Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Hafidz Roshdi Tulis Kepada Uqasha Senrose Di Instagram – Kau Dah Kenapa?

Hafidz Roshdi Tulis Kepada Uqasha Senrose Di Instagram – Kau Dah Kenapa?


Hafidz Roshdi Tulis Kepada Uqasha Senrose Di Instagram – Kau Dah Kenapa?

Posted: 11 Apr 2016 11:13 PM PDT

Sebelum ini Uqasha Senrose telah memuat naik beberapa status Twitter berbaur menyindir terhadap tunang Hafidz Roshdi, nampaknya Hafidz juga berasa tidak puas hati.

Melalui akaun Instagram miliknya, Hafidz telah memuat naik cetakan skrin tweets tulisan Uqasha mengenai tunangnya dan menyuarakan ketidakpuasan hatinya. 
Dalam kapsyen yang ditulis oleh Hafidz beberapa jam lepas, dia menyatakan tidak perlu tunangnya dilibatkan kerana tunangnya okay sahaja.
 photo Cf0RgNXUIAAeO8_.jpg

Hafidz bagaimanapun telah memadam kapsyen dan cetakan skrin tersebut.

Dalam tweets yang ditulis oleh Uqasha sebelum ini, pelakon jelita itu menyuarakan bahawa tunang Hafidz bersikap kebudak-budakan kerana cemburu dengan kemesraan mereka untuk drama ‘Tundukkan Playboy Itu’ sedangkan ia hanya lakonan untuk drama.

Uqasha turut menambah sekiranya Hafidz diberi percuma kepadanya pun dia tidak mahu (jadi tunang Hafidz tidak perlu berasa cemburu).

Tulisan Uqasha mendapat sokongan peminatnya di Twitter namun begitu Netizen secara keseluruhan berpendapat Uqasha tidak perlu mengeluarkan komen sebegitu tentang tunang Hafidz kerana tindakan itu juga menunjukkan Uqasha juga bersikap kebudak-budakan.

Mungkin ada betulnya. Cemburu bagi seorang tunang perkara biasa, bukan? Buat relaks sudah.

Testimoni dari kawan baik admin sejak dari sekolah rendah..Cucur udang mengunakan produk?Eli Homemade Kuah Kacang Dan Pecal?Jangan sampai tertelan air liur..Pm saya jika berminat..???????????

Posted by Eli Homemade Kuah Kacang Dan Pecal on Sunday, 10 April 2016

 

Wak Doyok Mahu Jadi Penyanyi Pula?

Posted: 11 Apr 2016 08:55 PM PDT

Sudah bergelar ikon fesyen dan usahawan, nampaknya Wak Doyok bakal menceburi bidang nyanyian pula. Amboi, hampir semua benda Wak hendak buat ye?

Jelas Wak Doyok, beliau sebenarnya suka menyanyi daripada dulu lagi dan meminati lagu genre Balada. Malah, Wak kini sedang bekerjasama dengan penyanyi Asfan untuk melancarkan single pertama beliau.

Saya baru sahaja berbincang dengan penyanyi Asfan untuk menghasilkan 'single' pertama. Dia mencari lagu dan lirik sesuai untuk saya. Kalau nak tahu saya memang suka menyanyi sejak dulu dan single ini akan jadi salam perkenalan sebagai penyanyi.

Wak Doyok juga tercalon dalam kategori Personaliti Media Sosial Popular dan Pengacara TV Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 (ABPBH29).

Macam mana agaknya suara Wak Doyok bila menyanyi pula ya? Hmmmph, bagus Wak ni semua peluang yang ada beliau ambil sahaja.

Sumber Berita : Harian Metro

Nora Danish Mahukan Majlis Perkahwinan Yang Sederhana

Posted: 11 Apr 2016 06:41 PM PDT

Berita Nora Danish yang mengakui bakal berkahwin dengan Nedim Nazri pada tahun ini menjadi topik panas yang dibualkan ramai. Iyalah, lepas bertahun bercinta serta sentiasa berdua, akhirnya mereka akan bersatu sebagai suami isteri.

Pasti ada yang terfikir, mesti perkahwinan Nora dan Nedim akan berlangsung dengan gah bukan? Lebih-lebih lagi Nedim adalah anak kepada seorang menteri.

Namun, Nora dalam kenyataan terbaru beliau berkata, beliau mahu majlis raja sehari beliau kali ini berlangsung secara sederhana sahaja.

Memang nampak seperti akan berkahwin tahun ini, tetapi saya belum ada perancangan sebenarnya. Bukan apa, kalau mahu buat majlis pun tidak akan buat secara besar-besaran.

Jadi, majlis begini tidak akan mengambil masa untuk dirancang. Jangan risau, sudah saya aturkan dengan baik. Jika ada rezeki ke arah itu saya akan kongsikan dengan semua nanti.

Lapan tahun bergelar ibu tunggal, Nora tidak menafikan bahawa beliau agak selesa hidup sendirian. Walaubagaimanapun, beliau sedar seorang wanita memerlukan teman disisi.

Tambah Nora, biarlah kali ini beliau berkahwin kerana Allah SWT dan bukan demi cinta semata-mata.

Cinta memang cinta, tetapi paling penting dalam perkahwinan adalah untuk menghalalkan sebuah hubungan. Itu yang saya cari. Nedim juga memang seorang lelaki yang baik. Saya tidak nafikan pandangan orang lain terhadap dia, namun dia sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang dicari.

Semoga segala perancangan perkahwinan Nora Danish berjalan dengan lancar. Kami tahu ada juga yang bosan dengan cerita Nora hendak berkahwin tetapi doakan sahaja kebahagiaan beliau dan Nedim.

Sumber Berita : Utusan Online

Keputusan Nusyuz Oleh Mahkamah Kemenangan Besar Buat Saya – Ezany Nizariff

Posted: 11 Apr 2016 04:53 PM PDT

Ezany Nizariff mendakwa keputusan mahkamah yang berpihak padanya dalam permohonan kembali taat (nusyuz) terhadap isterinya, Lizda Nuryanti Abidin, ialah bukti bahawa dia tidak melakukan kesalahan dan bukan punca konflik rumahtangga mereka.


Ezany juga memberitahu yang Lizda jelas menipu, apatah lagi wanita itu tidak pernah sekali pun hadir ke perbicaraan mahkamah mengenai permohonan tersebut. Katanya kepada mStar Online:

Jika dia berada di pihak benar sepatutnya dia hadir ke mahkamah ketika diminta berbuat demikian bagi mempertahankan diri tetapi dia tidak pernah sekali pun muncul.

Sebaliknya dia membuka aib kepada media dan sepatutnya dia beritahu kepada hakim apa sahaja dia rasakan tidak betul tentang rumah tangga kami dan biar hakim membuat keputusan.

Keputusan dibuat mahkamah membuatkan saya lega kerana ia kemenangan besar buat saya selepas dituduh dengan pelbagai dakwaan tidak benar menerusi kenyataannya di media.

Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Petaling mensabitkan Lizda sebagai nusyuz dan keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Mohd Azlan Mohd Azhar selepas membenarkan permohonan di bawah Seksyen 61 (3)(b)(1)(i) Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 yang dibuat Ezany selaku plaintif terhadap isterinya pada 22 Julai 2014.

Ezany juga memberitahu yang dia tidak pernah terfikir untuk kembali berbaik dengan Lizda sebaliknya kini dia membuat keputusan untuk berpisah dengan isterinya itu.

Saya tolak permohonan cerai dibuat Lizda sebelum ini kerana saya tiada sebab kukuh mengapa hendak ceraikan dia tetapi sekarang saya mempunyai sebab untuk berbuat demikian.

Tetapi buat masa ini saya belum fikirkan soal itu dan akan merujuk dengan peguam terlebih dahulu berhubung langkah seterusnya.

Dia juga akan cuba mendapatkan hak penjagaan kekal dua anak mereka yang kini bawah jagaan Lizda dan memberitahu sudah hampir dua tahun tidak bertemu mereka.

Kes hak penjagaan anak masih lagi berjalan di mahkamah dan berharap dapat bertemu dengan mereka tidak lama lagi.

Pergolakan rumah tangga pasangan berkenaan tercetus selepas Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff, 43, mengakui isterinya minta diceraikan sebelum dia membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan dilarikan oleh seorang lelaki dikenali pada Julai 2014.

Sebelum ini, Lizda telah tampil kepada pihak media memberitahu cerita dilarikan lelaki tersebut hanyalah rekaan Ezany, malah ujar Lizda, sejak tiga tahun lalu mereka sudah berpisah selepas Ezany sendiri didakwanya berlaku curang serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Liza juga mendakwa Ezany hanya berkahwin dengannya untuk mengambil kesempatan serta telah menipu Lizda dalam urusan bisnes belacan. Lizda juga memberitahu yang sudah beberapa kali pihak mahkamah Syariah Tawau memanggil Ezany untuk hadir kes tuntutan cerai tetapi tidak dilayan kerana ia difailkan di Tawau. Lizda memfailkan tuntutan itu di Tawau kerana ia lokasi mereka bernikah.

Ezany sebaliknya memfailkan kes hadanah Lizda di Shah Alam.

Aroma Festival Nasi Ambeng pastinya menggamit para pelancong dalam dan luar negeri untuk sama-sama menikmati keenakan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 5 April 2016




@



Hafidz Roshdi Tulis Kepada Uqasha Senrose Di Instagram – Kau Dah Kenapa?