Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Uqasha Senrose Minta Hafidz Roshdi Jangan Campur Hal Peribadi Dengan Kerja

Uqasha Senrose Minta Hafidz Roshdi Jangan Campur Hal Peribadi Dengan Kerja


Uqasha Senrose Minta Hafidz Roshdi Jangan Campur Hal Peribadi Dengan Kerja

Posted: 20 Apr 2016 01:00 PM PDT

"Drama" antara Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi cukup menarik perhatian ramai. Saling berbalas kenyataan di media sosial, ada sesetengah netizen menganggap kedua-dua artis ini cuma mahukan publisiti murahan.

Namun, jelas Uqasha beliau juga tidak tahu bagaimana mereka boleh bergaduh sehingga tahap yang agak serius sedangkan beliau dan Hafidz tidak mempunyai sebarang masalah ketika sama-sama menjalani penggambaran drama Tundukkan Playboy Itu.

Walaubagaimanapun, Uqasha memberitahu Hafidz sepatutnya tidak mencampuradukkan kerja beliau dengan masalah peribadi.

Hafidz juga perlu menasihati tunang beliau untuk tidak terlalu cemburu dan memahami kerjaya Hafidz sebagai seorang pelakon.

Hubungan kami baik-baik sahaja. Cuma itulah, saya pun tidak pasti bagaimana isu ini boleh timbul.

Saya mengharapkan dia profesional dalam kerjayanya. Jangan mencampuradukkan hal peribadi dan kerja. Sebagai seorang lelaki, dia perlu menasihati tunangnya agar memahami kerjayanya sebagai pelakon. Itu yang utama.

Hafidz merupakan seorang pelakon lelaki yang sedang meningkat naik dan selepas ini, lebih ramai pelakon wanita yang akan digandingkan dengannya, takkan semua pun tunang dia hendak cemburu. Susah nanti.

Uqasha pada masa yang sama tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini dan tidak kisah jika beliau dan Hafidz ditawarkan untuk berlakon bersama di masa hadapan.

Sumber Berita : Utusan Online

Hafiz Hamidun Tidak Kisah Buku Beliau Dikritik

Posted: 20 Apr 2016 12:00 PM PDT

Semalam, Redza menerusi akaun Twitternya telah menyindir bahawa buku yang penuh dengan aksi selfie dan kapsyen ringkas begitu mudah dijadikan sebuah buku. 

Ramai yang mempercayai status beliau itu ditujukan buat Hafiz Hamidun kerana beliau baru-baru ini ada melancarkan buku bertajuk Cerita Hati Hafiz Hamidun yang menunjukkan aksi beliau berselfie didalam buku berkenaan.

Meskipun sudah menjadi perkara yang viral, Hafiz bagaimanapun memberitahu beliau tidak terasa hati dengan sindiran berkenaan dan menerima ia sebagai maklum balas biasa daripada orang awam.

Setiap perkara yang kita lakukan, ada orang yang suka dan ada yang tidak. Jadi, saya bersikap terbuka sekiranya ada yang mengkritik mahupun memuji, walaupun antara mereka adalah daripada kalangan selebriti.

Ia juga memberi pengajaran bagi saya untuk memperbaiki mana-mana kelemahan dalam buku yang dihasilkan itu.

Hafiz juga berharap agar perkara ini tidak dipanjangkan lagi kerana beliau dan Redza sama sekali tidak mempunyai sebarang masalah.

Sudahlah, tidak perlu besarkan isu ini. Masing-masing berhak melontarkan pandangan mereka. Yang penting, saya bersyukur Cerita Hati berjaya dijual lebih daripada 10,000 naskah.

Pendapat kami, Hafiz seorang yang tidak mudah melatah dengan kritikan dan apa yang penting setiap perkara yang beliau lakukan mendapat sambutan agak baik. Masing-masing mempunyai pendapat sendiri akan isu ini.

Sumber Berita : BH ONLINE

 

Taktik Paling Mudah Untuk Makan Nasi Lemak Village Park Secara PERCUMA

Posted: 20 Apr 2016 09:23 AM PDT

Abang Nara memang hantu nasi lemak. Pagi-pagi kalau sarapan, mesti nak pekena nasi lemak dengan teh tarik. Pergh!!! Setiap hari makan pun tak apa. Memang tak jemu. Semua jenis nasi lemak Abang Nara dah try. Nasi lemak bungkus, nasi lemak telur mata, nasi lemak sambal sotong dan macam-macam lagilah. Namun kesemuanya tidak boleh melawan keenakan serta kesedapan nasi lemak Village Park.

shopback

Tengok ayam dia pun dah meleleh air liur dibuatnya. Siapa yang tak pernah merasa nasi lemak Village Park ini memang terlepas satu kenikmatan dunia. Sekali dah rasa, memang tak pandang nasi lemak lain. Harganya memang agak mahal namun berbaloi-baloi. Khas untuk pembaca BeautifulNara, Abang Nara nak bagi korang merasa nasi lemak Village Park ini secara PERCUMA. Free of charge!!!

shopback

Dibawakan khas oleh ShopBack, laman web yang memberikan kembali wang tunai setiap kali anda bershopping sakan di Zalora, Lazada, Qoo10 dan pelbagai lagi website, anda boleh merasai kelazatan nasi lemak Village Park secara percuma. Ikuti 3 langkah di bawah ini:-

1. Pergi ke nasi lemak Village Park di Damansara Uptown
2.Order nasi lemak regular yang berharga RM9
3.Makan sampai kenyang
4.Bayar RM9 di kaunter dan jangan lupa minta resit
5.Pergi ke www.shopback.my/villagepark dan muatnaik gambar resit anda tadi (jangan lupa daftar dulu sebagai ahli)
6.Tunggu akaun ShopBack dikreditkan dengan nilai RM9.
7.Lompat keriangan sebab anda dah makan nasi lemak Village Park secara percuma

shopback

Terharu Abang Nara dengan kebaikan hati ShopBack nak bagi kita merasai kelazatan nasi lemak Village Park secara percuma. 100% cashback tue. Promosi hebat ini akan tamat pada 15 Mei ini, jadi kenalah bersegera. Ajak kawan-kawan, adik beradik, suami isteri dan mak ayah korang. Untuk makluman, selain daripada nasi lemak PERCUMA ini, banyak lagi promosi awesome sedang dan akan berlaku di Shopback. Antaranya promosi 25% cashback di Zalora pada 21 April ini dan juga setiap hari Khamis (https://www.zalora.com.my/shopback). Gila banyak penjimatan tue.

shopback

Dan last but not least, bermula 21 April sehingga 28 April ini, pelbagai produk daripada kategori fesyen, elektronik, kecantikan, mainan bayi dan peralatan rumah akan dijual dengan harga bawah RM20. Korang tak perlu susah-susah nak cari kerana ShopBack akan carikan dan senaraikannya di https://www.shopback.my/everything-below-20. Memang boleh jimat kaw-kaw punya.

shopback

Senang cerita jangan lepaskan peluang untuk berjimat setiap kali korang melakukan pembelian online dengan www.shopback.my. Pastikan tak terlepas peluang untuk makan nasi lemak Village Park secara PERCUMA. Bukan senang peluang camnie nak datang. Selamat menjamu selera!!!

Semua Bajet Suci, Pakai Tudung Tapi Mulut Lancang – Che Ta

Posted: 20 Apr 2016 12:41 AM PDT

Beberapa hari ini, isu Rozita Che Wan memakai seluar jeans yang koyak di bahagian lutut cukup hangat sekali. Pelbagai kritikan pedas yang diterima oleh Che Ta di media sosial dimana ramai yang mengatakan imej Che Ta tidak sesuai untuk wanita bertudung.

Buat Che Ta beliau menganggap mereka yang memberikan komen negatif terhadapnya terlampau bajet suci.

Tiada sebarang isu pun. Lagipun, bukan saya pakai seluar koyak betul-betul pun. Jadi, apa masalah mereka semua ini? Masalahnya, saya rasa mereka semua ‘bajet’ (berlagak) suci.

Che Ta juga perasan bahawa sesetengah daripada mereka yang mengecam dan mengkritik beliau adalah wanita bertudung tetapi mempunyai mulut yang agak lancang apabila mengeluarkan kata-kata.Cuba balik tengok penulis komen di bawah gambar itu dan lihat profil mereka.

Semua kebanyakannya bertudung, tetapi mulut macam mana gayanya? Semua itu mereka tidak nampak. Apa yang mereka nampak hanya pada mata kasar dan luaran orang.

Nampaknya Che Ta betul-betul perhati juga siapa yang beri komen negatif di Instagram beliau. Ermm, mungkin ada yang mempunyai niat untuk nasihat sahaja tetapi tidak dinafikan ada juga yang hanya tahu mencari kesalahan orang lain sahaja.

Namun, Che Ta juga kena belajar daripada kesilapan dan tidak memuat naik sesuatu yang mengundang fitnah, maklumlah anda adalah seorang selebriti, apa sahaja yang dibuat pasti akan menjadi perhatian ramai.

Sumber Berita : BH ONLINE

Saya Harap Tiada Orang Yang Ciplak Tudung Saya – Mia Sara

Posted: 19 Apr 2016 08:05 PM PDT

Umum mengetahui pelakon kanak-kanak Mia Sara sudah mengenakan hijab sepenuhnya selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada awal Januari lepas.

Seperti selebriti lain, Mia juga menggunakan kesempatan ini untuk mengeluarkan jenama tudung serta jubah sendiri, yang dikenali dengan nama MS Couture.

Mia berharap tiada pihak yang akan meniru rekaan tudungnya seperti yang berlaku kepada jenama popular seperti Naelofar Hijab dan Fareeda.

Saya selalu terbaca dan tahu tentang produk-produk tudung berhadapan dengan masalah tiruan sehingga memberi kesan kepada peniaga.

Saya harap sangat mereka tidak tiru tudung saya kerana tudung dan jubah yang saya jual murah dan kalau ada yang tiruan pun sama sahaja harganya.

Semalam satu sidang media telah diadakan bagi memperkenalkan koleksi MS Couture dan pada majlis tersebut, Mia merasa sebak saat terkenang kembali kesusahan ketika mula-mula membabitkan diri dalam bidang perniagaan.

Saya sedih kerana teringat awal-awal kami menjual tudung ketika itu saya belum berhijrah (memakai tudung) lagi kira-kira pada Januari 2015.

Masa itu kami ada kedai sendiri, namun ketika iu tudung tidak laku dan nak jual sehelai pun susah. Sampailah selepas balik umrah Disember tahun lalu saya terbuka hati untuk bertudung, daripada situ rezeki semakin murah dan Allah tunjuk jalan untuk berniaga.

Kecil-kecil lagi Mia Sara sudah mula mahu berniaga dan memperkenalkan jenama tudungnya sendiri, tapi macam trend pula lepas berhijab kena ada koleksi tudung sendiri pula. Emm2..

Sumber Berita : mStar Online




@



Uqasha Senrose Minta Hafidz Roshdi Jangan Campur Hal Peribadi Dengan Kerja