Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Tasha Shilla Beli Undi ?

Meskipun sudah tersingkir pada konsert Gempak Superstar minggu lepas, masih ada lagi gosip hangat berkaitan Tasha Shilla dimana beliau dikatakan "membeli" undi ketika menyertai program berkenaan agar tampak seperti pelakon yang mempunyai kelasnya tersendiri.



Jelas Poklip menerusi ruangan beliau di Utusan Online, Tasha cuba "membeli" jiwa peminat beliau sehingga sanggup turun padang dan bertemu peminatnya yang rata-ratanya lelaki.

Tasha juga sempat memuat naik video dalam Instagramnya yang menunjukkan beliau beradu suara dengan peminat-peminatnya sendiri. Siap guna hashtag #KakiRibutGengTashaShilla



Namun, Tasha tidak begitu menyerlah dalam Gempak Superstar dan persembahan beliau seakan syok sendiri. Mungkin beliau hebat berlakon tetapi nyanyian langsung tidak sesuai dengan diri Tasha. Lebih teruk lagi ada rakan Poklip yang bertanya adakah Tasha menyanyi ataupun bercakap sebenarnya.

Jika seseorang artis itu boleh berlakon dan mempunyai rupa paras yang pefect, belum tentu lagi mereka boleh menyanyi. Kalau beli undi melalui peminat pun, kalau tiada bakat tidak kemana jua.





Saya rasa, sesiapa pun yang bergelar isteri selepas bersalin, keinginan untuk menguruskan berat badan pastinya ada. Cuma, saya lihat apa yang dilakukan Lisa bukan kerana dia ambil peduli badan berisi atau runsing soal berat badan, tetapi lebih kepada menitikberatkan soal kesihatan.




Bagi saya soal menjaga kesihatan bukan lagi semata-mata untuk kurus, tetapi sudah menjadi gaya hidup. Bayangkan jika kelahiran anak pertama saja sudah mengubah kekentalan diri, macam mana pula kalau ada rezeki untuk mendapatkan anak kedua?.

Jadi, ia sebenarnya lebih kepada langkah berjaga-jaga. Bagaimanapun, memang disiplin Lisa sangat tinggi untuk menguruskan badan.



Untung Lisa dapat suami yang memahami, kalau ada sesetengah lelaki (bukan semua) baru isteri berisi sedikit dah mula merungut, sedangkan mereka bertarung nyawa untuk lahirkan zuriat untuk suami. Ermm..Apa pula pendapat korang?

Sumber Berita : BH PLUS


(TAHNIAH) Cheryl Samad Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

Posted: 24 Apr 2016 09:26 PM PDT


Tahniah kami ucapkan kepada pengacara Cheryl Samad yang telah selamat menimang cahaya mata kedua beliau baru-baru ini.



Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram beliau, anak kedua Cheryl sudah berusia dua minggu.


Welcome into our lives little girl. Mummy, Daddy and your big sister Stella are so so happy to have you at home with us.

Cheryl dan suaminya Ng Ping Ho berkahwin pada 1 Mei 2011. Mereka sebelum ini mempunyai seorang anak perempuan bernama Stella.



Semoga dengan kehadiran cahaya mata baru ini akan memberi kebahagiaan yang lebih lagi kepada Cheryl dan keluarganya.


Siti Saleha Elak Cerita Soal Peribadi Kerana Takut Dikecam Keyboard Warrior

Posted: 24 Apr 2016 09:02 PM PDT


Tidak mahu dihimpit kontroversi dan membuka peluang untuk keyboard warrior mengkritik serta mencari kesalahan beliau, Siti Saleha membuat keputusan untuk tidak terlalu mendedahkan kisah peribadinya kepada umum.



Siti Saleha juga menjelaskan beliau hanya ingin menjadi diri sendiri dan tampil eksklusif meskipun ada dikalangan peminat yang nampak kehidupan beliau seakan membosankan.


Saya tidak terlalu banyak berkongsi kisah peribadi dengan peminat. Saya hanya menjadi diri sendiri dan mengelak daripada terlalu berkongsi perkara berkenaan. Mungkin perjalanan hidup saya kelihatan agak membosankan, namun ia membawa kebaikan tersendiri.




Saya cuba untuk tidak membuka ruang kepada pejuang papan kekunci untuk mencari salah saya. Saya bukan mahu dilihat eksklusif tetapi hanya menjadi diri sendiri.

Kadang-kadang peminat mahu juga tahu kisah peribadi artis, tetapi kalau dah terlalu mendedahkan kepada umum, boleh buat peminat menyampah juga. Apa-apa pun, setiap orang mempunyai cara yang berbeza.

Sumber Berita : Berita Harian


Saya Berhijab Atas Pilihan Sendiri – Yuna

Posted: 24 Apr 2016 08:26 PM PDT


Bukan mudah untuk seorang wanita Muslim berhijab "survive" dalam industri hiburan di Amerika Syarikat.

Mereka agak terbuka dengan perkara seksi dan berbangga untuk menayang "aset" mereka dan mempercayai ia antara tarikan utama untuk kekal relevan dalam industri hiburan selain bakat yang mereka ada.



Malah, ketika Yuna pertama kali menjejakkan kaki di Amerika Syarikat ada pihak yang mencadangkan beliau untuk membuka hijab.

Namun, Yuna sama sekali tidak melakukan begitu kerana beliau berbangga dengan cara penampilan beliau kerana Yuna berhijab atas pilihan sendiri.




Saya pernah bergelut dengan konsep artis wanita yang perlu tampil cantik dan seksi. Malah apabila tiba di AS, saya dicadangkan agar membuka hijab kerana saya bukan lagi di Malaysia. Kata mereka, pakailah pakaian yang seksi dan berbanggalah dengan bentuk badan sendiri.

Tetapi saya memang bangga dengan apa yang saya kenakan. Saya berhijab bukan kerana ditekan sesiapa, ia pilihan sendiri dan saya tetap rasa bebas.



Kalau ada pendirian yang tegas, tentu tiada siapa yang boleh mengubahnya. Berhijab tidak bermakna anda tidak boleh bebas melakukan perkara yang anda minat. Tidak semua perkara kita harus ikut cakap orang agar terasa diri diterima oleh mereka.

Sumber Berita : Astro Awani


Nad Zainal Sudah Hamil Tiga Bulan?

Posted: 24 Apr 2016 07:44 PM PDT


Nad Zainal sebelum ini ada meluahkan hasrat untuk menimang cahaya mata dengan cepat dan menurut beberapa sumber, Nad sebenarnya sudah hamil tiga bulan dan kini masih aktif berlakon meskipun sudah berbadan dua.

Berita itu disampaikan oleh beberapa krew produksi drama yang bakal dibintangi oleh Nad tidak lama lagi.



Walaubagaimanapun, Nad tidak mengiyakan ataupun menidakkan berita tersebut. Menerusi portal Utusan Online beliau cuma meminta untuk mendoakan beliau sahaja.


Saya tidak ada cakap apa-apapun. Bagaimanapun, terima kasih dan doakan untuk saya.

Nad Zainal mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 di Bukit Jelutong, Shah Alam selepas beberapa bulan berkenalan.



Jika benar Nad Zainal sedang berbadan dua tahniah kami ucapkan. Semoga Nad dan kandungan berada dalam keadaan sihat. Mungkin Nad belum bersedia untuk mengumumkan berita gembira tersebut.

Sumber Berita : Utusan Online


Instagram Jihan Muse Pula Digodam

Posted: 24 Apr 2016 07:19 PM PDT


Agak kecoh juga beberapa hari lepas dengan berita dimana beberapa akaun Instagram selebriti tempatan telah digodam. Antaranya ialah Wawa Zainal dan Emma Maembong.



Terbaru, akaun Instagram Jihan Muse pula telah digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan menyebabkan pengacara serta pelawak itu hilang lebih 1.1 juta pengikutnya. Lebih teruk lagi, individu yang mencuri akaun Instagram Jihan memuat naik pelbagai video lucah.

Semuanya bermula apabila Jihan mendapat e-mail yang menawarkan beliau untuk mendapat pengesahan akaun Instagram dengan tick biru.



Kerana ingin mendapatkan pengesahan rasmi daripada Instagram beliau mengikuti setiap arahan yang diberikan sehingga tiba-tiba semua foto serta pengikutnya hilang.

Kalau asyik kena godam, susah juga artis untuk berkomunikasi dengan peminat ataupun membuat side income daripada Instagram mereka. Harapnya selebriti lain berhati-hati dan tidak mempercayai e-mail yang mengatakan untuk mendapat tick biru di akaun Instagram mereka.


Ayda Jebat Bercinta Dengan Radin ERA FM?

Posted: 24 Apr 2016 07:02 PM PDT


Menerusi rancangan hiburan Melodi semalam, Ayda Jebat mengakui beliau kini sedang mengenali hati budi seseorang yang merupakan seorang penyampai radio, dek kerana kenyataan itu ramai yang menganggap beliau sebenarnya sedang bercinta dengan penyampai radio ERA FM iaitu Radin.



Ini kerana, mereka berdua kelihatan agak mesra dan Radin juga sering memuat naik foto mereka berdua di akaun Instagram miliknya.

Mendengar khabar angin tersebut, Radin memberitahu beliau dan Ayda cuma sekadar teman rapat dan tidak mempunyai hubungan istimewa.


Apa yang dapat saya katakan adalah kami sekadar teman rapat. Sama seperti rakan artis lain yang datang ke konti untuk menjayakan slot Super 40 Era yang dikendalikan saya. Daripada situlah mulanya persahabatan kami.




Berat untuk saya mengulas lebih lanjut. Ini kerana Ayda tidak menyebut sebarang nama ketika ditemubual. Penyampai radio yang dimaksudkan mungkin sesiapa saja. Jika ingin bertanya soal hati lebih baik diajukan kepada empunya diri sendiri.

Radin akui beliau bagaimanapun selesa untuk berkawan dengan Ayda yang sebenarnya agak matang berbanding usianya.




Saya selesa berkawan dengan Ayda atau lebih mesra dengan panggilan Si Kenit. Ini kerana dia seorang yang girang dan ceria. Biarpun menggunakan kata ganti diri, Adik, namun dia sebenarnya matang dan bijak mengawal situasi.

Mula-mula berkawan selepas itu berkasih sayang pula. Hehe. Kalau ada jodoh dan serasi bersama apa salahnya untuk bercinta?

Sumber Berita : BH ONLINE


Rumah Dipecah Masuk Kali Ketiga, 15 Beg Tangan Ayu Raudhah Dibawa Lari

Posted: 24 Apr 2016 06:42 PM PDT


Kasihan pula Abang Nara mendengar nasib malang yang menimpa Ayu Raudhah dan Zaquan Adha ini. Mana tidaknya, rumah mereka telah dipecah masuk buat kali ketiga. Kerugian yang dialami kali ini mencecah RM200,000. Antara barang-barang yang berjaya dibawa lari oleh si perompak jahanam itu ialah 15 beg tangan milik Ayu Raudhah yang berjenama Dior, Prada, Chanel, Louis Vuitton serta jam tangan Rolex dan New Balance milik Zaquan Adha. Fuh!!! Memang kurang ajar. Beg-beg jenama tersebut semuanya mencecah harga puluhan ribu ringgit setiap satu.



Perompak tersebut telah memecahkan pintu belakang rumah Zaquan Adha dan Ayu Raudhah untuk melakukan perbuatan terkutuk ini kira-kira jam 1 petang. Ketika kejadian, Zaquan dan Ayu tidak berada di rumah. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya tiada kecederaan atau kehilangan nyawa. Harta benda hilang boleh dicari lagi. Tak gitu? Kata Zaquan:-


Ini kejadian kali ketiga dan paling buruk dialami sejak awal tahun ini. Jiran hadapan rumah menghubungi saya untuk memaklumkan kejadian pecah rumah yang disaksikan anaknya melibatkan tiga individu menaiki Toyota Wish berwarna gelap. Kumpulan berkenaan meletakkan kereta berdekatan rumah sambil menekan hon panjang sebelum disusuli dua lelaki mencampakkan barang dari rumah kami.

Saya terkejut apabila melihat keadaan rumah saya yang berselerak dan perompak dikesan masuk melalui bahagian dapur. Mereka membawa lari pelbagai barangan berharga termasuk 15 beg tangan berjenama milik isteri saya serta jam tangan pelbagai jenis milik saya dan juga isteri.



Semoga Ayu Raudhah dan Zaquan Adha tabah dengan ujian ini. Pastikan juga langkah-langkah tertentu diambil untuk mengelakkan kejadian ini berulang sekali lagi. Kalau susah sangat, mungkin boleh fikir untuk pindah rumah. Iyerlah, kalau dah kali ketiga, maksudnya memang rumah anda telah di”target” oleh pihak perompak. Semoga Ayu dan Zaquan akan bangkit daripada kekusutan ini. Sama-sama kita doakan. Sumber Harian Metro.


Saya Tidak Suka Uqasha Jadi Perhatian Untuk Benda Negatif – Nelydia Senrose
Posted: 24 Apr 2016 06:39 PM PDT


Sejak kebelakangan ini, nama Uqasha Senrose sering terpalit dengan gosip dan kontroversi yang agak hangat. Susulan perkara itu, Nelydia Senrose meminta orang ramai tidak menunding jari kepada Uqasha jika tidak mengetahui hal sebenar.

Nelydia juga enggan masyarakat membuat perbandingan bahawa beliau lebih baik dan kakaknya pula jahat.




Saya tahu ada orang sering membandingkan saya dan Uqasha. Mereka mengatakan dia tidak baik dan saya sebaliknya.

Dia ada juga salahnya. Cuma yang sedihnya, orang tidak tahu cerita sebenar apa yang berlaku. Melihat gambar-gambar di laman sosial, mereka terus jatuh hukum. Saya rapat dengannya dan saya tahu cerita sebenar. Bayangkan ada perkara berlaku sengaja diperbesarkan sedangkan ia hanyalah isu kecil.

Yang mereka katakan itu kakak saya, buruk baiknya tentu saya akan rasa, ibarat cubit paha kiri paha kanan terasa. Saya tidak suka kakak saya jadi perhatian untuk benda negatif.



Pada pendapat Nelydia, masyarakat tidak pernah mahu mencari kebaikan Uqasha dan sering cuba untuk mencari kesalahan beliau biarpun ketika Uqasha memuat naik foto di Instagram, pasti akan ada sahaja komen negatif.

Nelydia pada masa yang sama turut tidak faham mengapa ada sesetengah pihak mempertikaikan bakat Uqasha apabila beliau membawakan watak utama dalam teater Ombak Rindu. Sebenarnya Uqasha bekerja keras demi memberikan yang terbaik dalam lakonan beliau sebagai Izzah.




Sepanjang tempoh sesi latihan, saya melihat dia bekerja sangat keras hinggakan apabila pulang ke rumah, dia masih tidak lepaskan penghayatan wataknya. Dia nampak lesu kerana saya tahu dia bekerja keras di sesi latihan dan dia benar-benar mahu berikan yang terbaik.



Kalau orang cakap buruk tentang mana-mana ahli keluarga kita, tentu kita akan terasa bukan? Baik Nelydia ataupun Uqasha, mereka mempunyai cara yang berbeza dan kita tidak boleh melabelkan seseorang itu jahat ataupun sebaliknya. Cuma, lumrah kehidupan artis dimana gosip dan kontroversi tidak boleh dipisahkan daripada mereka.

Sumber Berita : Harian Metro


@



Tasha Shilla Beli Undi ?