Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

(12 FOTO) Sekitar Majlis Sambutan Hari Jadi Mawar Rashid Yang Ke 21

(12 FOTO) Sekitar Majlis Sambutan Hari Jadi Mawar Rashid Yang Ke 21


(12 FOTO) Sekitar Majlis Sambutan Hari Jadi Mawar Rashid Yang Ke 21

Posted: 05 Apr 2016 12:35 AM PDT

Kalau sebut nama Mawar Rashid tentu ada yang tidak tahu, tetapi kalau Mawar GST ramai yang kenal bukan?

Mawar yang juga merupakan pelakon drama Tundukkan Playboy Itu baru-baru ini telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 21.

Sebuah majlis yang cukup meriah telah dianjurkan oleh kelab peminatnya dan turut dihadiri oleh rakan selebriti dan teman rapat Mawar.

Pada majlis tersebut, Mawar kelihatan cukup elegan dan ada seksinya apabila mengenakan busana berwarna merah.

Jom kita lihat lagi foto-foto sekitar majlis sambutan hari jadi Mawar Rashid dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Foto : Kakifoto Fotografi & Paan Jr Photography


(16 FOTO) Sekitar Suprise Birthday Party Dato’ Aliff Syukri Yang Ke 29

Posted: 05 Apr 2016 12:02 AM PDT

Jika sebelum ini Dato' Aliff Syukri mengadakan kejutan hari jadi buat isterinya, kali ini tiba pula giliran Datin Shahida untuk menganjurkan majlis yang sama buat suami tercinta bersempena dengan ulang tahun kelahiran beliau yang ke 29.

Dengan tema Bollywood, majlis kali ini lebih sederhana dan hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.

Kami di Beautifulnara mengucapkan selamat hari lahir buat Dato' Aliff Syukri, semoga terus berjaya.

Berikut kami sertakan beberapa foto sekitar surprise birthday party Dato' Aliff Syukri dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Jimmy Shanley Pertahankan Diri : Tunjuk Bukti Beri Nafkah Anak

Posted: 04 Apr 2016 10:35 PM PDT

Bermula daripada kes penceraian mereka sehinggalah baru-baru ini, bekas isteri Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila sering mendakwa Jimmy bukanlah seorang bapa yang bertanggungjawab kerana gagal memberi nafkah kepada anak mereka.

Enggan dirinya terus dipersalahkan, Jimmy menerusi akaun Instagram beliau pagi tadi memuat naik foto slip bank yang merupakan bukti beliau tidak pernah gagal memberikan nafkah kepada anaknya.

Jelas Jimmy, sebelum ini beliau hanya berdiam diri kerana tidak mahu mencari publisiti murahan.

#WahaiAnakKu jgn main ngan slip bank tu penat daddy simpan slip bank nafkah janda daddy walaupun tak duk sesama pun dan nafkah kakak… dr bulan oktober 2010 sampai lah ke april 2016 ni tak penah lg tercicir walaupun sebulan.

daddy bank in sendiri ke akaun MBB 56274010**** daddy bukanlah org berada beri sekadar mampu jer tp yg penting beringat dan LEBIH DARI SATU SEN… mana daddy dpt nombor akaun? oooo… ni bekas mak mertua yg bg lepas beberapa minggu kawin dulu… daddy mls nak bising2 kang dituduh cr publisiti murahan lak… Allah Maha Mengetahui.

Rumit juga kes Jimmy Shanley dan Nursuhaila,  berpanjangan sudah beberapa tahun juga. Hurmm, mungkin masing-masing ada lagi perasaan tidak puas hati dan susah untuk memaafkan.

Sumber Berita : Instagram Jimmy Shanley

Dikatakan Mirip Dengan Nora Danish : Ruhainies Enggan Tumpang Populariti

Posted: 04 Apr 2016 08:41 PM PDT

Sekali pandang wajah aktres Ruhainies tentu anda akan sangka beliau adalah Nora Danish. Malah, sejak dari bangku sekolah lagi beliau sudah disamakan dengan Nora.

Namun, buat Ruhainies pujian tersebut agak tinggi buat pendatang baharu sepertinya.

Sudah lama sebenarnya persamaan ini diperkatakan orang. Malah, sejak di bangku sekolah lagi, ramai menganggap wajah saya macam Nora Danish. Selepas memasuki dunia seni pun, perkara sama masih diperkatakan lagi.

Pujian itu bagaimanapun terlalu tinggi untuk saya. Nora sendiri ialah idola saya sejak dulu. Nora sangat hebat dan sudah berada pada tahap terbaik dalam kerjaya seninya.

Saya pula baru saja bermula dan masih banyak lagi pengalaman serta ilmu yang perlu dikutip di arena ini.

Meskipun sering disamakan dengan Nora, Ruhainies sama sekali tidak mahu menggunakan kesempatan itu untuk menumpang populariti aktres wanita berkenaan.

Cukup bertuah sebenarnya jika seseorang artis baharu mendapat nama hanya kerana wajah mirip dengan artis popular lain. Namun, sampai bila mereka mampu kekal dalam industri dengan menumpang populariti orang lain? Kami puji sikap Ruhainies yang tidak memanfaatkan keadaan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Jika Ingin Hak Lawatan Anak, Dia Patut Tanpa Gagal Beri Nafkah Anak – Bekas Isteri Jimmy Shanley

Posted: 04 Apr 2016 08:30 PM PDT

Kalau sebelum ini bekas ibu mertua kepada Jimmy Shanley mengibaratkan pengacara itu seperti bapa kura-kura kerana tidak pernah memberi nafkah anak, Nursuhaila Eliani Suhaimy menyifatkan banyak hikmah yang dipelajarinya bermula dengan kes penceraian hingga pengalaman dipenjarakan minggu lalu.

Nursuhaila yang merupakan Ketua Pegawai eksekutif Natasya Holdings telah menjalani hukuman penjara selama tiga hari mulai Khamis lepas di Penjara Kajang. Nursuhaila memberitahu Malaysia Gazzette:

Sebagai seorang ayah yang kononnya inginkan hak anak, dia sepatutnya tanpa gagal memberikan nafkah anak walaupun tidak dituntut.

Kedudukan saya yang dianggap mampu dari segi wang ringgit tidak sepatutnya di ambil kesempatan.

Saya dengan rela hati, bekerja, berkorban masa dan tenaga untuk masa depan anak saya ini tanpa bantuan bekas suami sepanjang penceraian kami.

Nursuhaila memberitahu hukuman yang dijatuhkan kerana ingkar hak lawatan bermalam JImmy itu ialah bukti kepada anaknya betapa dia mempertahankannya kasih sayang yang tidak ternilai harga sebagai seorang ibu.

Saya buat semuanya demi melindungi anak dari seorang ayah yang tak berperikemanusiaan yang tergamak memenjarakan bekas isteri yang pernah melahirkan zuriatnya.

Saya juga adalah bekas isteri yang membesarkan anaknya dan yang memberi kasih sayang dan nafkah pada anaknya.

Anak saya adalah anugerah Allah yang akan saya pikul tanggungjawab membesarkanya dengan penuh keikhlasan.

Saya berdoa agar Allah swt memberi kekuatan kepada saya terhadap dugaan berhadapan bekas suami yang mempunyai hati yang berdendam.

Wanita berusia 30 tahun itu berharap penjelasan ini dapat memberikan pencerahan terhadap tanda tanya pihak-pihak tertentu berkenaan hukuman ke atas dirinya yang ingkar hingga dipenjarakan.

Semoga apa yang baik terhadap pengalaman ini, saya jadikan semangat meneruskan hidup dan yang buruk diperbetulkan untuk hari-hari seterusnya.

Setakat ini Jimmy masih juga belum memberi kenyataan balas mengenai perkara ini atau menafikan dia tidak pernah memberi nafkah anak seperti dakwaan bekas ibu mertua dan isterinya.

Dan sebenarnya memang tidak ada alasan bagi seorang bapa untuk tidak memberi nafkah kepada anaknya. Diharap Jimmy akan tampil selepas ini untuk memberi penjelasan di pihaknya pula. Tidak adil dengar hanya sebelah pihak, bukan?

Petikan gambusmemecah keheningan sukmadentingnya menyusuk segenap juzuk jasadkeheningan angin Hadramautmembawa layar…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 4 April 2016

Sherry Ibrahim Serahkan Soal Kahwin Kepada Takdir

Posted: 04 Apr 2016 07:59 PM PDT

Dua tahun menyulam cinta, ramai yang ingin melihat pasangan Sherry Ibrahim dan Fattah Amin bersatu sebagai suami isteri  sehinggakan ada yang sanggup buat cerita bahawa penghijrahan Sherry adalah kerana beliau ingin berkahwin dengan Fattah.

Menafikan gosip berkenaan, Sherry menyerahkah soal  jodoh kepada takdir meskipun mengakui beliau sering dihimpit dengan soalan tentang perkahwinan.

Soal jodoh biarlah masa yang menentukannya, walaupun saya akui pada umur sekarang, ia soalan lazim yang sering ditanyakan kepada saya.

Saya pun tiada kuasa untuk menjawab secara tepat soalan itu. Doakanlah yang terbaik, itu sahaja yang termampu.

Kami tahu ramai mendoakan yang terbaik buat Sherry Ibrahim dan Fattah. Tidak apa, biarlah kedua-duanya betul-betul bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam rumah tangga terlebih dahulu.

Sumber Berita : Utusan Online

Kpop Tidak Relevan Lagi Dengan Diri Saya – Nazim Othman

Posted: 04 Apr 2016 07:32 PM PDT

Bila sebut sahaja nama Nazim Othman pasti perkara pertama yang terlintas didalam fikiran adalah imej beliau yang seakan seperti jejaka Korea, malah ada juga yang bersetuju imej tersebut cukup sesuai dengan Nazim sehingga didalam drama pun beliau diberikan watak sebagai orang Korea.

Untuk pengetahuan anda, Nazim sebelum ini pernah merakam single dengan genre Kpop yang berjudul Destinasi.

Namun, Nazim akui beliau sudah bosan dengan imej Korea kerana ia tidak sesuai dengan usianya yang semakin meningkat.

Jika dahulu memang saya gemar muzik dari Korea itu dan pernah merakamkan sebuah lagu berentak kpop tetapi sehingga kini ia tidak pernah dilancarkan.

Sekarang usia saya sudah meningkat dan muzik berkenaan sudah tidak relevan dengan diri saya.

Kini minat Nazim sudah berubah ke genre Balada dan bakal melancarkan single terbaru beliau tidak lama lagi.

Insya-Allah jika sudah tiba masanya saya akan lancarkan lagu berkenaan dan mungkin peminat dapat mendengar selepas saya selesai menyertai program Gempak  Superstar.

Biasanya peminat lagu Kpop majoriti daripada golongan remaja yang memuja ketampanan penyanyi lelaki Korea. Ermm, kalau sebagai seorang lelaki dewasa memang agak tidak sesuai imej Kpop tu.

Sumber Berita : mStar Online

Peminat Samakan Baju Dengan Langsir : Mira Filzah Anggap Ia Perkara Lucu

Posted: 04 Apr 2016 06:59 PM PDT

Sejak semalam lagi, kecoh bila ada sesetengah pihak membandingkan pakaian Mira Filzah dalam satu sesi fotografi untuk majalah kelihatan sama dengan corak langsir. Mula lah foto berkenaan tersebar dan menjadi bahan bualan ramai.

Meskipun menerima pelbagai komen, Mira nampaknya tidak mudah sentap dan menganggap perbandingan itu adalah satu perkara yang lucu.

Jelas Mira, baju itu sebenarnya disediakan oleh pihak majalah dan bukanlah daripada koleksi beliau sendiri.

Baju itu dipakai bagi menjayakan sesi fotografi untuk sebuah majalah dan ia disediakan sendiri oleh pihak wartawan media berkenaan.

Tetapi, jika diamati, baju itu sangat cantik. Tidak sangka pula ada corak sama bagi kain langsir. Lucu pula apabila ada yang membandingkan baju berkenaan dengan langsir terbabit.

Pada masa yang sama, Mira memberitahu beliau tidak berkecil hati jika ada pihak yang mengejek beliau. Namun, selepas ini beliau berharap perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

Jujurnya, saya tidaklah berasa malu atau kecil hati pun dengan perbandingan itu. Tetapi selepas kejadian ini, mungkin saya akan lebih berhati-hati dengan setiap baju yang digayakan.

Biasalah peminat ini kadang kala ingin bergurau dengan artis,  bukan satu perkara yang serius pun. Kalau seseorang artis itu asyik nak marah sahaja, nanti orang meluat.  Sekali sekala relaks lah.

Sumber Berita : BH ONLINE

 

(TAHNIAH)Leez Rosli Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Nur Safiyya Alisha

Posted: 04 Apr 2016 06:56 PM PDT

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada Leez Rosli dan juga suaminya, Aepul Drama Band kerana telah pun menerima kehadiran cahaya mata sulung mereka. Bayi perempuan seberat 3.5 kilogram ini telah dilahirkan pada 4 April 2016 (Isnin) dan diberi nama Nur Safiyya Alisha. Leez telah menjalani pembedahan untuk kelahiran pertamanya ini.

leez rosli

Leez Rosli dan Aepul telah bergelar suami isteri selama setahun 5 bulan. Sebelum ini Leez pernah mengalami keguguran. Alhamdulillah rezeki mereka dimurahkan untuk menimang cahaya mata. Kata Aepul:-

Saya menemani Leez bersama semasa bersalin tadi. Bila pertama kali dengar suara anak sendiri, bergenang air mata kami jadinya. Betullah orang cakap perasaan itu (jadi bapa) tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saya terharu bercampur gembira sampaikan menangis.

Sudah setahun lima bulan kami berkahwin dan sudah tentu semua pasangan mahu zuriat sendiri. Walaupun Leez pernah mengalami keguguran sekali sebelum ini tapi alhamdulillah akhirnya kami mendapat zuriat pada kali ini

leez rosli

Semoga dengan kehadiran Nur Safiyya Alisha akan menceriakan lagi kehidupan Aepul dan Leez. Tahniah diucapkan sekali lagi. Sumber Mstar Online.

(TAHNIAH) Sharifah Shahirah Sah Hamil Dua Bulan

Posted: 04 Apr 2016 06:36 PM PDT

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan pengacara, Sharifah Shahirah yang kini sedang hamil anak beliau yang keenam.

Shiera mengesahkan kandungan beliau kini sudah masuk dua bulan dan mengetahui dirinya berbadan dua selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah bersama keluarganya pada hujung bulan Februari lalu.

Alhamdulillah, saya tidak sangka hamil sekali lagi selepas kali terakhir pada tujuh tahun lalu. Saya dan suami sangat gembira dan terharu. Lebih istimewa apabila khabar gembira itu saya peroleh selepas pulang dari mengerjakan umrah bersama keluarga.

Pada awalnya Shiera merasa bimbang kerana mengandung pada usia 40an, walaubagaimanapun setelah mendapat nasihat doktor beliau kini lebih berjaga-jaga dalam melakukan sebarang aktivit dan berharap segala proses kehamilan dipermudahkan.

Saya berasa seperti hamil anak sulung sebabnya sudah lama tidak melalui situasi ini. Tentu saja saya teruja nak melalui detik sedemikian. Apa pun saya perlu lebih berhati-hati kerana bukannya muda lagi. Apa pun, doakan semoga segalanya dipermudahkan Allah.

Selepas hamil kali terakhir sekitar 7 tahun lepas, kali ini Shiera dan suaminya Ijoy mengimpikan untuk mendapat bayi lelaki kali ini.

Hasil perkahwinan bersama pelakon Ijoy, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Airell, 12, Airra, 9, dan Audrra, 7, dan sekali keguguran.

Sebelumnya, Shirah mempunyai seorang anak perempuan, Allisya, 18, hasil perkahwinan pertamanya bersama bekas suami iaitu Jatt (Black Dog Bone).

Sumber Berita : Harian Metro




@



(12 FOTO) Sekitar Majlis Sambutan Hari Jadi Mawar Rashid Yang Ke 21