Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Kes Dadah : Tony Eusoff Dipenjara 8 Bulan Oleh Mahkamah Singapura

Kes Dadah : Tony Eusoff Dipenjara 8 Bulan Oleh Mahkamah Singapura


Kes Dadah : Tony Eusoff Dipenjara 8 Bulan Oleh Mahkamah Singapura

Posted: 20 Apr 2016 09:52 PM PDT

Mahkamah Singapura hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara selama 8 bulan terhadap aktor Tony Eusoff atas dakwaan memiliki dadah.

Beberapa rakan artis turut hadir ke mahkamah bagi memberikan sokongan moral kepada Tony.

Tony sebelum ini dituduh memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah dan diheret ke mahkamah Singapura pada 31 Mac lepas.

Pelakon itu dipercayai memiliki satu peket mengandungi tidak kurang daripada 4.56g bahan sayuran yang telah dianalisis dan didapati mengandungi kesan ganja. Tony ditahan di balai ketibaan bas penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas, Singapura.

Sumber Berita : mStar Online

Jangan Tanya Saya Soal Cinta Lagi, Tua Sangat Ke Saya Hingga Orang Tanya Bila Nak Kahwin – Izara Aishah

Posted: 20 Apr 2016 09:07 PM PDT

Ramai tahu aktres Izara Aishah sedang hangat bercinta dengan Adib Khalid, kata orang mereka berdua cukup sepadan bersama.

Namun, mereka berdua nampaknya masih lagi menikmati saat-saat indah dalam percintaan dan tidak merencana ke fasa yang lebih serius dalam perhubungan mereka.

Ditanya mengenai hubungan beliau dan Adib, Izara bagaimanapun memberitahu beliau sebenarnya sudah bosan menjawab soalan berkaitan percintaan.

Sebenarnya saya okey sahaja untuk jawab fasal cinta. Tapi saya rasa macam bosan sebab asyik jawab benda yang sama sahaja.

Untuk pengetahuan semua, kisahnya masih sama dan tidak ada apa-apa perubahan dari dulu sampai sekarang. Sampai satu masa nanti, bila kisahnya berbeza Izara sendiri yang akan beritahu kepada umum. Masanya akan tiba. Tunggulah dulu.

Izara juga mempersoalkan adakah beliau sudah terlalu tua sehinggakan ramai yang tidak putus bertanya bila agaknya beliau akan berkahwin.

Saya ini dah tua sangat ke hingga orang asyik tanya bila nak kahwin? Saya baru 24 tahun. Orang asyik tanya sahaja tentang kahwin sejak dari umur 17 tahun.

Apa yang saya minta, kalau boleh janganlah tanya soalan berkaitan cinta pada Izara lagi.

 

Rupa cantik begini takkan lah orang anggap anda tua, mungkin mereka ingin tahu sahaja bila perancangan Izara hendak berkahwin. Kan sudah ada teman lelaki yang kacak dan hubungan anda berdua pun ok, jadi tidak perlu tunggu lama-lama.Hehe..

Sumber Berita : Mangga Online

Pendengar Bengang Prank-Call Segmen Sate Era Tidak Jaga Sensitiviti

Posted: 20 Apr 2016 08:34 PM PDT

Jika memandu pulang dari tempat kerja, pasti ramai yang berkesempatan mendengar slot Sate di Era yang dikendalikan oleh Shahrol Shiro, Tauke dan Dina Nazir. Slot ini memang diketahui dengan segmen prank-call. Antara yang telah terkena prank-call dari mereka bukan saja artis, malah orang ramai.

Seorang pengguna Facebook bernama Nur Nabilah telah menulis mengenai apa yang dianggapnya prank-call melampau yang dibuat dalam segmen Sate ini pada 17 April lepas.

Menurut Nabilah, prank-call tersebut hampir mencetuskan pergaduhan antara suami isteri.

 photo CgYEOsqVIAERCaH.jpg

Segmen Sate sebelum ini juga pernah menjadi kritikan orang ramai atas sebab yang sama iaitu tidak sensitif dengan situasi mereka yang terkena panggilan tersebut. Sememangnya stesen radio kita amat gemar menampilkan segmen prank-call ini. Ia bukan saja ditampilkan di Era, malah di stesen radio terkenal yang lain.

Mungkin betul apa yang dikatakan oleh Nur Nabilah, kadangkala ada kandungan yang perlu ditapis oleh penerbit atau diketepikan bagi menjaga sensitiviti mereka yang terlibat. Apa pendapat anda?

Mawar Rashid Tidak Mahu Gedik Lagi

Posted: 20 Apr 2016 08:31 PM PDT

Mawar Rashid ataupun dahulu dikenali sebagai Mawar GST mengakui beliau akan cuba untuk mengurangkan sifatnya yang "gedik" agar tiada lagi yang merasa meluat dengan beliau.

Namun, Mawar tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit hanya kerana ingin memuaskan hati sesetengah pihak.

Siapa yang kenal saya sebelum menceburi bidang seni, mereka tahu betapa gila-gilanya insan bernama Mawar Rashid. Bukan gilakan perhatian, tetapi saya selesa menjadi diri sendiri. Mungkin itu juga cara saya menghiburkan hati bersama rakan-rakan rapat dan adik-beradik.

Pun begitu, sejak bergelar ‘public figure’, saya akui mula mengurangkan perangai gila-gila itu agar tidak terus disalah anggap peminat sebagai seorang yang gedik. Apa-apa pun itu tidak bermakna saya hipokrit dengan cuba berlagak baik. Masih ada perangai gila-gila itu, tetapi tidak ‘hyper’ seperti dulu.

Pada masa yang sama, Mawar syukur kerana mempunyai teman seperti Emma Maembong dan adiknya Cha Cha Maembong yang sering berkongsi tips untuk bergelar artis dan tidak melatah apabila dikritik.

Bidang ini terlalu banyak ranjaunya dan saya akui jika tidak memiliki hati yang kuat, saya pasti rebah. Inilah harga yang mungkin perlu saya bayar tatkala memilih lapangan ini sebagai kerjaya.

Apa-apa pun saya bertuah kerana sebelum bergelar artis, saya ada kenalan daripada kalangan selebriti antaranya Emma Maembong dan Cha Cha Maembong. Mereka banyak berkongsi kisah hidup sebagai artis dan ini secara tidak langsung memberi saya pendedahan awal agar tidak mudah ampuh dengan segala bentuk kritikan.

Kalau seseorang artis itu terlalu serius pun rasa bosan juga kan? Namun, langkah Mawar untuk kurangkan sifat gila-gila beliau itu mungkin perlu juga kerana sudah bergelar artis. Kena ada gaya yang anggun dan harus tampil eksklusif.

Sumber Berita : mStar Online

(VIDEO) Kapsyen Fasha Sandha Didalam Video Ini Buat Ramai Tersentuh Hati

Posted: 20 Apr 2016 07:49 PM PDT

Ketika sambutan hari jadi Putra Rayfal yang ke 3 baru-baru ini, Fasha Sandha telah memuat naik satu video berserta kapsyen yang menyentuh hati ramai di akaun Instagram miliknya.

Kapsyen itu menunjukkan betapa dalamnya kasih sayang seorang ibu kepada anak-anaknya meskipun mereka mungkin tidak mempunyai segala-galanya dalam kehidupan.

Berikut video yang dimuat naik oleh Fasha :-

Instagram Photo

Mereka yang menonton video berkenaan,  turut tersentuh hati dan bersimpati dengan nasib Fasha yang ditimpa dengan ujian yang amat besar.

Ada juga peminat yang memberikan kata-kata semangat buat Fasha dan anak-anaknya.

Kasih sayang seorang ibu memang tiada bandingannya. Apa yang dilalui Fasha Sandha adalah ketentuan takdir yang sudah ditulis buat dirinya. Kami pasti Fasha akan perlahan-lahan bangkit daripada deritanya nanti, masa boleh menyembuhkan luka.

Kami Sentiasa Cuba Dapatkan Anak – Puteri Sarah

Posted: 20 Apr 2016 07:07 PM PDT

Dua tahun berkahwin, pasti ramai yang menantikan pasagan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof untuk mempunyai cahaya mata mereka sendiri.

Hampir setiap masa, mereka berdua diajukan dengan soalan tersebut dan pelbagai spekulasi mula timbul.

Jelas Puteri Sarah kepada Harian Metro baru-baru ini,  sejak beliau mengalami keguguran pada tahun 2014, Puteri Sarah dan suami tidak pernah putus asa untuk mendapatkan cahaya mata.

Namun, mereka akur bahawa hal ini juga bergantung kepada rezeki dan mereka akan sentiasa bersabar menantikan detik untuk bergelar ibu dan bapa. Puteri Sarah pada masa yang sama bersyukur kerana keluarga beliau dan keluarga mentua tidak memberikan sebarang tekanan untuk beliau mendapatkan anak.

Kami sentiasa berusaha ke arah itu. Siapa yang tidak mahukan anak, cuma dalam perkara ini ia bergantung kepada rezeki. Jadi, saya dan suami kena sentiasa sabar.

Kami juga belum terdesak nak memiliki anak. Bukan apa, saya percaya aturan Allah SWT itu lebih baik. Kalau bukan sekarang mungkin tahun depan. Apa-apa pun jangan berhenti daripada terus berdoa.

Berdasarkan foto-foto yang dimuat naik oleh Puteri Sarah dan Syamsul, ramai yang memuji bahawa pasangan ini kelihatan manis bersama dan cukup bahagia.

Malah, Puteri Sarah akui mereka melalui hari-hari yang cukup indah sama seperti mereka mula-mula bercinta dahulu.

Saya selalu cakap kepada suami, selepas berkahwin tidak mahu menjadi pasangan yang bosan. Macam mana yang dilalukan ketika bercinta dulu, sama juga selepas kahwin. Sebagai contoh, apabila kami ada kerja di luar dan tidak bersama, kami saling menghantar mesej. Seboleh-bolehnya kami tidak mahu memadam terus momen bercinta itu. Ibaratnya, setiap hari adalah bercinta.

Kalau boleh setiap tahun mahu bercuti sama ada di dalam atau luar negara. Bagi saya, perkara itu dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Selain itu, setiap tarikh penting ‘dalam hidup kami perlu diraikan’. Syamsul pun tidak kisah, malah dia boleh layan dan terima. Sehinggakan dia selalu cakap, dalam diri saya ini penuh dengan kasih sayang dan sikap ambil berat. Sebab itu, dia sebagai suami cuba untuk memenuhi setiap permintaan saya.

Kami mendoakan agar Puteri Sarah dan Syamsul Yusof kekal bahagia sehingga akhir hayat dan dikurniakan rezeki untuk mendapatkan cahaya mata. InshaAllah. Pedulikan apa sahaja kritikan orang, kami pasti satu hari nanti ada peluang untuk anda berdua bergelar ibu dan bapa.

Sumber Berita : Harian Metro

Janna Nick Kecewa Sering Dihimpit Gosip Sejak Menang Anugerah

Posted: 20 Apr 2016 06:34 PM PDT

Nama Janna Nick sejak kebelakangan ini sering menjadi topik hangat dan dihimpit dengan pelbagai gosip.

Jika, sebelum ini  beliau didakwa mula berlagak diva dan menghasut penerbit kali ini Janna dikatakan besar kepala dan tidak mengotakan janji yang telah dibuat untuk menghadiri sebuah program di Astro.

Janna merasa cukup kecewa dengan tuduhan berkenaan dan merasakan dirinya teraniaya.

Saya diminta menggantikan seorang tetamu yang tidak dapat hadir ke sebuah program pada saat akhir, namun menolak secara baik kerana jadual kerja yang padat. Pembantu pengarah tidak membenarkan saya menjayakan rancangan itu kerana terbabit dengan 35 babak untuk drama.

Namun, mereka berkeras ingin menampilkan saya dalam program mereka dan datang ke lokasi untuk merakamkan rancangan berkenaan. Sejujurnya saya terkilan apabila timbul gosip sebegini kerana saya memberi pertolongan kepada pihak terbabit.

Jelas Janna, mengapa beliau yang harus menjadi mangsa keadaan sedangkan beliau hanya mengikuti jadual kerja seperti yang ditetapkan oleh pihak produksi.

Janna sedar, sejak beliau memenangi anugerah Aktres Pilihan di DFKL2016, pelbagai gosip dikaitkan dengan dirinya.

Biarlah saya tidak memenangi apa-apa anugerah lagi selepas ini asalkan dapat mencari rezeki dengan tenang. Saya hanya menginginkan ketenangan dalam mencari rezeki buat keluarga dan tidak mahu dikaitkan dengan cerita negatif lagi. Gosip baharu yang timbul ini sememangnya mencalarkan imej saya sebagai pelakon.

Sabarlah Janna, anggap sahaja ini semua ujian dan pengalaman untuk anda menjadi seorang pelakon yang lebih hebat pada masa hadapan. Kata orang, pengalaman itu mengajar seseorang untuk menjadi lebih kuat.

Sumber Berita : BH ONLINE




@



Kes Dadah : Tony Eusoff Dipenjara 8 Bulan Oleh Mahkamah Singapura