Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

(2 FOTO) Adakah Jejaka Ini Kekasih Kaka Azraff?

(2 FOTO) Adakah Jejaka Ini Kekasih Kaka Azraff?


(2 FOTO) Adakah Jejaka Ini Kekasih Kaka Azraff?

Posted: 15 Apr 2016 11:17 AM PDT

Penyanyi Kaka Azraff bukanlah seorang yang suka bercerita mengenai kisah peribadinya. Malah, agak jarang kita dengar sebarang gosip mengenai percintaan beliau kecuali apabila beliau dituduh cuba merampas bekas kekasih Tasha Shilla.

Namun, sedang kami asyik leka melayari Internet, terjumpa pula foto Kaka bersama seorang jejaka. Menerusi foto tersebut, Kaka kelihatan agak mesra bersama jejaka tersebut. Foto itu dipercayai dirakam sewaktu Kaka bercuti ke Eropah baru-baru ini.

Adakah lelaki ini sebenarnya mempunyai hubungan istimewa bersama Kaka? Erm, macam ada sesuatu je mereka berdua ini,  mesra dan seperti dilamun cinta.

Jika benar ini kekasih Kaka, kami harap mereka ada jodoh untuk bersama satu hari nanti. Apa-apa pun, kita tunggu penjelasan lanjut daripada Kaka nanti. Kalau hati sudah dimiliki apa salahnya berkongsi perkara baik dengan peminat.

Faye Kusairi Tanggung Malu : JAIS Serbu Rumah Keluarganya Kerana Laporan Palsu

Posted: 15 Apr 2016 10:36 AM PDT

Pelakon Faye Kusairi meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak untuk menceroboh rumah keluarga beliau tanpa sebarang usul periksa. Malah, Faye merasakan diri beliau teraniaya apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan beliau sanggup membuat laporan palsu dan melibatkan keluarganya sekali.

Menurut Faye, rumah miliknya yang didiami oleh ayah,ibu serta adik beliau di Bukit Antarabangsa diserbu masuk kira-kira jam 2.30 pagi Ahad lepas.

Insiden ini jelas mencemarkan maruah keluarga beliau dan Faye juga malu dengan apa yang sudah berlaku.

Tujuan saya bukanlah untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, namun saya berasa teraniaya apabila keluarga diperlakukan sebegini. Malah, pihak si pengadu turut memberi jaminan kepada pihak JAIS untuk menanggung kos kerosakan sepanjang proses serbuan berlangsung.

Maruah keluarga saya turut tercemar apabila insiden terbabit disaksikan oleh jiran tetangga. Saya juga risaukan ibu saya yang menghidap darah tinggi.

Faye menegaskan beliau mempunyai hak untuk mengetahui siapakah individu yang membuat laporan palsu tersebut kerana bimbang akan keselamatan keluarganya. Bayangkan, pengadu itu  mengetahui kelima-lima kereta miliknya dan keluarga.

Susulan kes berkenaan, Faye telah membuat satu laporan polis bagi menjamin keselamatan beliau dan keluarga.

Sumber Berita : BH ONLINE

Sikap Tidak Matang Hafidz Punca Perkara Ini Berpanjangan – Uqasha Senrose

Posted: 15 Apr 2016 10:13 AM PDT

Sepanjang minggu ini, "perang" antara pelakon utama Tundukkan Playboy Itu iaitu Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi menjadi viral di media sosial.

Isu itu menjadi panas apabila Uqasha menerusi akaun Twitter beliau menyindir kenyataan Hafidz mengenai tunangnya yang cemburu akan kemesraan mereka berdua ketika berlakon. Buat Uqasha, sikap itu agak kebudak-budakan sedangkan mereka hanya berlakon sahaja dan tidak mempunyai sebarang hubungan.

Malah, Hafidz juga ada membalas kenyataan Uqasha dan meminta agar aktres itu bersemuka dengan beliau jika ada memendam rasa tidak puas hati.

Mulai saat itu, ada sesetengah netizen yang menganggap Uqasha agak keterlaluan dalam menegur dan beliau lah yang harus dipersalahkan.

Tidak mahu terus berada di pihak yang salah, Uqasha menjelaskan sikap tidak matang Hafidz adalah punca sebenar perkara itu berpanjangan.

Saya hairan kenapa orang hanya nampak seperti saya yang menjadi punca kontroversi itu, hanya berdasarkan satu status saya muat naik. Sedangkan selepas itu dia (Hafidz) memuat naik tiga status berbeza di laman sosialnya dengan ayat yang agak kasar bunyinya.

Dia sepatutnya lebih matang dalam menangani situasi ini. Pada saya, tidak perlu rasanya untuk dia memberitahu mengenai perasaan cemburu tunangnya itu kepada khalayak. Ia akan lebih merumitkan keadaan dan mencalarkan reputasi tunangnya sendiri.

Mengetahui kontroversi antara mereka sudah semakin panas, Uqasha ada cuba menghubungi Hafidz untuk menyelesaikan masalah mereka tetapi usaha beliau gagal kerana Hafidz tidak menjawab sebarang mesej yang dikirim ataupun menjawab panggilan telefon daripada Uqasha.

Kalau boleh saya tidak mahu kontroversi ini berpanjangan dan ingin menyelesaikannya secepat mungkin. Saya pernah cuba menghubunginya namun panggilan telefon tidak berjawab dan mesej yang dihantar tidak berbalas. Iyalah, saya pun nak tahu juga apa puncanya sehingga berlaku perkara seperti ini.

Dasyat juga masalah antara Uqasha dan Hafidz, malah kedua-duanya telah memadam foto mereka bersama daripada Instagram masing-masing. Kalau salah seorang sudah mengalah dan cuba selesaikan masalah, apa salahnya untuk bertolak ansur bukan? Benda boleh settle..

Sumber Berita : BH ONLINE

Zahirah Macwilson Enggan Terlalu Dedah Kisah Cinta

Posted: 15 Apr 2016 05:54 AM PDT

Sebelum ini ada timbul khabar angin mengatakan Zahirah Macwilson tidak lagi bergelar kekasih kepada Zul Ariffin kerana mereka jarang kelihatan bersama. Namun, Zahirah menerusi satu kenyataan memberitahu beliau masih bercinta dengan Zul.

Buat Zahirah, beliau tidak mahu terlalu mendedahkan kisah cintanya ataupun terkenal dengan publisiti murahan dan ingin fokus kepada kerjaya beliau.

Baru-baru ini saja saya membuat kenyataan mengenai kisah cinta kami. Cukuplah sekadar perkongsian kami masih menjalinkan hubungan dan masing-masing enggan lagi memperbesarkan perkara itu.

Saya bukan jenis yang gemar memuat naik gambar peribadi dan begitu juga dengan Zul. Mungkin ada yang membuat andaian kami berpisah kerana jarang memuat naik gambar bersama.

Kerjaya lakonan itu memang penting, tetapi kadang-kala to spice things up mungkin boleh kongsi juga kisah peribadi kepada umum. Peminat ingin tahu juga perkembangan percintaan Zahirah dan Zul.

Sumber Berita : BH ONLINE

Rozita Che Wan Bawa Sehingga 20 Buah Beg Ketika Melancong?

Posted: 15 Apr 2016 04:45 AM PDT

Setiap kali Rozita Che Wan melancong, pasti ia akan mendapat perhatian ramai kerana akan tampil dengan gaya fesyen yang berbeza setiap hari.

Tahu kah anda rupa-rupanya Che Ta turut membawa 20 buah beg bersama beliau ketika melancong? Tidak percaya?  Perkara itu didedahkan sendiri oleh jurugambar rasmi beliau Annas Easkey melalui akaun Instagram miliknya.

Annas  kini bersama Che Ta dan keluarganya bercuti di sekitar Eropah sambil merakam detik indah percutian keluarga aktres tersebut.

Tak sia-sia che ta bawak 20 luggage, beg tangan je dah 4 beg. Hehe.

Wow, banyak juga beg yang Che Ta bawa bukan? Berapa lah agaknya jumlah beliau kena bayar untuk check in beg  setiap kali melancong? Hehe..Tidak mengapalah, beliau sememangnya tidak akan kisah dengan kritikan ramai dan menikmati kehidupannya.

Sumber Berita : Instagram Annas Easkey

Jangan Bandingkan Cara Saya Dan Sharnaaz Ahmad Mengacara- Nabil Ahmad

Posted: 15 Apr 2016 04:02 AM PDT

Berpendapat buukan mudah untuk menggalas tugas sebagai seorang pengacara, Nabil Ahmad berharap penonton tidak membandingkan cara beliau dan Sharnaaz Ahmad mengacara.

Sharnaaz masih lagi baharu dalam bidang tersebut dan masih mempunyai masa untuk memperbaikai kelemahan beliau. Malah program Gempak Superstar juga baru bersiaran di minggu pertama.

Setiap orang mempunyai kelainan dari segi pengacaraan dan saya rasa tak perlu untuk orang bandingkan saya dan Sharnaaz. Bekerja dalam bidang ini bukanlah sesuatu yang mudah. Jangan terus mengkritik seseorang tanpa mengetahui apa yang mereka lalui.

Macam Sharnaaz, kita semua tahu dia masih lagi baru dalam bidang ini dan kita kena beri peluang kepada dia. Saya rasa Sharnaaz mempunyai potensi yang cerah dalam bidang pengacaraan.

Sebab itu saya kata kita perlu beri peluang kepada mereka lagipun Gempak Superstar baru minggu pertama jadi masih banyak lagi masa untuk mereka baiki kekurangan yang ada.

Baik Nabil ataupun Sharnaaz , kedua-duanya mempunyai cara berbeza untuk mengacara. Jangan terlalu mengkritik dan kita lihat dahulu jika minggu ini Sharnaaz ada peningkatan yang baik ketika menjadi pengacara.

Sumber Berita : Astro Gempak

Fahrin Ahmad Sahkan Isteri Hamil 15 Minggu

Posted: 15 Apr 2016 03:20 AM PDT

Beberapa jam lepas tersebar berita berbentuk spekulasi bahawa isteri Fahrin Ahmad telah hamil kerana kapsyen yang ditulis oleh Fahrin di Instagram.

Sebentar tadi, melalui Utusan Online, Fahrin telah mengesahkan bahawa isterinya yang bernama Elena Hani Eleas sememangnya berbadan dua.
 photo fahrin1.jpg.transformed_1.jpg

Katanya, Elena sedang hamil 15 minggu dan berada dalam keadaan sihat.

Fahrin, 37, mengenali Elena, 38, ketika menuntut di Matrikulasi Undang-Undang dan Fakulti Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Pasangan ini telah melangsungkan pernikahan mereka pada 9 Mei tahun lepas. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.

Saya Terima Hakikat Zaman Kegemilangan Saya Sudah Pun Berkahir – Fizz Fairuz

Posted: 14 Apr 2016 10:26 PM PDT

Agak jarang kita boleh lihat Fizz Fairuz berlakon dalam mana-mana drama sejak kebelakangan ini, ramai yang tertanya adakah Fizz kini sudah tidak berminat untuk aktif dalam bidang lakonan?

Namun, menurut Fizz beliau sebenarnya sudah kurang mendapat tawaran berlakon. Jelas Fizz beliau tidak merasa sedih ataupun terkilan dan mengakui zaman kegemilangan beliau sudah berakhir.

Sebagai pelakon saya terima hakikat zaman kegemilangan saya sudah pun berkahir dan ia kitaran biasa.

Jika dahulu adalah masa saya sekarang giliran bakat-bakat baharu pula untuk mencipta nama sebagai pelakon.

Menggunakan masa yang ada sekarang, Fizz sudah membuka syarikat produksi beliau sendiri dan sedang mengintai peluang untuk bergelar pengarah serta penerbit pula.

Saya masih dalam industri dan saya ada perancangan tersendiri untuk membawa karier saya ke tahap lebih tinggi.

Alhamdulillah sebagai permulaan saya sudah pun membuka syarikat sendiri iaitu Rain Maker Creative Sdn Bhd untuk menghasilkan drama atau pun filem termasuk pengurusan acara.

Dunia hiburan ini ada jatuh bangunnya sendiri, popular itu hanya sementara dan jika anda tidak betul-betul berbakat agak susah untuk bertahan dalam industri.  Sebab itu kalau boleh setiap pelakon harus melakukan pelbagai persediaan untuk meneruskan kehidupan di masa hadapan sekiranya tawaran berlakon sudah berkurangan.

Sumber Berita : mStar Online

(7 FOTO & VIDEO) Fara Fauzana Bekerja Sambil Bercuti Di Australia

Posted: 14 Apr 2016 08:43 PM PDT

Seronok kami melihat foto-foto yang dikongsikan oleh Fara Fauzana yang kini beradi di Australia. Pelbagai aktiviti yang beliau lakukan termasuklah skydiving. Pergh, kalau kami dah ketaq dah lutut ni sebab gayat.

Fafau juga ada menjalani sesi fotografi di beberapa tempat menarik sekitar Australia seperti Perth, Cape Leeuwin Lighthouse dan Wyadup Rocks.

Ketika di Wyadup Rocks, Fafau sempat memuat naik video beliau dipukul ombak dengan agak kuat. Erm, agak bahaya tetapi kami  yakin beliau rasa cukup seronok.

Jom kita layan video dan beberapa lagi foto Fafau di Australia dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Teman Wanita Dipukul Teruk Oleh Kekasih, Seorang Penyanyi Rock Terkenal

Posted: 14 Apr 2016 07:55 PM PDT

Shazia Mohd Rozaini, yang juga anggota kumpulan ZiaBella, memberitahu BH Online bahawa dia dipukul dengan teruk oleh kekasihnya yang merupakan seorang penyanyi rock terenal bulan lepas. Susulan kejadian itu dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya dan menyebabkan penyanyi rock itu ditahan polis untuk satu tempoh.
 photo siapko.transformed.jpg

Benar, dia memukul saya dengan teruk. Saya sudah tidak boleh menerima keadaan ini, menyebabkan saya membuat laporan polis.

Dia juga ditahan seketika. Bagaimanapun, dia dilepaskan dengan syarat dirinya tidak boleh lagi dekat dengan saya ataupun keluarga.

Dia juga takkan ada sebarang kaitan lagi dengan saya. Jika tidak, kes ini akan di bawa ke mahkamah.

Disebabkan kejadian itu masih dalam siasatan polis, Shazia tidak dapat bercerita lanjut. Katanya laporan polis itu dibuat atas permintaan ibunya yang bimbang tentang keselamatan Shazia. Malah ia bukan kali pertama Shazia dipukul.

Bagaimanapun kata Shazia yang kini berusia 23 tahun, beliau tidak boleh bercerita lebih lanjut mengenai kejadian itu kerana ia masih dalam siasatan polis. Katanya, dia bertindak membuat laporan polis selepas ibunya meminta dirinya berbuat demikian demi keselamatannya.

Saya bercinta dengannya lebih sembilan tahun dan tak sangka pula begini pengakhirannya.

Tetapi saya percaya setiap kejadian ada hikmahnya. Walaupun bukan mudah, saya akan terus pandang ke hadapan dan tidak mungkin akan kembali kepadanya semula.

ZiaBella merupakan anak didik KRU Productions dan popular dengan lagu Unfollow Hatiku.

Shazia berharap berharap dapat meneruskan kehidupan tanpa memandang lagi ke belakang walaupun harapan untuk mendirikan rumah tangga bersama penyanyi itu musnah. Dia juga menganggap pengalaman itu satu pengajaran buat dirinya.

Penyanyi rock berkenaan bagaimanapun enggan mengulas tentang kejadian itu.

Kata orang, bila sudah memukul wanita, seorang lelaki bukan lagi dikira sebagai lelaki. Jika benar apa yang berlaku silalah belajar mengawal diri. Penat-penat ibu bapanya membesarkan, awak sedap-sedap membelasah. Kalau nak berlawan, masuk pertandingan MMA dan bersaing dengan yang setanding, bukan sepatutnya begitu?




@



(2 FOTO) Adakah Jejaka Ini Kekasih Kaka Azraff?