Undur Diri Daripada Bidang Radio : Fara Fauzana Mahu Dekatkan Diri Dengan Tuhan |
- Undur Diri Daripada Bidang Radio : Fara Fauzana Mahu Dekatkan Diri Dengan Tuhan
- Almy Nadia Hamil Anak Kedua?
- Yatt Hamzah Bakal Bernikah Dengan Jurugambar Februari Ini?
- Syamsul Yusof Menang Saman Tuduhan Ciplak Jalan Cerita Novel Aku Bohsia
- Kereta Saya Dihimpit Sehingga Saya Terlanggar Pembahagi Jalan – Syarul Ridzwan
- Pork Free Tu Bebas Babi Ke Percuma Babi – Zed Zaidi
- OlaBola Kutip RM 12 Juta Selepas 18 Hari Tayangan
- Syarul Ridzwan Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya Pagi Tadi
- Hafiz Hamidun Rancang Kahwin Tahun Ini
- Syatilla Melvin Tidak Kisah Pakaian Sewaktu Majlis Perkahwinan Dikritik
Undur Diri Daripada Bidang Radio : Fara Fauzana Mahu Dekatkan Diri Dengan Tuhan Posted: 16 Feb 2016 09:40 AM PST Selepas 10 tahun menyinari hidup pendengar di Malaysia menerusi stesen Hot Fm, Fara Fauzana telah mengumumkan beliau akan mengundurkan diri daripada bidang radio beberapa hari lepas. Nyata keputusan Fafau itu tidak boleh diterima oleh peminatnya yang sentiasa setia mendengar slot AM Krew setiap pagi. Jelas Fafau, beliau ingin membuka peluang kepada orang lain untuk cuba menceburi bidang radio selain ingin menggunakan peluang berkenaan untuk mendekatkan lagi dirinya dengan Tuhan.
Fafau juga ingin menumpukan perhatian terhadap kehidupannya termasuklah ingin berumah tangga satu hari nanti.
Tiga lagi penyampai radio iaitu AG, Ikhwan dan Liza turut mengumumkan pengunduran mereka daripada Hot FM. Selepas ini,mereka akan meneruskan kerjaya di Ultra FM bermula 27 Februari ini. Tidak dapat dinafikan agak sedih juga mendengar berita Fafau akan berhenti, tetapi beliau juga ingin berehat dan memberikan tumpuan kepada diri sendiri selain mendalami ilmu agama. |
Posted: 16 Feb 2016 09:20 AM PST Sejak semalam, kami ada dengar khabar angin yang mengatakan Almy Nadia kini sedang hamil anak kedua selepas beliau memuat naik beberapa foto makanan yang masam-masam menerusi akaun Instagram miliknya.
Menariknya, berita itu dikatakan ada benarnya selepas Fizz Fairuz turut memuat naik foto beserta kapsyen betapa gigihnya beliau berusaha untuk mendapatkan pucuk betik seperti yang diminta oleh Almy.
Ramai sebenarnya peminat Almy cukup teruja mendengar perkhabaran tersebut dan ada yang sudah mengucapkan tahniah buat pasangan berkenaan. Kalau betul Almy Nadia sedang hamil anak kedua, tahniah kami ucapkan. Rezeki beliau dan Fizz untuk menambah ahli keluarga mereka selepas mendapat anak pertama nampaknya awal juga bukan? Semoga Almy dan keluarga dilimpahi dengan kebahagiaan yang lebih lagi. |
Yatt Hamzah Bakal Bernikah Dengan Jurugambar Februari Ini? Posted: 16 Feb 2016 08:43 AM PST Ada yang mengatakan rumah tangga mereka retak kerana wujudnya orang ketiga dan pelbagai lagi spekulasi yang dibuat oleh orang ramai. Terbaru, menurut sumber yang diperolehi oleh portal Rotikaya, Yatt dikatakan bakal melangsungkan majlis perkahwinan dengan seorang jurugambar. Perkahwinan mereka akan diadakan pada sebelah pagi 27 Februari ini di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam. Bahkan, sumber itu mengatakan jurugambar tersebut yang 10 tahun lebih muda daripada Yatt adalah punca beliau dan Abdul Mutalib berpisah. Namun, sejauh mana kesahihan berita ini masih belum dapat dipastikan lagi. Jika benar Yatt ingin berkahwin lagi, apa salahnya untuk war-warkan kepada umum agar tidak menimbulkan sebarang fitnah dan spekulasi. Sama-sama kita nantikan kenyataan oleh Yatt berhubung perkara ini. |
Syamsul Yusof Menang Saman Tuduhan Ciplak Jalan Cerita Novel Aku Bohsia Posted: 16 Feb 2016 08:25 AM PST Penulis tersebut yang dikenali sebagai Elias Idris kemudiannya mendakwa Syamsul di mahkamah selepas beberapa perbincangan secara baik yang dibuat oleh Syamsul dan Elias gagal. Semalam, Mahkamah Tinggi, telah menolak saman Elias setelah mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak. Menurut Hakim Mahkamah Tinggi, Azizah Nawawi isu bohsia dan mat rempit adalah isu semasa dalam masyarakat di negara ini dan tidak boleh dijadikan perbandingan di antara novel dan filem. Azizah berkata, idea membabitkan bohsia dan mat rempit tidak dilindungi mengikut Akta Hakcipta 1987 dan ia juga tidak boleh dikatakan hanya eksklusif kepada novel karya Elias. Pada masa yang sama hakim membenarkan tuntutan saman fitnah yang dibuat oleh Datuk Yusof Haslam terhadap Elias berjumlah RM 140,000 kerana telah memfitnah bukan sahaja Syamsul tetapi Skop Productions juga melalui penerbitan artikel didalam internet berhubung isu ciplak berkenaan. Terdahulu, Elias memberitahu karakter, plot serta tema filem Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam seratus peratus sama dengan novel yang ditulis olehnya. Elias memberitahu beliau menggunakan nama pena Anne Natasha Nita bagi novel berjudul Aku Bohsia yang diterbitkan pada tahun 1995. |
Kereta Saya Dihimpit Sehingga Saya Terlanggar Pembahagi Jalan – Syarul Ridzwan Posted: 16 Feb 2016 01:43 AM PST Menerusi portal BH ONLINE, kejadian itu berlaku ketika Syarul dalam perjalanan ke Subang menuju ke Shah Alam sekitar 6.30 pagi tadi. Puncanya bermula apabila sebuah kereta lain menghimpit kenderaan yang dipandu oleh Syarul sehingga beliau terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
Ada peminat yang mendakwa Syarul memang gemar memandu dengan agak laju kerana aktor itu baru-baru ini memuat naik satu video beliau memotong kenderaan di lebuh raya. Tidak mahu kejadian yang sama berulang kembali, Syarul berjanji akan lebih berhati-hati sewaktu memandu selepas ini. |
Pork Free Tu Bebas Babi Ke Percuma Babi – Zed Zaidi Posted: 15 Feb 2016 08:18 PM PST Zed Zaidi menerusi akaun Twitternya semalam ada mempersoalkan tentang tanda Pork Free yang diletak oleh sesetengah restoran ataupun kedai makan yang tidak menghidangkan makanan Melayu. Namun, pertanyaan beliau itu akhirnya menjadi bahan tawa orang ramai bahkan ada pihak juga yang mengkritik kekeliruan Zed Zaidi dimana kenyataan Pork Free itu sangat mudah untuk difahami. Ada yang anggap percubaan Zed Zaidi untuk meyindir sesetengah pihak itu tidak menjadi. Berikut antara respon pengguna di Twitter mengenai isu berkenaan :-
Pork Free selalunya orang sangka tiada daging babi sahaja tetapi mungkin minyak yang digunakan itu tidak halal dan sebagainya. Berhati-hati ketika memilih makanan yang akan masuk kedalam badan anda. |
OlaBola Kutip RM 12 Juta Selepas 18 Hari Tayangan Posted: 15 Feb 2016 07:47 PM PST Filem OlaBola nampaknya terus mencipta kejayaan tersendiri apabila berjaya mencatat kutipan box office RM 12 juta selepas 18 hari ditayangkan di pawagam. Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan, walaupun sudah 3 minggu ditayangkan sejak 28 Januari lalu, jumlah penonton semakin meningkat dan jualan tiket boleh dikatakan agak memberangsangkan. Filem OlaBola juga masih mengungguli carta top 10 Golden Screen Cinema (GSC) semenjak filem ini ditayangkan. Berlatarbelakangkan era 1980-an, OlaBola merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit daripada kekecewaan. Ia adalah kisah yang diilhamkan daripada peristiwa sebenar. OlaBola diarahkan oleh Chiu Keng Guan dan dilakonkan oleh Bront Palarae, JC Chee, Muhd Luqman Hafidz, Saran Kumar, Eric Teng Shin Wang dan Lim Jian Wen. |
Syarul Ridzwan Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya Pagi Tadi Posted: 15 Feb 2016 06:35 PM PST Pelakon Syarul Ridzwan pagi tadi terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sehingga bahagian hadapan kereta jenis Honda City berwarna putih miliknya itu remuk teruk. Walaubagaimanapun, syukur kepada Allah SWT kerana Syarul tidak mengalami sebarang kecederaan. Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Syarul menerusi akaun Instagramnya.
Erm, malang itu tidak berbau. Ketika berada di jalan raya kita perlu berhati-hati selalu dan kalau boleh mematuhi setiap kadar had laju yang ditetapkan. Syukur Syarul tidak apa-apa. |
Hafiz Hamidun Rancang Kahwin Tahun Ini Posted: 15 Feb 2016 06:17 PM PST Penyanyi dan usahawan berjaya, Hafiz Hamidun memberitahu beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasih Adiela Ridzuan yang merupakan seorang model muslimah pada tahun ini. Namun, buat masa ini Hafiz masih lagi mengaturkan perjanjian untuk keluarga beliau dan ibu bapa kekasihnya itu untuk bertemu dan berkenalan sebelum membicarakan soal perkahwinan mereka dengan lebih serius.
Meskipun baru sahaja beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing, Hafiz dan Adiela cukup serasi bersama. Malah, wanita itu juga memahami kehidupan Hafiz sebagai seorang selebriti.
Satu berita yang agak baik, iyelah sebelum ini beberapa kali juga Hafiz meluahkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga. Kami mendoakan agar perancangan perkahwinan Hafiz bersama Adiela akan dipermudahkan dan semoga ada jodoh sehingga kejinjang pelamin. |
Syatilla Melvin Tidak Kisah Pakaian Sewaktu Majlis Perkahwinan Dikritik Posted: 15 Feb 2016 05:30 PM PST Dalam kemeriahan majlis perkahwinan Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, masih ada lagi perkara yang tidak kena apabila pakaian Syatilla pada hari bahagianya itu dikritik ramai lebih-lebih lagi sewaktu majlis resepsi di Pulau Pinang dimana turban yang dipakai oleh Syatilla tampak agak tidak kena dan membuatkan Sam kelihatan rendah. Malah, ada komen yang mengatakan lebih baik untuk Syatilla memakai tudung biasa daripada turban berkenaan. Sedar ada pihak yang mengkritik beliau, Syatilla nampaknya enggan ambil pusing dengan hal remeh temeh seperti itu.
Pada masa yang sama, Sam pula menafikan beliau terpaksa akur dengan kehendak penaja dan memberitahu ramai yang sudah salah anggap, apabila mendakwa majlis mereka indah khabar daripada rupa serta mempersoalkan dimanakah penajaan RM 25 juta seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan, pada anda mungkin pakaian itu tidak sesuai tetapi pada Syatilla ia sudah cukup sempurna. Apa yang penting tuan empunya badan merasa selesa sudahlah. Doakan agar perkahwinan mereka kekal sehingga ke jannah. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@