Nora Danish Tidak Tolak Kemungkinan Bakal Berkahwin Dengan Nedim Pada Tahun Ini |
- Nora Danish Tidak Tolak Kemungkinan Bakal Berkahwin Dengan Nedim Pada Tahun Ini
- Sarah Clever Girl Malaysia Terbuka Dengan Teguran Netizen
- Tidak Mahu Sentuh Dengan Bukan Muhrim : Sherry Ibrahim Nafi Berlagak Alim
- Tiada Kerugian Cuma Pengguna Tertipu Beli Produk Tiruan – Neelofa
- Tasha Shilla Ucap Terima Kasih Kepada Haters, Banyak Muhasabah Diri
- (TAHNIAH) Yaya Maembong Selamat Bersalin Anak Pertama
- Hanez Suraya Berang Ada Akaun FB Palsu Gunakan Namanya Jual Lesen Terbang
- (5 FOTO) Anzalna Nasir Dan Hanif Zaki Tunaikan Umrah Di Mekah
- Elly Mazlein Tidak Gentar Jika Kes Bersama Faye Kusairi Dibawa Ke Mahkamah
- Jimmy Shanley Enggan Komen Kes Bersama Bekas Isteri, Mahu Bahagia Dengan Keluarganya Kini
Nora Danish Tidak Tolak Kemungkinan Bakal Berkahwin Dengan Nedim Pada Tahun Ini Posted: 07 Apr 2016 12:00 PM PDT Semalam, Nora menerusi kenyataan beliau di mStar Online berkata beliau dan Nedim mungkin akan berkahwin pada tahun ini. Walaubagaimanapun, Nora enggan terburu-buru dan ingin betul-betul bersedia untuk memikul kembali tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Berbicara mengenai komen Datuk Seri Nazri Aziz mengenai perhubungan mereka, Nora akui beliau agak terkejut apabila ada pihak bertanya tentang soal itu kepada menteri berkenaan.
Nora pada masa yang sama memberitahu beliau hanya ingin sebuah majlis perkahwinan yang ringkas. Apa yang penting adalah mereka sah disatukan sebagai suami isteri. Kata orang jangan bercinta lama-lama dan berkahwin la cepat-cepat jika sudah betul suka dan cintakan antara satu sama lain. Semoga perancangan Nora Danish dan Nedim untuk berkahwin akan tercapai dan berjalan lancar. |
Sarah Clever Girl Malaysia Terbuka Dengan Teguran Netizen Posted: 06 Apr 2016 11:23 PM PDT Buat peserta Clever Girl yang berasal daripada Sabah iaitu Sarah, beliau sama sekali tidak menyalahkan mereka yang mengkritik program berkenaan, malah Sarah sangat terbuka menerima komen daripada orang ramai kerana beliau menganggap cara itu dapat membuatkan peserta memperbaiki diri masing-masing.
Untuk makluman semua, Sarah antara peserta paling menyerlah apabila menjadi pemenang mingguan selama tiga minggu berturut-turut. Menerusi kemenangan itu Sarah menerima RM1,000 dan satu imuniti yang melayakkannya kekal pada minggu depan biarpun gagal menjawab soalan. |
Tidak Mahu Sentuh Dengan Bukan Muhrim : Sherry Ibrahim Nafi Berlagak Alim Posted: 06 Apr 2016 10:44 PM PDT Selepas Saharul Ridzwan dan Mira Filzah memberitahu enggan menyentuh sesiapa yang bukan muhrim mereka didalam lakonan, kini tiba giliran Sherry Ibrahim pula melakukan perkara yang sama, setelah membuat keputusan untuk berhijab pada ulang tahun kelahirannya yang ke 33. Niat Sherry berbuat demikian bukanlah kerana hendak berlagak alim seperti dakwaan sesetengah pihak, tetapi kerana beliau ingin cuba menjadi seorang muslimah sejati.
Sherry pada masa yang sama memberitahu beliau tidak kisah dengan anggapan orang bahawa beliau bertudung kerana ingin berkahwin.
Satu permulaan yang baik untuk Sherry Ibrahim berubah. Kita seharusnya menyokong dan mendoakan yang terbaik buatnya dan bukan mempersoalkan mengapa beliau buat begitu. |
Tiada Kerugian Cuma Pengguna Tertipu Beli Produk Tiruan – Neelofa Posted: 06 Apr 2016 08:28 PM PDT Walaupun meluahkan rasa kecewa jenama Naelofar Hijab diciplak, Neelofa mengakui ia tidak mendatangkan kerugian kepada pihaknya. Namun, beliau terkilan kerana pengguna memperolehi produk yang tidak mempunyai kualiti yang baik.
Neelofa juga memberitahu setiap tudung keluaran Naelofar Hijab dijual dengan harga mampu milik dan berpatutan. Apa yang di kesal olehnya ialah pengguna tertipu dengan harga mahal daripada mereka yang meniru tudungnya.
Semalam Neelofa telah mengadakan sidang media sempena rampasan pertama produk Naelofar Hijab palsu ketika dalam serbuan di Gombak dan Kajang pada 28 Mac lalu. Nilai rampasan tersebut dianggarkan lebih RM7,000. |
Tasha Shilla Ucap Terima Kasih Kepada Haters, Banyak Muhasabah Diri Posted: 06 Apr 2016 08:04 PM PDT Sepanjang bergelar artis, Tasha Shilla tidak pernah dapat lari daripada kontroversi dan gosip. Malah, beliau menerima pelbagai cacian dan kecaman daripada masyarakat serta daripada mereka yang sering mencari kesalahan beliau. Agak lama berehat daripada dunia lakonan, Tasha memberitahu beliau muhasabah diri dan lebih mengenali apa itu erti kehidupan.
Pada masa yang sama Tasha mengucapkan terima kasih kepada peminat serta mereka yang membenci dirinya kerana tanpa mereka mungkin beliau tidak boleh bertahan sehingga kini.
Berbicara soal teman lelaki, Tasha mengakui beliau masih lagi solo dan kini lebih berhati-hati untuk tidak terpedaya dengan pujuk rayu lelaki.
Permulaan yang baik jika Tasha Shilla sudah bermuhasabah diri, elak daripada melakukan perkara yang sekali lagi boleh memburukkan imej anda dan mengundang kontroversi. |
(TAHNIAH) Yaya Maembong Selamat Bersalin Anak Pertama Posted: 06 Apr 2016 07:34 PM PDT Menerusi akaun Instagram suami kepada Yaya Maembong iaitu aktor Wan Raja, beliau memaklumkan isterinya sudah selamat bersalin anak mereka yang pertama. Difahamkan bayi perempuan mereka dilahirkan semalam tetapi buat masa ini Wan Raja masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenainya. Mereka berdua menerima ucapan tahniah yang tidak putus diruang komen dan ada yang mendoakan agar ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat. Untuk pengetahuan anda, Wan Raja dan Yaya Maembong mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2014. Majlis mereka berlangsung dengan cukup meriah sekali lebih-lebih pada majlis resepsi yang ala-ala bangsawan Melayu. Tahniah kami ucapkan kepada Wan Raja dan Yaya Maembong. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ia dapat mengeratkan lagi hubungan anda sekeluarga. |
Hanez Suraya Berang Ada Akaun FB Palsu Gunakan Namanya Jual Lesen Terbang Posted: 06 Apr 2016 07:05 PM PDT Terkejut juga kami apabila ada akaun Facebook dengan nama Hanez Suraya menjual lesen terbang secara online. Rupa-rupanya itu bukanlah Hanez Suraya tetapi ada pihak yang mewujudkan akaun Facebook palsu dengan menggunakan namanya untuk menjalankan aktiviti yang salah di sisi undang-undang. Perkara itu hanya disedari oleh Hanez Suraya apabila beberapa pihak menghubungi beliau dan meminta Hanez untuk berhati-hati dengan perkara tersebut. Malah, Hanez juga ada menerima e-mail daripada mereka yang terpedaya untuk membuat urusan berkenaan.
Jelas Hanez, beliau mendapati akaun berkenaan diwujudkan sekitar dua tahun lepas dan ia pada asalnya satu akaun untuk memburukkan artis.
Bengang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab itu, Hanez bakal membuat laporan polis dalam masa terdekat agar namanya tidak lagi terbabit dalam aktiviti haram berkenaan.
Banyak dah individu yang menggunakan nama artis untuk mewujudkan akaun palsu dan menjalankan kegiatan haram di laman sosial. Harap orang ramai selepas ini tidak mudah terpedaya dengan kes-kes sebegini. Kalau hendakkan lesen, buatlah dengan cara betul. Tidak adalah nanti ada orang yang menjadi mangsa kerana pemanduan anda yang tidak mematuhi undang-undang. |
(5 FOTO) Anzalna Nasir Dan Hanif Zaki Tunaikan Umrah Di Mekah Posted: 06 Apr 2016 06:42 PM PDT Hari Selasa lepas, Anzalna Nasir bersama suaminya Hanif Zaki serta ibu bapanya telah berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah. Menerusi akaun Instagram Anzalna dan Hanif, mereka sempat berkongsi beberapa foto ketika berada di tanah suci. Sebelum ini Anzalna ada memberitahu beliau dan Hanif menangguh dulu niat berbulan madu semata-mata ingin menunaikan umrah dan kini hasrat mereka sudah pun tercapai. Kami mendoakan agar ibadah mereka di sana berjalan dengan lancar. Lagi beberapa foto Anzalna Nasir dan Hanif Zaki di tanah suci Mekah dengan membaca entri ini sepenuhnya.
|
Elly Mazlein Tidak Gentar Jika Kes Bersama Faye Kusairi Dibawa Ke Mahkamah Posted: 06 Apr 2016 06:23 PM PDT Bila Elly Mazlein bercerai bersama Azmi Hatta, timbul khabar angin mengatakan punca mereka berpisah kerana Faye Kusairi yang menjalinkan hubungan bersama Azmi. Malah, ada yang mendakwa Elly turut membuat tuduhan tersebut dalam laporan sebuah akhbar. Berang dengan apa yang berlaku sehingga beliau menerima tomahan dan cacian daripada masyarakat, Faye telah meminta Elly untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa dua bulan sekiranya mahu mengelak tindakan saman. Terbaru, Elly menerusi portal mStar Online tidak mahu berbicara mengenai permintaan Faye itu. Namun, beliau bersedia ke mahkamah jika dipanggil bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Sementara itu, Faye yang dihubungi sama ada beliau ingin meneruskan atau tidak tindakan saman jika Elly tidak berbuat demikian, Faye berkata dia enggan memberi sebarang komen atas nasihat peguam.
|
Jimmy Shanley Enggan Komen Kes Bersama Bekas Isteri, Mahu Bahagia Dengan Keluarganya Kini Posted: 06 Apr 2016 05:03 PM PDT Jika anda mengikuti kes penceraian Jimmy Shanley dan Nursuhaila anda pasti tahu ia sudah berlarutan beberapa tahun. Malah, Nursuhaila telah diarahkan untuk menjalani hukuman penjara selama tiga hari oleh Mahkamah Rayuan Syariah kerana didapati bersalah melanggar perintah mengenai isu lawatan dan bermalam membabitkan anak mereka iaitu Zahra Rania Shanley. Mungkin tidak berpuas hati, Nursuhaila mendakwa Jimmy tidak pernah memberi nafkah terhadap anak mereka. Tidak mahu terus dipersalahkan, Jimmy bertindak untuk mempertahankan dirinya dan memuat naik resit-resit bukti pembayaran nafkah yang dibuat olehnya. Ramai yang menyokong tindakan Jimmy itu agar membuka mata pihak-pihak yang mengecam dirinya sebelum ini. Namun ketika dihubungi pihak media, Jimmy nampaknya tidak mahu berkongsi mengenai isu berkenaan dengan lebih lanjut dan hanya ingin berkongsi kebahagiaan beliau bersama isteri baharu, Mariam Jamilah Abdul Jalil, bersama anak mereka, Hannah yang kini berusia 11 bulan.
Sabar lah Jimmy mungkin ini adalah salah satu dugaan buat anda apa yang penting jangan biarkan perkara lalu menghalang anda untuk merasa bahagia bersama isteri baharu dan anak tercinta. InshaAllah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@
Tagged @ 2015