Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Filem Munafik Catat Kutipan RM 17 Juta Hanya Dalam Tempoh 26 Hari, Atasi Rekod Polis Evo

Filem Munafik Catat Kutipan RM 17 Juta Hanya Dalam Tempoh 26 Hari, Atasi Rekod Polis Evo


Filem Munafik Catat Kutipan RM 17 Juta Hanya Dalam Tempoh 26 Hari, Atasi Rekod Polis Evo

Posted: 22 Mar 2016 02:21 AM PDT

Filem Munafik nampaknya sudah berjaya mengatasi rekod Polis Evo dan berjaya mencatat kutipan RM17 juta hanya dalam tempoh 26 hari tayangan. Wah! Memang power karya Syamsul kali  ini.

Sebelum ini,filem Polis Evo memperoleh RM17 juta hany selepas 60 hari ditayangkan di pawagam.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syamsul menerusi akaun Facebooknya.  Luah Syamsul, harapan beliau untuk melihat filem berunsurkan islamik dan dakwah berjaya di Malaysia.

Akhirnya termakbul Doa..jauh disudut hati ingin sekali aku melihat filem Islamik Dakwah dilihat sbg antara filem berjaya di Malaysia.

Jgn sesekali kita was2 dgn kuasa Tuhan.Allah maha mendengar doa juga rintihan semua hamba.Menangislah wahai Mata utk Tuhanmu!

Yakinlah dgn Doa hamba pd Tuhan dimana sahaja terutamanya dibumi penuh barakah dilimpahi rahmat ini..Mekah Dihadapan Kaabah juga Raudah Madinah..Moga kejayaan ini membuatkan hati kita SEMUA semakin kuat iman/taqwa & jagalah..jagalah hubungan dgn Tuhan.Moga Allah Redha dgn kejayaan ini.Takbir.

Tahniah kepada Syamsul Yusof , pelakon-pelakon serta seluruh krew filem Munafik! Harapnya selepas ini Syamsul dapat menghasilkan lagi filem yang lebih gempak dengan mesej yang berguna kepada masyarakat.

Sumber Berita : Facebook Syamsul Yusof

Masih Ingin Bermanja Dengan Suami : Ramona ZamZam Belum Sedia Jadi Ibu

Posted: 22 Mar 2016 01:54 AM PDT

Baru sahaja setahun mendirikan rumah tangga dan masih lagi berada dalam mood "honeymoon" , Ramona ZamZam ingin bermanja lagi dengan suaminya Rami Alashkar dan belum bersedia untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

Alhamdulillah, selepas berkahwin Ramona rasa seronok. Rasa masih dalam musim percintaan walaupun sudah hampir setahun kahwin. Rasa belum puas bercinta dengan suami. Ramona masih mahu bermanja-manja dengan suami. Mahu dia berikan sepenuh perhatian kepada Ramona.

Perkara-perkara ini membuatkan Ramona mahu menangguhkan hasrat untuk menimang cahaya mata. Suami pun memahami dan dia tidak mempunyai isu tentang perkara ini.

Jelas Ramona mungkin selepas dua tahun berkahwin baru lah beliau fikirkan soal anak. Walaubagaimanapun, beliau tidak menolak rezeki jika ditakdirkan untuk hamil lebih awal.

Mungkin selepas dua tahun usia perkahwinan, kami akan mula merancang untuk dapatkan anak. Bagaimanapun, jika sebelum tempoh itu sampai saya didapati hamil, kami tidak akan menolak. Itu rezeki daripada Allah.

Ramona dan suami bakal berbulan madu buat kali kedua tidak lama lagi. Kali ini mereka akan mengelilingi Eropah bermula di Switzerland.

Relaks, baru setahun kahwin memang macam tu, masih ingin waktu berdua bersama suami. InshaAllah kalau ada rezeki untuk dapat anak cepat siapa tahu bukan? Semoga Ramona dan Rami terus bahagia sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita : Tonton Extra

Terima Kasih Kepada Orang Ramai Yang Bantu Cari Kereta Saya – Remy Ishak

Posted: 22 Mar 2016 01:24 AM PDT

Meskipun belum ada perkembangan positif mengenai keretanya yang hilang, Remy Ishak tetapi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang membantu beliau untuk mencari kenderaan jenis Mitsubishi Triton berwarna hitam yang telah dicuri.

Setakat ini masih belum ada apa-apa perkembangan lagi dan saya berterima kasih kepada orang ramai yang cuba membantu saya dalam mencari kereta tersebut.

Bercerita mengenai kes kecurian tersebut, Remy berasa agak ralat kerana banyak barang-barang berharga miliknya seperti alat elektronik, kasut berjenama serta pakaian yang ada didalam kereta berkenaan turut lesap.

Kereta beliau dengan nombor pendaftaran WSB 7332  hilang selepas Remy singgah di sebuah kedai untuk membeli ais bagi merawat kakinya yang terseliuh ketika menjalani latihan teater Cindua Mato di Istana Budaya baru-baru ini.

Tidak mengapa biarlah polis jalankan siasatan terlebih dahulu, kalau ada lagi rezeki Remy Ishak untuk memiliki semula kereta tersebut pasti akan jumpa jugak nanti. Teruskan bersabar dan berdoa.

Sumber Berita : mStar Online

Ayda Jebat Padam Dan Sekat Komen Negatif Di Instagram

Posted: 21 Mar 2016 11:46 PM PDT

Ayda Jebat telah membolot empat anugerah semasa Anugerah Meletop Era yang berlangsung tidak lama dulu. Kemenangan Ayda antaranya dalam kategori Penyanyi Paling Meletop mengalahkan Datuk Siti Nurhaliza bagaimanapun mendapat kritikan Netizen yang berpendapat Ayda tidak layak memenangi anugerah tersebut apatah lagi mengalahkan Siti.


 photo 12530838_1676039142663825_1998506487_n.jpg
Sebenarnya, Ayda terkesan dengan kecaman yang diterimanya sejak berlangsungnya majlis anugerah tersebut. Memberitahu Harian Metro, untuk menjaga hatinya, dia memadam dan menyekat komen negatif yang dihantar netizen di ruangan komen akaun Instagram miliknya :

Selepas kemenangan ini banyak komen negatif dan luahan tidak puas hati yang saya dengar.

Tertanya-tanya juga adakah menjadi satu kesalahan jika kemenangan berpihak kepada saya? Dua hari selepas majlis itu berlangsung, saya bertemu dengan Johan, Ray dan Haniff secara kebetulan.

Mereka banyak menasihati saya. Antaranya, jangan pedulikan kata-kata negatif yang dilemparkan orang ramai. Mungkin juga kerana sikap saya yang suka membaca komen peminat membuatkan saya tertekan dan hilang keyakinan.

Selepas mendengar nasihat Johan, saya abaikan semua komen tidak membina malah ada juga yang saya buang dan sekat di laman Instagram saya.

Ayda yang menyambut ulangtahun kelahiran ke-24 pada 17 Mac lepas juga memberitahu yang dia menang kerana undian oleh peminat-peminatnya dan sama ada dia popular atau tidak, dia menang kerana kerja peminat:

Saya menang hasil undian peminat. Popular atau tidak, itu semua kerja peminat. Sebagai artis saya perlu terus aktif berlakon dan menyanyi.

Syukur kelab peminat saya AJ Screamer tidak putus-putus menyokong pembabitan dalam bidang seni selepas keluar dari Akademi Fantasia musim ke-sembilan.

Tanpa mereka, tak mungkin saya berada di kedudukan sekarang. Bagi saya, selain keluarga, kelab peminat juga penting dalam membantu kejayaan anak seni.


 photo 1169761_1696645637220441_1378107471_n.jpg

Seperti yang pernah kami katakan sebelum ini, sudah adat pertandingan, pasti ada yang kalah atau menang. Pertandingan berdasarkan undian bergantung kepada jumlah undi yang diterima dan sekiranya ramai yang mengundi seorang artis dalam undian populariti, artis itu mungkin menang walaupun ia tidak mencerminkan realiti sebenar populariti artis tersebut.

Jadi peminat yang mahu artis yang diminati menang haruslah mengundi dengan gigih di kesempatan yang lain.

Pementasan Muzikal Randai "Cindua Mato" pada 25 & 26 Mac 2016 (8.30 malam) dan 27 Mac 2016 (3.00 petang) di Panggung Sari Istana Budaya! Sila dapatkan tiket² andayang berharga RM25/RM55/RM85 di http://redtix.airasia.com/Events/Teater_Muzikal_Cindua_Mato/ atau hubungi 03-2614 8200 samb. 8214/8260 untuk pertanyaan; atau terus ke Kaunter Tiket Box Office Istana Budaya untuk pembelian tiket dan maklumat lanjut. Potongan harga sebanyak 10% diberikan kepada pelajar, warga emas dan OKU serta pembelian secara pukal (20 tiket ke atas). Tiket-tiket juga boleh di dapati di premis seperti berikut: Rock Corner, The Gardens, Mid Valley (Tel: 03-2201 489303-2201 4893) Rock Corner, Subang Parade (Tel: 03-5613 113903-5613 1139) Rock Corner, The Curve (Tel: 03-7733 113903-7733 1139) Rock Corner, Bangsar Village (Tel: 03-2202 113903-2202 1139) Victoria Music, Sungei Wang (Tel: 03-2148 720803-2148 7208) Victoria Music, Amcorp Mall (Tel: 03-7956 059203-7956 0592) Victoria Music, Tropicana (Tel: 03-7722 295503-7722 2955) Artist Gallery, Gurney Plaza (Tel: 04-228 089604-228 0896) Artist Gallery, Queensbay Mall (04-6370191)

A photo posted by JKKN (@mysenibudaya) on

Fareez Hazwan Nafi Diabaikan Oleh Bapa, Fauzi Nawawi

Posted: 21 Mar 2016 11:00 PM PDT

Sejak menyertai dan menjuarai rancangan Mentor Milenia barulah orang ramai mengenali Fareez Hazwan, 18, sebagai anak kepada pelakon Fauzi Nawawi hasil perkahwinan terdahulu.

Disebabkan itu timbul cakap-cakap bahawa Fareez yang tinggi lampai itu telah diabaikan oleh Fauzi sebelum ini dan hanya diberikan perhatian oleh pelakon itu setelah menyertai Mentor Milenia. Ada juga desas-desus yang mengatakan Fareez juga tidak mempunyai hubungan baik dengan ibu tirinya pelakon Lisdawati.
 photo 12139610_248095015523458_1541240541_n.jpg
Melalui Berita Harian, Fareez menafikan semua dakwaan tersebut:

Biasalah bila sudah meningkat remaja, manalah saya hendak rapat dengan Babah lagi. Rasa geli pula dalam usia sebegini masih nak bermanja dengan Babah. Bagaimanapun, ia tak bermakna hubungan kami tak rapat. Sebaliknya hubungan kami masih macam anak-beranak dan Babah tetap mengambil berat terhadap saya.

Apabila menceburi bidang seni ini, Babah banyak memberikan nasihat. Antara pesanan beliau, jangan lupa solat dan jangan sesekali lupa diri, serta selalu ingat asal usul.

Bidang hiburan banyak cabarannya dan sebagai orang yang terlebih dulu makan garam dalam dunia terbabit saya pegang nasihatnya supaya tidak tersasar di kemudian hari.

Kalau dengan Babah, saya akan bertanyakan perihal orang lelaki tetapi dengan mama (Lisdawati) saya lebih selesa mendapatkan pandangannya berhubung soal imej. Mama juga banyak menasihatkan saya mengenai pengurusan kewangan.


 photo 12547359_1101118179906478_1839501986_n.jpg

Diharap penjelasan dari Fareez ini sedikit sebanyak memperjelaskan mengenai hubungannya dengan bapa dan ibu tirinya. Ternyata hubungan mereka baik-baik saja, malah sebenarnya mereka tinggal bersama di kediaman Fauzi dan Lisda dan kelihatan mesra dalam rancangan Romantika yang disiarkan di Astro Ria.

Biasalah bila sudah menjadi selebriti kadangkala perkara yang tidak ada pun diadakan oleh sesetengah pihak. Ini cuma salah satu permulaan kepada cabaran sebagai anak seni. Diharap Fareez bertabah dan semoga terus berjaya dalam industri.

Jom saksikan Slot Panggung Seni Ekstravaganza Muzikal Randai "Cindua Mato" pada 25, 26 dan 27 Mac ini di Panggung Sari,…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 6 March 2016

Chacha Maembong Akui Sedang Kenal Hati Budi Seseorang

Posted: 21 Mar 2016 07:39 PM PDT

Chacha Maembong, agak kurang juga kan gosip percintaan mengenai salah seorang Maembong Sisters  ini?

Mungkin dahulu beliau ada lah juga dikatakan pernah bercinta dengan Ewal AF tetapi beliau agak kurang membicarakan soal peribadinya.

Terbaru, menerusi portal Media Hiburan, Chacha mengakui beliau sendang mengenali hati budi seseorang. Namun, hubungan mereka belum sampai ke tahap bercinta lagi dan mahu fokus kepada kerjayanya terlebih dahulu.

Bagi saya tidak terlalu terbuka untuk bercerita lebih mengenai perihal hidup dan peribadi. Tambah lagi kini sedang mengenali seseorang. Namun itu tidak bermakna  saya akan berkongsi tentang segalanya dan kadang-kadang takut juga dengan sebarang risiko. Biarlah masa ini saya berikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya.

Pada masa yang sama, Chacha mensasarkan untuk mendirkan rumah tangga kira-kira lima tahun lagi. Ini kerana Chacha kini baru berusia 20 tahun dan agak terlalu muda untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Rasanya saya masih muda lagi dan tidak terfikir untuk menamatkan zaman bujang dalam masa yang terdekat. Tambah pula saya tidak mempunyai kekasih. Insya-Allah mungkin lima tahun lagi baru akan memikirkan soal perkahwinan.

Muda lagi Chacha ini, tidak perlu terlalu memikirkan soal perkahwinan. Cuba nikmati usia muda dan perlahan-lahan mencari calon yang betul-betul sesuai untuk dirinya.

Sumber Berita : Media Hiburan

Janna Nick Nafi Bercinta Dengan Saharul Ridzwan

Posted: 21 Mar 2016 07:24 PM PDT

Bila ada sahaja pelakon wanita digandingkan dengan Saharul Ridzwan pasti mereka akan dikatakan bercinta. Kalau sebelum ini Mia Ahmad dikatakan menjalin hubungan dengan Saharul kini Janna Nick turut terkena nasib yang sama.

Hanya melihat kemesraan serta keserasian mereka didalam drama Kau Aku Kita terus ada pihak melabelkan mereka sebenarnya pasangan kekasih.

Walaubagaimanapun Janna menafikan perkara berkenaan dan menganggap Saharul tidak lebih daripada rakan sekerja.

Tak ada maknanya saya ada hubungan dengan dia. Saya hanya hubungi atas urusan kerja sahaja, bahkan untuk mesej pun tidak pernah.

Mustahil juga kan untuk wujud cinta di lokasi sedangkan penerbit drama Kau Aku Kita, Sheila Rusly menegaskan beliau tidak suka artis yang terlibat didalam drama beliau bercinta di set penggambaran.

Namun, kami harus puji lakonan mereka dalam Kau Aku Kita, memang menjadi sehingga dinobatkan sebagai Pasangan Pilihan di malam Anugerah DFKL 2016.

Sumber Berita : Media Hiburan

Elly Mazlein Namakan Anaknya Putri Sara Sefhia

Posted: 21 Mar 2016 07:00 PM PDT

Selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 9 Mac lepas, baru-baru ini Elly Mazlein sudah berkongsi nama anaknya itu kepada umum.

Dalam satu muat naik Elly di Instagram, beliau ada menggunakan hashtag nama anaknya iaitu Putri Sara Sefhia.

Walaubagaimanapun buat masa ini, Elly masih belum mendedahkan wajah penuh Putri Sara Sefhia kepada umum.

Erm, sedap juga nama anak Elly Mazlein, harapnya Elly nanti dapat kongsikan maksudnya juga. Hehe..Tak sabar pula nak lihat wajah anaknya. Mesti comel dan cantik macam ibunya.

Sumber Berita : Instagram Elly Mazlein

(10 FOTO) Fasha Sandha Dan Keluarga Bercuti Di Bali, Indonesia

Posted: 21 Mar 2016 06:31 PM PDT

Mahu meninggalkan segala masalah di Kuala Lumpur, Fasha Sandha dan keluarga kini berada di Bali, Indonesia untuk menikmati percutian bersama.

Malah, Fasha menggunakan peluang tersebut untuk meraikan ulangtahun kelahiran adik lelakinya yang ke 19.

Seronok juga dapat lihat Fasha begitu gembira disamping keluarga tercinta. Anaknya Putra Rayfal juga ada bersama-sama Fasha.

Tidak kami nafikan, Fasha kelihatan begitu jelita dan cantik hampir setiap masa.

Jom kita layan beberapa lagi foto percutian Fasha Sandha di Bali dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Kembali Popular : Siti Nordiana Kecewa Dituduh Semakin “Demand” Soal Bayaran

Posted: 21 Mar 2016 06:08 PM PDT

Kembali popular selepas menjadi juara Gegar Vaganza Musim Ke 2, ada segelintir pihak merasa tidak puas hati dengan Siti Nordiana dan menuduh penyanyi itu semakin diva dan "demand" dalam soal bayaran persembahan.

Meskipun terkejut serta ada timbul sedikit rasa kecewa dalam hatinya kerana dituduh sebegitu, Nana yang sudah lama dalam industri hiburan menganggap segala yang berlaku adalah dugaan Allah SWT untuk menguji dirinya.

Jujurnya Nana agak terkejut dan kesal apabila ada pihak yang cuba menimbulkan isu sebegini di saat kerjaya seni Nana sedang diterima masyarakat. Apa-apa pun, Nana tidak mahu melatah kerana Nana tahu tidak semua orang akan sukakan kita.

Nana bukan setahun dua dalam industri seni ini. Sudah 16 tahun. Justeru Nana sangat faham kenapa isu demand ini cuba dihangatkan oleh sesetengan pihak yang mungkin ada rasa tidak puas hati dengan Nana sebelum ini.

Apa yang boleh Nana katakan, inilah bahagian Nana yang Allah janjikan dan apa yang perlu buat, hanya bersyukur dengannya.

Bukan mudah apabila sudah popular, pasti sahaja ada pihak yang akan iri hati dengan setiap kejayaan seseorang itu. Buat Nana, sabar sahaja lah, mungkin selepas ini ada lagi rezeki yang lebih besar buat anda.

Sumber Berita : mStar Online




@



Filem Munafik Catat Kutipan RM 17 Juta Hanya Dalam Tempoh 26 Hari, Atasi Rekod Polis Evo