Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

(14 FOTO) Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Shah Iskandar

(14 FOTO) Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Shah Iskandar


(14 FOTO) Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Shah Iskandar

Posted: 17 Apr 2016 11:37 AM PDT

Semalam majlis resepsi perkahwinan Shah Iskandar dan isteri Siti Sarah Mohd Noor telah diadakan di IDCC Convention Centre, Shah Alam.

Majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah dan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak, rakan artis dan teman rapat mereka berdua.

Shah kelihatan kacak mengenakan suit berwarna hitam manakala Sarah cukup anggun dalam busana  serba putih.

Shah Iskandar dan Siti Sarah sah bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz pada 16 Januari lepas di dewan Ballroom, East Coast, Singapura.

Semoga pasangan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat dan diberikan rezeki untuk mendapatkan cahaya mata.

Jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi Shah Iskandar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : The MomaPixel

Mira Filzah Ada Kekasih Hati?

Posted: 17 Apr 2016 11:11 AM PDT

Menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, Mira Filzah mengakui beliau pernah menjalinkan hubungan cinta bersama seorang lelaki sewakti di universiti dahulu. Namun, hubungan mereak terputus apabila teman lelakinya itu meyambung pelajaran ke luar negara.

Cik Pang merasa hairan kerana selama ini Mira tidak mahu mengaku yang beliau pernah mempunyai teman istimewa.

Apabila ditanya oleh rakan kepada Cik Pang adakah beliau tidak sunyi  hidup sendirian? Mira menjelaskan beliau tidak pernah merasa begitu kerana sibuk dengan kerja serta jadualnya yang padat.

Oleh itu, Mira sememangnya tidak mempunyai sedikit peluang untuk mencari lelaki yang boleh mengisi ruang hatinya.

Tidak mengapa Mira, cinta itu boleh sahaja datang pada saat yang anda sendiri tidak akan jangka. Apa yang penting, harapnya lelaki itu nanti ikhlas sayangkan anda kerana diri anda sendiri dan bukan kerana populariti anda sebagai seorang artis.

Sumber Berita : Harian Metro

Kesungguhan Nedim Untuk Berkahwin, Buat Pintu Hati Saya Terbuka Semula – Nora Danish

Posted: 17 Apr 2016 10:50 AM PDT

Bila Nora Danish mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan Nedim Nazri pada tahun ini, ramai yang ingin tahu apakah perkara yang membuatkan wanita itu bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagi seorang isteri selepas beberapa tahun bergelar janda.

Nora memberitahu, kesungguhan Nedim yang ingin berkahwin dengan beliau telah membuka pintu hatinya untuk menerima kekasihnya itu sebagai suami.

Apabila Nedim sendiri bersungguh-sungguh dan mahu kami bernikah dalam tahun ini, membuatkan saya berfikir kembali, apa lagi yang saya mahu tunggu atau cari?

Hendak fikir pengalaman lalu membuatkan saya takut untuk bernikah lagi? Tidakkah kehidupan manusia itu ada pasang surutnya.

Bertahun menyulam cinta, pernah putus seketika dan sambung semula percintaan beliau bersama Nedim, Nora yakin bahawa mereka berdua sebenarnya cukup serasi bersama. Nedim juga sering bersependapat dengan Nora dalam sesuatu perkara.

Berbicara mengenai persiapan perkahwinan beliau seperti jumlah hantaran, Nora bagaimanapun menyatakan ia cuma adat semata-mata dan mahu mementingkan perkara yang wajib sahaja.

Daripada berhabis untuk hantaran dan belanja kahwin tinggi, ada baiknya wang itu disimpan dan digunakan apabila kami melayari hidup berumah tangga nanti. Apabila bernikah dan membina hidup bersama, sudah tentu wang banyak yang perlu dibelanjakan dalam jangka masa panjang. Ada baiknya duit yang ada itu kami laburkan.

Tambah pula selepas berkahwin, pastinya saya dan Nedim mahu menimang cahaya mata lagi. Membesarkan anak-anak zaman sekarang belanjanya agak tinggi. Pada waktu sama, wang yang ada boleh kami gunakan untuk memulakan perniagaan bersama.

Mesti ramai pelik, kahwin anak menteri takkanlah tiada hantaran pula? Apapun keputusan yang dibuat oleh Nora tentu beliau sudah tahu yang terbaik buat dirinya, yang penting adalah akad nikah. Semoga segala persiapan perkahwinan Nora dan Nedim berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Harian Metro

Janna Nick Sudah Berlagak Diva Dan Hasut Penerbit?

Posted: 17 Apr 2016 10:21 AM PDT

Teruk juga berita yang kami baca mengenai aktres Janna Nick yang semakin popular kini. Ada dakwaan yang mengatakan Janna kini sudah mula berlagak diva dan menghasut penerbit serta pengarah untuk tidak mengambil pelakon yang tidak disukai oleh beliau.

Janna berbuat demikian atas alasan beliau kini sudah memenangi  kategori Artis Pilihan anugerah DFKL 2016 dan tidak sesuai untuk digandingkan dengan pelakon baharu. Eh, biar betul Janna bersikap sebegini?

Melalui  ruangan Bipop Berita Harian, Janna menafikan sekerasnya tuduhan berkenaan dan mempercayai ada pihak yang cuba untuk memburukkan namanya.

Saya tidak pernah buat begitu. Soal pilihan pelakon adalah hak penerbit dan stesen TV untuk menentukannya.

Saya tidak tahu bagaimana isu ini boleh timbul. Mungkin ada pihak yang sengaja menggunakan nama saya untuk menutup perkara sebenar. Barangkali pelakon yang dicadangkan itu tidak diterima stesen TV kerana karakter tidak sesuai. Mereka menggunakan alasan dengan mengaitkan nama saya untuk menutup perkara sebenar.

Tambah Janna beliau tidak akan pernah lari jika ada gosip yang timbul. Buat Janna, untuk apa merasa takut jika sesebuah cerita itu tidak benar.

Sekiranya ada yang bertanya, saya tidak akan lari dan cuba menjawab dengan baik untuk memperbetulkan keadaan.

Cerita yang tidak benar, mengapa saya harus takut? Apa yang penting saya tahu menjaga diri sepanjang berada dalam industri.

Janna Nick agak tegas bukan dengan prinsip beliau? Bak kata pepatah, berani kerana benar dan takut kerana salah. Tak main la lari daripada wartawan dan biarkan sesuatu kontroversi dan gosip itu berpanjangan.

Sumber Berita : Berita Harian

Izreen Azminda Ada Kekasih Baharu?

Posted: 17 Apr 2016 09:55 AM PDT

Sejak bercerai Izreen Azminda sering dikaitkan dengan pelbagai gosip cinta, terutama sekali dengan pelakon baharu dan jauh lebih muda daripada dirinya.

Terbaru, menerusi ruangan Miss J di Utusan Online, Izreen dikatakan sudah mempunyai kekasih baharu dan lelaki itu berusia sedikit daripada Izreen.

Meskipun dalam proses mengenali hati budi masing-masing, Izreen dikhabarkan sedang merasa cukup bahagia dengan percintaan beliau bersama lelaki berkenaan.

Walaubagaimanapun, Izreen buat masa ini terpaksa merahsiakan hubungan beliau bersama kekasihnya itu atas sebab tertentu.

Jika benar Izreen sedang dilamun cinta kini, tahniah kami ucapkan dan berharap jodoh mereka panjang serta boleh sampai ke jinjang pelamin.

Berilah masa kepada Izreen untuk mendedahkan siapakah lelaki yang berjaya memikat hatinya.

Sumber Berita : Utusan Online

Nabil Ahmad Nafi Berubah Kerana Ingin Tunjuk Alim

Posted: 17 Apr 2016 09:49 AM PDT

Baru-baru ini, pelawak Nabil Ahmad memberitahu beliau tidak mahu lagi berpegangan tangan dengan bukah mahram dan telah menolak beberapa tawaran drama dan filem kerana prinsipnya itu.

Ada yang menyokong tindakan Nabil , tetapi ada juga pihak yang mengkritik beliau sengaja hendak tunjuk baik dan alim.

Jelas Nabil, beliau berubah atas kehendak beliau sendiri dan mahu menjadi contoh buat anak-anaknya di masa hadapan.

Saya berubah atas kehendak saya sendiri. Bukan nak tunjuk baik jauh sekali takut orang mengata saya bukan suami dan bapa yang baik untuk keluarga. Tapi semuanya berlaku kerana tanggungjawab semakin berat di bahu. Secara berdikit-dikit, saya memenuhi kekurangan dalam diri. Saya belajar ibu agama.

Saya mahu sesuatu yang boleh dijadikan contoh buat anak-anak saya kelak. Mereka adalah hala tuju saya yang baharu. Perubahan yang positif, itu yang saya inginkan.

Bila ada artis yang hendak berubah ke arah yang lebih baik, tetap mereka kena kutuk juga bukan?  Pada kami perubahan Nabil ini harus kita sokong dan mungkin boleh jadi contoh kepada yang lain juga. Benda baik apa salahnya kita doakan agar ia dipermudahkan?

Sumber Berita : Utusan Online

Saya Lega Isteri Letak Jawatan, Boleh Rehat Ketika Hamil – Fahrin Ahmad

Posted: 17 Apr 2016 09:44 AM PDT

Minggu lepas kita mendapat berita gembira dimana pelakon Fahrin Ahmad bakal bergelar bapa apabila isterinya Elena Hani Eleas disahkan hamil 15 minggu.

Jelas Fahrin, isterinya itu berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang alahan setakat ini.

Namun, perkara yang membuatkan Fahrin lebih gembira ialah isterinya kini sudah kemabli ke tanah air dan melepaskan jawatannya sebagai pramugari Emirates Airline. Fahrin lebih selesa untuk isterinya mendapatkan rehat yang secukupnya ketika hamil.

Alhamdulillah, semuanya menunjukkan perkembangan yang sihat setelah menjalani pemeriksaan buat kali kedua, baru-baru ini. Cuma apabila masuk ke peringkat ini, Elena sudah mula rasa sakit belakang, pinggang dan lenguh-lenguh kaki.

Mungkin ramai yang belum tahu atau tidak perasan, Elena sudah pun meletak jawatannya pada hujung Januari lalu dan kembali ke Malaysia. Saya lebih senang dia berehat, apatah lagi ketika hamil.

Setelah lama menunggu untuk menjadi seorang suami dan bapa, tentu sekali Fahrin Ahmad merasa gembira dan kalau boleh tidak mahu isterinya terlalu aktif demi menjaga kandungannya. Kami harap segala proses kehamilan dan bersalin buat Elena dipermudahkan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kalau Saya Kahwin Umur 34 Atau 35 Mungkin Saya Dah Bercerai – Hans Isaac

Posted: 17 Apr 2016 09:37 AM PDT

Minggu lepas Hans Isaac mengakui beliau kini sudah mempunyai teman istimewa dan percintaan mereka bakal berakhir dengan perkahwinan tidak lama lagi.

Ramai yang mengucapkan tahniah kepada beliau dan ada juga yang tidak sabar untuk mengetahui siapakah wanita yang bakal menjadi teman hidup Hans.

Namun, ada juga persoalan dimana adakah tidak terlambat untuk Hans berkahwin memandangkan usia beliau kini dalam lingkungan 40 an. Ini jawapan yang diberikan oleh Hans :-

Seandainya saya berkahwin ketika usia saya 34 atau 35 tahun misalnya, saya rasa mungkin saya dah bercerai dah ketika itu. Dulu saya mungkin tak faham mengenai komitmen dalam hubungan kerana tak matang.

Jelas Hans, beliau kini sedar bahawa didalam sesebuah hubungan itu, perlu ada pengorbanan dan perlu juga untuk memahami erti disebalik pengorbanan itu.

Sedangkan dalam sesuatu perhubungan, pengorbanan perlu ada daripada kedua-dua pihak. Saya faham benda tu sekarang. Dulu mungkin saya cakap saja saya faham, tetapi di dalam, adakah saya benar-benar faham? Saya berani katakan ketika itu kalau saya berkahwin, saya mungkin sudah bercerai.

Hans memberitahu beliau sudah lama bersedia untuk menjadi seorang suami tetapi beliau tidak mahu bila berkahwin nanti akan timbul pelbagai jenis masalah. Oleh itu, Hans membuat keputusan untuk tunggu dahulu.

Saya tak nak bila berkahwin, ada masalah. Sekarang pun banyak kes yang berlaku dan sebab itu saya rasa lebih baik saya tunggu dulu. Banyak yang kahwin muda dan kemudian macam-macam hal terjadi. Sekarang saya banyak memikirkan hal ini, dulu tak fikir sangat.

Buat masa ini, Hans dan pasangan belum mempunyai tarikh tertentu untuk majlis raja sehari mereka. Hans berjanji beliau akan mengumumkannya kepada umum apabila tiba masa yang sesuai.

Sumber Berita : Utusan Online

Fizo Omar Mengaku Ada Pelanggan Yang Dibayar

Posted: 16 Apr 2016 09:39 PM PDT

Tidak mahu lagi nama beliau dan jenama Fareeda terus dipersalahkan sehingga hari ini, Fizo Omar mengakui ada pelanggan yang dibayar untuk beratur mendapatkan koleksi terbaru tudung Fareeda tempoh hari sehingga ia menjadi viral.

Namun, pelanggan tersebut bukanlah dibayar oleh pihak Fareeda  tetapi dibayar oleh ejen-ejen yang akan menjual semula tudung tersebut.

Memang mereka dibayar, tetapi bukan oleh pihak Fareeda. Mereka dibayar oleh ejen-ejen yang menjual semula tudung Fareeda. Untuk pengetahuan semua, setiap seorang hanya boleh dapat satu nombor dan membeli sebanyak empat helai. Maka, disebabkan itu ada ejen yang mengupah 10 orang barangkali untuk membeli nombor giliran.

Jadi, tidak ada isu pihak Fareeda mengupah atau membayar mana-mana individu untuk berebut-rebut mengambil nombor giliran.

Fizo juga menepis dakwaan kononnya beliau riak dengan memuat naik video rusuhan yang berlaku di akaun Facebooknya.

Sebagai ahli perniagaan, saya ingin berkongsi kemeriahan sambutan koleksi terbaharu tudung Fareeda bukannya hendak bersikap riak. Kami tidak menyangka video berkenaan menjadi viral dan mengundang rasa tidak puas hati orang ramai.

Pada pelancaran koleksi terbaru akan datang, Fizo memberitahu pihak Fareeda akan merancang untuk membuat acara itu di stadium pula secara besar-besaran dan mahu pelanggan merasa lebih selesa.

Sumber Berita : Kosmo Online




@



(14 FOTO) Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Shah Iskandar