Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Neelofa Bakal Buat Rampasan Terhadap Penjual Naelofar Hijab Palsu Di Vietnam

Neelofa Bakal Buat Rampasan Terhadap Penjual Naelofar Hijab Palsu Di Vietnam


Neelofa Bakal Buat Rampasan Terhadap Penjual Naelofar Hijab Palsu Di Vietnam

Posted: 13 Apr 2016 11:40 AM PDT

Selepas berjaya untuk membuat rampasan produk Naelofar Hijab palsu baru-baru ini, Neelofa sekali lagi bakal bekerjasama dengan KPDNKK untuk membanteras pula mereka yang meniru serta mengedarkan jenama Naelofar Hijab palsu di Vietnam.

Pihak Naelofar Hijab sudah mendaftar hak cipta di negara tersebut dan sedang menunggu proses tersebut selesai.

Saya sudah mendaftar hak cipta di sana (Vietnam). Sedikit masa lagi prosesnya selesai dan 'team' kami akan melakukan rampasan di sana pula.

Bagaimanapun kami tidak akan gempur peniaga, sebaliknya kami akan terus ke kilang yang mengeluarkan tudung tiruan Naelofar Hijab.

Neelofa pada masa yang memohon agar pihak tidak bertanggungjawab menghentikan kegiatan itu sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi rakan niaga produk mereka.

Bukan kami mahu menyerbu peniaga Melayu tetapi kami tidak mahu kegiatan menipu makan duit secara haram ini berleluasa sebab ia kegiatan menipu. Harapan kami selepas ini berhentilah menjual secara haram, jadilah stokis halal. Kami akan datang untuk melindungi pengguna tertipu.

Kalau betul hendak berniaga, jadilah stokis kami. Jangan jual secara haram. Boleh mohon jual dengan betul.

Dalam serbuan sebelum ini, Neelofa  dan KPDNKK telah berjaya merampas sebanyak 79 unit tudung palsu yang bernilai kira-kira RM 7,000.

Sumber Berita : Astro Gempak

Saya Bengang Kerana Beliau Mengata Tunang Saya Secara Umum – Hafidz Roshdi

Posted: 13 Apr 2016 11:30 AM PDT

Kami pasti ada yang sudah tahu tentang "perang dingin" antara Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi sejak beberapa hari ini. Semuanya berpunca apabila Uqasha menerusi akaun Twitternya menyindir tunang Hafidz yang di sifatkan terlalu "childish" kerana cemburukan kemesraan belai dan Hafidz ketika berlakon didalam drama Tundukkan Playboy Itu.

Sejak itu, mereka saling berbalas kenyataan dan Uqasha juga menganggap Hafidz biadap ketika meluahkan rasa tidak puas hati beliau di Instagram.

Mengakui merasa bengang dengan tindakan Uqasha, Hafidz menjelaskan beliau telah menghubungi Uqasha secara peribadi dan berharap perkara tersebut tidak dipanjangkan lagi.

Saya bengang kerana beliau mengata tunang saya secara umum dan bagi saya, ia tidak patut berlaku. Saya sudah pun menghubunginya berhubung perkara itu. Apapun saya dan tunang masih baik dan isu yang dibangkitkan Uqasha tidak menjejaskan perhubungan kami.

Berbicara mengenai luahan beliau di Instagram, Hafidz sedar kata-kata yang keluar ketika itu adalah keerana beliau sedang merasa sangat marah. Walaubagaimanapun beliau sudah memadam posting berkenaan kerana tidak mahu isu menjadi lebih hangat.

Ketika saya muat naik status itu di Instagram, saya sangat marah. Apabila difikirkan balik, saya tidak patut bertindak sedemikian, seolah-olah masalah itu tiada penghujungnya. Jadi saya padamkan ‘posting’ itu.

Apabila saya berkongsi mengenai kisah tunang cemburu, bukan bermakna perasaan itu dibawa sehingga menjadi pergaduhan. Ia sekadar cemburu biasa, di mana semua pasangan akan merasainya. Tetapi lain pula yang terjadi apabila beliau memuat naik status seperti itu.

Bila ditanya jika beliau masih mahu bekerjasama dengan Uqasha pada masa akan datang, Hafidz enggan memberikan sebarang komen buat masa ini.

Ok lah tu Hafidz Roshdi dah pergi jumpa Uqasha Senrose secara personal untuk menyelesaikan masalah mereka. Harapnya isu ini selepas ini tidak dibangkitkan lagi. Rare betul hero dan heroin bergaduh sebaik sahaja drama mereka tamat. Hehe..

Sumber Berita : BH ONLINE

(FOTO) Mira Filzah Beraksi Lucah?

Posted: 13 Apr 2016 11:00 AM PDT

Agak hangat juga gosip berkaitan Mira Filzah kali ini apabila sebuah foto yang menunjukkan beliau beraksi lucah menjilat jeli berbentuk kemaluan lelaki mula tersebar di Internet.

Menurut portal Astro Gempak, aksi itu dilakukan ketika sambutan majlis harijadi Mira yang diadakan baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, tidak pasti jika Mira betul-betul melakukan perkara itu ataupun ia sekadar edit sahaja oleh pihak yang sengaja ingin memburukkan beliau.

Baru sahaja meningkat popular, ada pula kontroversi hangat mengenai Mira Filzah. Rasa susah juga hendak percaya jika beliau benar-benar lakukan perkara kurang sopan seperti ini lebih-lebih lagi dengan imej muslimah beliau. Harapnya nanti ada penjelasan mengenai foto berkenaan.

Sumber Berita : Astro Gempak

Hans Isaac Bakal Berkahwin Tidak Lama Lagi?

Posted: 13 Apr 2016 02:31 AM PDT

Mengakui sudah mempunyai teman istimewa didalam hidupnya kini, Hans Isaac akui beliau sebenarnya sudah bersedia untuk berkahwin.

Namun, buat masa ini Hans masih belum ingin memperkenalkan wanita yang sudah berjaya mencuri hatinya kepada umum. Buat Hans, jika mereka ada jodoh untuk berkahwin pasti beliau akan mengumumkannya kepada umum.

Saya akui memang ada seseorang dalam hidup ini. Namun saya belum bersedia mengumumkan siapakah orangnya. Adakah dia artis atau orang biasa tunggulah masa yang sesuai.

Bukan sengaja hendak mengelak soalan wartawan tetapi saya tidak mahu apa yang pernah saya lalui sebelum ini berlaku lagi. Memang sekarang saya sudah bersedia mendirikan rumah tangga. Andai tiba masa kami hendak berkahwin, saya dan dia akan beritahu kepada semua.

Hans kini tidak mahu cerewet dan hanya mencari kesempurnaan didalam diri seseorang wanita itu. Pada masa yang sama beliau yakin pada usianya dan gaya pemikiran beliau yang sudah matang, Hans boleh menjadi seorang suami yang terbaik.

Ada teman memberitahu, dalam mencari pasangan hidup tidak ada yang sempurna. Mungkin 20 peratus tidak sempurna dan hanya 80 peratus saja.

Sebagai lelaki, sayalah yang perlu berusaha untuk melengkapkannya supaya menjadi sempurna. Dengan usia sekarang dan keyakinan yang tinggi untuk berkahwin, saya juga yakin menyatakan andai saya berkahwin sekarang, saya boleh menjadi lelaki yang penyayang serta suami terbaik.

Berkongsi impian perkahwinannya, Hans berkata, pada hari itu beliau akan memenuhi segala permintaan isteri kerana mengganggap itu hari bahagia isterinya.

Wah, akhirnya Hans Isaac bertemu dengan wanita yang betul-betul sesuai untuk dirinya. Jika benar hendak berkahwin tidak lama lagi, tahniah kami ucapkan kepada beliau. Semoga bahagia sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Harian Metro

(6 FOTO) Nora Danish Jalani Sesi Fotografi OWLbyND Di Iceland

Posted: 13 Apr 2016 01:28 AM PDT

Bercuti ke Iceland baru-baru ini, Nora Danish tidak melepaskan peluang untuk menjalani sesi fotograi bagi jenama tudungnya OWLbyND berlatarbelakangkan pemandangan yang cukup indah.

Untuk pengetahuan anda, beliau sempat untuk berkunjung ke tempat dimana penggambaran muzik video Gerua untuk filem Dilwale dijalankan.

Walaupun keadaan cukup sejuk disana, Nora Danish tetap tenang dan berjaya menghasilkan foto terbaik.

Jom kita lihat disebalik sesi fotografi OWLbyND di Iceland dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Pakai Kain Guni, Pernah Kongsi Sebatang Berus Gigi – Rosyam Nor Cerita Kesusahan Dahulu Didalam Buku Biografinya

Posted: 13 Apr 2016 12:43 AM PDT

Rosyam Nor, pelakon yang tidak perlu diperkenalkan dan terkenal dengan sikap profesional beliau dalam bekerja. Kalau sekarang kita lihat beliau sudah berjaya dan mempunyai syarikat produksi sendiri dikenali sebagai Suhan Movies, namun tersimpan seribu satu kepayahan dan cabaran untuk beliau mencapai kejayaan seperti sekarang.

Merupakan seorang anak setinggan satu ketika dahulu, Rosyam Nor menceritakan kemiskinan dan pahit getir beliau sebelum bergelar artis dalam biografinya yang bertajuk Impian Jutawan Budak Setinggan yang dilancarkan semalam.

Pernah anda bayangkan bagaimana sulitnya kehidupan kami sebagai anak setinggan ketika itu? Realitinya, itulah yang kami sekeluarga lalui. Selain berkongsi sebatang berus gigi dan selimut, kami juga menggunakan kain karung guni selain turut berkongsi sehelai tuala mandi.

Paling meruntun hati saya sehingga sekarang saat melihat sendiri bagaimana emak mengambil upah membasuh baju-baju jiran berbangsa Cina dan India dengan upah yang tidak seberapa demi menampung perbelanjaan kami sekeluarga.

Kredit Foto : mynews hub

Jelas Rosyam, beliau menerbitkan buku tersebut untuk memberikan motivasi kepada mereka diluar sana untuk tidak putus asa dengan cabaran serta dugaan yang dihadapi dan bangkit untuk mengubah hidup mereka.

Kalau diikutkan, dari 10 tahun lepas lagi saya sudah berniat mahu menulis (buku) tetapi tiada kepakaran. Sehingga diberi peluang untuk mencoret di sebuah ruang khas di dalam sebuah akhbar, saya mula belajar menulis sehingga lahirnya karya ini.

Saya pasti tidak ramai yang tahu di sebalik kejayaan dan populariti insan bernama Rosyam Nor hari ini, suatu ketika dia pernah bergelar anak setinggan yang sangat daif hidupnya. Jadi buku inilah yang akan menvisualkan perjalanan hidup saya. Bukan meraih simpati, tetapi sebagai perkongsian motivasi.

Kami pasti ramai peminat Rosyam Nor yang ingin tahu kisah disebalik kejayaan beliau.  Sekali sekala kalau artis dapat memberikan motivasi kepada masyarakat ada baiknya juga.

Sumber Berita : mStar Online

(14 FOTO) Sambutan Hari Lahir & Majlis Aqiqah Anak Norman Hakim

Posted: 12 Apr 2016 11:51 PM PDT

8 April lepas merupakan hari jadi Muhammad Dikhriz Hakim iaitu anak kedua Norman Hakim dan Memey Suhaiza.

Bersempena dengan tarikh itu Norman telah mengadakan sambutan hari jadi dan majlis aqiqah buat Arisz.

Majlis itu juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran anak-anak Norman yang lain. Kata orang lengkaplah keluarga beliau pada hari tersebut.

Mereka juga mengadakan majlis doa selamat pada permulaan majlis berlangsung.

Berikut kami kongsikan beberapa keping gambar ketika majlis ulangtahun kelahiran dan aqiqah Arisz untuk tatapan anda dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Foto : The Photolicious

Uqasha Senrose Sifatkan Kenyataan Hafidz Roshdi Biadap

Posted: 12 Apr 2016 09:35 PM PDT

Woah, nampaknya salah faham antara Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi semakin menjadi-jadi.  Mereka nampaknya saling berbalas kenyataan.

Semalam, Hafidz ada memuat naik kapsyen yang meluahkan rasa tidak puas hati beliau terhadap tweet Uqasha.

Menurut Hafidz, jika Uqasha tidak berpuas hati mereka boleh bertemu empat mata untuk menyelesaikan masalah berkenaan secara baik.

Hafidz juga tidak risau beliau diburukkan oleh Uqasha dan akan membalas keburukan yang beliau lakukan.

Membaca kenyataan Hafidz itu, Uqasha menyifatkan Hafidz seorang yang lebih biadap.

Erm, tidak perlulah saling berbalas kenyataan, nanti anda berdua juga yang akan dikritik bergaduh seperti budak-budak. Cuba untuk berjumpa dan  luahkan rasa tidak puas hati masing-masing . Selepas itu cari jalan untuk selesaikan masalah ini dengan berfikiran lebih matang agar ia tidak berpanjangan.

Saya Mahu Mati Dipangkuan Suami, Jika Ajal Sampai Dahulu – Wan Maimunah Sedia Kahwin Lagi

Posted: 12 Apr 2016 08:56 PM PDT

Siapa tidak kenal dengan pelakon air mata, Wan Maimunah bukan? Sudah hampir setahun bercerai dengan usahawan kacang pool, pelakon wanita itu memberitahu beliau sudah sedia untuk berkahwin sekali lagi.

Mungkin ada yang berpendapat wanita yang berumur sepertinya tidak manis untuk membicarakan hal seperti ini, tetapi Wan Maimunah tidak pernah menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki meskipun pernah kecewa sebelum ini.

Keinginan Wan Maimunah adalah untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan beliau bersama seorang teman dan kalau boleh beliau mahu mati di atas pangkuan suami jika ajalnya sampai dahulu.

Tidak malu untuk mengatakan pada umur sekarang, saya tetap mahukan seorang suami untuk menghabiskan sisa-sisa hayat yang ada. Alam perkahwinan itu bukan untuk orang muda sahaja, malah untuk setiap hamba-Nya yang sememangnya diciptakan berpasangan.

Keinginan saya ketika ini adalah untuk mati atas pangkuan suami jika ajal saya sampai dahulu. Saya mahu jenazah dimandikannya. Itulah permintaan saya. Jika sebaliknya, begitulah yang ingin saya lakukan terhadap jenazah suami. Tiada lagi keinginan lain di kala waktu senja ini.

Tiada apa yang Wan Maimunah inginkan selain seorang lelaki yang boleh membimbingnya ke jalan Allah SWT  dan boleh bersamanya di saat senang dan susah.

Siapa kata orang yang sudah berumur seperti Wan Maimunah tidak manis bicarakan soal kahwin? Muda atau tua, sebagai manusia kita perlukan seorang teman di sisi. InshaAllah,jika ada jodoh pasti Wan Maimunah akan dipertemukan dengan lelaki yang seperti beliau idamkan.

Sumber Berita : Utusan Online

Siti Nurhaliza Puji Nazim Othman Nyanyi Lagu Nirmala Di Gempak Superstar

Posted: 12 Apr 2016 07:41 PM PDT

Hari ahad minggu lepas,  program Gempak Superstar dimana pelakon dicabar untuk menyanyi telah bersiaran buat pertama kalinya. Ada antara pelakon yang boleh menyanyi dan ada yang  tidak begitu menyerlah. Mungkin baru di minggu pertama, jadi ada yang masih nervous.

Namun, nyanyian  lagu Nirmala oleh Nazim Othman mendapat pujian yang agak baik dan bukan sahaja memikat hati penonton tetapi pemilik asal lagu berkenaan,  Datuk Siti Nurhaliza.

Nazim menerusi akaun Instagram miliknya memuat naik pujian Siti Nurhaliza terhadapnya dan mengakui terharu dengan komen yang diberikan oleh penyanyi nombor satu Malaysia itu.

Komen konstruktif dari seorang bintang tersohor yang juga merupakan penyanyi asal lagu Nirmala untuk persembahan saya malam tadi dalam #gempaksuperstar sudah cukup menenangkan hati ini. Terima kasih Dato Siti Nurhaliza. Hanya Allah yang tahu betapa terharunya saya.

Wah, bukan senang hendak mendapat pujian dan komen daripada Datuk Siti Nurhaliza. Harapnya minggu ini Nazim Othman dapat memberikan persembahan  yang lebih baik. Sejujurnya dalam program Gempak Superstar kami tidak mempunyai high expectation untuk pelakon-pelakon menyanyi dengan baik.

Apa pula pendapat anda? Siapa agaknya yang anda rasa mempunyai bakat terpendam dalam nyanyian?




@



Neelofa Bakal Buat Rampasan Terhadap Penjual Naelofar Hijab Palsu Di Vietnam