Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Bekas Isteri Jimmy Shanley Dipenjara 3 Hari

Bekas Isteri Jimmy Shanley Dipenjara 3 Hari


Bekas Isteri Jimmy Shanley Dipenjara 3 Hari

Posted: 31 Mar 2016 05:27 AM PDT

Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam memerintahkan bekas isteri pengacara Jimmy Shanley, 36, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 30, menjalani hukuman penjara tiga hari mulai hari ini. Sebelum itu, mahkamah sama mengekalkan hukuman Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 28 Januari 2015 terhadap Nursuhaila Eliani yang mengingkari perintah berhubung lawatan dan bermalam membabitkan anak mereka.
jimmy shanley

Bagaimanapun, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Tan Sri Dr Ibrahim Lembut mengurangkan jumlah penjara daripada tujuh ke tiga hari.Penghakiman yang dibacakan Hakim Rayuan Syariah Datuk Aidi Moktar menolak permohonan Nursuhaila Eliani untuk mengetepikan perintah komital berkenaan dengan alasan Mahkamah Tinggi Syariah sudah memberi ruang dan peluang untuk perayu membela diri selain hukuman penjara itu juga tidak melanggar peruntukan undang-undang syariah Selangor.
jimmyNursuhaila Eliani diarahkan menjalani hukuman penjara hari ini di Penjara Wanita Kajang. Sumber Harian Metro.

Sherry Al-Hadad Gembira Diterima Sebagai Pelakon Utama Cinta 100kg

Posted: 30 Mar 2016 10:40 PM PDT

Drama-drama yang diterbitkan di Malaysia biasanya menampilkan heroin yang cantik jelita dan langsing bagi menarik perhatian penonton. Menampilkan pelakon wanita berbadan besar sebagai bintang utama dikira satu pertaruhan dan selalunya penerbit tidak berani mengambil risiko tersebut.

Justeru, drama Cinta 100kg arahan Megat Shah Rizal dan terbitan Playground Pictures harus mendapat pujian kerana berani mengambil risiko untuk menampilkan Sherry Al Hadad bergandingan dengan pelakon kacak Fezrul Khan dan Zain Ruffedge dan ia kini sedang ditayangkan di Slot Dahlia TV3.
 photo 10584629_843230799120972_540520139_n.jpg
Kepada Media Hiburan, Sherry memberitahu:

Kalau dahulu pelakon yang mempunyai fizikal yang besar kurang mendapat perhatian, inikan pula mendapat peluang sebagai bintang utama.

Kini tidak lagi, dan saya percaya mereka semakin bijak menilai bakat yang ditonjolkan bukan bergantung kepada rupa paras dan fizikal yang menarik sahaja.

Walaupun gembira, Sherry mengakui dia berasa risau jika ada pihak yang bosan atau jemu jika wajahnya sering dilihat menghiasi skrin.

Kebetulan drama yang saya lakonkan semua disiarkan pada waktu lebih kurang sama, jadi jika mereka menonton televisyen, memang akan kerap melihat muka saya.
Oleh sebab itu saya perlu berhati-hati melakonkan sesuatu watak yang diberikan kepada saya, takut nanti nampak sama di mata mereka yang menonton.


 photo 10013045_822003881245288_1108241173_n.jpg

Masyarakat kini sebenarnya lebih terbuka dan boleh menerima pelakon berbadan besar seperti Sherry asalkan berbakat, bukan? Kalau cantik dan langsing tetapi lakonan ‘kayu’ bakal mendapat kutukan saja. Penonton juga akan menonton drama yang menampilkan jalan cerita dan skrip yang menarik.

Sekiranya Melissa McCarthy yang berbadan besar mampu menarik penonton untuk menonton filemnya di Hollywood sehingga menjadi box-office, mengapa tidak Sherry mampu untuk menarik penonton bagi menaikkan rating drama? Ini merupakan satu perkembangan yang menarik untuk industri drama tempatan.

Eli Homemade Kuah Kacang Dan Pecal adalah resepi yang dimudahkan bagi pengemar Kuah Kacang Dan Pecal..Satu- satunya…

Posted by Eli Homemade Kuah Kacang Dan Pecal on Tuesday, 1 March 2016

Siti Nurhaliza Jual Lebih 50 Pakaian Terpakai Di Instagram

Posted: 30 Mar 2016 08:17 PM PDT

Sebagai seorang penghibur yang sudah berkecimpung dalam industri hiburan lebih 20 tahun lamanya, sememangnya Datuk Siti Nurhaliza mengenakan pelbagai pakaian untuk persembahan atau sesi fotografi.

Kini, penyanyi itu telah membuka satu akaun Instagram untuk menjual pakaian-pakaian lama yang direka oleh pereka fesyen yang bekerja dengannya, antaranya Bernard Chandran, pada harga serendah RM 100.

Katanya kepada mStar Online:

Saya sifatkan ini adalah jualan, bukan lelongan sebab itulah saya muat naik di Instagram. Penjualan ini terbuka kepada sesiapa yang berminat. Saya juga mengakui perlu mengasingkan baju yang masih saya pakai dan yang sudah tidak dipakai untuk mengatur semula bilik pakaian saya.

Kerjaya saya ini (sebagai penyanyi) akan membuatkan pakaian yang dipakai selalu berganti dan saya perlu ruang untuk baju-baju yang baru.

Saya keluarkan pakaian itu seminggu ada dua kali, kadang-kadang ada mencapai 10 helai seminggu saya muat naik di Instagram.

Baju yang ada kenangan sendiri saya akan simpan, saya hanya menjual baju yang saya pakai sekali atau dua kali sahaja. Ada juga baju kasual yang tidak muat lagi.

Alhamdulillah, sejak saya mula buka akaun Instagram untuk penjualan baju-baju ini ramai peminat yang membelinya untuk koleksi mereka.

Akaun Instagram yang menggunakan handle @prelovedctdk11 itu kini mempunyai 17,600 pengikut dan ramai menunjukkan minat untuk membeli koleksi pakaian tersebut yang semuanya hanya dipakai sekali atau dua kali sahaja.

Mereka yang berminat bolehlah ke Instagram tersebut untuk meninjau dan membeli jika suka. Bagaimanapun, jangan jangkakan ada saiz-saiz plus untuk pakaian terpakai ini, semuanya saiz S atau M sahaja memandangkan Siti juga memang seorang bersaiz kecil.

Faye Kusairi Tuntut Elly Mazlein Buat Permohonan Maaf Terbuka Jika Tidak Mahu Disaman

Posted: 30 Mar 2016 07:55 PM PDT

Sebelum ini, terdapat cakap-cakap bahawa pelakon Faye Kusairi ialah punca perceraian Elly Mazlein dengan pengarah Azmi Hatta. Khabarnya, Elly turut membuat dakwaan itu dalam laporan sebuah akhbar. Kepada Harian Metro, Faye memberitahu yang dia menuntut Elly membuat permohonan maaf terbuka terhadapnya dalam masa sebulan hingga dua bulan sekiranya mahu mengelak tindakan saman.

Dia tidak menjawab permintaan saya dan belum meminta maaf. Dia berkata tidak menuduh sesiapa, jadi bukanlah saya yang menjadi punca.

Saya cuma mahu melindungi keluarga daripada cemuhan masyarakat. Saya mahu tegakkan kebenaran yang saya bukan punca perceraian mereka. Perkara lain, anda boleh bertanya dengan peguam saya.

Faye menambah, keadaan Elly yang tertekan dan sedih setelah apa yang berlaku ketika dalam tempoh berpantang juga mungkin menyebabkan dia senang dipengaruhi oleh orang lain sehingga membuat tuduhan seperti itu.


Mungkin Elly masih terkesan dengan apa yang berlaku lantas membuat dakwaan tersebut. Apa pun diharap satu jalan penyelesaian terbaik akan dicapai demi kebaikan kedua-dua belah pihak. Memang malang jika satu pihak yang tidak kena-mengena dikatakan punca satu perkara yang tidak diingini terjadi.

Semarak Bangsawan 2016 bakal membuka tirai dengan pementasan bangsawan Mulan oleh Persatuan Alumni ASWARA arahan K’ma…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 6 March 2016

(TAKZIAH)Sharifah Sakinah Keguguran

Posted: 30 Mar 2016 07:31 PM PDT

Jutaan takziah diucapkan kepada Sharifah Sakinah dan suami atas berita sedih ini. Nampaknya belum ada rezeki untuk mereka bergelar ibu bapa setakat ini. Sharifah Sakinah telah memaklumkan yang dirinya mengalami keguguran ketika usia kandungannya baru mencecah beberapa minggu.

sharifah sakinah

Namun Sharifah Sakinah redha dengan apa yang terjadi. Katanya:-

Saya mendapat tahu mengenai keguguran ini sekitar dua minggu lalu. Kandungan itu sendiri masih pada peringkat awal. Bagaimanapun, saya menerima ketentuan ini dengan reda. Suami (Aliff Adha) turut berperasaan sama.

sharifah sakinah

Insya Allah akan ada rezeki buat Sharifah Sakinah dan suami untuk menimang cahaya mata selepas ini. Sharifah Sakinah kenalah jaga kesihatan. Jangan terlalu suka angkat besi. Bersenam memang bagus, tetapi kadangkala ia tidak sesuai untuk wanita yang mahu hamil. Apa-apa pun, tanyalah doktor apa yang terbaik untuk diri anda. Selamat mencuba lagi.




@



Bekas Isteri Jimmy Shanley Dipenjara 3 Hari