(TAKZIAH) Abby Abadi Keguguran Ketika Berada Di Madinah |
(TAKZIAH) Abby Abadi Keguguran Ketika Berada Di Madinah Posted: 24 Apr 2016 07:21 AM PDT Sebelum ini, timbul berita bahawa Abby Abadi sedang hamil apabila Norman Hakim memberikan komen seakan menggambarkan Abby sedang berbadan dua. Rupa-rupanya, Abby sememangnya sedang hamil anak pertama bersama suami Jai Ezanny namun kebahagiaan itu dapat dirasa sekejap sahaja kerana Abby mengumumkan beliau mengalami keguguran sewaktu beliau mengerjakan umrah bersama suaminya baru-baru ini. Abby menerusi akaun Instagram beliau memberitahu beliau mengalami keguguran sebelum menunaikan solat Asar di Masjid Nabawi pada hari Khamis lepas.
Abby pada masa yang sama memohon maaf kerana menyembunyikan kehamilan beliau daripada semua orang sebelum ini. Abby tidak mahu mengumumkannya terlalu awal kerana khuatir apa-apa terjadi. Erm, bertabahlah la Abby Abadi mungkin ini adalah salah satu cara Allah SWT untuk menguji anda dan suami dalam mencari keberkatanNya. InshaAllah rezeki untuk mendapatkan cahaya mata pertama bersama Jai nanti ada, jangan putus asa. |
Janna Nick & Ruhainies Terus Bertelingkah Kerana Dakwaan Penyingkiran Untuk Filem Kimchi Untuk Awak Posted: 24 Apr 2016 06:56 AM PDT 2 pelakon baru, Janna Nick dan Ruhainies kini sedang dalam satu pertelingkahan yang cukup panas. Ini semua gara-gara Janna dikatakan menghasut pengarah Michael Ang untuk menyingkirkan Ruhainies sebagai antara teraju filem pertama arahannya, Kimchi Untuk Awak. Enggan dipersalahkan, Janna Nick telah tampil menjawab dakwaan Ruhainies berhubung isu rakaman video yang dimuat naik dan keterangan gambar yang dikatakan mencemuh dirinya itu. Menurut Janna, terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Ruhainies tidak benar dan seolah-olah mempunyai agenda untuk memburukkan namanya. Kata Janna:-
Namun begitu, video yang dimuatnaik oleh Janna Nick itu telah pun dipadamkan kerana pelakon tersebut enggan mengeruhkan lagi suasana. Kata Janna lagi:-
Secara jujur, pergaduhan seperti ini hanya akan menjatuhkan maruah kedua-dua pelakon baru ini. Kedua-duanya sedang mencipta nama dan kontroversi sebegini sudah tentu tidak diperlukan. Tiada impak positif, hanya negatif semata-mata. Nampak macam kedua-duanya kemaruk job dan cepat melatah apabila tidak menjadi pilihan produser. Semoga ini menjadi pergaduhan terakhir buat mereka. Silalah belajar untuk menjadi matang. Sumber Berita Harian. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@
Tagged @ 2015
Tagged @ 2016
Tagged @ alizebeth tan
Tagged @ Sensasi Artis 2016