Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Saya Tidak Sentuh Perempuan Didalam Drama Sahaja Tetapi Diluar Juga – Saharul Ridzwan

Saya Tidak Sentuh Perempuan Didalam Drama Sahaja Tetapi Diluar Juga – Saharul Ridzwan


Saya Tidak Sentuh Perempuan Didalam Drama Sahaja Tetapi Diluar Juga – Saharul Ridzwan

Posted: 21 Mar 2016 12:17 AM PDT

Mahu memperbaiki diri daripada menyentuh wanita bukan muhrim, prinsip aktor Saharul Ridzawn itu dipuji ramai.

Namun,  ada yang mempersoalkan adakah ia sekadar hanya didalam drama sahaja? Menjawab segala persoalan, Saharul menerusi portal mStar Online menjelaskan beliau tidak akan sentuh mana-mana wanita di luar sana.

Mempunyai jumlah peminat yang agak ramai, Saharul sentiasa ingin melakukan perkara baik agar ia menjadi contoh buat mereka.

Saya buat perubahan itu secara berperingkat bermula dengan tidak mahu adegan dukung dan berpelukan, selepas itu saya cuba untuk bersentuhan secara berlapik.

Saya tahu ramai orang pertikaikan apa yang saya lakukan ini sama ada saya amalkan ketika di luar penggambaran, saya akui kadang-kadang saya juga tersasul kerana saya bukan malaikat. Namun saya cuba buat yang terbaik dalam kehidupan realiti juga.

Teruskan teguh dengan prinsip anda Saharul agar menjadi contoh terbaik buat lebih ramai lagi lelaki di luar sana. Tidak semua pelakon yang berani bertegas tentang sesuatu perkara yang mereka tidak mahu lakukan.

Sumber Berita : mStar Online

Diana Rafar Lebih Percayakan Suami Sekarang, Ingin Tambah Cahaya Mata

Posted: 21 Mar 2016 12:00 AM PDT

Pernah berpisah seketika dan kembali merujuk, kini pasangan Diana Rafar dan Zamarul Hisham lebih matang dalam menjaga hubungan mereka suami isteri dan rumah tangga yang dibina.

Buat Diana, beliau kini enggan terlalu memikirkan sesuatu perkara sehingga merasa tertekan dan menjejaskan emosinya. Malah beliau kini lebih mempercayai suaminya berbanding dahulu.

Selepas apa yang berlaku, baru saya sedar jangan terlalu fokus kepada sesuatu perkara sehingga memudaratkan diri. Paling penting jangan ambil keputusan ikut emosi semata-mata.

Sejujurnya, dahulu saya sebegitu. Kini, baik saya mahupun suami, kami lebih tenang. Kami tidak lagi bersikap terlalu mengejar sesuatu perkara, sebaliknya mengikut saja aturan ditetapkan.

Malah, saya lebih percayakan suami berbanding dulu terutama jika dia ada penggambaran. Tidak ada lagi istilah suami perlu melaporkan aktiviti hariannya.

Mempunyai seorang anak lelaki bernama Kashfi Haiqal yang kini sudah berusia enam tahun, Diana merencana untuk menambah lagi cahaya mata bersama Zamarul.

Dulu saya selalu bertangguh soal ini. Sekarang saya perlu reda apabila Allah belum memberikan rezeki tatkala saya betul-betul inginkannya. Saya rindu detik ada anak kecil. Pada usia Kash sekarang memang sesuai untuk saya dan suami menambah anak. Apatah lagi, umur kami juga semakin meningkat.

Kami mendoakan agar Diana Rafar dan Zamarul Hisham kekal bahagia sehingga akhir hayat. Mana lah tahu selepas ini hasrat Diana untuk hamil lagi akan menjadi kenyataan. Erm, bertambah berseri lagi lah rumah tangga mereka. Hehe.. InshaAllah.

Sumber Berita : Harian Metro

 

Ariz Forteen Simpati Zulin Aziz Dikutuk Kerana Intim Dengannya

Posted: 20 Mar 2016 10:05 PM PDT

Ariz Forteen dan Zulin Aziz pernah berkawan rapat sebelum ini. Biarpun menafikan mereka bercinta, hubungan mereka dikritik sesetengah pihak yang tidak bersetuju dan  berpendapat mereka tidak sesuai bersama.

Sebelum ini mereka sering menghadiri acara bersama dan adakalanya berpakaian warna sedondon menyebabkan ramai menganggap hubungan mereka lebih dari sekadar kawan. Dalam hal ini, Zulin lebih teruk dikutuk berbanding Ariz kerana hubungannya dengan Ariz. Kepada Berita Harian, Ariz memberitahu yang dia bersimpati dengan nasib Zulin:

Saya memahami keadaan Zulin yang sedih dicemuh dan dikutuk dari pelbagai segi. Lumrah kehidupan, tidak semua orang menyukai kita. Namun saya simpati dengannya apabila terkena tempiasnya hanya kerana rapat dengan saya. Namun ada juga yang memberi kata-kata positif mengenainya.

Mungkin lebih baik kami tidak terlalu kerap memuat naik gambar bersama bagi mengelakkan gosip cinta itu timbul lagi. Ia juga berikutan cerita cinta kami lebih digembar-gemburkan oleh semua pihak berbanding kerjaya seni kami sendiri.

Bagaimanapun, jika tiada aral melintang, saya dan Zulin akan bekerjasama untuk sebuah projek yang tidak boleh dikongsi bersama umum ketika ini. Sekiranya perancangan yang dibuat itu menjadi, pasti saya akan bercerita lebih lanjut lagi kepada semua.


 photo ariz zulin.jpg

Memang sesuatu yang menyedihkan apabila satu persahabatan menjadi renggang hanya kerana orang lain berpendapat satu pasangan itu tidak sesuai bersama. Keakraban perhubungan itu sepatutnya ialah sesuatu yang dipupuk dari perasaan saling menyukai dan tidak memerlukan restu pihak ketiga yang tidak kena-mengena dengan persahabatan mereka.

Tetapi kata orang jika ada jodoh, tak ke mana. Jadi bersabarlah, mungkin sesuatu yang baik akan muncul akhirnya buat mereka berdua.

Teater Muzikal Randai “CINDUA MATO”Jom saksikan Slot Panggung Seni Ekstravaganza Muzikal Randai "Cindua Mato" pada 25, 26 dan 27 Mac ini di Panggung Sari, Istana Budaya (IB). Barisan artis popular seperti Remy Ishak, Azhan Rani, Ashraf Muslim, Puteri Aishah Sulaiman, Dato A. Tamimi Siregar, Dato’Jalaludin Hassan, Juhara Ayob Zuhairi Ibrahim dan ramai lagi. Seramai 40 orang artis budaya dan pemuzik akan terlibat dalam pementasan ini yang melibatkan gabungan Kumpulan Kesenian JKKN Negeri Sembilan, Ibu Pejabat dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta pemuzik tradisional yang terdiri dari gabungan pemuzik Istana Budaya dan Kumpulan Kesenian JKKN.15 orang pesilat dari Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, Malaysia serta Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Kampung Gagu, Jelebu, Negeri Sembilan turut memeriahkan lagi pementasan ini.Tiket bagi menyaksikan persembahan Randai ini berharga RM25, RM55 dan RM 85 dan boleh didapati dengan melayari http://www.airasiaredtix.com/Events/Teater_Muzikal_Cindua_Mato/ atau dengan membelinya di outlet berikut:1. Rock Corner : The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 – 2201 4893)KLCC (TEL: 03 – 2181 5560)Subang Parade (TEL: 03 – 5613 1139)The Curve (TEL: 03 – 7733 1139)2. Victoria Music : Sg Wang(TEL: 03 – 2148 7208)Amcorp (TEL: 03 – 7956 0592)Tropicana (TEL: 03 – 7722 2955)

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 6 March 2016

Nazim Othman Umum Tarikh Pernikahan Dengan Bella Dally Sebulan Lagi

Posted: 20 Mar 2016 09:17 PM PDT

Kalau anda sudah lama mengikuti Instagram Nazim Othman pasti sudah mengetahui keakraban Nazim dengan tunangnya Bella Dally sejak lama dulu. Pasangan ini melangsungkan pertunangan pada 14 November lepas secara senyap namun berteka-teki tentang tarikh sebenar pernikahan mereka.
 photo 12751208_797821603655428_1544981681_n.jpg

Melalui Kosmo! Nazim memberitahu bahawa dia akan mengumumkan tarikh sebenar pernikahan dengan Bella dalam masa sebulan lagi. Katanya:

Alhamdulillah, setakat ini persiapan pernikahan kami berjalan lancar. Insya-Allah pada bulan depan saya akan umumkan tarikh pernikahan kami.


 photo SWEET-Nazim-Othman-Buat-Trick-SiapaDiana-Untuk-Bella-Dally-2.jpg

Doakan semuanya akan berjalan lancar buat pasangan yang sudah bercinta selama tiga tahun ini. Tak sabar nak melihat rekaan pakaian pengantin Bella.

Semarak Bangsawan 2016 bakal membuka tirai dengan pementasan bangsawan Mulan oleh Persatuan Alumni ASWARA arahan K’ma…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 6 March 2016

Sheila Rusly Tidak Suka Artisnya Bercinta Di Lokasi Penggambaran

Posted: 20 Mar 2016 07:57 PM PDT

Mengenali Sheila Rusly, ramai yang tahu beliau seorang yang agak tegas terhadap setiap artis yang terbabit didalam drama terbitan produksinya JS Pictures.

Sheila juga tidak gemar apabila ada antara artisnya menjalinkan hubungan cinta ketika menjalani penggambaran kerana tahu ia akan bukan sahaja akan menganggu emosi mereka tetapi segala proses sesebuah produksi.

Saya tidak suka kalau pelakon-pelakon yang terbabit dengan drama produksi saya menjalinkan hubungan cinta lokasi.

Pada saya ia akan menganggu perasaan mereka dan orang lain, saya tidak mahu ada perasaan cemburu dan perlu menjaga hati antara satu sama lain sehingga menganggu proses penggambaran.

Hari Sabtu lepas, drama berjudul Kau Aku Kita terbitan produksinya memenangi enam kategori utama dalam anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016.

Bercerita mengenai pembikinan drama tersebut, Sheila akui ia mempunyai cabaran tersendiri. ntara cabaran utama dalam proses pembikinan drama tersebut ialah memenuhi permintaan Saharul Ridzwan yang tidak mahu bersentuhan dengan wanita.

Setiap drama ada cabaran tersendiri, bagi Kau Aku Kita salah satu cabaran ialah memenuhi tuntutan Saharul sebagai seorang muslim yang tidak mahu bersentuhan.

Kami menghormati perkara itu dan ketika itu dia baru pulang dari menunaikan umrah. Jadi, kami mengambil pendekatan berlainan.  Kami terpaksa cari orang lain atau stand in untuk menggantikan pelakon wanita dan dia juga terpaksa mendukung jurusolek lelaki bagi menggantikan Janna.

Meskipun dianggap garang, Sheila tidak kisah dengan percakapan orang. Apa yang penting, adalah ilmu yang beliau curahkan kepada pelakon baharu sehingga ada antara mereka mampu memenangi anugerah. Buat Sheila, ia satu perkara yang agak membanggakan.

Seperti seorang guru, pendirian tegas dan garang Sheila Rusly adalah untuk melihat artis lain berjaya. Tidak dapat dinafikan, dengan cara ini ia mampu membuatkan artis itu lebih kuat untuk menghadapi dugaan lain yang lebih besar didalam industri hiburan.

Sumber Berita : mStar Online

Zara Zya Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat?

Posted: 20 Mar 2016 07:21 PM PDT

Tiada angin tiada ribut bahkan tidak pernah dengar Zara Zya sedang bercinta, tiba-tiba timbul pula berita beliau bakal berkahwin dalam masa terdekat. Betul ke?

Menjawab persoalan tersebut, Zara Zya menerusi portal Kosmo Online berkata, khabar angin itu tidak benar. Malah, Zara Zya juga memberitahu beliau tidak mempunyai masa untuk bercinta.

Ia hanya satu khabar angin. Cerita itu tidak benar.

Saya tiada masa untuk bercinta kerana terlalu sibuk dengan kerjaya. Nanti, saya juga yang kecewa apabila masing-masing bosan kerana tiada masa untuk si dia.

Bukan tiada yang mahu mengenali lebih daripada sekadar seorang teman biasa, cuma masa sangat terhad untuk ke arah itu.

Merupakan anak bongsu didalam keluarga, Zara Zya juga tidak menerima tekanan daripada ahli keluarganya yang lain meskipun adik beradiknya sudah mendirikan rumah tangga.

Zara Zya juga menolak sebarang cinta lokasi kerana menganggap set penggambaran adalah tempat bekerja dan tidak lebih daripada itu.

Tiada sebarang tekanan daripada keluarga untuk segera menamatkan zaman bujang? Tidak. Keluarga juga memahami meskipun abang dan kakak kesemuanya berkahwin awal. Lagipun, saya anak bongsu.

Saya menganggap set penggambaran sebagai pejabat, jadi mustahil terjadinya cinta lokasi. Justeru, mana mungkin mahu bercinta dengan orang lain pula di set penggambaran yang berbeza.

Setiap orang sudah ditentukan jodohnya, antara cepat  atau lambat sahaja. Mungkin Zara Zya selesa untuk hidup sendiri dan biarlah beliau benar-benar bersedia sebelum bercinta.

Sumber Berita : Kosmo Online

Jihan Muse Mahu Timang Cahaya Mata Cepat

Posted: 20 Mar 2016 06:43 PM PDT

Sudah secara rasmi bergelar isteri  kepada Ungku Hariz semalam, pelawak popular Jihan Muse mula berharap agar beliau dikurniakan cahaya mata secepat mungkin kerana faktor umurnya yang sudah memasuki usia 33 tahun.

Saya tidak ada rancangan untuk anak, tapi kalau boleh saya ingin cepat sebab umur saya bukan muda lagi.

Pada masa yang sama, Jihan yang sedar bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri serta akan cuba sehabis baik dan tidak akan memandang ringan perkara berkenaan.

Sembilan tahun bercinta, beliau sudah dapat belajar sedikit demi sedikit cara untuk menambat hati Ungku Hariz dan mengatasi sebarang masalah.

Selepas bergelar isteri sudah tentu tanggungjawab kita lebih besar dan apa juga yang kita lakukan perlu beritahu kepada suami berbeza dengan kehidupan bujang dahulu.

Saya tidak mahu ambil ringan tentang perkara itu dan nasib baik juga sepanjang sembilan tahun kami bercinta ini dia sudah melatih saya untuk sentisa beritahu apa yang saya lakukan.

Bagi saya yang penting ialah komunikasi walaupun kami masing-masing sibuk dengan kerjaya. Namun saya tidak menafikan kata orang kehidupan berkahwin berbeza daripada bercinta dan saya harap kami dapat laluinya dengan baik.

Walaupun sudah berkahwin, Jihan tetap akan aktif dalam bidang seni seperti biasa. Malah, beliau mendapat sokongan Ungku Hariz yang tidak melarang beliau untuk melakukan apa sahaja demi karier Jihan asalkan isterinya itu tahu menjaga diri.

Wah memahami betul suami Jihan bukan? Soal anak pula, inshaAllah kalau ada rezeki dapatlah Jihan dan Ungku Hariz bergelar ibu dan bapa dengan cepat. Apa yang penting usaha dan doa kepada Allah SWT.  Semoga perkahwinan anda berdua kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : mStar Online

 

Bekas Suami Elly Mazlein Nafi Faye Kusairi Punca Beliau Bercerai

Posted: 20 Mar 2016 06:15 PM PDT

Sebelum ini bertiup kencang gosip yang mengatakan pelakon Faye Kusairi menjadi punca rumah tangga Elly Mazlein dan Azmi Hatta musnah. Faye juga didakwa menjalinkan hubungan percintaan bersama Azmi dibelakang Elly.

Mendengar berita itu, Faye sudah tampil memberikan penjelasan bahawa beliau tidak kena mengena dengan pasangan itu.

Terbaru,  Azmi juga menegaskan Faye tiada kena mengena dalam hal penceraiannya dan segala tuduhan yang melibatkan beliau bersama Faye adalah tidak benar sama sekali.

Saya terkilan dengan tuduhan mengaitkan nama orang ketiga iaitu Faye Kusairi dalam hal rumah tangga kami, Faye tiada kena mengena dengan hubungan kami, apatah lagi sebagai punca perpisahan kami.

Saya akui Faye pernah berlakon dengan saya tapi dalam masa penggambaran itu saya nikah dengan Elly. Adakah saya ini jenis lelaki yang teramat jahat permainkan perempuan lain dalam masa yang sama semua orang tahu saya sedang mendirikan rumah tangga? Saya ada akal yang waras untuk berfikir.

Azmi pada masa yang sama memberitahu keputusan mereka untuk berpisah dibuat setelah mendapat beberapa nasihat, jodoh mereka tidak panjang dan akhirnyatalak dijatuhkan, dihadapan hakim di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 15 Oktober 2015.

Belum sampai setahun berkahwin, Azmi akui hatinya agak berat untuk melepaskan Elly apatah lagi pada waktu itu beliau sedang hamil anak mereka yang pertama.

Secara warasnya memang saya tidak mahu berpisah dan saya bukan lelaki yang kejam untuk ceraikan dia pada waktu dia sedang hamil. Namun jodoh itu kuasa Allah, tempoh edah yang ditetapkan bagi wanita hamil ialah hingga dia selamat bersalin.

Dalam tempoh edah itu saya masih menjalankan tanggunjawab untuk menjaga dia dan kandungan dengan baik.

Saya ralat, begitu juga keluarga saya kerana tidak sempat pun sambut ulang tahun perkahwinan lagi kami sudah berpisah.

Saya juga terkilan ramai pihak menunding jari kepada saya sebagai orang yang dipersalahkan dalam perpisahan ini. Hanya Allah yang lebih mengetahui tentang ini dan saya yakin berada di pihak yang benar.

Kalau takdir sudah menentukan tiada jodoh antara Azmi dan Elly, maka tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Jaga amanah Allah SWT yang diberikan kepada kalian dengan baik.

Sumber Berita : mStar Online

Untuk hari ini sahaja, Best Buy World Malaysia menawarkan diskaun RM20 dengan setiap pembelian bernilai RM200 dalam satu resit. Memang rambang mata bila korang buka page Best Buy World Malaysia. Anda hanya perlu memasukkan kod MARCH20 untuk menikmati diskaun sebanyak RM20. Cepat, tawaran ini hanya sah sehingga 12 tengah malam.

 photo RM200voucher121 march.jpg




@



Saya Tidak Sentuh Perempuan Didalam Drama Sahaja Tetapi Diluar Juga – Saharul Ridzwan