Che Ta Dikritik Netizen Muat Naik Foto Pakai Seluar Jeans Koyak Dilutut |
- Che Ta Dikritik Netizen Muat Naik Foto Pakai Seluar Jeans Koyak Dilutut
- Sharifah Sakinah Redha Alami Keguguran
- Akaun Instagram Digodam : Wawa Zainal Hilang Lebih 1 Juta Pengikut
- Eira Syazira Didakwa Tipu Pembeli : Jual Kasut Tiada Kualiti
- Saya Padam Komen Negatif Kerana Tidak Mahu Emosi Terganggu – Ayda Jebat
- Sanggupkah Anda Berkahwin Semata-Mata Kerana Pandangan Masyarakat Atau Lebih Rela Bergelar Anak Dara Tua?
- Mana Ada Saya Hamil – Rozita Che Wan
- Izreen Azminda Bengang Dengan Komen Peminat Yang Dakwa Dirinya Sombong
Che Ta Dikritik Netizen Muat Naik Foto Pakai Seluar Jeans Koyak Dilutut Posted: 18 Apr 2016 09:36 AM PDT Fesyen Rozita Che Wan sekali lagi menjadi tumpuan dan kritikan ramai apabila beliau baru-baru ini memuat naik foto memakai seluar jeans yang koyak di bahagian lutut. Foto itu mendapat lebih daripada 500 komen dimana rata-rata mempertikaikan cara Che Ta berpakaian sebagai seorang wanita muslimah. Ia mengundang pelbagai komen pedas daripada netizen dan ada juga yang berpendapat lebih baik Che Ta memadam foto berkenaan. Ini antara komen netizen di Instagram Che Ta :-
Che Ta juga ada membalas komen yang diberikan kepadanya dan beliau menjelaskan beliau tidak mendedahkan kulitnya dan ia ditutup menggunakan legging ataupun lining. Walaubagaimanapun, masih ada yang merasakan seluar itu sendiri tidak sesuai dipakai oleh Che Ta.
Pada kami sebelum upload foto tu, lebih baik fikir dahulu agar ia tidak mengundang fitnah dan mencetuskan spekulasi. Nanti bila ada orang komen negatif mula hendak sentap dan sebagainya. |
Sharifah Sakinah Redha Alami Keguguran Posted: 18 Apr 2016 09:23 AM PDT Mengalami keguguran baru-baru ini, Sharifah Sakinah tidak mahu terus berduka dan redha dengan ketentuan takdir bahawa beliau belum ada rezeki untuk bergelar ibu. Malah,Sakinah juga tidak menyesal menolak semua tawaran lakonan kerana ingin berehat dan menjaga kandungannya sebelum ini.
Ramai yang mengkritik mengapa Sakinah masih lagi lasak dan menaiki kapal terbang untuk mengerjakan umrah bersama keluarganya. Jelas Sakinah beliau tidak tahu bahawa wanita yang sedang berada di peringkat awal kehamilan tidak boleh menaiki kapal terbang.
Sakinah dan suaminya Aliff Adha sebenarnya merencan untuk mendapatkan anak selepas dua tahun berkahwin dan akui terkejut saat disahkan hamil awal daripada jangkaan mereka. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa gembiranya Sakinah apabila mendapat berita beliau sedang berbadan dua walaupun dapat merasai dalam tempoh yang agak singkat.
Agak sedih juga jika mengalami keguguran, tetapi bak kata Sakinah mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.Lagipun, Sakinah mempunyai banyak lagi masa untuk mendapatkan cahaya mata. |
Akaun Instagram Digodam : Wawa Zainal Hilang Lebih 1 Juta Pengikut Posted: 18 Apr 2016 09:18 AM PDT Menerusi akaun Twitternya semalam, Wawa Zainal telah meluahkan rasa kecewa beliau apabila akaun Instagram miliknya telah digodam. Lebih teruk lagi, pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah menukar username di Instagram dan menawar sesiapa sahaja untuk membeli akaun Instgram tersebut yang telah mempunyai lebih daripada 1 juta pengikut. Berita itu turut dikongsikan oleh Aeril Zafrel dan meminta agar orang ramai untuk melaporkan akaun tersebut. Malah, Wawa juga memberitahu beliau belum lagi membuat akaun Instagram baru dan meminta agar peminatnya tidak terpedaya dengan mana-mana akaun lain yang menggunakan namanya. Sabarlah Wawa Zainal, sekarang ini banyak orang yang ingin mengambil kesempatan terhadap artis, lebih-lebih lagi jika akaun Instagram mereka mempunyai jumlah pengikut yang ramai. InshaAllah, mungkin ada cara untuk Wawa dapatkan semula akaun Instagram beliau. |
Eira Syazira Didakwa Tipu Pembeli : Jual Kasut Tiada Kualiti Posted: 18 Apr 2016 09:12 AM PDT Terbaru, menerusi ruangan Poklip di Utusan Online beliau mendakwa kawan beliau ditipu apabila membeli kasut berjenama yang dijual oleh Eira. Dibeli dengan harga RM500 dan memberitahu bahawa kasut itu adalah yang asli, namun apabila ia sampai kepada pembeli ia indah khabar daripada rupa. Bukan sahaja barang yang dijual oleh Eira tidak mempunyai kualiti tetapi rupa-rupanya ia adalah produk tiruan. Bukan tidak boleh menerima jika ia barang reject daripada kilang, tetapi Poklip mempersoalkan kejujuran Eira dalam berniaga. Apa salahnya untuk Eira beritahu jika barang tersebut mempunyai sedikit kecacatan dalam penghasilannya daripada mengakui ia adalah barang asli. Erm, bagus dah langkah Eira Syazira untuk menceburi bidang perniagaan tetapi jika benar beliau tidak jujur, memang selepas ini tiada lagi orang yang akan membeli barangan yang dijual oleh beliau. Harapnya Eira dapat tampil dan menjelaskan hal yang sebenar. |
Saya Padam Komen Negatif Kerana Tidak Mahu Emosi Terganggu – Ayda Jebat Posted: 18 Apr 2016 09:05 AM PDT Bila Ayda Jebat bertindak untuk memadam serta menyekat komen-komen negatif di akaun Instagram miliknya, ramai yang mendakwa Ayda sombong. Namun, menurut Ayda beliau berbuat demikian kerana tidak mahu komen tersebut mengganggu emosinya.
Tambah Ayda, segala komen serta kritikan haters sebenarnya membuatkan beliau lebih bersemangat untuk mencapai sesuatu.
Macam tu lah, buat apa hendak layan apa yang dikatakan oleh haters bukan? Biarkan mereka kritik, lama-lama nanti senyap la tu. Jadi lepas ini, Ayda tidak perlulah hendak block mereka di Instagram bukan? Heh. |
Posted: 17 Apr 2016 10:00 PM PDT Di Malaysia, sekiranya anda seorang gadis berusia dalam lingkungan usia 27-30 tahun dan masih belum berkahwin, pastinya anda akan merasai tekanan yang amat sangat. Balik kampung je makcik-makcik, nenek-nenek confirm akan tanya "kau bila lagi nak kawin?", "kau seorang je cucu nenek yang tak kawin-kawin lagi", "kau nie muka cantik, takkan lah tak ada orang nak?". Memang pedih ulu hati apabila soalan yang sama seringkali diulangtanya. Bertambah pedih bila gelaran "anak dara tua" mula diberikan kepada anda. Abang Nara ingatkan di Malaysia sahaja ada masalah "anak dara tua" ini. Rupa-rupanya di negara China pun sama jugak. Malahan lebih dasyat lagi. Gadis-gadis yang berusia 25 tahun dan ke atas serta tidak berkahwin lagi akan digelar "Sheng Nu" yang membawa maksud "leftover girls". Lebih kurang la maksudnya dengan anak dara tua. Tapi start umur 25 tue. Lagi dasyat daripada orang Melayu kita. Tidak mahu gadis-gadis Sheng Nu ini dibelenggu dengan tekanan untuk berkahwin pada usia 25 tahun, International Prestige Skincare Brand SK-ll menerusi kempen #ChangeDestiny telah pun menerbitkan sebuah video. Video ini memang tersangatlah power dan meaningful untuk para gadis China. Di dalam video ini, ada kelibat beberapa orang gadis China yang belum berkahwin, namun berjaya mencapai cita-cita dan impian mereka. Abang Nara tertarik dengan kata-kata Li Xu Yuan, salah seorang Sheng Nu di dalam video di atas. Katanya:-
Abang Nara percaya ramai juga gadis Malaysia yang berkahwin semata-mata kerana takut membujang sehingga ke akhir hayat. Namun perkahwinan tersebut akhirnya berakhir dengan penceraian. Tak salah menjadi seorang gadis Sheng Nu yang bekerjaya, yakin dan berjaya mencapai cita-cita dan impian. Daripada kahwin dan tak bahagia, lebih baiklah kita tidak berkahwin dan membina kerjaya. Abang Nara yakin satu hari nanti jodoh akan tiba jua. Tak gitu? Apa kata anda? Lebih banyak kisah Sheng Nu di laman SK-II. |
Mana Ada Saya Hamil – Rozita Che Wan Posted: 17 Apr 2016 08:07 PM PDT Agak kecoh juga kami mendengar berita bahawa Rozita Che Wan kini sedang hamil, mana tidaknya hampir semua orang di media sosial mengucapkan tahniah kepada beliau dan Zain. Walaubagaimanapun, Che Ta menafikan perkara berkenaan. Semuanya berpunca gara-gara satu status yang dimuat naik oleh Che Ta di akaun Instagramnya. Jelas Che Ta, kapsyen tersebut tidak mempunyai sebarang makna. Buat masa ini, Che Ta tidak mempunyai sebarang perancangan untuk hamil memandangkan faktor usianya yang bukan muda lagi.
Che Ta mempunyai dua orang anak lelaki, Ammar Effendy, 20, dan Aniq Ezzra, 18, hasil perkahwinan pertamanya. Aaisyah Dhia Rana pula merupakan anak ketiga dan perempuan tunggal buat Che Ta hasil perkongsian hidup bersama pelakon Zain Saidin. Baru nak merasa teruja yang Aaisyah bakal dapat adik bukan? Nampaknya Zain Saidin kena usaha lebih lagi untuk memujuk Che Ta untuk hamil lagi.Hehe.. |
Izreen Azminda Bengang Dengan Komen Peminat Yang Dakwa Dirinya Sombong Posted: 17 Apr 2016 07:46 PM PDT Menerusi akaun Instagram miliknya, Izreen Azminda telah memuat naik foto dimana beliau dikritik oleh salah seorang pengikutnya di Instagram yang mendakwa beliau seorang yang sombong dan suka untuk merendah-rendahkan peminatnya. Bengang dengan komen yang dilemparkan kepada dirinya, Izreen memuat naik kapsyen menjelaskan perkara sebenar dan sekaligus menafikan beliau bersikap sebegitu.
Tidak kami nafikan, ada juga artis yang bersikap diva dan tidak menghargai peminat juga. Namun ada antara mereka , kadang-kala bukannya sombong atau tidak mahu bertegur sapa dengan peminat, tetapi mungkin mereka penat atau terkejar-kejar untuk melakukan kerja lain. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@
Tagged @ 2015