Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Netizen Kecam Zizie Izette Buka Tudung Di Osaka, Jepun

Netizen Kecam Zizie Izette Buka Tudung Di Osaka, Jepun


Netizen Kecam Zizie Izette Buka Tudung Di Osaka, Jepun

Posted: 21 Apr 2016 09:40 PM PDT

Sudah lama tidak melihat Zizie Izette berlakon tapi dia masih seorang selebriti, bukan? Ramai mengetahui Zizie telah bertudung namun dia baru-baru ini memuat naik satu gambar dirinya dan rakan-rakan sedang melancong di Osaka, Jepun dengan tidak bertudung ke akaun Instagramnya.

Sebaliknya dalam gambar itu Zizie mengenakan topi dan menampakkan sebahagian rambutnya.
 photo 12907165_595708307250676_911807886_n.jpg

Ada yang mengkritik tindakan Zizie ini. Bagi mereka, melihat orang berhijrah memberi satu bentuk kekuatan pada masyarakat.
 photo Screen Shot 2016-04-22 at 12.36.17 PM.png

Tetapi ramai juga yang mempertahankan Zizie dan menganggap pengikut di Instagram tidak perlu menghakimi beliau. Sekiranya tidak suka, unfollow saja, kata mereka. Setakat ini Zizie tidak memberi reaksi kepada kritikan yang ditulis di Instagramnya.

Tapi komen pengkritik itu ada benarnya. Mengapa bertudung dari awal jika ingin membuka tudung akhirnya. Kalau diketahui memang tidak bertudung, orang ramai tidak akan kisah, bukan? Apa pendapat anda?

Bapa Nasihat Black Agar Tidak Membodohkan Diri Lagi Untuk Program Televisyen Realiti

Posted: 21 Apr 2016 08:11 PM PDT

Sebelum ini, Black Hanafiah telah muncul sebagai Mentor untuk program televisyen realiti. Namun begitu Black banyak bercakap dan bergerak dalam program itu, sehingga dianggap ‘over’ oleh Netizen. Sehubungan itu, dia dikecam kerana dianggap berlebihan ketika mengendalikan rancangan itu.
 photo maxresdefault.jpg
Melalui mStar Online, penyanyi itu mendedahkan dia telah ditegur oleh bapanya berkenaan perkara itu dan itu ialah teguran pertama bapanya sejak tujuh tahun dia bergelar artis.

Selepas program Mentor Milenia lalu bapa ada telefon saya dan ingin berjumpa, ini pertama kali dia tegur saya secara serius dan memberi nasihat agar saya tidak membodohkan diri lagi seperti dalam program realiti berkenaan.

Saya sudah jelaskan kepadanya bahawa ia hanya untuk menceriakan program, namun dia tidak mahu saya dikecam oleh penonton.


 photo 12940266_156455708086182_1241779987_n.jpg
Dia juga berjanji kepada bapanya untuk tidak bersikap demikian dalam mana-mana program pada masa akan datang.

Sebagai orang tua saya faham perasaan dia bila lihat saya dikritik orang ramai. Dia juga terasa kalau orang kecam kelakuan saya.

Teruk jugalah saya kena ceramah dalam kereta oleh ayah dan mak sebab perkara itu.

Black telah muncul dengan album Black…Masih Di Sini yang memuatkan lagu hits sepanjang 2015 iaitu Teman Pengganti, Puisi Sang Dewi, Mana Mungkin, Si Putih Si Merah dan Takkan Terpisah. Dia juga akan muncul dengan satu single terbaru berjudul Anugerah Terindah yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
 photo 12912369_456114611253873_706505216_n 1.jpg
Memang benar, dalam apa jua keadaan kita dinasihatkan untuk sentiasa bersederhana. Semoga ia jadi satu pengajaran bukan saja untuk Black, juga untuk semua pihak agar tidak over dalam mengendalikan program televisyen. Iyalah, bukan semua orang akan suka cara kita. Mujur juga Black mampu menerima teguran dan tidak melenting.

Ruhainies Kesal Sikap Pelakon Seangkatan Pertikai Kehadirannya

Posted: 21 Apr 2016 07:32 PM PDT

Mesti anda semua masih ingat dengan pelakon baru yang seiras Nora Danish, Nur Ruhainies yang baru-baru ini bergandingan dengan Fattah Amin dalam drama slot Akasia TV3, Hello Mr. Perfect. Ruhainies bercerita kepada Berita Harian yang dia terkilan dengan tindakan seorang pelakon seangkatan yang terus bertindak seolah-olah tidak puas hati dengan kehadirannya dalam industri seni.
 photo 11925729_242124616142718_2040122539_n.jpgKemenangan Ruhainies dalam satu majlis anugerah baru-baru ini turut dipertikaikan oleh pelakon tersebut. Ruhaines mengatakan dia tidak faham mengapa pelakon itu bersikap begitu.

Saya sendiri tidak tahu apa masalah dia dengan saya? Saya tidak pernah berminat untuk ambil tahu mengenai dirinya, apatah lagi berdengki.

Paling pelik mengapa dia perlu menafikan bakat dan lakonan saya, sedangkan dirinya juga mendapat tawaran tidak kurang hebat serta mukanya sering menghiasi kaca televisyen.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24, memberitahu namanya digugurkan daripada sebuah filem hanya kerana pelakon terbabit, namun dia menerimanya dan menganggap ia bukan bukan rezeki walaupun masih rasa terkilan. Malah, artis itu turut mempertikaikan bakat lakonan Ruhainies.
 photo 11363638_1736527246592607_1743431543_n.jpg

Saya masih ingat dia sendiri pernah datang kepada saya dan mempersoalkan, kenapa saya dapat watak heroin sedangkan saya masih baharu berbanding dirinya yang sudah lama?

Semua ini adalah rezeki dan takkan saya perlu tolak tawaran hanya kerana saya baharu? Apabila ditawarkan, saya yakin pengarah tahu saya mampu melakukannya.


 photo 12277616_1503396263288252_1590182005_a 1.jpg
Ruhainies yang merupakan Finalis Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 berkata, dia tidak berasakan dirinya bersaing dengan mana-mana pelakon generasi baharu sepertinya. Sebaliknya, semuanya mempunyai peluang dan rezeki masing-masing dan persaingan sepatutnya berlangsung dalam suasana sihat dan bukan berpaksikan sikap iri hati.

Minggu lepas, kami berkesempatan menonton lakonan Ruhainies dalam slot Cerekarama berjudul Karlisa. Nampaknya ada peningkatan dalam mutu lakonannya berbanding sebelum ini. Mungkin apa yang diperlukan oleh Ruhainies untuk membuktikan kemampuan lakonannya ialah masa. Mari kita bersama beri Ruhainies peluang itu.

Neelofa Serbu Kilang Tiruan Naelofar Di Vietnam Dalam Masa Terdekat

Posted: 21 Apr 2016 06:51 PM PDT

Sebelum ini pengacara dan pelakon Neelofa pernah memberitahu akan menjalankan rampasan tudung tiruan menggunakan jenama tudungnya di Vietnam.
 photo 12930710_558272597686620_192541562_n.jpg
Ada yang mempersoalkan tindakan itu dan beranggapan ia mustahil dan hanya cakap-cakap kosong saja. Melalui Utusan Online selebriti itu mengesahkan ia akan dilakukan dalam masa terdekat.

Awal-awal lagi saya sudah men­daftar hak cipta di sana dan pro­sesnya akan selesai tidak lama lagi. Sebaik sahaja urusan pendaftaran itu selesai saya dan pasukan akan pergi ke sana untuk melakukan ram­pasan.

Pasukan kami bukan nak pergi rampas tudung itu daripada penjual tetapi akan terus ke kilang yang menghasilkan tudung tiruan Naelofar Hijab. Selagi puncanya tidak dibanteras, akan berleluasalah tudung tiruan ini nanti.

Sebelum ini, Neelofa bekerjasama dengan Kementerian Perdaga­ngan Dalam Negeri, Koperasi dan Ke­penggunaan (KPDNKK) dalam serbuan tudung tiruan jenama Naelofar Hijab, baru-baru ini.
 photo 12599286_504939193026764_504527653_n.jpg
Dia bersama KPDNKK telah me­la­kukan serbuan di sebuah butik pakaian di Gombak dan di Kajang yang dikesan turut menjual tudung tiruan jenamanya itu. Hasil serbuan juga telah berjaya merampas seba­nyak 79 helai tudung tiruan bernilai kira-kira RM7,000.
 photo 12976265_470628013127710_862743617_n.jpg
Untuk makluman, Neelofa hanya melakukan rampasan ke atas tudung yang menggunakan label atau tag palsu Naelofar sahaja. Ia satu tindakan yang berani kerana ia dilakukan di Vietnam, di mana kebanyakan pengusaha tudung menghantar tudung untuk dijahit di sana memandangkan kos pengeluaran yang lebih murah.




@



Netizen Kecam Zizie Izette Buka Tudung Di Osaka, Jepun