.

Sesedarnya saya pada subuh hari saya mendapati.Handbag saya,wallet saya,handphone saya,juga kunci kereta saya telah tiada ditempatnya.puas saya mencari tidak berjumpa.sehinggala mendapati rumah mak saya telah dimasuki pencuri.jadi sekarang ini saya stuck di gelang patah dan terpaksa menguruskan hal hal berkenaan.report polis,jpj,jpn,bank,kastam dan ke mitsubishi service office di jb ni.kepada sesiapa yg sepatutnya saya berjumpa hari ini.mohon ampun dan maaf kejadian ini memang saya tak menduga.jadi kepada yg berkenaan harap dapat DM saya di IG terima kasih.

Uish memang terkejut betul kalau lihat pintu rumah sudah terbuka dan semua barang hilang, namun apa yang penting pencuri tersebut tidak mengapa-apakan Alyah dan ibunya. Barang dan wang boleh digantikan semula, kalau nyawa bagaimana?

Sumber Berita: Kosmo Online / Instagram Alyah




@



Saya Cuma Penuhi Kehendak Penduduk Beragama Islam Di Israel Yang Ingin Membeli Tudung Kami – Neelofa