Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

(TAHNIAH) Raja Ema Bakal Berkahwin Dengan Lelaki Kacukan Dan Berhijrah Ke London

(TAHNIAH) Raja Ema Bakal Berkahwin Dengan Lelaki Kacukan Dan Berhijrah Ke London


(TAHNIAH) Raja Ema Bakal Berkahwin Dengan Lelaki Kacukan Dan Berhijrah Ke London

Posted: 10 Apr 2016 11:46 AM PDT

Bertahun hidup sebagai ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata, Raja Ema akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berdarah kacukan Melayu-Cina-Inggeris selepas hari raya Aidilfitri pada tahun ini.

Malah, Raja Ema juga memberitahu beliau akan berhijrah ke London bersama suaminya nanti.

Insya-Allah, jika diizinkan Tuhan, mungkin majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas Aidilfitri nanti, sekali gus menyaksikan noktah dalam kerjaya lakonan saya.

Sekiranya ada jodoh saya terpaka berhenti berlakon dan mengikut bakal suami berhijrah ke London. Bakal suami seorang ahli perniagaan berusia 40-an dan berdarah kacukan.

Walaupun orang Malaysia, tetapi sudah lama menetap di London. Tugasannya pula memerlukannya terbang ke China, Dubai dan Paris.  Agak sukar jika kami tinggal berjauhan kerana beliau selalu sibuk.

Tahniah kami ucapkan kepada Raja Ema yang bakal berkahwin tidak lama lagi. Mungkin Raja Ema akan berhenti berlakon tetapi kami mendoakan agar beliau akan bahagia disamping bakal suami tercinta dan anak-anak.

Sumber Berita : Berita Harian

Awie Masih Hidup : Berita Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Maut Adalah Palsu

Posted: 10 Apr 2016 11:29 AM PDT

Semalam, pengguna media sosial dikejutkan dengan berita dimana penyanyi rock Awie dikatakan sudah meninggal dunia selepas terbabit didalam kemalangan di Phuket, Thailand.

Rupa-rupanya berita tersebut palsu belaka dan Awie juga membuktikan beliau masih lagi hidup serta sihat menerusi satu video yang dimuat naik oleh beliau di Instagram.

Jelas Awie, berita berkenaan adalah fitnah semata-mata dan beliau kini sedang menjalani penggambaran filem Bikers Kental 2 di Phuket, Thailand.

Saya kini berada di Phuket, Thailand bagi bagi menjalani penggambaran filem Bikers Kental 2. Saya masih lagi hidup dan berita kononnya saya terbabit dengan kemalangan dan meninggal dunia adalah palsu.

Masih ada lagi pihak yang suka menyebarkan berita palsu sebegini dan membuat orang ramai keliru. Nyawa orang pun mereka hendak main-main. Berhenti lah sebarkan berita kematian palsu ni.

Sumber Berita : BH ONLINE

Lagi 5 Foto Terkini Bayi Lelaki Linda Rafar Dan Syed Aiman

Posted: 10 Apr 2016 11:25 AM PDT

Tanggal 8 April lepas, pasangan Linda Rafar dan Syed Aiman dikurniakan anak lelaki ketiga mereka yang dilahirkan di Hospital Gleneagles, Ampang pada jam 2.05 petang menerusi kaedah pembedahan dengan berat 2.85 kilogram.

Memang comel sungguh anak mereka berdua ini, bak kata Azza Elite rupa anak ketiga Linda dan Syed Aiman ini seperti anak orang Barat.

Khas buat tatapan anda, kami kongsikan beberapa lagi foto anak lelaki Linda dan Syed Aiman dengan membaca entri ini sepenunya.

Aman Nassim Enggan Komen Isu Hampir Ditumbuk Oleh Fattah Amin

Posted: 10 Apr 2016 11:20 AM PDT

Meskipun sudah kecoh dengan isu beliau yang nyaris ditumbuk oleh Fattah Amin kerana bertanyakan soalan yang sensitif, Aman Nassim masih lagi ingin berdiam diri. Ada pihak yang mempersoalkan, adakah beliau cuba menyembunyikan sesuatu?

Walaubagaimanapun, menurut Aman beliau tidak mahu memberikan sebarang komen kerana tidak mahu isu berkenaan terus berpanjangan.

Saya minta maaf, saya memang tidak mahu komen mengenai isu ini. Saya tidak mahu memanjangkan lagi cerita.

Tambah Aman, beliau tidak menyimpan dendam terhadap Fattah dan tidak kisah jika mereka sekali bekerjasama di masa akan datang.

Saya menghormati Fattah, malah tiada masalah sekiranya kami digandingkan lagi pada masa akan datang. Fattah adalah pelakon yang sangat berbakat. Saya bertuah dapat bekerjasama dengannya.

Cuma untuk memberikan kenyataan mengenai apa yang berlaku, saya minta maaf sekali lagi. Saya harap masih diberikan sokongan kerana masih baru menapak dalam industri hiburan.

Dalam bidang hiburan, Aman harus pandai bawa diri agar tidak membuat mana-mana pihak tersinggung. Tidak mengapa, jadikan perkara yang telah berlaku ini sebagai pengalaman anda di masa hadapan.

Sumber Berita : Berita Harian

Saya Percaya Jodoh Adalah Rahsia Allah – Fathia latiff

Posted: 10 Apr 2016 11:17 AM PDT

Melihat perubahan Fathia Latiff yang kini sudah bertudung, ramai yang setuju bahawa beliau tampak lebih manis dan cantik ketika berhijab.

Namun, masih ada yang tidak lupa untuk bertanya adakah Fathia sudah bertemu pengganti sejak putus cinta bersama Aiman Hakim Ridza pada tahun lepas?

Mengakui ada yang cuba untuk mendekati dirinya, Fathia bagaimanapun menjelaskan hatinya itu masih belum terisi.

Saya percaya jodoh adalah rahsia Allah SWT. Sejujurnya saya sudah lama bersedia bergelar seorang isteri, cuma jodoh belum hadir lagi. Ketika ini saya belum ada sesiapa.

Bohong jika saya katakan tiada siapa mendekati, cuma belum ada yang sesuai. Saya tidak fikir lagi soal jodoh, sebaliknya menyerahkan urusan itu kepada kuasa Tuhan.

Buat Fathia, beliau tidak mahu lagi bercinta terlalu lama dan akan terus berumah tangga sekiranya bertemu dengan jejaka yang serasi dengan dirinya.

Saya berhasrat untuk berkahwin sebelum usia mencecah 30 tahun. Apa yang pasti, jika bertemu pilihan hati, saya tidak mahu bercinta lama-lama. Saya tidak mahu membuang masa lagi. Saya ingin terus berumah tangga.

InshaAllah, pasti satu hari nanti Fathia akan dipertemukan dengan jejaka yang betul-betul sesuai dengan diri beliau dan paling penting sayangkannya. Bercinta selepas nikah itu juga ada manisnya. Hehe

Sumber Berita : Berita Harian

Fattah Amin Hampir Tumbuk Aman Nassim Kerana Ditanya Soalan Melampau

Posted: 10 Apr 2016 10:00 AM PDT

Sekitar minggu lepas, ada khabar angin mengatakan aktor Fattah Amin sudah tidak dapat menahan kesabarannya apabila nyaris menumbuk seorang aktor baharu Aman Nassim, selepas ditanya dengan soalan yang agak sensitif dihadapan semua kru produksi drama.

Menjelaskan lebih lanjut hal berkenaan, Fattah menerusi Bipop Berita Harian berkata, beliau agak terkejut dengan soalan Aman lebih-lebih lagi mereka tidak rapat. Namun, apa yang membuatkan Fattah menjadi lebih marah ialah Aman bertindak untuk menyatakan bahawa pertanyaan beliau itu tidak ada salahnya.

Pada hari kejadian, saya bersama seorang lagi pelakon Hairi Safwan sedang rancak berbual sebelum Aman tiba-tiba menyampuk dan bertanyakan soalan yang agak keterlaluan. Suaranya begitu kuat membuatkan saya terkejut dan malu. Hairi disebelah saya terpinga-pinga, begitu juga Mira Filzah yang kebetulan berada di lokasi penggambaran.

Aman Nassim

Saya masih bersabar dan bertanya, apa masalah Aman hingga sanggup bertanyakan soalan sensitif seperti itu? Aman dengan selamba mempertahankan pertanyaannya itu tidak salah. Saya naik angin kerana apa yang dikatakannya itu fitnah.

Saya terus menepuk meja dan bertanya sekali lagi, apa masalahnya? Melihat saya berang, Aman bercakap dia hanya bergurau.

Fattah akui pada waktu tersebut beliau tidak dapat lagi menahan amarahnya dan hampir menumbuk Aman apabila beliau berlagak tidak bersalah dihadapan pengarah Murali Abdullah.

Didepan pengarah, Aman tidak mengaku kesalahannya sebaliknya bertanyakan saya kembali, apa sebenarnya yang dia cakap? Ketika itu, saya sudah tidak mampu menahan marah. Saya terus meluru untuk menumbuknya. Mujur ketika itu, Hairi dan pembantunya menarik badan saya untuk meleraikan kami.

Tambah Fattah, beliau bukannya orang yang tidak boleh dibawa gurau tetapi pada hari itu mereka berdua baru sahaja berkenalan selama dua hari dan Aman pula sudah berani membangkitkan soalan yang agak sensitif mengenai percintaan beliau bersama Sherry Ibrahim.

Pada Fattah, jika mereka sudah kenal lama sekalipun, soalan seperti itu tidak patut ditanyakan didepan khalayak ramai sehingga membuatkan Fattah merasa malu dengan tindakan Aman yang keterlaluan.

Fuh..boleh tahan panjang penjelasan daripada Fattah Amin..Bak kata pepatah kerana mulut badan binasa, kalau belum kenal dengan seseorang itu dengan rapat memang tidak patut tanya soalan yang melampau. Harap ini menjadi pengajaran buat orang lain juga.

Sumber Berita : Berita Harian

Saya Tak Perasan Gambar Itu Berupa Anjing – Rozita Che Wan

Posted: 10 Apr 2016 06:08 AM PDT

Beberapa hari lepas, netizen kecoh dengan isu dimana anak Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana memakai baju yang mempunyai gambar anjing. Teruk juga Che Ta kena kritik dan ada yang menyifatkan ia satu dosa apabila memakai baju dengan binatang yang dikatakan haram didalam Islam.

Menurut Che Ta, beliau sebenarnya tidak perasan bahawa gambar tersebut merupakan seekor anjing.

Saya tak perasan gambar itu berupa anjing. Ini kerana setiap kali membeli belah, saya akan membeli pakaian dalam jumlah banyak. Jadi, tak sempat hendak membelek setiap satu.

Budak kecil memakai kemeja-T seperti itu tidak bermaksud apa-apapun. Saya hanya menganggap gambar anjing itu seperti kartun pada baju berkenaan. Come on… Get a life, take it easy! Ia hanya sehelai kemeja-T.

Mungkin sudah lali dengan perkara sebegini, Che Ta enggan membalas setiap komen negatif yang dilemparkan kepadanya.

Saya tak ada masa nak baca komen-komen itu. Macam dah tak ada kerja hendak membelek komen pada laman Instagram setiap masa… Biarkan mereka.

Bukan bermaksud hendak back up Che Ta tetapi mungkin kadang-kala netizen kena chill dan tidak menganggap sesuatu perkara itu terlampau serius. Pasti ada antara kita yang pernah pakai baju dengan kartun ajing..contohnya Snoopy ataupun Goofy ..betul tak?

Sumber Berita : BH ONLINE




@



(TAHNIAH) Raja Ema Bakal Berkahwin Dengan Lelaki Kacukan Dan Berhijrah Ke London