Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Adira Didakwa Terlalu Gedik Tayang Kemesraan Bersama Suami?

Adira Didakwa Terlalu Gedik Tayang Kemesraan Bersama Suami?


Adira Didakwa Terlalu Gedik Tayang Kemesraan Bersama Suami?

Posted: 28 Mar 2016 10:30 AM PDT

Sejak berkahwin, Adira nampaknya tidak pernah lekang dengan gosip dan kontroversi. Baru-baru ini, menerusi Poklip di Utusan Malaysia, ada rakan beliau meluahkan rasa meluatnya melihat  Adira yang terlampau gedik menampilkan kemesraan beliau bersama suami dalam sebuah majlis perkahwinan.

Bukan sahaja berpelukan serta berbalas ciuman di belakang pentas, Adira dikatakan duduk diatas riba suaminya di khalayak ramai.

Ramai yang kurang senang dengan aksi terlampau pasangan suami isteri itu yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling dan langsung tidak menjaga adab serta batas-batas pergaulan suami isteri di hadapan orang ramai.

Erm, betul ke Adira buat begitu? Jika benar, agak tidak sopan juga lah. Memang benar sudah sah dan boleh lakukan apa sahaja tetapi biarlah antara anda berdua sahaja. Jagalah adab.

Sumber Berita : Utusan Online

Takkanlah Saya Hendak Pakai Telekung Pula – Zul Ariffin

Posted: 28 Mar 2016 10:00 AM PDT

Ekoran tersebarnya foto tidak berbaju Zul Ariffin dengan badan mantapnya dalam satu majalah kesihatan, ada pihak yang mengkritik aktor berkenaan.

Ramai yang mempertikaikan aurat Zul dan ia agak tidak sesuai untuk beliau tampil separuh bogel didalam kolam renang dan menimbulkan keghairahan.

Buat Zul tiada salahnya untuk beliau bergambar sebegitu kerana ia sesuai dengan tema majalah Men's Health.

Itu adalah sesi bergambar untuk majalah kesihatan. Jadi apa masalahnya. Itu adalah majalah kesihatan. Takkanlah saya hendak pakai telekung pula.

Ok, kami tidak mahu komen apa-apa, kalau tuan empunya badan tidak kisah untuk bergambar sebegitu apa yang perlu kita cakap lagi bukan?  Tentu Zul Ariffin sudah tahu dan bersedia dengan risikonya apabila membuat keputusan untuk menampilkan susuk tubuhnya itu.

Sumber Berita : Utusan Online

Fiza Halim Akui Sedang Bahagia Dengan Seorang Jejaka Yang Baharu Dikenalinya

Posted: 28 Mar 2016 03:21 AM PDT

Fiza Halim nampaknya sudah meneruskan hidup selepas episod dukanya dahulu, melalui beberapa foto yang dimuat naik oleh Fiza,  beliau seakan sudah bertemu dengan pengganti.

Menerusi portal BH ONLINE, Fiza mengakui beliau kini sedang berbahagia dengan seorang jejaka yang baharu sahaja dikenalinya.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Fiza belum bersedia untuk mendedahkan identiti jejaka berkenaan.

Fiza bersama jejaka yang membuatnya merasa bahagia :)

Saya belum bersedia untuk memberi komen lanjut mengenai perhubungan itu. Begitupun diakui, saya bahagia dengan seseorang. Lagipun gambar yang saya muat naik di Instagram sudah menunjukkan status perhubungan itu.

Ramai peminat beliau merasa gembira kerana Fiza sudah bertemu dengan seorang lelaki yang mampu mengukir kembali senyuman diwajahnya. Mereka turut mendoakan agar jodoh Fiza kali ini berpanjangan.

Kata orang,  pelangi akan muncul selepas hujan, dan mungkin ini kali ini Fiza sudah bertemu dengan jejaka yang tepat buat dirinya. Siapa tahu bukan? Harapnya ada jodoh untuk mereka berdua sehingga ke jinjang pelamin.

Sumber Berita : BH ONLINE

 

Mahkamah Sahkan Perkahwinan Adira Dan Dato Red Ikut Syarak

Posted: 28 Mar 2016 02:30 AM PDT

Selepas mengemukakan beberapa bukti pernikahan mereka di Thailand, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini mengesahkan perkahwinan Adira dan suaminya Datuk Seri Adenan Abu ataupun lebih dikenali sebagai Dato Red adalah mengikut hukum syarak.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab selepas meniliti setiap dokumen dan bukti yang diberikan oleh pasangan tersebut kepadanya.

Mahkamah pada masa yang sama memerintahkan Adira dan Dato Red untuk mendaftar perkahwinan mereka di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Adira dan Dato Red diwakili peguam syarie Irsamuddin Ikhsan yang memfailkan permohonan pengesahan pernikahan secara berpoligami di luar negara di Mahkamah Tinggi Syariah.

Sebelum ini perkahwinan Adira dan Dato Red mencetuskan kontroversi kerana berkahwin selepas dilamar melalui telefon selepas 3 minggu berkenalan. Lebih-lebih lagi timbul dakwaan bahawa isteri pertama Dato Red tidak merestui perkahwinan tersebut sehingga mereka bernikah di Songkhla, Thailand.

Sumber Berita : BH ONLINE

Tidak Tercalon ABPBH 29 : Fara Fauzana Tidak Terkilan, Mahu Beri Peluang Pada Orang Lain

Posted: 27 Mar 2016 08:38 PM PDT

Sejak ABPBH 2006 – 2014, Fara Fauzana mendominasi kategori Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian, tetapi tahun ini rezeki tidak berpihak kepada dirinya meskipun tercalon dalam senarai awal pencalonan anugerah berkenaan.

Buat Fafau, beliau sedikit pun tidak merasa terkilan dan ia memberi peluang kepada orang lain untuk bertanding pada tahun ini.

Nama saya ada pada senarai pencalonan awal bagi kategori Penyampai Radio Popular tapi tidak ada rezeki saya untuk tahun ini.

Tidak mengapalah, saya tidak sedih atau terkilan dan biarlah saya bagi peluang kepada muka-muka baharu pula untuk bertanding.

Ini lah artis yang tidak mengharapkan undian untuk menjadi calon top 5, lagipun sebelum ini Fafau sudah beberapa kali menjadi juara. Siapa agaknya yang ada potensi untuk menang pada tahun ini?

Sumber Berita : mStar Online

Kisah Cinta Awie Dan Erra Bakal Didedahkan Dalam Filem

Posted: 27 Mar 2016 08:02 PM PDT

Sekitar tahun 90an, Awie dan Erra Fazira merupakan gandingan filem paling popular, mempunyai jumlah peminat yang ramai dan semuanya seakan sempurna apabila mereka bercinta dan mengikat tali pertunangan. Namun hubungan pasangan ini tidak sempat sampai ke jinjang pelamin.

Ramai yang ingin sekali mengetahui kisah cinta pasangan ini dan ia bakal menjadi kenyataan apabila Awie dan Erra bakal menceritakan kisah benar hubungan mereka yang tidak pernah diketahui peminat dalam sebuah filem tidak lama lagi.

Projek berkenaan sudah lama saya rancang tetapi banyak perkara yang perlu saya teliti terlebih dahulu termasuk meminta kebenaran daripada Erra untuk mendedahkan tentang kisah kami dalam sebuah filem.

Apabila saya utarakan idea berkenaan kepada Erra dia positif mengenainya dan sekiranya segalanya berjalan lancar, Insya-Allah ia akan menjadi projek terbaharu saya.

Satu ketika dahulu, sekitar pertunangan Awie dan Erra

Awie berkata, filem itu nanti bukan bertujuan untuk mendedahkan aib mana-mana pihak sebaliknya ingin menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di antara mereka ketika itu.

Bukan semua tetapi sebahagian sahaja yang pada pandangan saya perlu dijelaskan kepada penonton kerana ada perkara yang menjadi sebutan sebelum ini masih tidak terjawab sehingga hari ini.

Kedua-duanya bakal menjadi pelakon utama dalam filem yang direncanakan itu dan Awie juga berhasrat untuk menggunakan khidmat Erma Fatima selaku pengarah.

Wah, mungkin ramai peminat Awie dan Erra akan merasa teruja untuk menanti filem yang berkisarkan kisah percintaan mereka. Relaks je kan Awie dan Erra mengimbau kenangan lama.

Sumber Berita: mStar Online

WOW! Masih mencari barangan kecantikan anda tetapi buntu kerana harga terlalu mahal? Ini peluang anda untuk mendapatkan barangan “branded” dengan hargi yang TERLALU BERPATUTAN! Kunjungi Best Buy World sekarang. Diskaun sehingga 60% untuk barangan berjenama seperti Estee Lauder dan lain-lain! Jom kita ke Best Buy World sekarang juga!

 photo Estee Lauder 25-27 march.jpg

Tempah Pakaian Dengan Ukuran Kecil : Rahsia Rozita Che Wan Kekal Cantik Dan Langsing

Posted: 27 Mar 2016 07:25 PM PDT

Tidak dinafikan ramai yang cemburu melihat penampilan Rozita Che Wan yang selalu kekal awet muda dan cantik meskipun sudah memasuki usia pertengahan 40 an. Ramai sekali wanita yang mengidamkan untuk mendapatkan susuk tubuh persis anak dara seperti Che Ta.

Menerusi portal Harian Metro, Che Ta mendedahkan salah satu rahsia beliau untuk mengekalkan kecantikannya adalah dengan menempah baju dengan ukuran yang kecil. Eh, betul ke?

Kata Che Ta, selepas memberikan ukuran kepada pereka fesyen beliau akan menjadikan ia sebagai motivasi diri untuk mendapatkan berat badan idaman.

Saya biasanya akan pastikan ukuran pakaian yang ditempah itu muat dengan tubuh. Ini kerana saya suka menggayakan busana yang selesa dipakai.

Lagipun, hingga kini saya masih boleh menggayakan pakaian yang ditempah 10 tahun lalu. Ia satu perkara yang dibanggakan. Saya sendiri terkejut kerana masih boleh mengenakan pakaian yang sudah bertahun-tahun lamanya.

Che Ta cukup menjaga jumlah makanan yang beliau ambil. Pada masa yang sama, beliau mengakui ada melakukan kaedah bertungku selepas melahirkan Aaisyah Dhia Rana bagi mengempiskan perut untuk mendapatkan bentuk badan asal.

Hasil bertungku itu memang berbaloi apabila beliau kini sudah langsing dengan berat badannya hanya 50 kilogram.

Pergh, patutlah Che Ta selalu kekal cantik rupa-rupanya beliau ada kaedah tersendiri untuk menjaga badannya. Untunglah Zain Saidin..

Sumber Berita : Harian Metro

Nak tak mempunyai telekung travel yang SENANG?

Senang lipat
Senang dibawa ke mana-mana
Senang nak solat di mana-mana
Senang nk transform beg jadi sejadah
Senang beg transform jadi clutch
Senang tak payah gosok telekung
Senang nak selit telekung
Senang, sarung jee.. solat, lipat-lipat

WOW itu SENANG ini SENANG !

Kenapa mesti bersusah-payah kalau ada yang SENANG?? Suami mana tak sayang Isteri yang siap lekas-lekas. Suami pun tak payah tunggu lama-lama di Mall.. Siapa tak SAYANG??

 photo Untitled-1-960x450.jpg

DAPATKAN TELEKUNG AMEERA di www.amirahshazana.com

Bibir Menawan Dengan Fame Matte Lip Cream

Posted: 27 Mar 2016 06:00 PM PDT

Kali ni Abang Nara nak share dengan anda semua satu produk yang menjadi rebutan kaum wanita di luar sana.. Betulke sekarang ni trend orang perempuan pakai Matte Lip Cream? Kenapa kalau shining-shining tu dah tak trend ke? Ntahlah tapi bila Abang Nara tunjuk wife Abang Nara, dia pun sangat setuju!

Ada 5 warna semuanya.. Tapi yang model ni pakai semua cantik-cantik kot.. Pening Abang Nara nak pilihkan untuk isteri tercinta, nak bagi surprise sikit.. Korang rasa mana yang sesuai? Orang pompuan ni confirm melompat kalau dapat present macam ni kan? hehehe

Lagi satu sebab nak jimat belanja.. Harga dia murah meletop-letop ni.. Macam tak percaya pun ada.. RM29 je satu… Eh kenapa murah sangat ni?? Kualiti pun setanding dengan produk-produk berjenama lain.. Katanya lepas pakai ni berapa saat dia akan jadi matte dan tahan lama.. takde lah asyik nak gi toilet asyik nak tambah lipstick kat bibir je.. pakai sekali je dah cukup bertahan lama..

 photo 1.png

Rasa macam nak belikan semua je sebab harga pun murah je..

Jom Abang Nara tunjuk satu-satu warna yang model ni pakai.. Senang sikit korang semua nak ushar..

 photo 2.png

Fuhh…macam sweet pulak warna Candy ni.

 photo 3.png

Hmmm, warna Nude boleh tahan jugak…

 photo 4.png

Warna Desire ni agak mengancam!

 photo 5.png

Hmmm..pada pandangan Abang Nara, warna ini sesuai ke pejabat koprat…

 photo 6.png

Warna Fuschia ala-ala pink ini pun ok jugak sebenarnya…Pening kepala Abang Nara nak pilih..wife dah suruh beli semua dah ni..

 photo 7.png

Fame Soft Matte Lip Cream ni buatan Malaysia dan ada KKM so tidak perlu risau atau was-was. Harganya amat berpatutan, RM29 untuk setiap satu..

Kalau korang nak tengok boleh tengok-tengok di:

Instagram : @fame_cosmetics
Facebook: Fame Cosmetics HQ

Dah puas ushar-ushar tu mesti nak beli kan? Ok korang boleh cari nama Agents dan Stokis yang berhampiran dengan korang di:

Instagram : @agentfame

Masih belum terlambat kalau nak apply jadi Stokis atau Agent.. Boleh buat side income jugak.. Dengar cerita produk ni tengah hot.. meletop-letop dipasaran… Korang boleh email kat sini, mana lah tau ada rezeki korang nak jadi Agent / Stokis.

famecosmetics.my@gmail.com


Fame Matte Lip Cream review by Beauty Blogger, Nisa Kay.

Selamat berniaga dan juga membeli!




@



Adira Didakwa Terlalu Gedik Tayang Kemesraan Bersama Suami?