Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Tempek Selfie Dengan Caption Pun Leh Print Jadi Buku? – Redza Minhat Sindir Hafiz Hamidun

Tempek Selfie Dengan Caption Pun Leh Print Jadi Buku? – Redza Minhat Sindir Hafiz Hamidun


Tempek Selfie Dengan Caption Pun Leh Print Jadi Buku? – Redza Minhat Sindir Hafiz Hamidun

Posted: 19 Apr 2016 12:44 PM PDT

Pelakon Redza Minhat menerusi akaun Twitternya baru-baru ini, ada memuat naik status yang menyindir seseorang boleh menerbitkan buku dengan hanya berselfie dan disertakan dengan kapsyen yang ringkas.

Membaca status Redza, ramai yang percaya ia ditujukan buat Hafiz Hamidun yang baru sahaja melancarkan buku dengan tajuk Cerita Hati Hafiz Hamidun.

Setiap kandungan buku tersebut memaparkan aksi Hafiz selfie dan mempunyai kata-kata berunsurkan motivasi yang ringkas.

Tidak dapat dinafikan, penerbitan buku-buku seperti ini yang mengambil kapsyen ataupun kata-kata daripada seseorang yang dikenali di media sosial menjadi trend di masa kini. Bak kata Redza Minhat, apa yang boleh dijual sekarang, kita buat sahaja.

Isteri Shah Iskandar Bunting Pelamin?

Posted: 19 Apr 2016 12:14 PM PDT

Baru-baru ini Shah Iskandar telah mengadakan majlis resepsi perkahwinan beliau bersama Siti Sarah bertempat di IDCC, Shah Alam. Majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah sekali.

Dalam meraikan pasangan tersebut, ada khabar angin yang mengatakan isteri Shah sudah bunting pelamin. Ramai peminat Shah mula tertanya-tanya apakah berita ini benar dan ada juga yang sudah teruja Shah bakal bergelar bapa apabila mendengar berita berkenaan.

Namun, menurut Shah semua itu tidak benar dan isterinya belum disahkan hamil. Shah juga sempat memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendapatkan anak dan menyerahkan soal itu kepada rezeki.

Eh! Mana ada. Isteri saya masih belum mengandung. Walaupun sudah empat bulan berkahwin, tapi rezeki itu masih belum ada.

Setakat ini saya tidak membuat apa-apa perancangan keluarga. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau belum ada rezeki, nak buat macam mana. Kita berserah pada takdir.

Shah juga memberitahu beliau dan Sarah belum sempat untuk berbulan madu kerana Shah terikat dengan kerja beliau.

Kami masih belum berbulan madu kerana sibuk dengan kerja di Malaysia dan Singapura. Antara bulan Januari hingga Mac lalu saya banyak ulang-alik ke Singapura.

Oleh sebab itu saya kurang dilihat di TV. Dan sebab itu jugalah saya buat majlis resepsi ini lewat sedikit.

Apa-apa pun, kami mendoakan agar Shah Iskandar dan Siti Sarah ada rezeki untuk menimang cahaya mata satu hari nanti.

Sumber Berita : Mangga Online

Zizan Razak Akui Tidak Rimas Sering Terpalit Dengan Gosip

Posted: 19 Apr 2016 12:14 PM PDT

Zizan Razak nampaknya tidak pernah boleh lari daripada gosip terutama sekali mengenai kisah percintaan beliau.

Dikatakan sedang menjalin hubungan dengan bekas isteri Datuk Eizlan Yusof iaitu Vie Shantie Khan, Zizan bagaimanapun menyatakan tidak merasa rimas kerana sering dikaitkan dengan wanita berkenaan dan isu tersebut menjadi gosip.

Buat Zizan sebagai artis, gosip adalah perkara biasa yang harus dihadapi olehnya.

Tidak juga. Saya tak rimas sebabnya saya tidak baca pun komen yang ditinggalkan orang. Jadi, saya anggap ini perkara biasa sahaja. Tambahan pula sebagai artis ini antara perkara yang perlu saya hadap. Hadap sajalah.

Bagus Zizan ni, kalau artis lain konfirm dah rimas dan tidak tahan asyik terpalit dengan gosip ataupun kontroversi. Namun, kadang-kadang, gosip ini ada betulnya juga..Heh..

Sumber Berita : Utusan Online

Anzalna Nasir Seronok Dapat Tunaikan Umrah Bersama Suami

Posted: 19 Apr 2016 12:14 PM PDT

Pengantin baru Anzalna Nasir tidak dapat menahan rasa gembira apabila berpeluang untuk menunaikan ibadah bersama suami tercinta Hanif Zaki. Ini kerana ia sudah lama menjadi impian beliau untuk menjejakkan kaki di Mekah ditemani seorang lelaki bernama suami.

Berbulan madu sebenarnya bukan sekali saja. Saya percaya, setiap haripun boleh jadi bulan madu untuk pasangan suami isteri. Selepas berkahwin, saya fikir tiada istilah berbulan madu. Saya dan suami boleh berbulan madu pada bila-bila masa. Namun, pengalaman mengerjakan umrah baru-baru ini cukup manis untuk dikenang…Alhamdulillah.

Tambah Anzalna, beliau kini cukup seronok menjalani rutin sebagai seorang isteri dan menyediakan makan minum buat suaminya.

Lebih-lebih lagi, sikap Hanif tidak berubah selepas kahwin dan sering memanjakan Anzalna.

Sangat menyeronokkan. Saya banyak berehat kerana belum ada komitmen berlakon. Baru sekarang dapat merasa atau ‘feel’ sebagai isteri. Saya seronok melakukan rutin sebagai suri rumah. Saya gembira dapat menjaga soal makanan dan pakaian suami.

Suami sangat manjakan saya. Selepas berkahwin, tampak ketara sikap penyayangnya. Suami cukup mengambil berat. Benarlah, selepas berkahwin, setiap pasangan akan menunjukkan warna sebenar diri.

Siapa yang tidak seronok apabila ditemani orang tercinta untuk sama-sama melakukan ibadah di tanah suci Mekah. Semoga perkahwinan Anzalna Nasir dan Hanif Zaki kekal bahagia sebegini sehingga akhir hayat mereka. Amin..

Sumber Berita : BH ONLINE

Rita Rudaini Dimasukkan Ke Hospital Kerana Demam Denggi

Posted: 19 Apr 2016 12:14 PM PDT

Bermula dengan sengal-sengal badan dan kesejukan, pelakon Rita Rudaini telah dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan terletak di Kuala Lumpur akibat demam denggi sejak hari Sabtu lepas.

Rita digegaskan ke hospital pada hari Jumaat lalu dan diminta untuk membuat pemeriksaan darah sebelum disahkan menghidap denggi.

Sejurus tiba di hospital, doktor meminta saya membuat pemeriksaan darah kerana bimbang saya terkena denggi. Hasil pemeriksaan darah saya positif dan terus dimasukkan ke wad.

Malah, sejak berada didalam wad Rita merasa cukup lemah dan bacaan darah beliau agak rendah.

Setiap hari doktor membuat pemantauan bagi memastikan keadaan saya stabil. Doktor juga perlu memasukkan air ke dalam badan kerana tubuh saya terlalu lemah.

Akibat daripada kesan suntikan membuatkan saya kurang selesa dan berasa sakit. Semalam saya langsung tidak boleh tidur.

Siapa yang pernah kena demam denggi sahaja yang tahu bagaimana seksanya menanggung kesakitan dan badan terasa amat lemah. Kata orang boleh cuba sup ketam dan air daripada daun buah papaya.

Sumber Berita : Harian Metro

Gila Ke Saya Nak Pakai Seluar Koyak – Rozita Che Wan

Posted: 19 Apr 2016 12:31 AM PDT

Dikecam teruk oleh netizen kerana memuat naik foto memakai seluar jeans koyak dibahagian lutut, Rozita Che Wan telah tampil mempertahankan dirinya.

Jelas Che Ta, beliau tidak mungkin akan mengenakan seluar koyak sedangkan beliau bertudung dan sebenarnya sudah mengenakan legging sebelum memakai jenas koyak berkenaan.

Awak rasa saya dah gila ke nak pakai seluar koyak tapi bertudung? Saya malas hendak jawab tentang perkara ini. Apa yang ingin saya tegaskan ialah saya tahu apa yang saya buat… itu yang penting.

Bukan pertama kali dikecam kerana cara beliau berfesyen, Che Ta tidak mahu ambil pusing akan segala komen negatif yang beliau terima daripada netizen.

Che Ta menyifatkan mereka yang mengecam beliau merasakan diri sudah terlalu suci dan suka mencari kesalahan orang lain.

Orang di Instagram itu memang rasa diri mereka suci dan nampak orang lain semua tidak betul. Saya ambil pendekatan tidak mahu bertelagah dengan mereka.

Mereka menegur Che Ta kerana sayangkan selebriti pujaan mereka bukan kerana hendak mengkritik semata-mata. Mungkin sekali sekala kita harus juga terima pendapat orang lain bukan?

Sumber Berita : mStar Online

Dek Kerana Ramai Ditipu : Dato’ Seri Vida Bermurah Hati Ingin Bagi Beg LV Percuma

Posted: 18 Apr 2016 11:06 PM PDT

Minggu lepas, ramai juga yang tertipu dengan akaun Facebook palsu yang menggunakan nama DSV- Dato' Seri Vida yang menawarkan beg tangan mewah Louis Vuitton secara percuma bagi sesiapa sahaja yang share post berkenaan.

Kasihan dengan mereka yang sudah tertipu, Dato' Seri Vida telah bermurah hati untuk menghadiahkan bukan sahaja beg tangan LV secara percuma tetapi beberapa lagi beg tangan lain kepada mereka yang bertuah.

Pengumuman itu dilakukan menerusi akaun Instagram miliknya.

Instagram Photo

Instagram Photo

Meskipun ramai yang menyampah dan meluat dengan aksi Dato' Seri Vida dengan tagline Qu Puteh beliau, namun kebaikan hati manusia itu memang tidak boleh di ukur. Kami mendoakan agar Dato' Seri Vida akan lebih murah rezeki selepas ini.

Faye Kusairi Sudah Tahu Dalang Disebalik Laporan Khalwat Palsu

Posted: 18 Apr 2016 10:28 PM PDT

Baru-baru ini, rumah keluarga Faye Kusairi telah diserbu oleh pihak JAIS apabila menerima sebuah laporan mengatakan ada berlakunya kes khalwat. Namun, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata dan ia telah menjatuhkan maruah keluarga Faye dan juga dirinya.

Terbaru,Faye khabarnya telah mengetahui siapakah sebenarnya dalang yang telah membuat laporan palsu berkenaan selepas bertemu empat mata dengan pihak JAIS selepas kes berkenaan.

Saya tidak syak. Saya datang dengan hati terbuka nak tahu SOP (prosedur operasi piawai). Dia tersasul satu nama dan dakwa ada kaitan.

Nama sudah ada cuma saya tidak boleh beritahu sebab Jais yang kena cakap. Penolong pengarah Jais sudah cakap dengan saya, sebut nama, tapi bukan hak saya untuk beritahu.

Saya hendak mereka cakap kepada media atau orang ramai, jelaskan siapa pengadu. Mereka yang perlu buat. Mereka yang terima fitnah. Siapa suruh mereka terima?

Faye pada masa yang sama meluahkan rasa kecewa terhadap pihak JAIS yang seakan hendak lepas tangan selepas mereka membuat serbuan mengejut.

Ini yang saya kecewa sebab mereka tidak cakap apa-apa. Tidak patut mereka cakap 'tiada komen'. Mereka tidak mahu komen, mereka diam tidak mahu cakap apa-apa, mereka hendak saya saman ke apa?. alau nak saya saman, saya boleh saman tetapi mereka yang teruk. Mereka kena jawab juga.

Mungkin Faye Kusairi tidak sedar selama ini dalang yang membuat laporan palsu itu ada menyimpan dendam terhadap beliau sehingga melakukan perkara sebegini demi menjatuhkan maruah Faye.  Kadang-kala kita tidak sedar mungkin cara kita ada membuat pihak lain tersinggung.

Sumber Berita : The Malay Mail Online

Kes Pukul : Bekas Kekasih Sudah Maafkan Aweera

Posted: 18 Apr 2016 06:54 PM PDT

Baru-baru ini berita mengenai seorang penyanyi rock terkenal memukul teruk kekasihnya  yang merupkan anggota kumpulan ZiaBella cukup hangat diperkatakan.

Sebenarnya penyanyi rock tersebut adalah Aweera yang telah ditahan oleh polis selepas kekasihnya Shazia Mohd Rozaini membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Kini hubungan mereka sudah berakhir dan Shazia juga mengakui beliau sudah memaafkan Aweera tetapi dengan bersyarat. Shazia tidak mahu memanjangkan lagi perkara berkenaan dan kini mahu fokus dengan kerjaya beliau.

Dalam syarat Shazia, beliau melarang Aweera untuk mendekati dirinya mahupun keluarga beliau dalam apa cara sekalipun.

Shazia (kanan) bersama adiknya Bella (kiri) kumpulan mereka dikenali sebagai ZiaBella

Saya sifatkan isu ini sudah selesai apabila saya sendiri sudah memaafkan Aweera bersyarat ketika dia ditahan oleh pihak polis.

Dalam syarat itu saya tekankan agar dia tidak lagi menghampiri dan mendekati saya sekeluarga dalam apa jua cara sekali pun. Saya juga tidak mahu ada apa-apa lagi hubungan dengannya.

Sembilan tahun bersama, cukuplah saya rasa diperbodohkan dan ini bukan kali pertama saya lalui pengalaman dikasari. Sampai pada satu tahap, saya sendiri tidak sanggup lagi nak berhadapan dengan semua ini dan terpaksa akur dengan nasihat keluarga untuk membuat laporan polis demi keselamatan diri.

Shazia mengakui kelemahannya ialah mudah kasihankan orang  lain, sehingga masih mahu memaafkan Aweera walaupun beberapa kali melalui pengalaman dikasari. Malah ketika melihat Aweera di balai polis untuk disoal siasat, dia masih fikir apakah tindakannya membuat laporan itu betul ataupun tidak.

Kalau sudah teruk dikasari oleh teman lelaki, lebih baik elak daripada terus menjadi mangsa. Lelaki seperti ini tidak sayangkan anda dan hanya mengambil kesempatan atas kelemahan anda.

Sumber Berita : mStar Online

Oceana Orchid – Penyelesaian Masalah Kulit Kusam dan Jeragat

Posted: 18 Apr 2016 06:09 PM PDT

Memiliki kulit putih cerah gebu dan licin satu badan tanpa masalah kulit adalah dambaan tiap wanita. Lagi2 dengan cuaca yang begitu panas terik sekarang, agak sukar untuk mengekalkan kecantikan kulit , kekal putih berseri serta awet muda. Memang banyak produk berasaskan kolagen dipasaran. Tapi mana satu produk kolagen yang paling berkesan dan terbaik untuk kulit? Kulit kusam dan je-ragat adalah masalah yang paling digeruni oleh tiap wanita kerana jeragat dan kulit kusam adalah kesan kekal .

Kini dengan formulasi mewah supplement kecantikan dari Oceana Orchid yang didatangkan dari teknologi France, anda boleh kekal muda dan cerah selamanya tanpa perlu mengambil suntikan. Gabungan kandungan gluthathione , hyaluronic acid dan collagen yang tinggi mempercepatkan lagi proses penghasilan sel-sel kulit baru. 10 kali agen pemutihan , sebab tu lah jeragat yang tebal pun boleh hilang!

 photo 1.png

Membantu memudarkan parut.

Oceana Orchid adalah produk collagen yang membantu untuk me-rawat kulit dari dalam, memutihkan kulit dan agen anti peneuaan seperti jeragat, kulit kusam dan kedut. Kini produk Oceana Orchid yang menjadi permintaan ramai kerana keistimewaannya yang ter-bukti berkesan seawal tujuh haru penggunaannya. Hasilnya kulit anda akan menjadi cerah , gebu dan sihat. Anda pasti akan nam-pak perubahan seawal 7 hari. Paling ketara warna kulit akan jadi lebih cerah, gebu dan licin. Jerawat di belakang badan akan kering dan pudar dalam tempoh yang singkat.

Antara testimoni….

 photo 2.png

 photo 3.png

 photo 4.png

tapak kaki yang terkopek2 semakin halus.

 photo 5.png

 photo 6.png

Mencerahkan bahagian pelipat seperti bawah lengan.

 photo 7.png

Masalah hitam2 di tengkuk yang dialamai semasa pertukaran hormon mengandung, kini putih kembali !

 photo 8.png

PRODUK INFO TENTANG OCEANA ORCHID WHITE GLOW BOOSTER
– kandungan GLUTHATHIONE yang tinggi khas untuk pemutihan maximum
– kandungan HYALURONIC ACID sebagai booster untuk putih maximum
– kandungan anti oksidan yang tinggi
– melembutkan kulit
– anti kedutan. Mengurangkan masalah peneuaan
– merawat wajah yang bermasalah. ( jerawat, jeragat, kulit kusam, kulit berminyak, kulit kering, etc )
– mencegah barah
– menggalakkan pertumbuhan rambut, gigi , tisu dan tulang rawan yang sihat
– meratakan warna kulit
– membuang toksin dalam badan, melancarkan sistem penghadaman.
– meratakan warna tona kulit
– memudarkan parut
– menguatkan sistem imunisasi
– menguatkan sistem badan kerana kandungan protein dan vitamin yang tinggi

Anda akan berpuas hati !
– anti penuaan
– agen pemutihan yang maximum
– kulit muka dan badan putih dan gebu .
– tiada lagi masalah kulit

Sebotol 50 biji.

Facebook: Oceana Orchid

Jika anda berminat, boleh terus whatsApp di talian 016 776 1015




@



Tempek Selfie Dengan Caption Pun Leh Print Jadi Buku? – Redza Minhat Sindir Hafiz Hamidun