Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Cinta Saya Dengan Elly Tidak Akan Berubah – Bekas Suami Elly Mazlein

Cinta Saya Dengan Elly Tidak Akan Berubah – Bekas Suami Elly Mazlein


Cinta Saya Dengan Elly Tidak Akan Berubah – Bekas Suami Elly Mazlein

Posted: 27 Mar 2016 11:01 AM PDT

Menjelaskan tidak akan pernah mendedahkan punca penceraian beliau dan Elly Mazlein meskipun diasak dengan pelbagai persoalan, pengarah Azmi Hatta bagaimanapun mengakui beliau masih sayang dan cintakan bekas isterinya itu. Namun, beliau percaya setiap yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri.

Mendedahkan punca penceraian saya dan bekas isteri bukan satu tindakan bijak. Lebih baik mengunci mulut biarpun hati masing-masing terluka.

Cinta saya dengan Elly tidak akan berubah sampai bila-bila. Cuma masalahnya jodoh kami tidak panjang. Kenyataan itu harus diterima.

Azmi pada masa yang sama ada memberitahu wujud satu masalah besar antara mereka sewaktu kandungan Elly berusia 3 bulan yang memaksa mereka untuk berpisah.

Permasalahan peribadi yang kompleks yang menyebabkan kami berdua bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.

Meskipun sudah bercerai, Azmi tetap akan melaksanakan tanggungjawab terhadap anak mereka Putri Sara Sefhia.

Azmi dan Elly Mazlein mendirikan rumah tangga pada 19 November 2014 di Surau As-Sakinah, Puchong, Selangor sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang baru sahaja dilahirkan pada 9 Mac lepas.

Ini adalah perkahwinan kali kedua buat Azmi. Perkahwinan pertamanya beliau dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Azim dan Aqif.

Sumber Berita : Utusan Online

Datuk Siti Nurhaliza Nafi Khabar Angin Bakal Bersara Daripada Bidang Nyanyian

Posted: 27 Mar 2016 10:38 AM PDT

Bakal mengadakan Konsert Datuk Siti Nurhaliza & Friends pada 2 April ini bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur, ada khabar angin yang mengatakan ia adalah konsert terakhir Siti Nurhaliza sebelum beliau meninggalkan bidang nyanyian.

Ramai peminat yang meluahkan rasa kecewa dan pasti akan merindui alunan suara Siti Nurhaliza. Namun, berita itu adalah tidak benar.

Menurut Siti Nurhaliza, semua itu satu khabar angin sahaja dan beliau masih akan tetap terus menghiburkan peminatnya.

Berhenti? Saya tak boleh buat begitu kerana bagi saya, Allah SWT sudah mengurniakan bakat, pinjaman suara dan keupayaan yang ada dalam diri untuk saya terus menghiburkan peminat. Ia adalah tanggungjawab saya untuk terus menghiburkan semua yang sentiasa menyokong saya dari dulu sampai sekarang.

Seandainya saya berhenti atau terniat begitu, saya serahkan kepada Allah SWT untuk menentukan jalan hidup saya.

Sebelum ini Datuk Siti Nurhaliza ada meluahkan hasratnya untuk berehat selepas keguguran, tetapi rezeki masih lagi berpihak kepadanya. Kami yakin, satu hari nanti jika benar beliau ingin berhenti pasti beliau sendiri akan mengumumkan perkara tersebut.  Buat masa ini, selagi beliau aktif teruskan menyokong beliau dan mendoakan yang terbaik buat kerjaya serta kehidupannya.

Sumber Berita : Utusan Online

(30 FOTO) Majlis Resepsi Jihan Muse Dan Ungku Hariz Dengan Tema Tradisional

Posted: 27 Mar 2016 10:20 AM PDT

Semalam pasangan Jihan Muse dan Ungku Hariz telah diraikan dalam satu majlis resepsi dengan tema tradisional bertempat di Menara NAZA TTDI, Shah Alam.

Mengenakan busana warna kuning rekaan pereka fesyen terkenal Man Kajang, Jihan dan Ungku Hariz tampak cantik dan segak.

Beberapa rakan artis turut memeriahkan lagi majlis mereka. Antara yang hadir semalam ialah Zara Zya, Sharifah Sakinah, Elfira Loy, Nad Zainal dan Fara Fauzana, Erra Fazira dan ramai lagi.

Berikut kami kongsikan beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi perkahwinan Jihan Muse dan Ungku Hariz dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Kredit Foto : project2pi

Tiz Zaqyah Tidak Kisah Kahwin Lewat

Posted: 27 Mar 2016 09:35 AM PDT

Tiz Zaqyah, lama juga kan kita tidak melihat lakonan beliau di televisyen? Ramai yang merindui lakonan mantap beliau.

Ada juga yang bertanya, bila agaknya Tiz bakal mendirikan rumah tangga. Iyalah, dua tahun lagi aktres itu bakal menjangkau usia 30 tahun.

Enggan komen mengenai soal cinta, Tiz menyerahkan soal jodoh dan perkahwinan kepada takdir. Malah, beliau merasa tiada masalah untuk berkahwin pada usia yang lewat.

Kalau soal cinta, saya tiada apa nak komen. Tetapi saya tak pula fikir usia saya ini sudah agak lewat untuk mendirkan rumah tangga. Saya tiada tekanan dalam soal kahwin ini kerana kita tidak perlu kaitkan dengan soal bersedia atau tidak.

Saya tak terasa kalau orang bertanya, cuma jangan kata saya ini nak kahwin lambat kerana tidak bersedia. Lumrahnya seorang perempuan, kalau dia berkahwin, punya anak, secara automatik dia boleh menjadi ibu dan menjaga anak-anaknya.

Relaks lah, kalau fikir kata orang yang menghina seorang wanita kahwin lambat memang boleh stress dibuatnya. Percayalah aturan Allah SWT itu lebih baik,kalau lambat mesti ada hikmah disebaliknya.

Sumber Berita : Utusan Online

Mesra Dengan Peminat Bukan Untuk Pancing Undi – Ayda Jebat

Posted: 27 Mar 2016 09:30 AM PDT

Sekitar minggu lepas, Ayda Jebat berhadapan dengan pelbagai kritikan dan tomahan apabila masih ada lagi yang mempertikaikan kemenangan beliau dalam Anugerah Meletop ERA 2016 (AME 2016). Merasa sedikit tertekan, Ayda bertindak untuk menyekat mereka yang memberikan komen negatif di akaun Instagram miliknya.

Pelbagai dakwaan termasuklah Ayda dikatakan mesra dengan peminat hanya kerana ingin memancing undi demi sesebuah anugerah.

Menerusi akhbar Harian Metro, Ayda menjelaskan beliau ikhlas menjalinkan hubungan mesra bersama peminatnya dan tidak pernah mempunyai sebarang agenda tersembunyi.

Tiada sekelumit niat pun dalam hati saya menjalin hubungan mesra dan baik dengan peminat semata-mata mahu memancing undi mereka.

Sebagai selebriti yang baru membina nama dalam karier seni, sejujurnya kemesraan saya dengan peminat itu adalah tanda penghargaan dan terima kasih.

Saya bersyukur dan terharu dengan sokongan padu diberi peminat yang menerima baik hasil kerja saya selama ini. Tanpa sokongan peminat, saya pasti takkan berada pada tahap seperti sekarang.

Dah rezeki Ayda untuk berada di puncak populariti sekarang, biasalah ada sahaja orang yang dengki dengan kejayaan orang lain. Apa yang dikatakan oleh Ayda itu betul, peminat mampu menaikkan dan menjatuhkan seseorang artis itu juga, jadi kalau ada artis yang dah popular tu janganlah lupa sokongan peminat anda sebelum ini.

Sumber Berita : Harian Metro

Bakal Bergelar Suami Tidak Lama Lagi : Nazim Othman Akui Gementar

Posted: 27 Mar 2016 09:19 AM PDT

Meskipun belum mengumumkan lagi tarikh perkahwinannya bersama Bella Dally, Nazim mengakui beliau ada rasa sedikit gementar untuk menjadi suami apabila memikirkan tanggungjawab yang bukan mudah untuk dilaksanakan.

Walaubagaimanapun, Nazim berazam untuk menjadi seorang suami terbaik buat Bella.

Untuk dikatakan saya sudah bersedia sepenuhnya, tidak juga. Tetapi apabila sudah empat tahun mengenali hati Bella, saya dapat merasai dia insan yang terbaik untuk saya. Keputusan untuk berkahwin bermakna saya sudah bersedia melangkah ke fasa baharu kehidupan.

Saya berusaha untuk menjadi suami yang terbaik dan bertanggungjawab. Tugas sebagai suami bukannya mudah kerana menjadi ketua dalam rumah tangga, memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Pada masa yang sama, Nazim berharap peminat akan bersabar kerana satu hari nanti beliau akan memberitahu tarikh sebenar pernikahan beliau. Nazim dan Bella masing-masing  sebenarnya mahukan majlis yang ringkas sahaja tetapi atas permintaan keluarga mereka akur untuk  mengadakan majlis perkahwinan yang lebih meriah sedikit.

Perkahwinan adalah perkara yang besar, tidak mungkin kami akan rahsiakan daripada pengetahuan media dan peminat. Apabila sampai masanya nanti, kami akan mengumumkannya. Insya-Allah dalam masa terdekat ini, ia tidak lagi menjadi rahsia kepada semua.

Setiap orang akan merasa gementar apabila bakal menempuhi alam perkahwinan, apa-apa pun kami doakan yang terbaik buat Nazim Othman dan Bella Dally. Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar, tidak sabar rasanya hendak melihat pasangan ini bersanding di atas pelamin.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

Tayang Body Di Majalah : Zul Ariffin Dikecam Netizen

Posted: 27 Mar 2016 09:14 AM PDT

Beberapa hari lepas, kami ada memaparkan foto Zul Ariffin dengan badan sadonya menghiasi muka depan majalah Men's Health edisi bulan April.

Pelbagai reaksi yang diterima, ada yang memuji badan mantap Zul dan kagum dengan usaha aktor itu mendapatkan susuk tubuh yang sasa.

Namun, ada juga pihak yang mengecam tindakan beliau untuk tampil sebegitu dan mula lah timbul soal aurat dan sebagainya.

Berikut antara komen netizen :-

Fikir sahaja daripada sudut positif mana tahu ada orang diluar sana akan lebih bermotivasi untuk dapatkan tubuh badan sihat dan sado macam Zul?  Ermm, bila lihat foto Zul teringat pula trademark majalah Mangga, memang wajib ada sesi fotografi didalam kolam renang.

Atikah Suhaime Banyak Belajar Untuk Bersabar Daripada Kontroversi Yang Menimpa Dirinya

Posted: 26 Mar 2016 11:54 PM PDT

Sekitar tahun lepas, nama Atikah Suhaime terpalit dengan kontroversi hangat apabila didakwa terlibat dalam skandal seks "threesome" bersama pelakon Idris Khan dan Ammar Alfian.

Ekoran daripada kontroversi itu, nama Atikah sepi seketika dan beliau sendiri mengakui kurang menerima tawaran berlakon kerana isu skandal seks berkenaan.

Walaubagaimanapun, Atikah yang kini sudah kembali aktif enggan lagi tertekan memikirkan apa yang telah berlaku dan cuba untuk memperbaiki dirinya ke arah yang lebih baik. Beliau juga banyak belajar untuk bersabar daripada setiap kontroversi yang menimpa dirinya.

Ini merupakan tahun keempat saya berada dalam industri. Sepanjang tempoh itu juga saya banyak belajar, bahkan setiap hari kita sentiasa cuba belajar sesuatu yang baharu untuk memperbaiki diri.

Apa pun yang berlaku dalam hidup ini kita sebenarnya kena banyak bersabar. Bahkan kena sentiasa merendah diri. Itu yang saya nampak jika saya mahu terus kekal dalam industri.

Baguslah kalau Atikah sudah tahu dan sedar apa yang harus beliau lakukan untuk kekal relevan dalam industri hiburan Malaysia. Bukan mudah untuk kekalkan nama di persada seni apatah lagi jika ada gosip ataupun kontroversi yang menimpa.

Sumber Berita :  Kosmo!

Tunggu Sahaja Siasatan Polis – Lydiawati

Posted: 26 Mar 2016 11:22 PM PDT

Meskipun ada yang menyokong tindakan Lydiawati membelasah pengkid yang dikenali sebagai Sharifah Harnizam Musa kerana sering mengganggu beliau dengan mesej lucah, tetapi ada sesetengah yang kurang bersetuju dan menganggap tindakan Lydiawati itu agak melampau.

Namun, buat Lydiawati tiada siapa yang tahu apa yang beliau terpaksa lalui dan tekanan yang beliau hadapi sepanjang dua tahun ini. Sudah memberikan keterangan kepada pihak polis, Lydiawati menyerahkan segala siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa.

Mereka di luar sana mungkin tidak tahu apa yang berlaku, hanya saya dan keluarga yang terpaksa melalui tekanan yang diberikan wanita ini.

Apa yang berlaku lebih kepada kesabaran saya sudah sampai tahapnya. Jangan risau, saya dan wanita tersebut membuat laporan kepada pihak berkuasa, kita tunggu sahaja hasil siasatan.

Lydiawati juga menafikan dakwaan kononnya beliau sebelum ini mempunyai hubungan cinta bersama pengkid tersebut apabila beliau pernah diminta untuk melangsaikan hutang Harnizam.

Kedua-dua telefon bimbit milik dia sudah diambil pihak hotel dan restoran, jadi dia hanya akan menggunakan telefon orang awam untuk menghubungi saya. Bayangkan nombor telefon saya dijaja oleh dia.

Disebabkan itu juga orang ingat saya mempunyai hubungan dengan dia, jadi ada yang minta saya langsaikan hutang dia. Selama ini saya sabar tetapi bila sampai kemuncaknya, saya terpaksa bertindak kerana dia juga sudah ke rumah ibu saya mengganggu.

Sesiapa pun di tempat Lydiawati akan bertindak sedemikian kerana sudah merasa tertekan menerima pelbagi jenis ugutan. Dalam hal ini, kita tidak boleh menilai tindakan yang Lydiawati lakukan kerana kita tidak berada di tempatnya.

Sumber Berita : Utusan Online

(5 GAMBAR)Majlis Resepsi Perkahwinan Adira Suhaimi Dan Dato’ Red

Posted: 26 Mar 2016 11:05 PM PDT

Majlis resepsi perkahwinan penyanyi Adira Suhaimi dan Datuk Seri Adenan Abu atau lebih dikenali sebagai Dato’ Red telah berlangsung malam semalam di sebuah hotel di Ranau, Sabah. Ini beberapa keping gambar dari majlis resepsi itu.
 photo 12910237_196678160712938_1501979111_n.jpg
 photo 12277561_885063758280213_1864684362_n.jpg

Majlis tertutup itu dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan tersebut.

Adenan mengakui sudah bernikah dengan Adira pada 3 Disember tahun lalu di Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand.

Menurutnya, pernikahan itu menggunakan wali hakim dan dua individu warga Thailand menjadi saksi.

Tambahnya, dengan sekali lafaz, Adira sah menjadi isterinya dengan mas kahwin sebanyak RM1,000 tunai.

Sebelum ini terdapat desas desus bahawa Adira telah hamil anak kembar namun mengalami keguguran. Adira bagaimanapun enggan memperkatakan mengenai desas desus itu.

Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo 12899644_196678134046274_1120194520_n.jpg
 photo 12531043_999466633474423_421037230_n.jpg
 photo 12919262_196678144046273_265487975_n.jpg




@



Cinta Saya Dengan Elly Tidak Akan Berubah – Bekas Suami Elly Mazlein