Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Saya Selesa Hidup Sendiri, Belum Sedia Untuk Rujuk Dengan Bekas Suami – Syura

Saya Selesa Hidup Sendiri, Belum Sedia Untuk Rujuk Dengan Bekas Suami – Syura


Saya Selesa Hidup Sendiri, Belum Sedia Untuk Rujuk Dengan Bekas Suami – Syura

Posted: 08 Feb 2016 08:04 AM PST

Kisah rumah tangga Syura ini tidak kami nafikan mendapat perhatian beberapa pihak, lebih-lebih lagi selepas bekas suaminya, Muhd Fadhly mendedahkan  penyanyi itu mendesak beliau untuk berpisah.

Namun, cerita itu sudah berlalu dan hubungan mereka kini agak baik. Mula lah ada pihak yang bertanya tidakkah Syura ingin merujuk semula dengan bekas suaminya? Walaubagaimanapun, Syura memberitahu beliau sudah selesa hidup sendiri dan belum bersedia untuk kembali menjadi seorang isteri.

Saya akui bukan mudah menggalas status sebagai ibu tunggal. Kadang-kadang terpaksa tinggalkan anak-anak untuk mencari rezeki. Itu tak termasuk pandangan serong masyarakat. Bagaimanapun, semua itu saya tak hiraukan dan anak-anak menjadi kekuatan. Soal rujuk, biarlah dulu. Saya lebih senang bersendiri buat masa ini.

Pada masa yang sama, Syura mengakui ada beberapa lelaki yang cuba untuk mendekati dirinya tetapi fokusnya kini adalah untuk bekerja demi menjaga anak-anak beliau.

Bohonglah kalau kata tiada yang berbuat begitu, tetapi saya tidak mahu fikirkan hal itu kerana fokus saya ketika ini adalah untuk mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak.

Soal rujuk kembali selepas bercerai, satu perkara yang agak subjektif untuk dibicarakan. Mungkin tidak salah untuk cuba menjalinkan hubungan sebagai suami isteri kembali tetapi pada masa yang sama mungkin perpisahan juga jalan yang terbaik. Namun, masa hadapan seseorang itu tiada siapa yang tahu bukan?

Sumber Berita: BH ONLINE

(34 FOTO) Sekitar Majlis Akad Nikah Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

Posted: 08 Feb 2016 07:56 AM PST

Dengan sekali lafaz, Shaheizy Sam dan Syatilla akhirnya sudah sah bernikah sekitar jam 9 malam semalam bertempat di kediaman keluarga pengantin perempuan di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Sam menyerahkan mas kahwin RM10,082 manakalah jumlah hantaran dirahsiakan. Pasangan tersebut dinikahkan oleh , Pengarah Pusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Ellias Zakaria, dengan berwalikan bapa Syatilla, Amirol Melvin Abdullah.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki. Kedua-duanya tampak cukup segak dan manis dalam busana serba putih.

Selepas selesai sesi batal air sembahyang, Sam telah melakukan gimik yang cukup memeranjatkan apabila berlakon tiba-tiba sesak nafas dan pengsan hanya demi membuat kejutan hari jadi buat isterinya itu.

Majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan di Bukit Jawi Golf Villa esok manakalah majlis di pihak Sam pula akan berlangsung di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 14 Februari ini.

Tahniah sekali lagi buat Sam dan Syatilla. Semoga perkahwinan anda berdua kekal sehingga ke akhir hayat.

Khas buat peminat mereka, kami sertakan 32 lagi foto sekitar majlis pernikahan mereka dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita: BH ONLINE

Kredit foto: TV9 Malaysia

(TAHNIAH) Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Posted: 08 Feb 2016 05:17 AM PST

Tahniah diucapakan kepada pasangan sensasi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang sah bergelar suami isteri sebentar tadi hanya dengan sekali lafaz.

Sam menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 10,082 kepada Syatilla.

Majlis akad nikah itu berlangsung di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Saat sah dinikahkah, Sam sempat melaungkan I Love You kepada Syatilla.

Sumber Foto: TV9 Malaysia

Sumber Video: Harian Metro

Nantikan kemaskini selanjutnya di beautifulnara.com

(29 FOTO) Tahniah Atu Zero Sah Bergelar Suami Hanya Dengan Sekali Lafaz

Posted: 07 Feb 2016 10:09 PM PST

Tahniah diucapkan buat pelawak Atu Zero yang sudah sah bergelar suami kepada Shafeeqa Johari  hanya dengan sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Batu Pahat, Johor sekitar jam 10 pagi tadi.

Atu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 1,000 serta sebentuk cincin serta rantai tangan kepada Shafeeqa. Pengantin perempuan juga menerima wang hantaran RM30,000 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki.

Difahamkan majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan pada petang ini juga dilokasi yang sama  manakalah majlis di pihak Atu pula akan berlangsung di Sabah setelah rumah mereka yang musnah dijilat api sebelum ini disiapkan sepenuhnya.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah Atu dan Shafeeqa dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita: BH ONLINE

Kredit Foto:  Anis Amanina R

(TAKZIAH) Bapa Dato’ Fazley Yaakob Meninggal Dunia

Posted: 07 Feb 2016 08:02 PM PST

Takziah kami ucapkan kepada selebrti terkenal, Dato' Fazley Yaakob dan keluarga atas pemergian bapa tercinta, Datuk Yaakob Mohammad yang telah meninggal dunia  pagi tadi. Berita sedih itu disampaikan oleh Dato' Fazley sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.

Dengan duka cita dan rendah hatinya, saya ingin memaklumkan bahawa ayahanda saya yang dikasihi Datuk Hj Yaakob Hj Mohammad telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.

Terima kasih buat semua ahli keluarga jauh dan dekat, rakan taulan lama dan baharu, serta mereka yang pernah dan masih mengenali arwah ayahanda saya selama ini.

Mohon maaf jika ada salah dan silap beliau, sekiranya ada terkasar bahasa dan perbuatan selama tempoh anda pernah bersama beliau, mohon dihalalkan makan minum beliau juga. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan roh beliau. #AlFatihah

Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah dan berdoa agar roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Sumber Berita: Instagram Dato' Fazley Yaakob

(6 FOTO) Sekitar Malam Berinai Atu Zero & Shafeeqa Johari

Posted: 07 Feb 2016 06:30 PM PST

Hari ini bukan sahaja pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang bakal berkahwin, tetapi pelawak Atu daripada kumpulan Zero juga bakal menamatkan zaman solo bersama pereka fesyen Shafeeqa Johari.

Khabarnya majlis akad nikah sedang berlangsung sekarang, manakala majlis persandingan pula akan diadakan pada sebelah petang ini.

Sebelum itu, pasangan itu telah melangsungkan majlis malam berinai semalam  secara sederhani di  Batu, Pahat Johor.

Jom layan beberapa lagi foto malam berinai Atu Zero dan Shafeeqa Johari dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Zizan Razak Dan Vie Shantie Semakin Rapat?

Posted: 07 Feb 2016 05:57 PM PST

Zizan Razak dan Vie Shantie pernah menafikan mereka bercinta meskipun mengakui mereka mengenali antara satu sama lain. Malah, Vie juga berharap tiada lagi pihak yang mengaitkan beliau dengan gosip percintaan berkenaan.

Namun,  hubungan mereka nampaknya semakin rapat apabila sumber kepada Cik Pang di Harian Metro mengatakan beliau sudah beberapa kali terserempak dengan Zizan dan Vie di panggung wayang.

Vie juga sebelum ini pernah dilihat hadir untuk menyaksikan teater Bikers Kental yang dibintangi oleh Zizan di Istana Budaya baru-baru.

Namun, pasangan ini masih lagi kelihatan seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perlakuan seakan seseorang itu bercinta.

Mungkin juga mereka berdua masih dalam fasa untuk mengenali hati budi masing-masing. Kata orang biarlah berkawan dahulu sebelum bercinta bukan?

Lagipun tidak salah untuk mereka berdua bercinta kerana kedua-duanya sudah solo sekarang. Kita tidak tahu perancangan takdir itu bagaimana, siapa tahu ada jodoh dimasa hadapan. Wallahualam..

Sumber Berita: Harian Metro

Aaron Aziz Bengang Anaknya Difitnah Sedang Tenat

Posted: 07 Feb 2016 05:40 PM PST

Pelakon terkenal Aaron Aziz meluahkan rasa kecewa serta terkilan apabil ada pihak yang memfitnah anak bongsunya, Dahlia Arissa kini sedang bertarung nyawa.

Jelas Aaron,  sebagai seorang bapa berita palsu itu adalah satu perkara yang menyedihkan buatnya apabila ada pihak yang sewenang-wenangnya mempermainkan soal hidup dan mati seseorang.

Inilah yang akan berlaku apabila orang yang tak lulus zaman persekolahan dan nak cari publisiti murahan dengan membuat fitnah, salah anggapan atau apa sahaja kebodohan sampai berita begini boleh keluar. Tak kelakar. Tak gelak. Tak ada apa-apa yang baguslah dengan membuat-buat cerita palsu begini.

Menurut isterinya Diyana Halik, berita palsu yang tersebar itu merupakan foto ketika Dahlia ingin menjalani satu pembedahan pada tahun lalu dan ia dimanfaatkan oleh pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita berkenaan.

Berita yang tersebar itu merupakan gambar Dahlia sewaktu ingin menjalani pembedahan. Perkara itu sudah lama berlaku iaitu pada tahun lalu. Sayangnya, mereka guna gambar itu, cakap takziah apa lah.

Walhal Dahlia sudah keluar sihat. Orang fitnah anak dia, itu yang dia rasa bengang. Padahal sekarang ini dia yang dimasukkan ke hospital.

Aaron kalau orang fitnah dia tak mengapa, dia boleh terima lagi, tapi bukan sehingga membabitkan anak-anak. Bapa mana yang tidak melenting jika ada orang buat fitnah pasal anak sendiri.

Setiap bapa pun akan bengang dan kecewa apabila ada pihak membuat berita palsu tentang kematian anak mereka. Banyak dah kes begini berlaku kepada artis lain juga. Berhentilah sebarkan fitnah yang melibatkan hidup mati seseorang.

Sumber Berita: Kosmo Online




@



Saya Selesa Hidup Sendiri, Belum Sedia Untuk Rujuk Dengan Bekas Suami – Syura