Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

(TAHNIAH) Linda Rafar Dan Syed Aiman Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki

(TAHNIAH) Linda Rafar Dan Syed Aiman Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki


(TAHNIAH) Linda Rafar Dan Syed Aiman Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki

Posted: 08 Apr 2016 04:49 AM PDT

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Linda Rafar dan Syed Aiman atas kelahiran anak lelaki ketiga mereka tengah hari tadi.

Linda selamat melahirkan cahaya mata baharu mereka di Hospital Gleneagles, Ampang pada jam 2.05 petang menerusi kaedah pembedahan dengan berat 2.85 kilogram.

Syed Aiman melalui portal BH ONLINE merasa bersyukur kerana proses kelahiran berjalan dengan lancar.

Kali ini hero (lelaki) lagi. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Kami berada di hospital sejak 7 pagi tadi. Dalam jam 12 tengah hari, Linda dimasukkan ke dewan pembedahan. Saya juga turut berada di sisinya dari awal hingga selamat bersalin.

Biarpun terpaksa menunggu lama untuk anak ketiga ini, tetapi ia satu rahmat buat saya dan Linda.

Linda Rafar dan Syed Aiman sebelum ini dikurniakan dua anak lelaki, Syed Rezaqiib dan Syed Rezariiq.

Semoga dengan kehadiran cahaya mata baharu ini dapat mengeratkan lagi hubungan Linda Rafar dan Syed Aiman serta keluarga mereka dilimpahi dengan kebahagiaan. InshaAllah.

Sumber Berita : BH ONLINE

(TAKZIAH) Mr Os Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-Paru

Posted: 08 Apr 2016 01:59 AM PDT

Pelawak popular Mr Os telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.50 petang tadi di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru.

Berita pemergian Mr Os disahkan sendiri oleh anak kelima beliau Hafizul Mohd Yusof. Menurut Hafizul, bapanya dirawat di hospital berkenaan sejak hari Isnin lepas kerana sesak nafas.

Ayah sakit teruk sejak Isnin lalu dan di rawat di Hospital Selayang, namun ketika itu dia masih boleh bercakap sehinggalah pagi tadi. Pagi tadi dia kelihatan betul-betul lemah dan hanya boleh angguk dan geleng sahaja.

Untuk pengetahuan anda, Allahyarham sudah setahun menderita daripada penyakit berkenaan dan pernah menjalani pembedahan sekitar bulan Mac 2015 akibat pendarahan tonsil.

Antara pesanan terakhir arwah ialah beliau mahu anak-anaknya sentiasa mengingati Allah SWT dan menutup aurat.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang di kediamannya di Gombak dan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata petang ini.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham Mr Os, ayuh sama-sama sedekahkan Al –Fatihah kepada beliau dan supaya rohnya dicucuri rahmat.

Sumber Berita : mStar Online

(20 FOTO) Sekitar Percutian Che Ta Dan Keluarga Di Perancis

Posted: 07 Apr 2016 08:02 PM PDT

Baru sahaja pulang dari tanah suci Mekah, Rozita Che Wan sekali lagi telah terbang ke luar negara dan kali ini menikmati percutian bersama keluarga beliau di Perancis.

Percutian kali ini disertai oleh anak sulungnya Ammar Affendy, Zain Saidin serta si comel Aaisyah Dhia Rana.

Seperti biasa, Che Ta pasti akan membawa jurugambar peribadi beliau bersama untuk merakam detik indah mereka sekeluarga ketika bercuti.

Jom kita layan beberapa foto sekitar percutian Che Ta dan keluarga di Perancis dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Annas Easkey

11 April Ini, Kejutan Super Duper Awesome Menanti Anda di NU Sentral Bersempena Ulangtahun Pertama 11street

Posted: 07 Apr 2016 07:21 PM PDT

Apa plan anda pada 11 April 2016 Isnin petang nanti? Tak ada buat apa-apa? Bagus!!! Sebab Abang Nara nak ajak korang beramai-ramai pergi ke NU Sentral bersempena dengan ulangtahun pertama 11street dengan karnival bertemakan 'Shocking Deals Come to Life".

11street

Bermula jam 11 pagi sehingga 10 malam, 11street akan memastikan anda terhibur sepanjang hari di NU Sentral lebih lebih lagi dengan kehadiran duta terbaru 11street iaitu Zizan Razak dan Elizabeth Tan. Elizabeth Tan akan membuat persembahan live pada hari tersebut. Zizan Razak pula confirm akan menggeletek hati anda dengan lawak-lawaknya. Semua yang hadir pasti akan terhibur. Abang Nara diberitahu Zizan dan Lizzy akan membuat penampilan mulai jam 6 petang, tapi Abang Nara nasihatkan korang datang awal untuk dapatkan tempat duduk yang best. Untung-untung dapat salam dengan Zizan dan Elizabeth Tan.

Tema acara 11street kali ini iaitu 'Shocking Deals Come to Life' menonjolkan asset unik 11street iaitu 'Shocking Deals', jaminan harga terendah.Buat yang tak ingat, produk-produk yang dijual menerusi Shocking Deals adalah dijamin harga terendah jika dibandingkan dengan website shopping lain. Kalau korang jumpa website yang menawarkan harga yang lagi murah, boleh dapat balik refund. Abang Nara pernah ceritakan dengan lebih details tentang Shocking Deals di sini. Bolehlah baca untuk refreshkan kembali memori korang.

11street

contoh Shocking Deals yang terbaru

Selain daripada kelibat Zizan Razak dan Elizabeth Tan, ada pelbagai permainan, cabutan bertuah dan juga kupon diskaun untuk membeli-belah di 11street.my Permainan2 di karnival tu bertemakan 'Shocking'. Nampak menarik kan? Kalau nak tahu kenalah singgah dengan kawan-kawan, pakwe/makwe/laki/isteri dan keluarga tercinta untuk melihat sendiri keawesomean karnival 11street ini. Abang Nara berani jamin korang akan puas hati punya.

11street

Dari segi tawaran 11street pula, yang paling penting adalah pelancaran Shocking Deal ekslusif bersama dengan Celcom Xpax. Dengar cerita ganjaran dan promosi yang bakal diberikan kesemuanya hebat-hebat belaka. Memang rugilah jika anda tidak hadir. Abang Nara dah freekan jadual semata-mata untuk merasai sendiri kemeriahan hari tersebut. Tak sabar rasanya. Abang Nara dah freekan jadual semata-mata untuk merasai sendiri kemeriahan hari tersebut. Harap-harap korang pun sudi hadir. Lagi ramai lagi meriah beb!!!
11street

Hari itu juga ada pemberian hadiah untuk pemenang bertuah yang akan mendapat peluang untuk menaiki helikopter melihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur bersama Elizabeth Tan dan juga Zizan Razak. Lepas itu dapat naik limosine dan pergi makan malam bersama duta baru 11street ini. Pergh. Peluang sekali seumur hidup. Mesti akan jadi kenangan terindah buat selamanya. Naik helikopter tue!!!

Khas untuk pembaca BeautifulNara, 111 orang yang pertama menghantar penyertaan dengan menggunakan borang di atas (jangan lupa letak email anda) akan memperolehi kupon 11street bernilai RM11 bersempena dengan ulangtahun pertama www.11street.my. Pastikan korang merupakan pengguna berdaftar 11street sebelum join contest mudah ini. Cepat-cepat join sebab kupon hanya valid selama sebulan bermula hari ini! Pesanan Abang Nara, nak dapat ganjaran lebih lagi , kenalah hadir ke sambutan ulangtahun pertama 11street di NU Sentral pada 11 April ini. Kita jumpa di sana!!! Untuk maklumat lanjut, jangan lupa ikuti Facebook 11street dan juga Instagram 11street. Kita jumpa di sana!!!

Nora Danish Yakin Restu Keluarga Penting Dalam Perkahwinan

Posted: 07 Apr 2016 06:34 PM PDT

Mengakui mungkin akan berkahwin dengan Nedim Nazri pada tahun ini, Nora Danish bagaimanapun tetap mengharapkan restu keluarga juga bakal mertuanya demi rumah tangga yang harmoni.

Restu keluarga sangat penting dalam sesebuah perkahwinan. Bagi saya dengan sokongan keluarga juga akan menjamin keharmornian sesebuah perkahwinan, insya-Allah.

Berbicara mengenai hubungan baik yang terjalin dengan keluarga Jejai meskipun mereka sudah berpisah, Nora menjelaskan tiada rahsia untuk beliau memikat hati bekas keluarga mertuanya itu, cuma mungkin beliau bernasib baik sahaja.

Tiada rahsia sebenarnya untuk saya kekal baik dengan mereka, bekas keluarga mentua saya sendiri memang baik dan ini memudahkan saya.

Kalau ikutkan saya juga tidaklah terlalu berhubungan dengan mereka, mungkin saya hanya perlu menjadi diri sendiri.

Untung jadi Nora memang tidak ramai yang boleh berbaik dengan bekas mertua selepas bercerai..Heh..Apa-apa pun kan Datuk Seri Nazri Aziz dah bagi green light dan pastinya keluarga Nora juga tidak mempunyai masalah untuk terima Nedim, iyalah dah selalu bukan bercuti bersama? Tentu hubungan keluarga Nora dan Nedim agak rapat..Hehe..

Sumber Berita : Utusan Online

(3 FOTO) Anak Perempuan Yaya Maembong Dan Wan Raja

Posted: 07 Apr 2016 06:05 PM PDT

Selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada hari Rabu lepas Wan Raja dan Kamal Adl sempat untuk berkongsi foto bayi perempuan yang diberi gelaran sebagai Seri di akaun Instagram.

Sebenarnya, anak perempuan mereka terpaksa dikuarantin kerana tertelan najis sendiri ketika proses bersalin dan Yaya hanya berpeluang untuk mendukung Seri malam semalam setelah tamat tempoh kuarantin.

Menurut Wan Raja, pada awalnya doktor menyarankan Yaya untuk bersalin secara pembedahan namun kontraksi berjalan dengan lancar dan akhirnya isterinya berjaya bersalin secara normal.

Alhamdullillah, apa yang penting ialah kedua-dua bayi dan ibu sihat dan selamat. Sekali lagi kami ucapkan tahniah buat anda berdua.

Jom lihat beberapa lagi foto Seri dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Fasha Sandha Akui Tidak Serik Dengan Perkahwinan

Posted: 07 Apr 2016 02:00 PM PDT

Menghadapi pelbagai dugaan dalam berumah tangga dan akhirnya bercerai, Fasha Sandha bagaimanapun tidak serik dengan perkahwinan. Malah, Fasha menjadikan penceraian itu sebagai langkah untuk beliau terus tabah dan meneruskan kehidupan baharu bersama dua orang anaknya.

Serik tu tak, sebab saya bersyukur kerana dapat anak dua orang. Itulah harta yang saya cari 10 tahun dulu. Saya selalu impikan untuk jadi mak, jadi saya tidak serik dengan perkahwinan tersebut.

Selepas mendirikan rumah tangga, Fasha dalam satu program temubual ada membicarakan bahawa perkahwinan itu harus mendapat restu kedua ibu bapa.

Ditanya mengapa beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu selepas berkahwin, ini jawapan Fasha :-

Oleh kerana saya tidak pernah ada pengalaman berkahwin, jadi sebelum berkahwin saya fikir sebagai suami isteri, kita boleh meneruskan kelangsungan hidup, tetapi sebenarnya, tidak.

Selepas melalui alam rumah tangga barulah saya sedar bahawa perlu restu, sebab tanpa restu akan berlakulah pelbagai dugaan di tengah jalan apabila melibatkan keluarga.

Apabila diajukan soalan jika beliau masih berhubung baik dengan bekas keluarga mertua, Fasha mengakui tidak ambil tahu lagi mengenai mereka dan biarlah beliau sorang sahaja tahu sebabnya kerana ia terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

Jadikan pengalaman pahit di masa lalu sebagai pengajaran di masa hadapan. Lagipun kami lihat Fasha Sandha kini dilimpahi dengan rezeki yang agak banyak  untuk beliau teruskan kehidupan bersama anak-anak. Kata orang pasti akan ada pelangi selepas hujan bukan?

Sumber Berita : Utusan Online




@



(TAHNIAH) Linda Rafar Dan Syed Aiman Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki