Siti Nordiana Ada Sebab Naikkan Bayaran Persembahan |
Siti Nordiana Ada Sebab Naikkan Bayaran Persembahan Posted: 13 Feb 2016 06:27 AM PST Nama penyanyi Siti Nordiana mula jadi sebutan ramai selepas memberikan persembahan yang cukup baik didalam program realiti Gegar Vaganza 2. Kini Nana sudah mula mendapat pelbagai tawaran untuk melakukan persembahan dan mula menaikkan sedikit bayaran bagi melakukan persembahan. Mula la ada orang yang bercerita tidak elok, katanya Nana sudah mula diva dan sebagainya. Namun, mereka tidak tahu bahawa Nana mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.
Walaubagaimanapun, Nana tidak akan menolak tawaran menyanyi meskipun ada pihak tidak mempunyai modal yang tinggi.
Untuk menjaga kualiti persembahan, Nana harus mempunyai pasukan terbaik di belakangnya. Kalau persembahan memang mantap dengan harga yang dibayar, apa salahnya? |
Jujur Saya Rasa Berdebar Nak Nikah Semula Dengan Eddie – Raja Azmi Posted: 12 Feb 2016 07:42 PM PST Meskipun bakal bernikah kali kedua bersama Eddie pada 26 Februari ini, Raja Azmi akui beliau ada rasa berdebar menanti hari perkahwinannya itu.
Menurut Raja Azmi atau lebih mesra disapa Kak Mie, majlis pernikahan mereka akan diadakan secara sederhana dan menumpukan pada perkara yang wajib sahaja. Pasangan ini bakal bernikah di Surau Taman Sering Ukay, Ukay Perdana, Ampang selepas waktu Isyak.
Soal jodoh ini tiada siapa boleh tahu, walaupun pernah bercerai sekali tetapi pasangan ini disatukan semula. Semoga perkahwinan Kak Mie dan Eddie kali ini berkekalan sehingga akhir hayat. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@