Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Dapur Restoran Terbakar : Sufi AF2015 Redha Dengan Ujian Buat Dirinya

Dapur Restoran Terbakar : Sufi AF2015 Redha Dengan Ujian Buat Dirinya


Dapur Restoran Terbakar : Sufi AF2015 Redha Dengan Ujian Buat Dirinya

Posted: 25 Mar 2016 09:13 AM PDT

Umum mengetahui bahawa juara AF 2015, Sufi Rashid baru sahaja membuka sebuah restoran yang menghidangkan masakan popular Singapura seperti sup tulang merah bersama dua lagi rakan kongsi beliau.

Namun, dugaan menimpa apabila dapur restoran milik Sufi musnah dijilat api baru-baru ini. Mengakui ia berpunca daripada lintar pintas dan bukannya perbuatan khianat seperti yang digembar-gemburkan, Sufi bagaimanapun redha dan merasa syukur kerana tiada nyawa yang terlibat dalam kebakaran berkenaan.

Ia juga berlaku bukan kerana kelalaian kami, tetapi disebabkan litar pintas yang berpunca daripada peti sejuk. Mungkin kerana terlalu panas, wayarnya terbakar dan merebak ke bahagian dapur. Bahagian lain dalam restoran hanya terkena tempias asap dan masih boleh dibersihkan.

Kalau semuanya terbakar, pastinya saya sangat sedih. Kebakaran itu dikatakan berlaku sekitar jam 2 pagi, iaitu beberapa jam selepas tamat operasi pada hari terbabit. Mujur tiada pekerja yang berada di situ ketika kebakaran berlaku.

Mengambil masa dua minggu untuk kerja pembersihan dan baik pulih, nilai kerugian yang dianggarkan mencecah jumlah RM25,000.

Dalam berniaga pasti akan cabaran tersendiri, harus kuat daripada segi mental dan fizikal untuk menghadapi semua perkara yang tidak dijangka.

Sumber Berita : BH ONLINE

(FOTO) Bila Zul Ariffin Tayang Badan Sado Beliau

Posted: 25 Mar 2016 09:00 AM PDT

Zul Ariffin,  antara aktor yang menjadi kegilaan ramai wanita diluar sana. Mampu mencairkan mana-mana wanita dengan wajah kacaknya dan badan tegapnya itu.

Tidak pernah menayang badannya sebelum ini, kini Zul tampil  dengan susuk tubuhnya yang mantap menghiasi muka hadapan majalah kesihatan, Men's Health edisi bulan April. Siap posing dalam air lagi..

Memang jelas kelihatan six pack Zul, pergh makan tahun juga hendak dapatkan bentuk badan macam tu bukan?

Anggap daripada sisi positif, ia boleh memberikan motivasi untuk mereka di luar sana untuk tampil sihat dan berusaha lebih keras untuk nampak lebih sado.

Sumber Foto : Men's Health

(3 FOTO) Detik Manis Jihan Muse Dan Ungku Hariz Selepas Berkahwin

Posted: 25 Mar 2016 01:28 AM PDT

Tiada saat yang lebih indah apabila setiap pasangan bercinta sah menjadi suami isteri. Selama sembilan tahun Jihan Muse dan Ungku Hariz bercinta, agak jarang kita melihat pasangan ini menampilkan kemesraan mereka di khalayak ramai.

Namun, selepas bergelar suami isteri pada 20 Mac lepas, mereka kini menikmati setiap detik indah bersama dan ia dapat dilihat dengan jelas menerusi foto yang dimuat naik oleh CST Production menerusi Instagram mereka.

Ramai yang mendoakan agar Jihan dan Ungku Hariz kekal bahagia dan dilamun cinta sebegini sehingga akhir hayat mereka.

Lagi dua foto mesra Jihan Muse dan Ungku Hariz dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit foto : Instagram CST Production

Pengkid Hantar Ratusan Mesej Lucah Pada Lydiawati

Posted: 25 Mar 2016 01:27 AM PDT

Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa pelakon Lydiawati telah memuat naik dua rakaman video dia membelasah seorang wanita kerana mengganggunya. Apakah sebenarnya yang telah dilakukan oleh wanita ini sehingga Lydiawati hilang sabar?

Melalui Harian Metro hari ini, Lydia mendakwa peminat itu mengganggunya dengan menghantar ratusan mesej lucah setiap hari.

Saya sudah tidak tahan diganggu beratus-ratus panggilan telefon dan SMS berunsur gangguan seks saban hari.

Saya mulanya tidak syak apa-apa. Dia mendakwa peminat saya dan sanggup berbuat apa sahaja termasuk membelikan rumah serta membiayai kehidupan saya.

Dia mengaku mempunyai harta dan aset ratusan juta ringgit di luar negara serta berkawan dengan selebriti terkenal di luar negara.

Lydiawati, 50, berkata pengkid berusia 40-an yang dipanggil Sherry itu mula dikenalinya dua tahun lalu mendakwa meminati lakonannya.

Tanpa mengesyaki perkara pelik, dia mengadakan pertemuan dengan wanita berkenaan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Pelakon filem "Suami, Isteri dan …" berkata niat sebenar pengkid berkenaan mula terdedah apabila menghantar ratusan SMS mengarut dan mengajak tidur di kediamannya.

Katanya, suspek itu juga tidak tinggal di hotel dan kondominium mewah seperti didakwanya.

Saya ada jumpa dengan wanita itu bagi mendapatkan penjelasan. Namun dia masih lagi berbohong dan turut mengugut akan menjatuhkan karier saya.

Dia turut mengganggu ibu saya di rumah selain menabur pelbagai cerita palsu.

Lydiawati kini sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis selepas diganggu sejak dua tahun lalu.

Kalau dah sampai ke rumah pengkid tersebut melakukan provikasi, tidak hairanlah Lydiawati boleh hilang sabar. Ini menjadi pengajaran kepada mana-mana individu yang gemar mengganggu orang lain, bahawa kesabaran ada batasnya. Silalah buat perkara yang berfaedah dari mengganggu ketenteraman orang.

Dato’ Aliff Syukri Sanggup Labur Ratusan Ribu Ringgit Lantik Amelina Sebagai Duta

Posted: 25 Mar 2016 01:14 AM PDT

Mempunyai hasrat untuk melantik Amelina sebagai duta produknya, Dato' Aliff Syukri sanggup berhabis sehingga ratusan ribu ringgit bagi mendapatkan Ratu Dangdut Malaysia itu.

Buat Aliff, Amelina mempunyai aura tersendiri  serta sentiasa kelihatan segar dan ia sangat bersesuaian dengan pelantikkan beliau sebagai duta produk perwarna rambut syarikatnya.

Tidak perlu saya nyatakan apa nombornya, tetapi ia berjumlah ratusan ribu.Selain mempunyai rambut yang sihat, Amelina juga pandai menjaga penampilannya untuk sentiasa nampak bergaya sejak kembali semula aktif di dunia hiburan.

Amelina pula pada masa yang sama sempat meluahkan rasa syukur dipilih sebagai duta produk D'Herbs dan ia satu tawaran yang tidak pernah disangka olehnya.

Saya tidak sangka ditawarkan menjadi produk pewarna rambut ini, ia bermakna ada pihak yang sentiasa memerhatikan penampilan kita sebagai artis.

Saya pula memang fanatik sedikit tentang rambut dan sejak dari dulu memang imejnya berubah-ubah supaya orang tidak bosan.

Itulah yang dinamakan rezeki, mungkin ada pihak yang tidak suka dengan penampilan anda tetapi masih ada yang boleh nampak sesuatu didalam diri anda.

Sumber Berita : Astro Gempak

PUREganic – Serum Jeragat Terbaik di Malaysia

Posted: 25 Mar 2016 01:01 AM PDT

Ribuan testimoni Berjaya telah diterima dari pengguna PUREganic. Masalah kulit wajah berjeragat, bertompok-tompok, kulit kusam, makin lama kulit makin teruk, jeragat makin tebal. Malu! Pakai make up pun boleh Nampak lagi jeragat! Dah bermacam-macam produk telah dicuba tapi tak berkesan dan mengecewakan!

Jeragat atau 'melasma' adalah sejenis penyakit kulit yang tidak merbahaya namun kehadirannya menyebabkan kulit wajah nampak tidak sihat dan kusam di samping menjejaskan penampilan diri. Faktor-faktor terbentuknya jeragat termasuklah pendedahan kepada cuaca Malaysia yang panas sepanjang tahun, genetik, umur, hormone dan stress.

Kini , anda boleh cuba hilangkan jeragat dan masalah kulit anda dengan serum PUReganic .Memang confirm berkesan ! Gerenti tak menyesal punyalah! Yang penting ORGANIK!

 photo 1.png

Hanya dengan penggunaan 2-3 titis serum Pureganic setiap hari, anda akan dapat hasil yang menakjubkan. Tak percaya cubalah ! Anda tak perlu makeup tebal lagi ! Segala masalah kulit akan selesai !

 photo 2.png

Serum PUREganic adalah formula yang diperkaya dengan anti-oksida dan anti-bakteria dari 100% plant extract . Struktur molekul dalam serum lebih kecil berbanding pelembap / krim biasa, dan memudahkan serum untuk meresap jauh ke dalam kulit. Khasiat serum akan diserap 98% ke dalam kulit semasa kita tidur.

Harga Pureganic untuk Semenanjung : RM90 (termasuk postage), Sabah Sarawak : RM96 (Termasuk postage ). Boleh whatsaapp ke no 018-208 9499 untuk dapatkan Pureganic anda! :)
Nak lagi senang, terus PM di Facebook Pureganic.

Baca artikel ini sepenuhnya untuk testimonial mereka yang gembira dengan produk ini.

Diperbuat dari 100% plant ekstrak dan diperkaya dengan anti-oksida yang membantu untuk merawat dan mencerahkan wajah secara semulajadi !

Diformulasikan khas dengan bahan terbaik ekstrak Bearberry Leaf yang berkesan menghalang proses penghasilan melanin seterusnya membantu menghilangkan jeragat dan juga pigmentasi anda serta bintik-bintik,mengurangkan radang kulit ( kemerahan & kegatalan ), membantu mengurangkan kesan 'sunburn' dalam masa yang sama parut jerawat pun hilang seterusnya kulit pun jadi cerah sekata, berseri!!

TIADA mercury
TIADA paraben
TIADA bahan terlarang
TIDAK PERLU LASER

Info produk serum PUREganic
-100% organik. (Halal)
-Kaya dengan anti-oksida dan antibakteria
-Diimport dari France
-Sesuai untuk lelaki dan wanita
-TIADA pengelupasan
-Sesuai untuk wanita mengandung/ menyusu badan

Produk ini membantu untuk:
– merawat masalah jerawat , blackhead dan whitehead,
– merawat jerawat pasir
– meratakan kulit yang menggerutu
– memudarkan parut
– memudarkan pigmentasi
– mengurangkan masalah kulit berminyak/ kering
– mengimbangkan kelembapan kulit
– memperbaiki kulit kusam dan tona tidak sekata
– mempunyai agent anti penuaan.

ANTARA TESTIMONI PENGGUNA YANG BERPUAS HATI!

Jeragat bertahun-tahun kini selesai!

 photo 3.png

 photo 4.png

 photo 5.png

 photo 6.png

 photo 7.png

 photo 8.png

Jerawat kemerahan kecut dalam masa 2 minggu!

 photo 9.png

 photo 10.png

 photo 11.png

Anda akan berpuas hati dengan hasil serum Pureganic. Confirm berkesan !
-TAK PERLU LASER
-TANPA PENGELUPASAN
-TANPA BAHAN MERBAHAYA
-100% ORGANIK!

Harga
Semenanjung : RM90 (termasuk postage)
Sabah Sarawak : RM96 (Termasuk postage )
Boleh whatsaapp ke no 018-208 9499 untuk dapatkan Pureganic anda! :)
Boleh lihat banyak lagi testimoni di fb page : FB : Pureganic

Amar Baharin Nafi Kecewa Tidak Tercalon Dalam ABPBH 29

Posted: 25 Mar 2016 12:34 AM PDT

Bila senarai Top 5 ABPBH 29 diumumkan, ramai yang agak terkilan dan mengkritik mereka yang tercalon kali ini agak tidak bersesuaian dengan anugerah berkenaan. Banyak muka baharu dan tiada nama popular tercalon termasuklah Amar Baharin yang sebelum ini menjadi kegilaan ramai.

Walaubagaimanapun, Amar memberitahu beliau sedikit pun tidak merasa kecewa kerana tidak tercalon. Buat Amar, asalkan beliau masih diberikan tawaran berlakon itu sudah cukup baginya.

Bagi saya, tidak menjadi masalah jika tidak menang atau tidak tersenarai dalam Top 5 pun, malah ia tidak mendatangkan apa-apa kerugian kepada saya. Itu semua bersifat sementara.

Paling penting ialah wajah saya masih ada di kaca TV dan tawaran berlakon tak putus. Jadi, tidak kisahlah orang nak kata sudah tidak popular. Setiap orang berhak nak bercakap apa pun.

Amar juga menjelaskan agar tiada pihak merasa iri hati atau menyalahkan sesiapa jika mereka tidak tercalon dalam mana-mana anugerah. Mungkin sudah ketentuan rezeki masing-masing.

Mungkin tahun ini rezeki mereka selepas kerja keras kelab peminat. Jadi tidak ada apa perlu dikesalkan malah jauh sekali nak berkecil hati dan iri hati.

Tidak tercalon tidak bermakna seseorang artis itu tidak bagus. Apa yang penting orang lain tahu bakat anda dalam lakonan bagaimana. Lagipun, bila berkaitan undi ini memang susah untuk dijangka siapa yang menang meskipun tersenarai dalam Top 5.

Sumber Berita : Harian Metro

Lydiawati Belasah ‘Pengkid’, Muat Naik Dua Video Di Facebook

Posted: 24 Mar 2016 10:17 PM PDT

Beberapa jam lepas, pelakon Lydiawati telah memuat naik dua video menunjukkan dia membelasah seorang wanita di akaun Facebook miliknya. Identiti wanita yang dibelasah itu bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti.
Bahagian Satu

Part 1

Posted by Lyd Saimon on Thursday, 24 March 2016

Bahagian Dua

Part 2

Posted by Lyd Saimon on Thursday, 24 March 2016

Menurut Lydiawati, dia tiada niat untuk bermegah-megah dengan video yang dimuat naik itu, sebaliknya punya alasan sendiri.

 photo Screen Shot 2016-03-25 at 12.59.50 PM.png

Menurut Lydiawati, ramai artis yang diganggu individu yang sama, malah kata Lydiawati dia telah diganggu selama dua tahun. Wanita ini dikatakan berasal dari Brunei dan juga didakwa sebagai seorang ‘pengkid’.

Kes ini juga khabarnya sudah menjadi kes polis. Menurut Lydiawati, polis sedang mencari wanita tersebut, yang khabarnya sudah melarikan diri.

Itulah, siapa suruh kacau orang sangat, kan? Mungkin apa yang dilakukan kali ini oleh wanita itu sangat melampau sehingga Lydiawati hilang kesabaran. Rata-rata pengkomen di Facebook Lydiawati menyokong tindakan pelakon itu sebagai pengajaran kepada wanita tersebut dan sesiapa yang bersikap sepertinya.

Moralnya, jangan jadi stalker.

Rasai getaran dan keasyikan irama muzik asli dari akar Melayu ke mata dunia. Manifestasi dan apresiasi di dalam sebuah…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 22 March 2016

Teruja Bakal Bergelar Bapa : Sam Bunkface Sudah Senaraikan Nama Anak

Posted: 24 Mar 2016 08:33 PM PDT

Sudah tidak sabar untuk bergelar bapa pada bulan September nanti, Sam Bunkface nampaknya sudah melakukan persiapan awal dan sedia dengan beberapa senarai nama buat anaknya nanti.

Sam banyak merujuk kepada mak cik beliau yang juga merupakan seorang doktor pakar dalam bidang kehamilan.

Persediaan buat masa ini kami ada merujuk dengan makcik saya kerana dia bekas doktor pakar dalam bidang ini.

Mengenai nama anak pula kami ada juga senaraikan.  Sama ada anak lelaki atau perempuan kami tidak kisah yang penting selamat melahirkan anak.

Kami juga tidak merancang di mana baby nanti akan dilahirkan, di mana kami berada pada ketika itu, maka, di hospital berhampiranlah tempat bakal baby lahir nanti. Selain itu juga saya akan memperlahankan kerjaya saya agar selalu di samping isteri.

Jika wanita lain mengalami morning sickness lain pula buat Aida, beliau hanya akan merasa mual dan muntah-muntah pada waktu malam sahaja.

Orang mengandung memanglah kebiasaannya mereka akan mual dan muntah sebab perubahan hormon. Buat masa ini isteri saya hanya muntah sikit sahaja. Kita faham orang perempuan bila mengandung memang akan ada tanda-tanda ini. Lain pula isteri saya ini dia tidak ada 'morning sickness' tapi dia ada 'night sickness'.

Saya sendiri masih belum pernah rasa mual lagi, mungkin belum masanya. Tapi saya kurang percaya sangat.

Bila hendak dapat anak buat pertama kali perasaan teruja itu memang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Harapnya segala proses kehamilan dan bersalin isteri Sam Bunkface nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Media Hiburan

WOW! Dari hari ini, 25hb Mac sampai 27hb Mac, Best Buy World Malaysia sedang mengadakan promosi khas untuk barangan kecantikan. Diskaun yang cukup melampau di Best Buy World Malaysia. Jom kita tengok sama-sama!

 photo bbq2.jpg

Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Tidak Kisah Timang Cahaya Mata Awal

Posted: 24 Mar 2016 07:31 PM PDT

Sudah hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin kata orang sedang menikmati fasa berbulan madu dan penuh dengan perasaan cinta serta kasih.

Sam mengakui kini kehidupan beliau sudah lengkap dengan kehadiran Syatilla dan dirinya lebih terurus kini.

Apabila bangun pagi ada orang buatkan sarapan. Jika dahulu kena bancuh kopi sendiri, sekarang siap berhidang (ketawa). Seronoklah, tetapi saya tetap kena kerja dari siang sampai ke pagi kerana tanggungjawab semakin besar.

Soalan normal apabila seseorang itu sudah berkahwin, pasti ada sahaja yang akan bertanya bila agaknya hendak menimang cahaya mata pula?

Tidak merancang apa-apa, Syatilla tidak kisah jika beliau diberikan rezeki untuk hamil lebih awal kerana kehadiran cahaya mata dapat menambah lagi kebahagiaan sesebuah keluarga.

Kami tidak merancang, sebaliknya tidak kisah andai dikurniakan rezeki cahaya mata dalam tempoh terdekat. Suami juga begitu, dia percaya kehadiran anak akan memeriahkan lagi keluarga dan menambahkan rezeki. Namun, semua itu rezeki daripada Allah, kami hanya boleh menunggu sahaja.

Bak kata Syatilla, soal anak ini semua ditangan Allah SWT. Cepat atau lambat itu semua ketentuanNya. Buat masa ini, nikmati dahulu kehidupan anda berdua sebagai suami isteri agar dapat mengenali pasangan dengan lebih baik.

Sumber Berita : Kosmo Online




@



Dapur Restoran Terbakar : Sufi AF2015 Redha Dengan Ujian Buat Dirinya