Tiada Adegan Merusuh Dan Berebut – Fizo Omar |
- Tiada Adegan Merusuh Dan Berebut – Fizo Omar
- Rozita Che Wan Dikecam Pakaikan Aaisyah Dhia Rana Baju Dengan Gambar Anjing
- Neelofa Kecewa Ada Pihak Palsukan Jenama Naelofar Hijab
- Hazama Akui Hasrat Untuk Berkahwin Semakin Membuak-buak
- Benjy Bebas Tuduhan Miliki Dadah
- Kalau Dah Suka, Kahwin Saja Lah – Bapa Nedim Nazri
- Isu Video Berebut Tudung : Fizo Omar Akan Jelaskan Perkara Sebenar Nanti
- Syanie Belum Sedia Komen Berita Sudah Bercerai
Tiada Adegan Merusuh Dan Berebut – Fizo Omar Posted: 06 Apr 2016 09:05 AM PDT Ya, masih lagi mengenai isu video pelanggan berebut untuk koleksi terbaru tudung Fareeda. Meskipun bakal menjawab segala persoalan tidak lama lagi, Fizo Omar dalam satu kenyataan menerusi Utusan Online menjelaskan tidak pernah mempunyai niat untuk membuat satu gimik murahan. Malah menurut Fizo, tidak berlakunya sebarang rusuhan ataupun berebut seperti yang digembar-gemburkan. Buat Fizo segala tomahan dan kritikan itu bukanlah satu isu besar kerana mereka yang mengecam tidak berada di tempat kejadian.
Buat masa ini Fizo tidak merencana untuk mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang mengkritik cara pihak Fareeda melayan pelanggan mereka. Tidak mengapa, buat masa ini kita nantikan sahaja penjelasan lanjut daripada Fizo Omar bagi menjawab segala persoalan. |
Rozita Che Wan Dikecam Pakaikan Aaisyah Dhia Rana Baju Dengan Gambar Anjing Posted: 05 Apr 2016 11:50 PM PDT Sejak semalam, video Aisyah Dhia Rana sedang berjoget dan memakai baju dengan gambar anjing di Instagram telah menjadi isu yang cukup hangat. Ruang komen di foto berkenaan dipenuhi dengan pelbagai kritikan dan persoalan tentang hukum memakai pakaian yang mempunyai foto binatang yang haram di sisi agama. Perkara berkenaan mencetuskan pergaduhan sesama sendiri. Malah ada juga yang menyindir Che Ta yang mempunyai banyak wang tetapi mengapa pilih untuk memakaikan anaknya baju sebegitu. Berikut antara komen netizen:-
Namun, Che Ta bertindak untuk berdiam diri dan tidak membalas sebarang kenyataan ataupun komen daripada peminatnya. Setiap orang ada pandangan berbeza didalam isu ini, soal hukum agama ini agak susah untuk diperkatakan kerana kita bukanlah seseorang yang arif dalam bidang agama. Ermm.. |
Neelofa Kecewa Ada Pihak Palsukan Jenama Naelofar Hijab Posted: 05 Apr 2016 10:56 PM PDT Bila melakukan perniagaan tudung, pasti ada sahaja pihak yang akan meniru seratus peratus rekaan asal dan menjual dengan harga yang lebih murah. Mengakui kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang menciplak jenama tudungnya, Neelofa memberitahu sebuah serbuan telah dilakukan bersama pasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di sebuah premis terletak di Gombak, Selangor yang dikesan menjual tudung ciplak jenama tudung Naelofar Hijab. Hasil siasatan mendapati pemilik premis berkenaan menjual tudung Naelofar Hijab palsu pada harga minimum RM 50.
Sidang media berkenaan akan diadakan pada petang ini di Ibu Pejabat KPDNKK Shah Alam, Selangor. Neelofa sebelum ini ada memberikan peringatan kepada peminatnya agar tidak terpedaya dengan harga murah serta produk tiruan yang menggunakan nama serta fotonya. Tidak mahu kejadian ini terus berulang, Naelofar Hijab telah mewujudkan satu pasukan khas yang akan mengenalpasti mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Neelofa dan fotonya untuk mengaut keuntungan. Dalam dunia perniagaan, pasti akan saingannya dan ada pihak yang akan meniru produk yang anda hasilkan untuk mengaut keuntungan. Bersabar lah Neelofa, kalau orang tiru Naelofar Hijab mereka tahu produk anda memang bagus. |
Hazama Akui Hasrat Untuk Berkahwin Semakin Membuak-buak Posted: 05 Apr 2016 08:31 PM PDT Tiga tahun menjalinkan hubungan cinta bersama pemuzik Genervie Kam, Hazama akui perasaan beliau untuk berkahwin semakin membuak-buak apatah lagi selepas rakannya Akim Ahmad baru-baru ini sudah mendirikan rumah tangga bersama Stacy.
Walaubagaimanapun, Hazama sedar ia bukan satu perkara yang mudah kerana perbezaan agama mereka berdua. Hazama juga tidak mahu mendesak Genervie berkaitan soal agama.
Bak kata Hazama tidak perlu mendesak dan biarlah Genervie bersedia seratus peratus sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Pelbagai aspek yang perlu diambil kira bila buat keputusan untuk berkahwin. |
Benjy Bebas Tuduhan Miliki Dadah Posted: 05 Apr 2016 07:51 PM PDT Didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 28.99 gram pada Mac tahun lepas, akhirnya pelakon serta anak kepada Allahyarhamah Azean Irdawaty itu dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan oleh Mahkamah Majistret Muar semalam. Majistret Muhammad Hidayat Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes’prima facie’ terhadap tertuduh. Walaubagaimanapun, rakan Benjy iaitu Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffuddin, 29, yang juga orang kena tuduh pertama diperintah membela diri atas pertuduhan yang sama selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesnya. Tanggal 23 Mac 2015 , Benjy dan Raja Shariff didakwa memiliki dadah berkenaan pada jam 1.40 pagi ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar. Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Muhammad Hidayat turut menetapkan 3 dan 5 Mei ini sebagai tarikh Raja Shariff Hidayatullah untuk membela diri. |
Kalau Dah Suka, Kahwin Saja Lah – Bapa Nedim Nazri Posted: 05 Apr 2016 07:29 PM PDT Nora Danish dan Nedim Nazri sudah lama juga bercinta, sering bersama hampir setiap masa dan bercuti bersama, ramai yang bertanya bila agaknya pasangan ini akan berkahwin. Ada timbul desas-desus yang mengatakan hubungan mereka tidak mendapat restu bapa Nedim. Terbaru, menerusi satu kenyataan di portal Sinar Harian, Datuk Seri Nazri Aziz nampaknya sudah memberi restu untuk anaknya dan Nora berkahwin. Malah, Nazri juga berkata beliau tidak membezakan darjat.
Wah, big boss dah bagi dah lampu hijau, apa tunggu lagi Nedim? Cepat-cepatlah jadikan Nora Danish yang halal buat anda. Lepas ini, kalau hendak pergi mana-mana pun tiada siapa yang akan kritik lagi. |
Isu Video Berebut Tudung : Fizo Omar Akan Jelaskan Perkara Sebenar Nanti Posted: 05 Apr 2016 06:59 PM PDT Ekoran memuat naik video pelanggan tudung Fareeda yang berebut hendak mendapatkan koleksi terbaru tudung berkenaan sekitar minggu lepas, Fizo Omar dan isterinya Mawar Karim menerima pelbagai komen dan kecaman daripada orang ramai. Ada yang menganggap mereka melayan pelanggan ibarat lembu dan ada juga menyatakan mereka hanya memikirkan keuntungan tanpa mengira halal dan haram ketika ada pelanggan lelaki dan perempuan bukan muhrim bergesel demi tudung Fareeda. Ia disifatkan sebagai satu gimik murahan demi melariskan produk mereka. Mengetahui isu ini sudah menjadi viral, Fizo yang kini berada di Shanghai, China berkata beliau akan memberikan penjelasan mengenai isu berkenaan apabila balik ke Malaysia nanti.
Ada sebab kenapa ramai yang marah dan kurang senang dengan video berkenaan, mungkin pihak Fizo dan Fareeda boleh bersikap lebih terbuka dalam menerima teguran. Apa-apa pun kita tunggu sahaja kenyataan balas daripada Fizo nanti. |
Syanie Belum Sedia Komen Berita Sudah Bercerai Posted: 05 Apr 2016 06:37 PM PDT Sejak beberapa hari lepas, ada khabar angin mengatakan rumah tangga pelakon serta peserta Masterchef Selebriti Malaysia, Syanie bersama suaminya Nadi Putera Mohd Zainal sudah berkahir pada awal tahun ini. Syanie didakwa berpisah dengan Nadi Putera secara cerai taklik. Meskipun dihimpit dengan pelbagai persoalan dan spekulasi, Syanie buat masa ini enggan memberikan sebarang komen dan hanya akan mendedahkan perkara sebenar bila tiba waktu yang sesuai.
Sebelum ini Syanie pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Attirmidi Abdul pada tahun 1996 dan bercerai pada tahun 2002. Kemudian Syanie telah berkahwin sekali lagi dengan Nadi Putera pada tahun 2014 di Langkawi selepas 12 tahun hidup bersendirian selepas perkahwinan pertamanya. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@
Tagged @ 2015