Yatt Hamzah Sahkan Bakal Bernikah Pada 27 Februari Ini |
- Yatt Hamzah Sahkan Bakal Bernikah Pada 27 Februari Ini
- Fattah Amin Enggan Terlalu Bicara Soal Cinta : Tidak Mahu Peminat Muak
- Kalau Ada Jodoh, Saya Tiada Masalah Peluk Agama Islam – Adel AF2014
- Lagu ‘Pencuri Hati’ Ayda Jebat Punya Persamaan Dengan Lagu Korea?
- (8 FOTO) Baby Moon Raja Farah Di London
- (VIDEO) Bila Datuk Siti Nurhaliza Menari Tarian Bollywood
- Rumah Tangga Dato’ Aliff Syukri Sedang Bermasalah?
Yatt Hamzah Sahkan Bakal Bernikah Pada 27 Februari Ini Posted: 17 Feb 2016 04:40 AM PST Walaubagaimanapun, hari ini Yatt Hamzah mengesahkan beliau bakal berkahwin dengan seorang jejaka bernama Mohammad Zulfadli Khiruddin pada 27 Februari. Difahamkan, majlis akad nikah akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 8 pagi. Yatt juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Zulfadli adalah orang ketiga yang wujud dalam perkahwinan beliau sebelum ini sehingga bercerai.
Majlis resepsi Yatt dan Zulfadli diadakan pada hari sama di Azasna Villa, Seksyen U12, Cahaya Alam, Shah Alam . Pada Disember tahun lalu dia melamar saya dan ia bukan satu keputusan yang mudah bagi saya. Apabila mendapat jawapan selepas melakukan solat Istikharah barulah saya terima lamaran itu. Yatt Hamzah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Mutalib Shukor sebelum membuat keputusan untuk bercerai pada 25 Ogos 2015. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Suci Hanania Malik. |
Fattah Amin Enggan Terlalu Bicara Soal Cinta : Tidak Mahu Peminat Muak Posted: 16 Feb 2016 10:25 PM PST Kisah cinta antara pelakon Fattah Amin dan Sherry Ibrahim bukan lagi satu cerita baharu, tetapi tidak seperti pasangan lain, mereka berdua agak kurang bicara soal hubungan mereka kepada umum. Buat Fattah, beliau tidak mahu terlalu mendedahkan kisah cintanya kerana enggan peminat muak dengan kisah peribadi.
Meskipun sedang bercinta Fattah dan Sherry meletakkan kerjaya mereka sebagai fokus utama dan masing-masing memahami impian yang masih belum terlaksana. Macam ni lah bagus,tidak perlu sibuk jaja kisah cinta dan ayat manis menerusi foto di Instagram. Cukup masa sahaja nanti terus melangkah ke fasa yang lebih serius. |
Kalau Ada Jodoh, Saya Tiada Masalah Peluk Agama Islam – Adel AF2014 Posted: 16 Feb 2016 07:25 PM PST Gosip Adel AF2014 sehingga sekarang masih lagi menjadi bualan hangat ramai, apatah lagi selepas isteri kepada kekasihnya itu sendiri mendedahkan suaminya memang mempunyai hubungan cinta dengan Adel bahkan bekas pelajar Akademi Fantasia itu tidak kisah untuk hidup bermadu. Tetapi sehingga kini Adel AF2014 tidak mengeluarkan kenyataan lanjut dan seakan cuba untuk mengelak daripada permasalahan berkenaan. Perampas serta penghancur rumah tangga orang antara gelaran yang kini menghantui Adel. Ramai yang tertanya adakah Adel masih lagi meneruskan hubungan dengan kekasihnya itu selepas kontroversi percintaan mereka tersebar? Jelas Adel menerusi portal Utusan Online berkata buat masa ini beliau memberi ruang agar kekasih beliau menyelesaikan kemelut rumah tangganya sebelum percintaan mereka ke fasa yang lebih serius.
Adel juga mengakui seandainya jodoh mereka masih kuat, beliau yang merupakan penganut agama Kristian tidak kisah untuk memeluk Islam satu hari nanti.
Bagi Adel apa yang berlaku sekarang adalah lumrah kehidupan seorang artis dimana akan ada sahaja pihak yang tidak puas hati dan cuba untuk menjatuhkan seseorang artis. Adel sekali lagi menegaskan beliau bukanlah perampas.
|
Lagu ‘Pencuri Hati’ Ayda Jebat Punya Persamaan Dengan Lagu Korea? Posted: 16 Feb 2016 06:18 PM PST Sejak membintangi drama ‘Rindu Awak 200%’, nama Ayda Jebat meniti di bibir para peminatnya. Ayda yang pernah menyertai program Akademi Fantasia sebelum ini menggunakan populariti yang diraih dalam dunia lakonan untuk menceburi bidang nyanyian. Sebelum ini Ayda pernah muncul dengan single ‘Siapa Diriku’ yang melodi serta video muziknya dikatakan mempunyai persamaan dengan lagu Meghan Trainor. Untuk makluman anda, lagu Talk Talk Talk diterbitkan pada 5 Januari 2012 manakala lagu Pencuri Hati mula diputarkan sejak beberapa minggu lepas. Anda boleh membuat penilaian anda sendiri dengan membandingkan dua lagu di atas. Apa pendapat anda?
|
(8 FOTO) Baby Moon Raja Farah Di London Posted: 16 Feb 2016 06:04 PM PST Sedang berbadan dua kini, Raja Farah dan suaminya Iskandar Ismail sempat meluangkan masa bersama dengan menikmati percutian ataupun kata orang baby moon di kota London. Menerusi foto-foto yang dikongsikan oleh Farah menerusi akaun Instagramnya, pasangan ini sempat berkujung ke beberapa tempat menarik seperti Tower Of London dan London Central Mosque. Pasangan ini juga tampak cukup bahagia bersama. Kami doakan agar Raja Farah dan Iskandar kekal sehingga ke akhir hayat dan mencintai antara satu sama lain dengan lebih setiap hari. Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar baby moon Raja Farah di London dengan membaca entri ini sepenuhnya. |
(VIDEO) Bila Datuk Siti Nurhaliza Menari Tarian Bollywood Posted: 16 Feb 2016 05:46 PM PST Minggu lepas, majlis resepsi perkahwinan pereka fesyen terkenal Ruzaini dan pasangannya Deqda telah diadakan dengan tema Bollywood Night di sebuah hotel terkemuka bertempat di Kuala Lumpur. Ramai selebriti yang hadir pada malam tersebut lengkap berpakaian seperti bintang Bollywood dan pelbagai acara yang menarik turut direncanakan buat mereka. Antara artis yang hadir adalah Datuk Siti Nurhaliza dan beliau juga dijemput untuk menari tarian Bollywood bersama Rizman. Meskipun kelihatan agak malu-nalau pada awalnya, Siti Nurhaliza cukup sporting apabila mula menari dengan bersahaja. Jom lihat video comel Datuk Siti Nurhaliza ketika menari dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
|
Rumah Tangga Dato’ Aliff Syukri Sedang Bermasalah? Posted: 16 Feb 2016 05:23 PM PST Dato' Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida boleh dikatakan pasangan yang bahagia dan cukup manis bersama. Namun, ada sesetengah pihak mula tertanya apakah yang sudah berlaku kepada pasangan ini selepas kedua-duanya memuat naik foto berserta kapsyen yang menggambarkan sedang menghadapi masalah rumah tangga dan berduka melalui Instagram mereka. Malah, Aliff dan Shahida juga telah memadam foto terkini mereka berdua daripada Instagram masing-masing dan hanya tinggal beberapa sahaja foto lama. Berikut antara kata-kata yang dimuat naik oleh Aliff dan Shahida :-
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Dalam perkahwinan memang banyak cabaran dan ujiannya bagi menguji kasih sayang dan kesetiaan setiap pasangan. Jika benar Dato' Aliff Syukri dan Datin Shahida sedang mempunyai masalah rumah tangga, cubalah selesai secara baik. Anda berdua sudah susah dan senang bersama, ingatlah kepada nasib anak-anak juga. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@