Sarat Hamil 7 Bulan : Hanis Zalikha Masih Aktif Biarpun Perut Semakin Membesar |
- Sarat Hamil 7 Bulan : Hanis Zalikha Masih Aktif Biarpun Perut Semakin Membesar
- (14 FOTO) Majlis Hari Jadi Putra Rayfal Yang Ke 3 , Anak Pertama Fasha Sandha
- Zainol Macwilson Nafi Tuduhan Berfoya Guna Duit Anaknya Zahirah
Sarat Hamil 7 Bulan : Hanis Zalikha Masih Aktif Biarpun Perut Semakin Membesar Posted: 16 Apr 2016 05:54 AM PDT Walaupun sedang sarat hamil 7 bulan, Hanis Zalikha tidak boleh duduk diam dan masih aktif dengan pelbagai jenis perniagaan.
Hanis juga sempat berkongsi pengalaman beliau hamil anak pertama. Buat Hanis, beliau merasa agak sukar apabila sering merasa loya setiap pagi selain mempunyai alahan. Namun, beliau tetap tabahkan hati dan percaya mungkin Allah SWT ingin mempermudahkan urusan beliau ketika bersalin nanti.
Ramai yang ingin tahu apakah jantina anak pertama Hanis dan Hairul Azreen. Tiada niat untuk berahsia, pasangan ini masih belum bersedia untuk berkongsi jantina anak mereka kepada umum. Hanis dijangka akan bersalin pada tanggal 5 Jun depan iaitu tarikh yang sama dengan hari perkahwinan beliau dan Hairul. Bagus Hanis ni, walaupun sedang hamil masih lagi bersemangat untuk menguruskan setiap perkara berkaitan perniagaan beliau. Semoga segala proses bersalin nanti berjalan dengan lancar buat Hanis. |
(14 FOTO) Majlis Hari Jadi Putra Rayfal Yang Ke 3 , Anak Pertama Fasha Sandha Posted: 16 Apr 2016 05:18 AM PDT Semalam satu majlis hari jadi telah diadakan bagi menyambut ulangtahun kelahiran Putra Rayfal iaitu anak pertama Fasha Sandha dan Jejai. Sudah berusia 3 tahun, Putra Rayfal diraikan dalam satu majlis yang cukup meriah dihadiri oleh keluarga Fasha Sandha, Jejai, rakan selebriti seperti Johan dan Ozlyn, Datuk Rita Sosilawati serta Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida. Melihat foto-foto yang dikongsikan oleh Fasha menerusi akaun Instagramnya, masih ada lagi peminat yang tidak putus mendoakan agar beliau dan Jejai bersatu kembali. Hmmph.. Apa-apa pun, jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis hari jadi Putra Rayfal yang ke 3 dengan membaca entri ini sepenuhnya. |
Zainol Macwilson Nafi Tuduhan Berfoya Guna Duit Anaknya Zahirah Posted: 15 Apr 2016 10:12 PM PDT Zainol Macwilson yang merupakan bapa kepada pelakon Zahirah Macwilson terkejut dengan tuduhan beliau berfoya-foya menggunakan wang anaknya. Mengakui pernah meminta wang daripada Zahirah kerana kewangan beliau sendiri tidak stabil sebelum ini, Zainol bagaimanapun menafikan bahawa beliau berseronok dengan wang tersebut.
Zainol tidak tahu mengapa gosip seperti ini boleh timbul sehingga ada yang menganggap beliau playboy.
Bapa pinjam duit daripada anak, ermm apa salahnya bukan? Kadang-kadang orang tua kita juga ada mempunyai masalah kewangan. Bab Zainol berfoya-foya, kami tidak mahu komen lebih. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@
Tagged @ 2015