Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Suami Isteri Perlu Memuaskan Diri Masing-Masing Dalam Hal Nafkah Batin – Rozita Che Wan

Suami Isteri Perlu Memuaskan Diri Masing-Masing Dalam Hal Nafkah Batin – Rozita Che Wan


Suami Isteri Perlu Memuaskan Diri Masing-Masing Dalam Hal Nafkah Batin – Rozita Che Wan

Posted: 14 Feb 2016 09:48 PM PST

Hubungan intim antara suami isteri adalah satu topik taboo yang jarang dibincangkan secara terbuka di kalangan masyarakat. Namun secara umum, ramai sedar tentang masalah hubungan seksual yang dialami oleh pasangan suami isteri. Malah kalau tak silap Abang Nara, ada kajian menyatakan lebih 50% isteri tidak mencapai rasa puas apabila bersama dengan suami mereka. Hmmm. Satu masalah yang besar jugak sebenarnya kan?
che ta

Bagi Che Ta, soal hubungan kelamin atau peribadi adalah sesuatu perkara yang harus dibincang dengan baik antara suami isteri. Baginya, persefahaman antara pasangan berkahwin perlu ada. Kata Che Ta:-

Saya percaya dalam soal nafkah batin, baik isteri dan suami perlu memuaskan diri masing-masing. Sejak bertahun lalu, saya memang mengamalkan jus tenaga ini. Alhamdulillah, pada usia saya Tuhan masih berikan kesempatan untuk mengandung. Dua bulan selepas bernikah, saya hamil.

che ta
Untuk makluman, Rozita Che Wan bercadang memasarkan jus tenaga yang diambilnya dengan nama Jus Goyang Rapat by RCW tidak lama lagi. Fuh. Pasti ramai yang teruja dan ingin mencubanya. Semoga produk ini akan meletup dan makin ramai suami isteri yang berjaya dalam mencari kepuasan dalam hubungan intim. Sumber BiPop.

(42 GAMBAR)Selebriti Di Majlis Perkahwinan Pereka Fesyen Ruzaini Dan Isteri

Posted: 14 Feb 2016 08:12 PM PST

Rizman Ruzaini ialah satu nama yang sudah memahat populariti tersendiri di kalangan industri hiburan. Duo Rizman dan Ruzaini sering menghasilkan rekaan untuk selebriti terkenal antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Erra Fazira, Fazura dan ramai lagi.

Salah seorang dari duo itu iaitu Ruzaini telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita yang mesra dipanggil Deqda.


 photo 12728535_1085498961501139_771041789_n.jpg
Majlis perkahwinan Ruzaini dan Deqda malam tadi berlangsung di sebuah hotel terkemuka bertemakan Malam Bollywood.

Lagi 40 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

“Musuh aku yang paling besar adalah kesangsian diriku sendiri” Cindua Mato…. Saksikan kisah percintaan, kasih sayang,…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Saturday, 13 February 2016


 photo 10412956_584707101691895_983597093_n.jpg
 photo 12751077_972656826157554_9558488_n.jpg
 photo 12751286_1709278006022332_1140463089_n.jpg
 photo 12750217_1034351656631969_322829873_n.jpg
 photo 12749945_1568734566780087_1256801661_n.jpg
 photo 12717101_180883918949328_425220603_n.jpg
 photo 12750127_932086800173501_1505872230_n.jpg
 photo 12750208_464299423756018_2100442108_n.jpg
 photo 12749885_248453342152667_1999010163_n.jpg
 photo 12749771_550331511793316_1846009899_n.jpg
 photo 12729519_164093950637503_1205458648_n.jpg
 photo 12748164_1231730050174909_94606643_n.jpg
 photo 12748323_492909250892789_260260995_n.jpg
 photo 12728601_1005366452858417_1721303034_n.jpg
 photo 12724788_168270213550375_1124890585_n.jpg
 photo 12716707_1535997126694109_528237433_n.jpg
 photo 12716536_208524329501312_775741715_n.jpg
 photo 12716631_1510601475912399_83473431_n.jpg
 photo 12716563_781621141971959_1264790050_n.jpg
 photo 12716621_964119003665965_1774136035_n.jpg
 photo 12716471_1680631782214959_1844545238_n.jpg
 photo 12677693_1121618151191222_669095461_n.jpg
 photo 12677659_1224102984271364_927248014_n.jpg
 photo 12627889_1706964382880841_1556119511_n.jpg
 photo 12599370_234121383590659_336786503_n.jpg
 photo 12627820_1540844299577513_368156440_n.jpg
 photo 12599329_681562741985430_627225895_n.jpg
 photo 12599255_566201613543603_2009949194_n.jpg
 photo 12599092_1695806840692066_1962299644_n.jpg
 photo 12556072_805249096269240_2022732571_n.jpg
 photo 12531114_163287140717991_946342919_n.jpg
 photo 12531091_906764336097749_22067660_n.jpg
 photo 10009420_907073299411694_144513810_n.jpg
 photo 10412964_1687459998160339_223109191_n.jpg
 photo 917323_1666031750317050_1979944488_n.jpg
 photo 10554128_815842378561679_551251856_n.jpg
 photo 1516636_1657793811146612_2063667186_n.jpg

Sue Tersingkir Di Separuh Akhir, Siapa Bakal Dinobatkan Sebagai Juara Rockers Pentas Panas?

Posted: 14 Feb 2016 07:18 PM PST

Malam semalam, konsert separuh akhir (minggu ke 12) program realiti Rockers Pentas Panas telah pun melabuhkan tirainya. Amboi, penuh berbunga ayat Abang Nara. Kesemua 6 peserta telah menunjukkan persembahan yang cukup memberangsangkan semalam, namun oleh kerana pentas akhir hanya muat untuk 5 orang, salah seorang daripada mereka terpaksa disingkirkan. Ternyata tuah tidak berpihak kepada Sue apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
sueHanya tinggal setapak sahaja lagi untuk ke pentas akhir, namun gadis kelahiran Perak ini tidak menganggap kegagalan ini sebagai penamat buat dirinya untuk bergelar anak seni. Semangat yang macam ini Abang Nara mahukan. Gagal sekali bukan bermakna gagal buat selama-lamanya. Lagipun selama ini ramai peserta program realiti yang lebih popular dan berjaya walaupun tak bergelar juara. Siapa tahu rezeki Sue akan lebih mencurah bak air terjun selepas tersingkir daripada program Rockers Pentas Panas ini?
sueSedikit petikan kata-kata Sue selepas dirinya tersingkir untuk tatapan para peminatnya:-

Sue sebenarnya dah sampai minggu semi final pun dah cukup bersyukur dah. Sue tak pernah anggap ini satu kegagalan.
Sue percaya pada rezeki dan insyaAllah lepas ni Sue akan bangkit dan kejar cita-cita Sue. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Sue sangat menghargainya.

Diharap Sue tidak menangis berlebihan sebaliknya menganggap penyingkiran ini sebagai satu rahmat. Abang Nara yakin Sue telah banyak belajar sepanjang berada di dalam Rockers Pentas Panas. Gunakan segala ilmu tersebut untuk terus mencipta nama di dalam industri muzik tanah air. Tuah ayam nampak di kaki, tuah Sue mungkin di suara serak-serak basahnya. Mana tahu satu hari nanti Sue boleh menggantikan Ratu Rock Malaysia, Ella. Kan?
sue
Apa pun, Ahad ini (21 Februari) adalah konsert akhir Rockers Sensasi. 5 orang peserta iaitu Nona, Awal, Dans, Zarith dan Liawanis akan berentap untuk merebut gelaran juara, sekaligus membawa pulang hadiah yang cukup lumayan. Fuh!!! Abang Nara pula yang berdebar-debar. Calon feveret Abang Nara sudah tentu si ratu air mata, Zarith Sofia. Walaupun selalu menangis, suara si Zarith nie memang padu beb. Harap-harap Zarith boleh menang.
sueGood luck and all the best buat semua finalist Rockers Sensasi. Kalau anda terlepas menonton konsert separuh akhir Ahad lalu atau nak menonton jurnal Rockers Pentas Panas, jangan lupa untuk muatturun applikasi HyppEverywhere di telefon Android atau iPhone anda. Boleh tengok mana-mana episod yang anda terlepas dalam tempoh masa 7 hari. Sekali lagi diingatkan, konsert akhir Rockers Pentas Panas akan berlangsung pada jam 8.30 malam di HyppTV saluran 116 (Hypp SensasiHD). Maklumat lanjut layari www.tm.com.my/hypptv. Selamat menonton!!!–

Saya Tetap Bahagia Dengan Nina Walaupun Tiada Cahaya Mata – Noh Salleh

Posted: 14 Feb 2016 07:09 PM PST

Lima tahun mendirikan rumah tangga, Noh Salleh dan pasangan Mizz Nina tidak berhenti diasak dengan soalan berkaitan cahaya mata. Namun, pasangan ini tidak pernah merasa tertekan dan semakin hari semakin bahagia bersama.

Alhamdullillah, walaupun belum dikurniakan zuriat, kehidupan saya dan Nina tetap bahagia. Saya tidak mahu mengambil pusing tentang pendapat orang mengenai kehidupan kami.

Noh juga memberitahu, mereka sudah mencuba pelbagi alternatif untuk mendapat zuriat sejak beberapa tahun lepas, cuma belum ada rezeki untuk bergelar ibu dan bapa.

Sebenarnya, kami sudah cuba bermacam-macam kaedah untuk tujuan itu tetapi belum ada rezeki untuk timang anak setakat ini. Saya yakin dengan perancangan Tuhan, Dia lebih tahu segalanya.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti ingin mendapatkan anak. Namun,  ada yang cepat dan ada yang lambat. Teruskan istiqamah dan berusaha serta memohon doa kepada Allah SWT untuk dikurniakan rezeki.  Peduli apa cacian masyarakat, kita yang mencorakkan kehidupan kita sendiri.

Sumber Berita: Kosmo!

Fara Fauzana Ambil Keputusan Undur Diri Daripada Hot FM

Posted: 14 Feb 2016 07:01 PM PST

Selepas 10 tahun menceriakan dunia radio tanah air, akhirnya Fara Fauzana telah mengumumkan pengunduran dirinya daripada bidang tersebut. Berita sedih ini telah diwar-warkan menerusi segmen pagi Hot FM hari ini. Sementara itu rakan-rakan Fafau iaitu AG, Ikhwan dan Liza pula akan meneruskan kerjaya mereka di Ultra FM bermula 27 Februari ini.

fara fauzana berhenti hot fm

Fafau juga turut mengumumkan pengundurannya ini menerusi akaun Instagramnya. Para peminat telah menggunakan kesempatan tersebut untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Fafau yang telah menghiburkan mereka sepanjang 10 tahun menjadi deejay radio.

fara fauzana berhenti hot fm

Abang Nara merasakan keputusan ini adalah satu keputusan yang tepat. Lama sangat pun orang bosan juga kan? Mungkin sudah tiba masa untuk Fafau memberi fokus kepada bidang lain. All the best and good luck kepada Fafau dan rakan-rakannya. Semoga terus maju jaya.

(7 FOTO) Majlis Aqiqah Nur Aurora Anak Farid Kamil & Diana Danielle

Posted: 14 Feb 2016 06:45 PM PST

Lahir pada 19 November lepas, Nur Aurora melengkapkan lagi keluarga Farid Kamil dan Diana Danielle.

Pada 8 Februari lepas, satu majlis aqiqah telah diadakan buat Aurora. Memang comel puteri Farid dan Diana ni, semoga menjadi anak yang solehah. InshaAllah.

Jom layan beberapa foto sekitar majlis aqiqah Nur Aurora dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Aziz M Osman Mahu Buat Filem Tentang Allahyarham Nik Aziz?

Posted: 14 Feb 2016 06:17 PM PST

Permergian tokoh Islam, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ataupun Tok Guru Nik Aziz memberikan kesan yang mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Malah, sehingga kini tiada siapa yang mampu mengganti tempatnya.

Demi menghargai segala jasa dan pengorbanan Allahyarham Nik Aziz, pengarah dan penerbit terkenal mempunyai rencana ataupun hasrat untuk menghasilkan filem berkisarkan kehidupan tokoh tersebut.

Walaubagaimanapun, perkara itu akan menjadi kenyataan jika rakyat Malaysia bersatu hati dan bersifat lebih matang dalam berfikir.

Kenapa tidak (saya buat filem tentang Allahyarham)? Ia tidak mustahil dapat dilakukan. Dan kalau saya mahu buat filem tentang Allahyarham, saya mahu ceritakan bagaimana Allahyarham mendidik kita semua dalam soal hudud.

Meskipun negara kita tidak mengamalkan hudud, tetapi Allahyarham sudahpun mengamalkan hudud secara psikologi.

Ditanya mengenai siapa yang akan didekatinya  untuk menghuraikan perwatakan Allahyarham dalam filem itu, Aziz M Osman berkata , beliau mungkin akan melihat dari sudut pandangannya sendiri memandangnya raut wajah Allahyarham seiras dengan bapanya.

Itu saya tidak tahu lagi. Mungkin saya akan melihatnya dari sudut peribadi sendiri atau mungkin tidak. Kalau ada rezeki suatu hari nanti, InsyaALLAH saya akan buat filem Allahyarham.

Kalau betul filem ini menjadi kenyataan, tentu sekali ia akan menjadi salah satu filem yang akan mendapat sambutan agak baik. Ramai sebenarnya yang ingin mengetahui sejarah kehidupan Allahyarham Nik Aziz dan segala cabaran yang beliau hadapi demi memartabatkan Islam meskipun didalam bidang politik yang umum mengetahui banyak "kotornya".

Sumber Berita: Sinar Harian

Nabil Ahmad Nafi Tolak Tawaran Lakonan Kerana Rasa Diri Sudah Cukup Hebat

Posted: 14 Feb 2016 05:50 PM PST

Pelawak Nabil Ahmad kini lebih aktif dalam bidang pengacaraan berbanding lakonan yang menjadi medium beliau popular satu ketika dahulu.

Ada yang menyifatkan Nabil sudah mula berlagak hebat dek kerana menolak beberapa tawaran lakonan sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Nabil menafikan perkara berkenaan sekerasnya dan memberitahu beliau ada sebab tertentu untuk tidak berlakon.

Saya banyak menolak tawaran berlakon bukan kerana sudah cukup hebat, sebaliknya saya lihat sesetengahnya mengambil mudah mengenai masa.

Saya selalu terkena, mereka mengejar saya bagai nak gil, takut saya tiba lewat di lokasi penggambaran. Bagaimanapun, apabila tiba, apapun tidak siap dan harus menunggu berjam-jam lagi.

Apabila bising, saya dikatakan bersikap besar kepala. Saya bukannya dibayar berjuta-juta seperti artis Hollywood dan mereka bukan sahaja membayar artis tetapi masa sekali. Jadi mereka tidak kisah bekerja 24 jam sekalipun.

Namun, luahan Nabil itu tidak berniat untuk menghentam semua pihak produksi cuma sesetengah sahaja yang tidak memberikan komitment yang baik. Teguran itu dibuat bagi mereka mempertingkatkan lagi mutu kerja selepas ini.

Saya tidak marah dan bising apa yang berlaku membuatkan saya serik dan menjadi pengajaran besar buat saya. Cukuplah sekali saya terkena.

Hendak popular bukanlah mudah, industri hiburan tanah air ini penuh dengan cabaran yang berbeza.

Sumber Berita: Berita Harian

Emma Maembong Tidak Desak Ayah Beri Restu Untuk Berkahwin, Akui Naluri Keibuan Tinggi

Posted: 14 Feb 2016 04:51 PM PST

Meskipun mengakui sudah bersedia untuk berkahwin  bila-bila masa sahaja apabila mendapat  lampu hijau daripada ayahnya,  Emma Maembong bagaimanapun tidak mahu terlalu mendesak ayahya untuk merestui hubungan beliau dan Kamal.

Bila sahaja Emma memberitahu beliau ingin berkahwin, ramai yang berkata umur Emma masih lagi muda. Adakah beliau sudah bersedia untuk  memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu?

Namun jelas Emma,beliau mempunyai naluri keibuan yang tinggi kerana mempunyai pengalaman menjaga anak-anak saudaranya sebelum ini.

Saya memang suka kanak-kanak. Ini kerana sejak kecil lagi saya sudah membantu kakak menjaga anak-anak mereka terutama pada musim perayaan.

Saya rela membantu mereka. Bukan saya saja, adik saya, Chacha juga bijak mengendalikan anak saudara kami yang semakin bertambah bilangannya.

Banyak mana pun kita cintakan seseorang, restu ibu bapa itu penting dalam setiap perhubungan. Baguslah kalau Emma dan Kamal tidak terlalu mendesak kerana seorang ayah itu cukup masak dengan perangai anak-anak dan tahu apa yang terbaik buat mereka.

Sumber Berita: Berita Harian

Intan Ladyana Sudah Ada Kekasih Baharu?

Posted: 14 Feb 2016 04:24 PM PST

Sejak percintaan beliau dan Kamal Adli putus di tengah jalan, Intan Ladyana agak kurang membicarakan kisah peribadinya kepada umum. Meskipun pernah dikaitkan dengan seorang lelaki sebelum ini, hubungan itu nampaknya tidak pergi jauh dan beliau kembali solo.

Namun, menerusi satu laporan di sisipan Hits oleh Utusan Malaysia, ada sumber yang mengatakan Intan Ladyana kini sedang rapat dengan seorang lelaki kacak berkulit hitam manis.

Menurut sumber itu lagi, beliau terserempak  dengan Intan dan jejaka itu yang sedang meluangkan masa bersama di sebuah pusat membeli-belah pada hujung minggu lalu. Malah, pasangan ini nampak sangat sepadan.

Erm, mungkinkah Intan Ladyana sudah mempunyai kekasih baharu? Kalau betul apa salahnya, kami pasti ramai peminat yang hendak melihat anda bahagia. Jika anda sudah bertemu dengan seseorang yang betul-betul sesuai, tidak perlu bercinta lama-lama. Apa-apa pun, kami doakan agar Intan dan jejaka tersebut ada jodoh bersama.

Sumber Berita: Utusan Malaysia




@



Suami Isteri Perlu Memuaskan Diri Masing-Masing Dalam Hal Nafkah Batin – Rozita Che Wan