Saya Sudah Sedia Pikul Tanggungjawab Sebagai Seorang Suami – Kamal Adli |
- Saya Sudah Sedia Pikul Tanggungjawab Sebagai Seorang Suami – Kamal Adli
- Berjaya Dalam Perniagaan : Rita Rudaini Nafi Ditaja VIP
- Kosongkan Tarikh 8 Mei Anda, ABPBH 29 Janjikan Malam Yang Menghiburkan
- Saya Masih Cintakan Shenty, Belum Boleh Terima Wanita Lain – Syazwan Zulkifly
- Pakai Baju Sedondon Dengan Vie Shantie : Zizan Terkejut Ia Boleh Jadi Isu Besar
- Janna Nick Tidak Mahu Lakonkan Adegan Berpelukan
- Sharnaaz Ahmad Tidak Kisah Dikritik Teruk Sebagai Pengacara
- Mira Filzah Jelaskan Foto Beliau Beraksi Lucah Telah Diedit
- (5 FOTO) Sambutan Hari Lahir Yatt Hamzah Yang Ke 36
- Gempak Superstar Dikiritik Netizen : Anggap Konsep Program Hambar
Saya Sudah Sedia Pikul Tanggungjawab Sebagai Seorang Suami – Kamal Adli Posted: 14 Apr 2016 11:30 AM PDT Harapan untuk peminat Kamal Adli dan Emma Maembong yang ingin mengimpikan pasangan ini bersanding di jinjang pelamin bakal termakbul apabila Kamal mengakui beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Namun, Kamal tidak mahu terlalu mendesak Emma dan hanya akan berkahwin jika mendapat restu daripada keluarga beliau dan keluarga pihak perempuan.
Kamal juga menjelaskan beliau tidak mempunyai tarikh tertentu untuk bernikah dan enggan mengulas lanjut mengenai hubungan beliau dan Emma kerana khuatir jika perancangan mereka akan berubah nanti.
Alhamdullilah, nampaknya kali ini baik Kamal mahupun Emma masing-masing sedar mereka serasi bersama dan tidak mahu membuang masa dalam bercinta. Jika benar mereka akan berkahwin tidak lama lagi, kami harap segala perancangan mereka ke arah itu dipermudahkan. |
Berjaya Dalam Perniagaan : Rita Rudaini Nafi Ditaja VIP Posted: 14 Apr 2016 11:00 AM PDT Bergelar ibu tunggal kepada dua orang anak bukanlah satu perkara yang mudah. Namun, Rita Rudaini membuktikan beliau juga boleh berjaya dan ia terbukti apabila menceburi bidang perniagaan. Antara produk keluaran Rita ialah kopi, minuman kolagen, minyak wangi dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, penyakit hasad dengki (PHD bak kata orang sekarang) manusia terhadap kejayaan beliau semakin menjadi-jadi apabila Rita dituduh mendapat tajaan daripada VIP untuk perniagaan beliau. Terkejut dengan dakwaan berkenaan, Rita menerusi Harian Metro berkata setiap perniagaan yang beliau usahakan adalah dari titik peluhnya sendiri.
Bila ada sahaja orang berjaya dalam perniagaan datanglah pelbagai dakwaan daripada mereka yang dengki dengan kejayaan orang lain. Rita Rudaini sedikit sebanyak dapat juga memberikan motivasi kepada wanita lain untuk memiliki kehidupan yang lebih selesa. |
Kosongkan Tarikh 8 Mei Anda, ABPBH 29 Janjikan Malam Yang Menghiburkan Posted: 14 Apr 2016 01:16 AM PDT Setiap tahun, salah satu acara anugerah yang Abang Nara sentiasa nantikan ialah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Pada pendapat Abang Nara, ABPBH adalah satu acara anugerah yang berprestij di mana ia menjadi penanda aras populariti selebriti Malaysia kerana kemenangan adalah ditentukan 100% secara undian oleh peminat. Secara jujur, Abang Nara #RESPEK dengan ketabahan dan kecekalan para selebriti tanah air mengharungi semua itu. Dan secara jujur juga, Abang Nara mengajak anda semua untuk lebih #RESPEK selebriti-selebriti kita. Mungkin kita boleh cuba memahami mereka apabila ada yang terlebih emosi di laman sosial. Mungkin kita boleh beri komen yang positif dan membina dan tidak hanya mencaci serta memaki. Kita yang kerja biasa-biasa ini pun seringkali stress serta banyak masalah sehingga hilang kawalan diri, nikan pula mereka selebriti yang sentiasa perlu menjaga imej di mata para peminat. Jom kita cuba semaikan #RESPEK dan berterima kasih kepada para selebriti yang tak henti-henti menghiburkan kita. Tak gitu? Senarai calon-calon Top 5 ABPBH 29 (boleh baca senarainya di sini) untuk 13 kategori telah pun diumumkan pada 23 Mac lalu. Sekarang ini adalah masa untuk para peminat mengundi calon-calon kegemaran mereka. Untuk makluman, undian untuk kesemua kategori termasuklah kategori online (boleh undi di www.abpbh.com.my) telah pun bermula pada 25 Mac lalu dan akan ditutup pada 22 April ini. Maksudnya kalau korang belum mengundi, masih ada masa kira-kira seminggu dua lagi untuk memastikan selebriti feveret korang menang. Kalau tak undi jangan buat kecoh pulak bila artis kesayangan anda tak menang. Hehehe. Tahun ini ABPBH yang ke 29 akan berlangsung pada 8 Mei tepat jam 9 malam dan akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajayamenerusi TV3 dan juga menerusi siaran radio KOOL FM. Excited pula Abang Nara menunggu tarikh keramat tersebut. Amboi panjang lebar pula Abang Nara berceloteh. Untuk makluman, sudah ada lebih 60 video oleh para artis tempatan bersempena dengan ABPBH 29 yang berkonsepkan #RESPEK ini. Semuanya boleh ditonton secara ekslusif di Instagram @abpbh. Meh ushar beberapa video yang menarik pada pandangan Abang Nara. Apa-apa pun, Abang Nara tak sabar menanti 8 Mei ini. Dengan penaja-penaja seperti DEMAK (pengeluar motosikal tempatan), Ice Watch penaja bersama), ASUS (rakan teknologi), Volkswagen (penaja auto) dan Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya selaku penaja lokasi, Abang Nara berani jamin ABPBH 29 kali ini confirm lebih happening, havoc dan meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya, Jadi pastikan jangan buat apa-apa plan 8 Mei ini. Sama-sama kita tonton ABPBH 29 sambil menggunakan hashtag #RESPEK untuk kasi trending worldwide. Maklumat lanjut layari www.abpbh.com.my. |
Saya Masih Cintakan Shenty, Belum Boleh Terima Wanita Lain – Syazwan Zulkifly Posted: 14 Apr 2016 12:51 AM PDT Tentu anda masih ingat dengan kes dimana pelakon Syazwan Zulkifly telah memukul teman wanitanya Shenty Feliziana yang merupakan pengacara h Live!. Akibat insiden berkenaan Shenty telah membuat keputusan untuk berpisah dengan Syazwan dan enggan kembali kepada aktor itu meskipun beliau sudah menyesali kesilapannya.
Meskipun sering menghantar mesej kepada Shenty selepas mereka berpisah, Syazwan bagaimanapun enggan terlalu mendesak.
Bak kata pepatah, bila kita tidak menghargai seseorang itu semasa mereka ada baru kita tahu apa erti penyesalan bila mereka tidak ada lagi dalam hidup kita. |
Pakai Baju Sedondon Dengan Vie Shantie : Zizan Terkejut Ia Boleh Jadi Isu Besar Posted: 13 Apr 2016 11:58 PM PDT Meskipun beberapa kali menafikan mereka sedang bercinta, Zizan Razak dan Vie Shantie Khan masih lagi menjadi tumpuan ramai. Beberapa pihak yakin mereka sebenarnya sedang menjalinkan hubungan istimewa cuma tidak mahu mengaku, lebih-lebih lagi mereka dilihat mengenakan pakaian sedondon di majlis perkahwinan adik perempuan Vie. Melihat mereka sedondon, peminat mula mendoakan yang terbaik buat mereka dan merestui percintaan Zizan dan Vie. Namu, Zizan sekali lagi menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan.
Sudah biasa dengan gosip-gosip liar seperti ini, Zizan bagaimanapun tidak marah akan segala persoalan yang diajukan kepada beliau.
Kalau ada jodoh pun apa salahnya, tidak mengapalah. Biarkan sahaja mereka yang menentukan sejauh mana hubungan mereka berdua. Doakan je Zizan. |
Janna Nick Tidak Mahu Lakonkan Adegan Berpelukan Posted: 13 Apr 2016 10:51 PM PDT Janna Nick bintang yang semakin menyerlah lebih-lebih lagi drama Suami Tanpa Cinta gandingan bersama Shukri Yahaya telah mendapat sambutan yang agak baik daripada penonton. Peminat menyifatkan pasangan ini cukup serasi bersama dan lakonan mereka tampak bersahaja tetapi masih ada kecomelan tersendiri. Buat Janna, beliau sangat bersyukur dengan reaksi positif daripada penonton dan beliau juga cukup selesa bekerjasama dengan Shukri.
Janna sebenarnya tidak mahu tampak terlalu "over" ketika berlakon dan beliau sama sekali tidak akan melakonkan adegan berpelukan hanya untuk menarik perhatian ramai.
Mungkin ada pihak yang berpendapat bahawa adegan berpelukan serta romantis boleh melariskan sesuatu karya tetapi cara seseorang pelakon itu "menghidupkan" watak itu yang lebih memberikan kesan didalam hati penonton. |
Sharnaaz Ahmad Tidak Kisah Dikritik Teruk Sebagai Pengacara Posted: 13 Apr 2016 08:05 PM PDT Percubaan Sharnaaz Ahmad untuk menjadi pengacara bagi program Gempak Superstar mengundang beberapa komen negatif. Mereka berpendapat Sharnaaz kelihatan agak kaku dan tidak begitu pasti dengan apa yang beliau lakukan ketika mengacara. Walaubagaimanapun, mengenali Sharnaaz beliau sememangnya seseorang yang tidak begitu peduli dengan kritikan negatif. Buat Sharnaaz, beliau sedar kewudujan media sosial kini sudah menjadi medium untuk menghentam seseorang individu itu. Sharnaaz juga tidak meletakkan harapan tinggi agar mereka yang menonton menerima cara beliau ketika menjadi pengacara.
Mengakui bukan mudah untuk menjadi pengacara, Sharnaaz berkata beliau akan berusaha untuk memberikan yang terbaik.
Mencuba sesuatu buat kali pertama dan secara live lagi memang akan ada rasa nervous. Kalau yang mengkritik berdiri di atas pentas dan mengacara, boleh ke mereka buat? Mungkin ada part yang Sharnaaz Ahmad kelihatan agak kekok tetapi berilah beliau peluang untuk biasakan diri dahulu. |
Mira Filzah Jelaskan Foto Beliau Beraksi Lucah Telah Diedit Posted: 13 Apr 2016 07:06 PM PDT Sebelum ini foto Mira Filzah beraksi lucah dengan menjilat jeli berbentuk kemaluan lelaki menjadi viral di Internet. Ramai sebenarnya yang tidak percaya bahawa gadis bertudung seperti beliau melakukan aksi berkenaan yang menimbulkan pelbagai kontroversi. Tidak mahu terus dikritik, Mira menerusi akaun Instagram rasmi miliknya mendakwa foto itu telah diedit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mira turut memuat naik foto yang sebenarnya didalam penjelasan beliau. Mira yang tidak mengetahui dalang disebalik penyebaran foto tersebut menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT. Buat Mira, ia bukan tugas beliau untuk menghukum.
Mesti ada pihak yang cemburu kerana nama Mira Filzah kini sudah semakin naik, bersabar lah Mira. Dalam dunia ini kita tidak boleh puaskan hati orang, kadang-kadang kalau kita tidak buat salah pun ada juga orang yang tetap dengki. |
(5 FOTO) Sambutan Hari Lahir Yatt Hamzah Yang Ke 36 Posted: 13 Apr 2016 06:49 PM PDT Semalam merupakan tarikh ulangtahun kelahiran Yatt Hamzah yang ke 36. Sebuah majlis yang sederhana telah diadakan bagi menyambut hari jadi beliau di Masjid Wilayah Persekutuan. Sambutan hari jadi itu hanya dihadiri oleh suami beliau, teman rapat serta beberapa pekerja Yatt. Jelas sungguh sinar kebahagiaan di wajah Yatt ketika bersama suami beliau. Kami di Beautifulnara mengucapkan selamat hari lahir buat Yatt Hamzah, semoga panjang umur dan bahagia bersama suami dan anak tercinta. InshaAllah kekal sehingga ke akhir hayat. Jom layan beberapa foto sekitar sambutan ulangtahun kelahiran Yatt Hamzah dengan membaca entri ini sepenuhnya.
|
Gempak Superstar Dikiritik Netizen : Anggap Konsep Program Hambar Posted: 13 Apr 2016 06:28 PM PDT Baru sahaja episod pertama, program realiti Gempak Superstar yang menampilkan 10 orang pelakon terkenal dicabar untuk menyanyi telah mendapat kritikan yang agak hebat daripada penonton. Pada permulaannya ramai yang teruja ingin melihat pelakon kegemaran mereka menyanyi tetapi saat program tersebut disiarkan, nampaknya macam ada yang tidak kena daripada pengacara, peserta sehinggalah konsep program tersebut. Ada antara netizen yang mengatakan Gempak Superstar agak hambar dan mengkritik program Kilauan Emas Otai lebih menarik untuk ditonton. Dalam erti kata lain, ia seakan memalukan artis yang menyertai program berkenaan. Berikut antara komen netizen mengenai program Gempak Superstar :-
Kami tidak sempat menonton program berkenaan, tetapi kata orang Siti Elizad dan Sherry Ibrahim yang paling menyerlah, betul ke? Apa pendapat anda yang sudah menonton program ini? Best ke tak.. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@
Tagged @ 2015