Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Agak Berisi : Penerbit Tegur Shah Jaszle Untuk Turunkan Berat Badan

Agak Berisi : Penerbit Tegur Shah Jaszle Untuk Turunkan Berat Badan


Agak Berisi : Penerbit Tegur Shah Jaszle Untuk Turunkan Berat Badan

Posted: 24 Mar 2016 04:13 AM PDT

Rasanya semua boleh perasan bahawa Shah Jaszle nampak lebih berisi berbanding sebelumnya. Mungkin kerana Shah bahagia disamping isteri dan anaknya.

Malah, ketika Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2016) mingg lepas, ada penerbit menegur beliau semakin berisi dan menasihati beliau untuk menurukan berat badan.

Shah mengakui perkara berkenaan dan kini dalam proses untuk menurukan berat badannya.  Ini kerana, Shah sudah mahu kembali aktif dalam dunia lakonan dan tampak lebih sihat.

Ya betul saya nampak berisi sebab bahagia, berat dalam 80 kilogram. Bagaimanapun, ya saya sedang menjalani proses untuk menurunkan berat badan.

Biasalah kalau seseorang lelaki itu mula berisi sedikit selepas berkahwin. Walaubagaimanapun, pada kami berat badan Shah Jaszle tidak lah keterlaluan.

Sumber Berita : Media Hiburan

Jangan Gunakan Nama Saya Untuk Menipu – Mira Filzah

Posted: 24 Mar 2016 03:44 AM PDT

Kerana populariti Mira Filzah yang tiba-tiba melonjak naik, banyak pihak tidak bertanggungjawab telah membuka akaun media sosial palsu menggunakan nama Mira untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi melalui Instagram review.

Sedar ia akan memburukkan namanya, Mira memberi amaran kepada mereka untuk tidak lagi memanfaatkan namanya demi tujuan tidak baik. Jelas Mira, tindakan itu adalah melampa dan tidak mahu peminatnya tertipu.

Ia mungkin perkara biasa dilalui bagi seseorang artis apalagi yang baru nak mencipta nama seperti saya. Awalnya saya tidak ambil pusing mengenai perkara itu kerana tidak mahu disifatkan mudah melatah.

Namun selepas memikirkan ada individu yang tidak bertanggungjawab meraih keuntungan dengan membuka akaun menggunakan nama saya di Instagram, ia saya kira sudah melampau.

Mira hanya mempunyai satu akaun instagram iaitu mfmirafilzah dan mempunyai lebih 800,000 pengikut buat masa ini. Akaun itu juga dikendalikan oleh Mira sendiri.

Ingin saya tegaskan di sini, saya hanya ada satu sahaja laman Instagram iaitu MFMIRAFILZAH yang mana akaun ini memang saya yang uruskan sendiri. Jadi kalau ada ternampak mana-mana page ataupun akaun lain yang menggunakan nama saya, sila abaikan.

Peminat harus berhati-hati dan tidak terpedaya dengan tawaran review daripada akaun Mira Filzah yang palsu. Mereka ini memang licik menggunakan nama artis untuk mencari mangsa.

Sumber Berita : mStar Online

 

Sherry Ibrahim Jauh Lebih Baik Dari Saya – Nur Ruhainies

Posted: 23 Mar 2016 11:26 PM PDT

Nur Ruhainies mula dikenali setelah berlakon bergandingan dengan Fattah Amin dalam drama yang pernah disiarkan di slot Akasia TV3, Hello Mr. Perfect. Satu ruangan gosip akhbar minggu lepas menceritakan mengenai desas desus bahawa Ruhainies yang dipilih bersama Fattah Amin untuk mengikuti satu rombongan percutian ke Bali, Indonesia telah digugurkan pada saat akhir kerana khabarnya ada yang cemburu.

Khabarnya juga, yang dikatakan cemburu itu ialah kekasih Fattah iaitu pelakon Sherry Ibrahim.
 photo 1516308_1258133724200984_238827831_n.jpg
Fattah bagaimanapun menafikan bahawa Sherry cemburu dan menjadi punca nama Nur Ruhainies digugurkan dari percutian tersebut.

Ruhainies memberitahu InstaOnline bahawa dia sebenarnya tidak tahu dia dipilih untuk menyertai percutian tersebut dan tidak tahu sebab namanya digugurkan.

Saya sebenarnya tidak tahu sepatunya saya pergi. Apabila terbaca tentang gosip tersebut barulah tahu rupa-rupa mereka (pengajur) ada perancangan untuk membawa saya sekali dalam percutian tersebut.

Saya tidak tahu kenapa nama saya digugurkan dan isu tentang masalah cemburu itu tidak benar. Kenapa Sherry mahu cemburu dengan saya? Dia jauh lebih baik berbanding saya.

Saya tiada masalah tentang isu ini.

Ruhainies juga tidak menafikan yang ramai di kalangan peminat drama Hello Mr. Perfect mahu dia dan Fattah bercinta.

Apabila berlakon sama, ada yang terbawa-bawa sehingga ke luar lokasi dan mahu kami terus bersama. Ada juga yang ingin kami berkahwin. Tidak mungkin begitu kerana saya juga ada pilihan sendiri.

Saya terkejut dengan gosip tersebut dan tidak sangka ia terjadi. Saya bersama Fattah dan Sherry OK sahaja. Saya tahu batasan hubungan dengan Fattah.


 photo 11142725_585416031614615_1094689503_n.jpg

Kebelakangan ini sering kita dengar peminat drama Akasia memuja gandingan hero dan heroin drama Akasia di luar drama sehingga mengharapkan mereka bercinta. Perkara ini bukan sahaja terjadi pada Fattah-Ruhainies malah Zul Ariffin-Ayda Jebat dan Saharul Ridzwan-Mia Ahmad. Sampai begitu sekali penangan drama-drama Akasia ini.

Bagaimanapun, peminat perlu mengenal pasti garis pemisah antara fantasi dan realiti. Biarkan pelakon memilih jodoh sendiri kerana mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk kehidupan mereka.

Jom saksikan Slot Panggung Seni Ekstravaganza Muzikal Randai Cindua Mato pada 25, 26 dan 27 Mac ini di Panggung Sari,…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 6 March 2016

Tercalon Dalam Tiga Kategori ABPBH 2015 : Abam Buktikan Saiz Badan Bukan Penghalang Untuk Berjaya

Posted: 23 Mar 2016 11:10 PM PDT

Tentu anda masih ingat dengan ucapan “Gemuk Is Awesome” ketika Abam Bocey menjadi pemenang bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular di ABPBH 2014.

Tahun ini, Abam mendapat pencalonan tertinggi  apabila tercalon dalam tiga kategori sekaligus. Buat Abam, segala cabaran dan usaha beliau dalam industri hiburan amat berbaloi.

Buat Abam, beliau juga sudah membuktikan bahawa selebriti berbadan besar juga mampu bersaing dengan nama-nama popular lain dan berada seiringan dengan mereka.

Bukan senang menjadi orang berbadan besar. Kami tidak seperti orang biasa yang lain. Sebagai contoh, apabila saya berada di atas pentas, perkara pertama yang dirisaukan ialah bagaimana jika pentas tempat saya berdiri itu roboh? Takut juga jika ia tidak dapat menampung berat badan saya.

Mempunyai saiz badan yang besar membuatkan diri cepat berasa penat. Saya perlu menguruskan jadual untuk berehat setidak-tidaknya sehari selepas dua hari bekerja kerana cepat penat. Apabila benda-benda kecil seperti ini berlaku, ia membuatkan golongan seperti saya mudah berputus asa.

Apabila mendapat tiga pencalonan, ditambah pula hakikat perlu bersaing dengan ramai lagi selebriti lain, saya anggap ia sudah pun menjadi kemenangan untuk saya selepas melalui susah-senang sebagai anak seni.

Abam juga merasa terharu dengan peminatnya yang sanggup menyokong beliau dengan mengundi dirinya sehingga tercalon dalam kategori Top 5 ABPBH 29.

Menerusi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Abam bersaing dengan Remy Ishak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad dan Syafie Naswip. Manakala Amir, Ebby Yus, Shuib dan Zulin Aziz pula menjadi pesaingnya dalam kategori Artis Komedi Popular. Bagi Artis Versatil Popular, beliau dicabar oleh Ajak (Shiro), Awie, Didie Alias dan Ifa Raziah.

Sumber Berita : BH ONLINE

Senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 (ABPBH 2015)

Posted: 23 Mar 2016 09:18 PM PDT

Nampaknya kehangatan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2015 ataupun yang ke 29 semakin dirasakan apabila senarai Top 5 bagi 13 kategori telah di umumkan semalam.

Agak terkejut juga kami apabila nama-nama besar dan popular seperti Aaron Aziz, Fara Fauzana, Zizan Razak, Johan As'ari,  Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Nabil Ahmad, Mia Ahmad dan Zara Zya tidak dicalonkan.

Beberapa bakat baharu seperti Ir Radzi, Syed Shamim dan Nadzmi Adhwa memberikan kejutan kerana tercalon pada anugerah tersebut tahun ini.

Dengan menggunakan hashtag #Respek, ABPBH 29 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) pada 8 Mei hadapan.

Berikut ialah senarai penuh calon ABPBH 29 :-

Artis Baharu Lelaki Popular

  1. Ippo Hafiz
  2. Ir Radzi
  3. Nadzmi Adhwa
  4. Redza Rosli
  5. Sufi

Artis Baharu Wanita Popular

  1. Falisha Crossley
  2. Janna Nick
  3. Mira Filzah
  4. Nana Sheme
  5. Ruhainies

Pelakon Filem Lelaki Popular

  1. Abam
  2. Remy Ishak
  3. Shaheizy Sam
  4. Sharnaaz Ahmad
  5. Syafie Naswip

Pelakon Filem Wanita Popular

  1. Emma Maembong
  2. Fathia Latiff
  3. Neelofa
  4. Nur Risteena
  5. Siti Saleha

Pelakon TV Lelaki Popular

  1. Faizal Hussein
  2. Fattah Amin
  3. Kamal Adli
  4. Remy Ishak
  5. Sharnaaz Ahmad

Pelakon TV Wanita Popular

  1. Emma Maembong
  2. Erma Fatima
  3. Fathia Latiff
  4. Siti Elizad
  5. Siti Saleha

Penyanyi Lelaki Popular

  1. Aizat
  2. Asfan
  3. Hazama
  4. Ir Radzi
  5. Syed Shamim

Penyanyi Wanita Popular

  1. Adira
  2. Aishah Aziz
  3. Ayda Jebat
  4. Dayang Nurfaizah
  5. Eleena Harris

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular

  1. Akim & The Majistret
  2. Hafiz Suip & Adira
  3. Joe Flizzow & SonaOne
  4. Tasha Manshahar & Syed Shamim
  5. Wings

Artis Komedi Popular

  1. Abam
  2. Amir
  3. Ebby Yus
  4. Shuib
  5. Zulin Aziz

Artis Versatil Popular

  1. Abam
  2. Ajak Shiro
  3. Awie
  4. Didie Alias
  5. Ifa Raziah

Pengacara TV Popular

  1. Hazlin Hussein
  2. Izreen Azminda
  3. Neelofa
  4. Sherry Alhadad
  5. Wak Doyok

Penyampai Radio Popular

  1. Abby Fana (Sinar)
  2. Deen (Hot)
  3. DJ Lin (Suria)
  4. Feeya Iskandar (Sinar)
  5. Fizie (Hot)

ABPBH Kategori Online Artis Aksi Selfie Popular

  1. Datuk Siti Nurhaliza
  2. Elfira Loy
  3. Emma Maembong
  4. Fazura
  5. Nazim Othman
  6. Nora Danish
  7. Saharul Ridzwan
  8. Scha Alyahya
  9. Shukri Yahaya
  10. Zizan Razak

 Personaliti Media Sosial Popular

  1. Amran Fans
  2. Atita Haris
  3. Faizdickie
  4. Kevin Zahri
  5. Lara Alana
  6. Mat Lutfi
  7. Queen of Luna
  8. Ucop
  9. Vivy Yusoff
  10. Wak Doyok

 Artis Ikon Respek

  1. Aishah Sinclair
  2. Daphne Iking
  3. Datuk AC Mizal
  4. Datuk Aznil Nawawi
  5. Hafiz Hamidun
  6. Heliza Helmi
  7. Maya Karin
  8. Mizz Nina
  9. Sazzy Falak
  10. Scha Alyahya

 Artis Trending Popular

  1. Arja Lee
  2. Atikah Suhaime
  3. Ayda Jebat
  4. Fasha Sandha
  5. Fazura
  6. Sharnaaz Ahmad
  7. Tasha Shilla
  8. Uqasha Senrose
  9. Yuna
  10. Zizan Razak

Artis YouTube Popular

  1. Ainan Tasnem
  2. Eleena Haris
  3. Ippo Hafiz
  4. Najwa Latif
  5. Nana Sheme
  6. Siti Nordiana
  7. Syed Shamim
  8. Tasha Manshahar
  9. Wani (Kun Anta)
  10. Wani Kayrie

Sumber Berita : BH ONLINE

Mira Filzah Akui Ada Yang Hantar Resume Untuk Meminangnya

Posted: 23 Mar 2016 08:43 PM PDT

Pernah dengar bukan orang kata, kalau hendak bercinta dengan seseorang masuklah borang dahulu.  Itulah yang terjadi kepada Mira Filzah apabila ada lelaki yang siap hantar resume untuk masuk meminang beliau.

Ada yang cuba mengurat tapi dalam emel pun ada. Sehinggakan ada yang betul-betul nak meminang secara serius dengan siap bagi resume tunjukkan dia kerja apa semua itu. Tetapi saya anggap perkara ini biasa, mungkin kita dikenali.

Namun, buat masa ini Mira yang baru sahaja berusia 23 tahun,  masih belum mempunyai masa untuk bercinta dan mahu fokus kepada kerjaya beliau dahulu.

Buat masa ini tidak ada masa untuk bercinta lagi kerana saya cukup sibuk dengan kerja. Jadi biarlah saya fokus pada kerjaya dahulu.

Amboi sampai macam tu sekali hendak pikat hati Mira Filzah, cair habis abang-abang diluar sana dengannya.

Sumber Berita : ROTIKAYA

Dato’ Aliff Syukri Mahu Tinggalkan Imej Gedik

Posted: 23 Mar 2016 08:09 PM PDT

Dengar sahaja tagline Terlajak Laris, pasti semua tahu siapakah pemilik suara tersebut bukan? Namun, Dato' Aliff Syukri ingin meninggalkan imej "gedik" tersebut seperti yang dikritik oleh orang ramai dan mahu tampil lebih macho dan serius sesuai dengan dunia koprat serta umurnya.

Dari segi perniagaan, saya tidak lagi mahu tampil dengan gimik seperti dahulu kerana umur yang hampir mencecah 30-an. Sebaliknya, saya mahu tampil dengan gaya macho dan berpakaian korporat.

Mungkin pada awalnya beliau merasa seronok, tetapi  Aliff mengakui beliau sudah mula merasa malu dengan imej tersebut dan tidak mahu kelihatan seperti kanak-kanak apatah lagi beliau juga sudah beristeri dan mempunyai anak.

Sebenarnya di sebalik aksi seperti itu, saya sering memikirkan untuk melancarkan strategi baru di pasaran. Saya mahu nama produk saya menjadi gah di liga perniagaan. Saya tidak mahu hanya nampak seperti tin kosong, banyak cakap tetapi tidak laku.

Meskipun Dato' Aliff Syukri kelihatan agak gedik dalam iklannya tetapi tidak bermaksud beliau begitu. Mungkin dengan perubahan terbaru beliau nanti akan ada hikmah disebaliknya. Siapa tahu selepas ini produk beliau lebih meletup.

Sumber Berita : malaysiakini

Wak Doyok Akui Sedang Rapat Dengan Wanita Berstatus VVIP

Posted: 23 Mar 2016 07:34 PM PDT

Wak Doyok sebelum ini  pernah didakwa bercinta dengan seorang wanita yang merupakan bekas isteri kepada sebuah pemimpin negara yang cukup terkenal.

Terbaru, Wak Doyok mengakui beliau kini sedang rapat dengan seorang wanita berstatus VVIP yang sudah dikenalinya  kira-kira tiga tahun lepas. Walaubagaimanapun, hubungan mereka belum sampai ke tahap bercinta.

Jelas Wak, wanita itu pernah terlibat dalam dunia kewartawanan dan mempunyai pengalaman dalam dunia hiburan.

Saya suka berkawan dengan dia tambahan dia pun minat fesyen. Kami pernah keluar berdua dan sering juga kami berkongsi masalah seperti masalah tentang kerja.

Dia pun pernah bekerja dalam bidang kewartawanan dan ada pengalaman dalam dunia hiburan, jadi sedikit sebanyak saya ada belajar tentang selok belok dunia hiburan ni daripada dia.

Adakah wanita berstatus VVIP yang dimaksudkan Wak Doyok ialah bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar?

Iyalah, beliau pernah menjadi penyampai berita di TV3 dan Wak Doyok juga sering memuat naik foto mereka bersama di Instagram miliknya. Hurmm

Sumber Berita : Malaysian Digest

Shah Jaszle Kini Lebih Bahagia Dengan Kehadiran Anaknya Yang Lahir Januari Lepas

Posted: 23 Mar 2016 04:24 PM PDT

Baru-baru ini kami ada kongsikan beberapa foto Shah Jaszle dan anaknya. Pelbagai reaksi yang kami terima dan majoriti ingin tahu bila anak itu dilahirkan dan nama penuh beliau.

Menerusi portal Utusan Online, Shah memberitahu anak perempuannya itu dilahirkan sekitar bulan Januari lepas dan ia merupakan detik terindah buat beliau dan isteri Hanis Husna.

Jelas Shah, beliau kini lebih bahagia selepas bergelar bapa dan sedang belajar untuk memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga kecilnya itu. Ini kerana Shah harus berusaha lebih keras untuk mencari rezeki selepas Hanis berhenti kerja.

Alhamdulillah, anak perempuan saya telah selamat dilahirkan Januari lepas. Nama dia, Alana Jasmeen Jaszle. Perasaan sekarang, pastinya terlalu gembira, tapi dalam masa yang sama saya perlu pandai memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga.

Lagipun saya perlu cari duit lebih dan bekerja keras kerana isteri, Hanis sudah tidak lagi bekerja, jadi semuanya terletak di bahu saya.

Namun, Shah meluahkan rasa syukur kerana rezekinya lebih murah sekarang selepas anaknya itu dilahirkan. Malah, Hanis dan Alana sering ke set penggambaran untuk menemani Shah.

Hanis juga tidak melalui proses berpantang selepas bersalin dan berada di sisi suaminya ketika bekerja.

Tidak pun, selepas bersalin dia berehat sebentar dan sudah mula ikut saya ke set-set penggambaran. Lagipun Alana seorang anak yang baik, tidak banyak ragam. Jadi itu memudahkan kami untuk menjaga dia. Sekarang pun rezeki semakin bertambah biarpun sumbernya saya seorang, mungkin rezeki anak.

Tahniah buat Shah Jaszle dan isteri atas kehadiran cahaya mata yang cukup comel, erm kalau kongsi berita ini awal-awal kan bagus, tiadalah sebarang spekulasi yang timbul. Apa-apa pun, kami harap anda sekeluarga akan dikurniakan kebahagiaan yang lebih lagi selepas ini.

Sumber Berita : Utusan Online

Fattah Amin Nafi Sherry Ibrahim Cemburu Ruhaines Sertai Percutian Bersama Peminat Di Bali

Posted: 23 Mar 2016 04:01 PM PDT

Fattah Amin menafikan gosip yang mendakwa kekasihnya Sherry Ibrahim merasa cemburu apabila mendapat tahu aktres baharu Ruhaines bakal menyertai Fattah dalam percutian bersama peminat di Bali, Indonesia.

Lebih teruk lagi, Sherry dikatakan sebagai punca nama Ruhainies dibatalkan pada saat akhir oleh pihak penganjur.

Ini kerana Fattah dari awal lagi tidak tahu siapakah artis yang bakal bersamanya dalam percutian berkenaan kerana tidak mendapat sebarang makluman daripada pihak penganjur.

Isu kononnya Sherry cemburu dengan percutian saya kerana turut disertai Ruhainies langsung tidak wujud kerana saya sendiri tidak tahu aktres itu akan menyertai rombongan berkenaan. Malah pihak penganjur tidak pernah memaklumkan apa-apa kepada saya mengenainya.

Di pihak Ruhainies pula, aktres itu agak terkejut dengan pembatalan namanya yang dibuat pihak penganjur tanpa mengetahui sebab sebenarnya.

Walaubagaimanapun, Ruhainies juga yakin ia bukan berpunca daripada isu cemburu seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Saya tidak pasti apa sebab sebenar nama saya dibatalkan kerana saya tidak diberitahu mengenainya tetapi yang pasti bukan kerana ada pihak cemburu seperti didakwa.

Saya tidak lihat ada sebarang sebab mengapa Sherry ingin cemburu kerana kami tiada masalah malah hubungan saya dengan Fattah pun professional. Saya tahu batasan saya sebagai seorang wanita.

Mungkin ada timbul sedikit salah faham antara pihak penganjur dan artis dan bukan kerana perasaan cemburu Sherry Ibrahim.  Lagipun, kalau bercuti bersama peminat buat apa hendak cemburu? Lain lah kalau bercuti berdua sahaja. Hehe.. Apa yang penting dalam percintaan adalah memberikan kepercayaan kepada pasangan anda, kalau meraka sayang anda tentu tidak akan buat hal.

Sumber Berita: mStar Online




@



Agak Berisi : Penerbit Tegur Shah Jaszle Untuk Turunkan Berat Badan