Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Suami Maria Farida Dakwa Dilanggar Ex-Isteri


Suami Maria Farida Dakwa Dilanggar Ex-Isteri

Suami kepada pelakon Maria Farida, Datuk Rahman Shakur telah membuat satu laporan polis terhadap bekas isterinya, Karen Rayyan yang didakwa melanggar beliau sehingga mengalami kecederaan pada tangan dan bahagian kaki kiri.



Datuk Rahman membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang jam 5.30 petang Selasa ( 3 Mei 2016).

Tidak mahu dipersalahkan, Karen juga telah membuat laporan polis dan menegaskan beliau sama sekali tidak melanggar Datuk Rahman dan cuba untuk mempertahankan dirinya serta menghalang Datuk Rahman daripada mengambil anak mereka.



Sumber Berita : Utusan Online


Saya Kalau Bercinta Memang Bersungguh, Isteri Cukup Sempurna Di Mata Saya – Hafidz Roshdi

Baru-baru ini, hero drama Tundukkan Playboy Itu telah sah bergelar suami dalam satu majlis perkahwinan yang berlangsung secara sederhana. Malah, berita pernikahan beliau itu hanya diketahui selepas Hafidz mengumumkan berita gembira itu di akaun Instagramnya beberapa hari lepas.


Jelas Hafidz keputusan beliau untuk berkahwin dilakukan sebagai nazar beliau jika beliau berjaya mencapai apa yang beliau inginkan.


Perancangan untuk berkahwin ini adalah nazar saya kepada keluarga. Saya pernah memberitahu mereka, jika saya berjaya dalam bidang diceburi dan mendapatkan apa yang diingini, saya mahu berkahwin.

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan rezeki berpihak kepada saya. Selepas berbincang dengan keluarga, mereka tidak menghalang malah menyokong niat baik ini. Inilah yang dikatakan jodoh. Siapa saya untuk menolak takdir yang sudah ditetapkan Allah SWT. Lagipun, sudah tiba masanya saya berkahwin selepas hampir lima tahun berkawan.



Hafidz sebenarnya seorang yang bersungguh-sungguh dalam bercinta dan serius dalam perhubungan.


Saya jenis kalau bercinta memang bersungguh-sungguh. Kalau nak tahu, saya pernah jatuh sakit disebabkan putus cinta.

Sejak itu, ayah selalu berpesan jika bercinta semula biarlah disertakan dengan niat yang betul iaitu bercinta kerana Allah. Pada masa sama, niat untuk dijadikan isteri dan bukannya sekadar suka-suka



Menurut Hafidz, isterinya Nurul Shuhada sering menyokong beliau daripada belakang baik dalam keadaan susah mahupun senang sepanjang tempoh lima tahun mereka bersama. Buat Hafidz, Shuhada cukup sempurna di mata beliau.

Pada masa yang sama, Hafidz juga memberitahu isu Shuhada yang cemburu ketika beliau bergandingan dengan Uqasha Senrose adalah tidak benar sama sekali.



Harapnya haters yang mengata pasangan ini boleh duduk diam-diam dan berhenti mengutuk isteri Hafidz Roshdi. Mungkin anda rasa Shuhada tidak cantik, tetapi bukan rupa paras yang menjadi ukuran cinta mereka berdua.

Sumber Berita : Harian Metro


(TAKZIAH) Sukar Hidup Bermadu : Sharifah Khasif Sah Bercerai

Posted: 04 May 2016 01:36 AM PDT


Johan Qariah Tilawah Al-Quran 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman dan suaminya Datuk Seri Mohammad Hizal Othman telah sah bercerai pada 20 April lepas. Hizal melafazkan cerai terhadap Sharifah Khasif di Mahkamah Rendah Syariah, Jalan Duta Kuala Lumpur selepas mereka berdua gagal menyelamatkan rumah tangga yang dibina pada tahun 2012.

Berita ini disahkan sendiri oleh Hizal menerusi ruangan Pancaindera di akhbar Utusan Online hujung minggu lepas.




Ya, kami sudah berpisah secara baik baru-baru ini. Ini jalan terakhir yang terpaksa diambil walaupun berat hati untuk melafazkannya.

Walaubagaimanapun, Hizal menafikan beliau membuat keputusan tersebut mengikut emosinya. Jelas Hizal, beliau sudah berusaha sebaik mungkin untuk mempertahankan rumah tangga beliau bersama isteri keduanya itu dan cuba mewujudkan hubungan harmoni antara Sharifah Khasif dan isteri pertama beliau, Datin Seri Shahrul Zakiah Mat Yusof.



Hizal akui beliau terlalu kecewa kerana sudah gagal untuk mempertahankan perkahwinan beliau bersama Sharifah Khasif dan membuat kedua-dua isterinya mempunyai hubungan yang baik.


Jujur saya katakan, saya berat hati untuk melafazkan talak ketika di mahkamah tempoh hari saya masih mengharapkan keajaiban berlaku tapi malang sekali nampaknya itu tidak berlaku. Saya berkahwin dengan dia secara baik dan begitu juga saat akhir jodoh kami. Kami berpisah secara baik.



Sharifah Khasif ketika dihubungi media pula berkata, beliau tidak pernah mempunyai hasrat untuk merahsiakan perkara ini kepada umum tetapi masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung status perkahwinannya itu. Namun, beliau redha dengan ketentuan takdir dan menganggap jodoh beliau dan Hizal sampai disini sahaja.


Saya tidak bertujuan untuk merahsiakan perkara tersebut tetapi saya dalam keadaan belum bersedia. Kami tiada persefahaman dan jodoh kami tidak panjang. Saya terima takdir Allah dan redha dengan ketentuan-Nya.



Bertabahlah Sharifah Khasif, sesungguhnya hidup bermadu itu bukannya mudah kerana banyak hati yang perlu dijaga. Jangan terus bersedih, anggap ini sebagai dugaan untuk anda menjadi seorang insan yang lebih kuat.

Sumber Berita : Utusan Malaysia


Salahkah Kalau Saya Berkawan Dengan Artis Wanita? – Zizan Razak

Posted: 04 May 2016 12:53 AM PDT


Walaupun hanya berkawan dengan Ummi Nazeera, masih ramai lagi yang mengatakan Zizan Razak sedang bercinta dengan aktres tersebut.

Menerusi portal Mangga Online, Zizan sekali lagi menegaskan beliau tiada apa-apa hubungan dengan Ummi.



Zizan pada masa yang sama mempersoalkan, adakah salah untuk beliau berkawan dengan pelakon wanita cantik kerana beliau sering dihimpit dengan gosip percintaan setiap kali rapat dengan mana-mana pelakoan wanita.


Saya dengan Ummi tidak ada apa-apa hubungan melainkan sebagai tunang di dalam Angin Cinta. Itu sahaja. Ketika mula-mula berlakon dengan Ummi, dia agak janggal dan sedikit kekok.




Mungkin kerana tidak biasa. Tapi selepas kami mencari keserasian untuk dibawa ke dalam watak, timbullah gosip-gosip seperti itu. Namun, saya dan Ummi tetap berkawan sampai hari ini.

Apakah pelakon lelaki tidak boleh keluar dengan pelakon wanita ke… hingga boleh timbul gosip-gosip panas? Salahkah kalau saya berkawan dengan artis wanita?



Sebenarnya Zizan tidak kisah akan pandangan orang lain kepada beliau, tetapi kadang-kadang ada juga gosip yang sengaja diperhangatkan dan ia boleh mencalarkan imejnya.

Sumber Berita : Mangga Online


Rakan Artis Bidas Komen Haters Yang Kutuk Rupa Isteri Hafidz Roshdi

Posted: 03 May 2016 07:30 PM PDT


Baru sahaja mendirikan rumah tangga beberapa hari lalu, Hafidz Roshdi telah diduga dengan komen-komen haters di Instagram yang mengutuk rupa paras isterinya . Macam-macam juga kata –kata negatif dan ia ibarat menghina ciptaan Tuhan.



Bengang dengan tindakan tidak sopan itu, beberapa rakan artis seperti Saharul Ridzwan, Emma Maembong, Kamal Adli dan pengarah Michael Ang dilihat telah membidas komen –komen melampau terhadap isteri Hafidz.

Berikut apa yang berlaku di Instagram Hafidz :-




@



Suami Maria Farida Dakwa Dilanggar Ex-Isteri