(6 FOTO) Pasangan Sweet Nas-T & Atita Haris |
- (6 FOTO) Pasangan Sweet Nas-T & Atita Haris
- Lisa Surihani Bakal Bersara Daripada Bidang Lakonan?
- Saya Harap Pihak Produksi Menerima Pelakon Berhijab Seadanya – Mia Sara
- Ada Yang Cuba Mengorat, Namun Amelina Tidak Terfikir Soal Kahwin
- Lisdawati Beritahu Fareez Hazwan Belum Bersedia Untuk Berlakon
- (7 FOTO) Erra Fazira & Engku Emran Di Hari Sukan Engku Aleesya
- (10 FOTO) Nora Danish Bercuti Di Iceland
- Tidak Salah Bercinta Dengan Pengurus Sendiri – Siti Nordiana
- Achey Mohon Maaf Kerana Karaoke Sambil Memandu
- Sedang Hamil Kini : Raja Farah Akui Ramai Mohon Maaf Kepadanya Kerana Gelar Beliau Mandul
(6 FOTO) Pasangan Sweet Nas-T & Atita Haris Posted: 23 Mar 2016 04:32 AM PDT Kami tahu mungkin ada yang akan kami keterlaluan menyiarkan berita pasangan Nas-T dan Atita Haris, tetapi ada juga sesetengah peminat merasakan mereka berdua ini sangat sweet dan cukup padan bersama. Lebih-lebih lagi ketika melihat Nas-T yang begitu cintakan Atita serta sayang dengan anak mereka Opie. Ok lah, tidak mahu cakap banyak lagi. Jom layan dulu beberapa foto Nas-T, Atita dan Opie.
|
Lisa Surihani Bakal Bersara Daripada Bidang Lakonan? Posted: 23 Mar 2016 04:03 AM PDT Sejak bergelar ibu, kehidupan Lisa Surihani sudah berubah. Tidak boleh renggang daripada Yahaira Leanne, Lisa mungkin akan bersara daripada dunia lakonan bagi menumpukan perhatiannya kepada puteri sulungnya itu.
Lisa mengakui beliau akan lebih selektif jika menerima mana-mana tawaran lakonan selepas ini agar ia bersesuaian dengan kehidupannya kini. Lisa kalau boleh tidak mahu terlalu lama meninggalkan anaknya.
Kalau sudah anak, memang agak susah untuk seseorang ibu terlalu lama tinggalkan anak untuk urusan kerja. Selain perasaan rindu, mereka akn fikir jika anak mereka dijaga dengan elok mahupun tidak. Apa sahaja keputusan yang Lisa Surihani ingin lakukan, kami pasti anda masih ada peminat yang akan selalu menyokong anda. |
Saya Harap Pihak Produksi Menerima Pelakon Berhijab Seadanya – Mia Sara Posted: 23 Mar 2016 03:34 AM PDT Bila kami baca kenyataan Mia Sara di portal BH ONLINE, memang ada timbul sedikit rasa kagum. Ini kerana, kanak-kanak seperti Mia boleh meminta agar pihak produksi lebih menghormati pelakon yang berhijab dan tidak menuntut mereka untuk melakukan perkara yang tidak sesuai dengan imej mereka.
Tambah Mia, beliau berharap juga pelakon berhijab tidak terlalu lemah dan menuruti setiap arahan meskipun mereka tidak selesa. Kata Mia, bertudung kerana Allah SWT dan bukan untuk memuaskan hati orang lain.
Siapa sangka seorang kanak-kanak boleh mempunyai fikiran yang jauh seperti ini dan berani menyuarakan pendapatnya. Ermm..
|
Ada Yang Cuba Mengorat, Namun Amelina Tidak Terfikir Soal Kahwin Posted: 23 Mar 2016 01:14 AM PDT Nama Amelina pernah menjadi hangat sekitar tahun 90-an kerana lagu bergenre dangdut yang dibawanya meletup di pasaran. Amelina yang sering membawakan lagu ciptaan Iwan waktu itu dianggap sebagai ratu irama dangdut, justeru, kehilangannya dalam dunia hiburan setelah berkahwin seolah-olah membawa bersamanya populariti lagu dangdut.
Malah, Amelina mengakui masih ada yang cuba mengusik dirinya namun dia sentiasa diingatkan oleh teman-teman untuk tidak berfikir soal kahwin.
Buat masa ini Amelina masih melum mengetengahkan produk terbarunya. Kita tunggu sama ada keputusannya untuk kembali akan membuahkan hasil dan menaikkan semula irama dangdut dalam arena muzik Malaysia.
|
Lisdawati Beritahu Fareez Hazwan Belum Bersedia Untuk Berlakon Posted: 23 Mar 2016 12:32 AM PDT Sejak muncul dalam Mentor Milenia, Fareez Hazwan anak kepada aktor Fauzi Nawawi mendapat perhatian ramai. Ada juga yang bertanya, adakah juara Mentor Milenia itu tidak mahu berlakon seperti ayahnya? Iyalah, katakan kalau Fareez dan Fauzi bergandingan bersama, mungkin sesebuah drama itu dapat menarik minat penonton, lebih-lebih lagi Fareez cukup seiras dengan Fauzi. Walaubagaimanapun, menurut ibu tirinya Lisdawati, Fareez sememangnya mempunyai bakat dalam lakonan tetapi buat masa ini beliau masih belum bersedia untuk berlakon dan mahu fokus kepada bidang nyanyian.
Buat Lisdawati beliau menyokong sahaja apa yang Fareez ingin lakukan tetapi beliau juga berharap agar anak tirinya itu tidak mudah lupa diri jika sudah popular nanti. |
(7 FOTO) Erra Fazira & Engku Emran Di Hari Sukan Engku Aleesya Posted: 22 Mar 2016 11:46 PM PDT Baru-baru ini, Erra Fazira dan Engku Emran telah hadir memberikan sokongan di hari sukan sekolah puteri mereka Engku Aleesya . Nampaknya boleh tahan juga Aleesya bersukan dan mampu untuk mendapat tempat kedua dalam pertandingan lumba lari. Namun, yang menarik perhatian netizen adalah hubungan baik yang terjalin antara Erra dan bekas suaminya itu. Jom kita layan lagi foto-foto Erra dan Engku Emran di hari sukan sekolah Engku Aleesya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
|
(10 FOTO) Nora Danish Bercuti Di Iceland Posted: 22 Mar 2016 09:57 PM PDT Agak cemburu juga kami melihat Nora Danish dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta dengan bercuti bersama-sama di Iceland. Lebih seronok lagi percutian kali ini disertai oleh anaknya Rayqal dan kekasih hati Nedim Nazri. Berdasarkan foto yang dimuat naik oleh Nora di Instagram miliknya, pemandangan di Iceland cukup indah lebih-lebih lagi dengan cuaca sejuk. Jom layan beberapa lagi foto sekitar percutian Nora di Iceland dengan membaca entri ini sepenuhnya.
|
Tidak Salah Bercinta Dengan Pengurus Sendiri – Siti Nordiana Posted: 22 Mar 2016 08:08 PM PDT Digosipkan bercinta dengan pengurus sendiri sebelum ini, Siti Nordiana menganggap perkara itu tiada salahnya kerana ada sahaja artis yang menjalinkan hubungan dengan pengurus mereka. Namun, ia tidak bermakna beliau sebegitu dan dakwaan terhadap dirinya itu adalah benar. Jelas Nana, hubungan yang terjalin antara mereka berdua cuma biasa-biasa sahaja dan atas urusan kerja.
Namun begitu, dakwaan yang mengatakan saya bercinta dengan pengurus adalah tidak benar. Hubungan yang terjalin antara saya dan pengurus cuma biasa-biasa sahaja. Tidak timbul perasaan yang lebih dari hubungan antara pengurus dan artis. Nana juga enggan lagi mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana tidak mahu gosip itu terus berpanjangan.
Biarlah Nana hendak bercinta dengan sesiapa pun, dah lama juga beliau solo dan tidak salah untuk mencari seorang lelaki sebagai teman hidup dan ayah kepada anaknya. Doakan yang terbaik buat Nana. |
Achey Mohon Maaf Kerana Karaoke Sambil Memandu Posted: 22 Mar 2016 07:41 PM PDT Beberapa hari lepas video pelawak Achey yang berkaraoke bersama seorang wanita menggunakan nama Rozylicious menerusi aplikasi popular Smule telah menjadi viral. Ini kerana gelagat kedua-duanya yang lucu. Namun, dalam berseronok ada juga pihak yang menganggap tindakan Achey itu boleh membahayakan nyawanya dan orang lain kerana boleh hilang fokus semasa memandu. Ekoran perkara berkenaan, Achey telah tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
|
Sedang Hamil Kini : Raja Farah Akui Ramai Mohon Maaf Kepadanya Kerana Gelar Beliau Mandul Posted: 22 Mar 2016 07:17 PM PDT Berkat kesabaran dan doa kepada Allah SWT, Raja Farah sudah membuktikan beliau tidak mandul seperti yang dikatakan oleh orang ramai apabila kini sudah hamil anak pertama bersama suami Iskandar Ismail. Menerusi portal Utusan Online, Raja Farah akui pihak yang menuduh beliau tidak mampu untuk mendapat zuriat dahulu ada yang datang meminta maaf kepada beliau. Namun, sejak awal lagi sebenarnya Raja Farah sudah memaafkan kesalahan mereka.
Raja Farah pada masa yang sama bercerita, beliau pernah merasa tertekan kerana isu berkenaan dan pernah bertanya kepada Iskandar apa yang suaminya itu akan lakukan jika beliau tidak boleh hamil. Tidak disangka-sangka, Iskandar memberikan jawapan yang cukup positif dan Raja Farah cukup bersyukur dengan reaksi suaminya itu.
Itulah, kadang-kadang manusia ini ingat mereka betul dalam segala hal sehingga sanggup menggelarkan seseorang itu mandul. Harapnya segala proses kehamilan Raja Farah akan berjalan dengan lancar. Kami tahu ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah comel anak Raja Farah. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@