Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Hafidz Roshdi Tepis Gosip Sudah Mula Besar Kepala Dan Tidak Berdisiplin

Hafidz Roshdi Tepis Gosip Sudah Mula Besar Kepala Dan Tidak Berdisiplin


Hafidz Roshdi Tepis Gosip Sudah Mula Besar Kepala Dan Tidak Berdisiplin

Posted: 09 Apr 2016 07:10 AM PDT

Baru sahaja ingin menapak dalam industri hiburan tempatan, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu, Hafidz Roshdi didakwa sudah mula besar kepala dan tidak berdisiplin.

Hafidz dikatakan datang lewat hampir 2 jam lamanya untuk satu sesi fotografi baru-baru ini. Lebih menyakitkan hati lagi, Hafidz juga tidak merasa bersalah dan tidak memohon maaf atas kelewatannya itu.

Walaubagaimanapun, Hafidz menerusi mStar Online berkata beliau pada awalnya sudah memberitahu bahawa beliau tidak dapat hadir pada acara berkenaan atas sebab tertentu.

Enggan terus dikatakan tidak berdisiplin, Hafidz memohon maaf sekiranya ada pihak yang terasa hati dengan beliau sebelum ini.

Pada awalnya saya memang ada hal yang tidak boleh dielakkan, saya sudah beritahu pada mereka tentang itu.

Namun saya datang juga walaupun agak terlewat, saya juga meminta maaf jika ada pihak yang terasa hati dengan kelewatan tersebut.

Erm..gosip dan kontroversi adalah perkara yang perlu dilalui untuk seseorang artis itu menjadi popular. Rileks Hafidz, jangan mudah stress.

Sumber Berita : mStar Online

Muatnaik Status Berbaur Sindiran : Harith Iskander Nafi Anti Pemandu Teksi

Posted: 08 Apr 2016 11:05 PM PDT

Baru-baru ini, hangat dengan isu pemandu teksi Malaysia yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Grab Car dan Uber yang kini lebih popular dan dianggap mengganggu periuk nasi mereka.

Dalam hal berkenaan, pelawak terkenal Harith Iskander ada memuat naik satu foto pemandu teksi yang mogok serta status berbaur sindiran mengenai  isu berkenaan di akaun Instgram miliknya.

Antara yang dikatakan oleh Harith ialah, "pemandu teksi berkumpul di Bukit Bintang kerana protes Uber dan Grab Car, baguslah tu…pelanggan terpaksa menggunakan perkhidmatan Uber dan Grab Car untuk ambil mereka."

Ada yang setuju dengan pendapat Harith dan terdapat juga pihak yang mengatakan kenyataan itu agak melampau dan menerima komen negatif daripada mereka yang mewakili pemandu teksi.

Namun menurut Harith, sebagai pengguna beliau mempunyai hak untuk menegur servis pemandu teksi yang tidak setanding dengan Grab Car dan Uber.

Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, saya berhak bersuara untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap servis diberikan. Ia bagaimanapun tidak bermakna saya ‘anti’ pemandu teksi atau berpihak kepada mana-mana perkhidmatan lain.

Saya juga mempunyai rakan yang bekerja sebagai pemandu teksi. Ada yang bagus dan ada yang tidak. Cuma, mana-mana perkhidmatan yang tidak bagus, saya akan bersuara.

Kami bukan mahu menjadi bias tetapi apa salahnya untuk pemandu teksi Malaysia memperbaiki servis mereka daripada mogok seperti ini. Bertahun lamanya rakyat Malaysia "ditipu" dengan beberapa pemandu teksi (bukan semua) bab harga, lebih-lebih lagi yang tidak pakai meter, jadi bila ada alternatif lain yang lebih baik tentu pengguna juga mahu berubah angin.

Sumber Berita : BH ONLINE

Nas-T Nafi Bermusuh Dengan Bekas Suami Atita Haris

Posted: 08 Apr 2016 10:04 PM PDT

Sejak Nas-T berkahwin dengan Instafamous Atita Haris, ada antara pengikut setia Atita mempersoalkan hubungan Nas-T dengan bekas suami isterinya itu. Timbul pula cerita yang mereka berdua tidak sebulu.

Walaubagaimanapun, Nas-T menafikan dakwaan berkenaan dan enggan mengambil pusing akan segala gosip berkenaan kisah silam isterinya kerana ingin memberikan tumpuan kepada anak tirinya Opie.

Buat Nas-T beliau ingin menjaga  Opie dengan baik dan memberikan kasih sayang seorang bapa kepada anak kecil itu.

Apa yang berlaku adalah antara Atita dan bekas suaminya. Bagi saya, apa yang penting kini adalah untuk menjadi bapa dan contoh yang baik kepada Opie. Opie masih kecil dan memerlukan belaian seorang bapa.

Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai bapa segera dan saya ingin menjadi suami serta bapa yang baik. Saya menyayangi Opie sepenuh hati dan menginginkan dia membesar menjadi orang berguna. Biarpun kami akrab, namun saya perlu disiplinkan Opie apabila perlu.

Berbicara mengenai perancangan Nas-T untuk mendapatkan cahaya mata, beliau menyerahkan soal tersebut kepada takdir.

Nas-T dan Atita pun sudah berkahwin, jadi tidak perlu lah lagi kita kaitkan Atita dengan bekas suaminya lagi.

Sumber Berita : BH ONLINE




@



Hafidz Roshdi Tepis Gosip Sudah Mula Besar Kepala Dan Tidak Berdisiplin