Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Intan Ladyana Belum Sedia Dedah Kekasih




Intan Ladyana Belum Sedia Dedah Kekasih

Intan Ladyana Belum Sedia Dedah Kekasih
Fahrin Ahmad Teruja Bakal Bergelar Bapa
Siti Sarah Teruja Suaminya Shuib Hadiahkan Sebuah Rumah
Ruhainies Bercinta Dengan Azrel Ismail?
(5 FOTO) Baby Bump Raja Farah Yang Semakin Terserlah
Awie Akui Tidak Pernah Beri Wang Perbelanjaan Untuk 2 Orang Anaknya
Rafidah Ibrahim Anggap Pemberian Jam Tangan RM40,000 Tidak Membazir
Liyana Jasmay Nafi Suaminya Diganggu Oleh Rakan Artis
Persiapan Perkahwinan Hampir Selesai , Saya Dah Sedia Jadi Suami – Saharul Ridzwan


Intan Ladyana Belum Sedia Dedah Kekasih

Posted: 14 Jun 2016 11:52 PM PDT


Baru-baru ini, Intan Ladyana dikatakan sudah bertemu dengan kekasih hati baru. Malah, hubungan mereka cukup serius.



Peminat Intan yang sering mendoakan kebahagiaan beliau tertanya-tanya dan ingin sekali tahu siapakah jejaka yang berjaya mencuri hatinya.

Namun, akibat beberapa kali gagal dalam percintaan sebelum ini, Intan tidak mahu terlalu bercerita mengenai hal peribadinya kepada umum.



Malah, Intan juga enggan memberikan sebarang komen mengenai status terkini beliau.


Saya tidak mahu lagi bercerita tentang peribadi. Jika ada apa-apa perkembangan tentang kerjaya, saya akan kongsi.

Lagipun sebenarnya bagi sesiapa yang mengenali saya, saya memang seorang yang tidak suka memperbesar-besarkan gosip apatahlagi kontroversi. Status saya sekarang? Rahsia.



Ramai sebenarnya hendak lihat Intan Ladyana bahagia dan akhirnya bertemu dengan jejaka yang boleh bersama beliau sehingga ke akhir hayat.Tidak apalah, kami tahu ramai yang masih mendoakan yang terbaik buat anda meskipun tidak mengetahui siapakah jejaka yang berada didalam hati anda.

Sumber Berita : Malaysian Digest


Fahrin Ahmad Teruja Bakal Bergelar Bapa

Posted: 14 Jun 2016 11:45 PM PDT


Fahrin Ahmad antara insan yang saat ini paling bahagia didalam dunia. Mana tidaknya, beliau kali pertama menyambut Ramadhan bersama isteri tercinta dan tidak lama lagi bakal bergelar bapa pula.

Difahamkan usia kandungan isterinya, Elena Hani sudah memasuki 6 bulan dan tidak silap kami beliau bakal menimang cahaya mata lelaki.




Saya sangat teruja sekali apabila bayi dalam kandungan isteri bergerak-gerak dan ini merupakan satu pengalaman baru buat diri saya dan isteri. Saya harap bayi sihat dan sempurna.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Fahrin belum berkesempatan untuk membeli barangan keperluan bayi dek kerana jadual kerja yang padat.



Pada masa yang sama beliau memberitahu isterinya dijangka bersalin anak pertama mereka sekitar bulan 10 nanti.


Setakat ini belum beli barang-barang keperluan bayi lagi kerana belum ada masa. Sebenarnya memang kena persiapan awal mengikut kata daripada pengalaman kawan-kawan saya sendiri. Jangkaan isteri saya melahirkan pada minggu pertama bulan 10 ini.



Seronok kami lihat Fahrin Ahmad dan isterinya, memang sweet juga mereka. Elena pun seorang yang "soft spoken". Kami doakan yang terbaik buat anda berdua.

Sumber Berita : ROTIKAYA


Siti Sarah Teruja Suaminya Shuib Hadiahkan Sebuah Rumah

Posted: 14 Jun 2016 10:26 PM PDT


Siti Sarah dan Shuib Sepahtu mungkin bukan pasangan yang menjadi "favourite" ramai, tetapi tindakan Shuib yang menghadiahkan Sarah sebuah rumah sempena kelahiran anak ketiga mereka mendapat perhatian netizen sejak semalam.



Menerusi akaun Instagram Sarah, beliau telah memuat naik foto berserta kapsyen mengucapkan syukur atas pemberian tersebut.

Pada awalnya Sarah menyangka Shuib sudah lupa untuk memberi beliau hadiah kerana ia agak lewat daripada kebiasaannya.


Setiap kali aku melahirkan anak si suami pasti akan bagi hadiah… Tapi pelik tahun ni ingatkan tak de hadiah tapi tahun ni hadiah paling besa die bagi RUMAH .. Sukur di bulan mulia ni dapat hadiah paling besar .. Syukur alhamdulillah @shuibsepahtu thank you LOVE



Pengorbanan Siti Sarah yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak adalah sesuatu perkara yang tiada nilai gantinya. Ini adalah tanda Shuib yang menghargai setiap penat lelah isterinya. Beruntung Siti Sarah..


Ruhainies Bercinta Dengan Azrel Ismail?

Posted: 14 Jun 2016 09:01 PM PDT


Sudah beberapa kali bergandingan bersama, ada sesetengah pihak mendakwa wujudnya cinta lokasi antara dua orang pelakon baharu iaitu Ruhainies dan Azrel Ismail. Jika anda tertanya siapakah Azrel, beliau terkenal menerusi watak Dr Haris didalam drama Syurga Nur lakonan bersama Janna Nick.



Berbalik pada gosip cinta berkenaan, katanya Ruhainies dan Azrel mula rapat sejak setahun yang lalu dan mereka berdua kelihatan akrab dan mesra bersama.

Namun, Ruhainies menerusi portal BH ONLINE menjelaskan berita itu tidak benar dan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan.


Cerita kami bercinta tidak benar sama sekali kerana kami hanya rapat sebagai kawan baik. Sejak dipertemukan dalam drama Si Montel, kami kerap bertanya khabar atau berkongsi cerita menerusi telefon. Memang tidak berjumpa pun kerana masing-masing sibuk. Sebenarnya kami memang serasi berkawan apatah lagi Azrel banyak pengalaman yang boleh dikongsikan.



Malah, Ruhainies menyifatkan Azrel sebagai seorang kawan yang baik dan tidak pernah mengambil kesempatan terhadap dirinya. Azrel juga seorang yang periang dan tidak mudah untuk marah.


Dia kawan yang baik dan tidak pernah mengambil kesempatan membuatkan saya menyenanginya. Soal lebih daripada kawan itu memang saya tidak pernah terfikir langsung.

Azrel seorang yang periang dan jarang menunjukkan marah walaupun berdepan situasi kurang menyenangkan. Kesabarannya membuatkan saya cukup hormat padanya.



Setiap percintaan pasti bermula daripada persahabatan, tiada siapa tahu siapakah jodoh kita yang sebenar. Kalau mereka berdua bercinta pun agak sesuai sebenarnya. Azrel pun ada rupa dan ada yang samakan beliau dengan aktor Remy Ishak lagi.. Hehe..

Sumber Berita : BH ONLINE

____________________________________________________________________________



Hari ni Abang Nara nak introduce kat korang superhero terbaru! Name die InvestMan!!

Kalau korang nak tau InvestMan ni ada kaitan dgn seminar InvestSmart yang Abang Nara pernah post dulu. Die bersedia tolong korang utk jadi pelabur bijak dlm saham dan unit amanah! Dia berjuang di pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau SC. Die takde kene mengene dengan pengawal keselamatan tau, So.. sape SC ni?. SC ni fungsi dia mengawal selia peserta pasaran modal di Malaysia contohnye bank pelaburan, syarikat broker saham dan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Selain tu SC mengawal selia perkara berhubung dengan sekuriti, derivatif, unit amanah dan bon. Bukan James Bond
tau!

Berbalik kepada InvestSmart. Laman web InvestSmart ni SC buat untuk meng"expose"kan korang tentang pelaburan bijak, supaya korang tau macam mana nak melabur especially dalam saham dan unit amanah. Selain tu dorang juga akan share teknik memilih pelaburan yang sesuai dengan korang.

Bukan tu je.. yang paling win.. InvestSmart ada menganjurkan seminar PERCUMA.. Sesiape pun boleh join, yang noob pasal saham pun boleh mula belajar, unit amanah pun ada, siap dapat sijil dan cenderahati lagi… eh lupe pulak, seminar ni diadakan di seluruh Malaysia tau termasuk Sabah dan Sarawak!

Haa, dengar je PERCUMA mesti laju je korang nak tahu dengan lebih lanjut kan? Don't worry, meh Abang Nara tunjukkan cara die. Senang je, Like FB "InvestSmart SC", lepas tu call 03-62048127 atau layari www.investsmartsc.my untuk mendapatkan macam-macam maklumat tentang pelaburan bijak!

Bukan nak cakap ape la, retis pun ada post pasal InvestMan ni kat IG dorang. Check out IG dorang:
Shaheizy Sam, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Neelofa, Abam Aaron Aziz dan Elfira Loy.


(5 FOTO) Baby Bump Raja Farah Yang Semakin Terserlah

Posted: 14 Jun 2016 08:41 PM PDT


Sejak Raja Farah hamil ini, kami lihat wajah beliau semakin berseri. Jelas terpancar sinar bahagia diwajah beliau bukan? Malah, suaminya Iskandar Ismail katanya cukup memanjakan beliau. Raja Farah kini sedang hamil 29 minggu dan dijangka bersalin pada bulan Ogos depan.

Menerusi kenyataan di mStar Online, Raja Farah memberitahu beliau sudah mengetahui jantinya anaknya tetapi ingin merahsiakan perkara berkenaan sebagai kejutan buat keluarganya.



Baby bump Raja Farah juga sudah jelas kelihatan dan ia boleh dilihat menerusi foto-foto yang dimuat naik oleh beliau di Instagram.

Kami di Beautifulnara berharap Raja Farah dan anak didalam kandungan sentiasa sihat dan semoga proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Jom layan beberapa lagi foto baby bump Raja Farah yang semakin terserlah dengan membaca entri ini sepenuhnya.





Awie Akui Tidak Pernah Beri Wang Perbelanjaan Untuk 2 Orang Anaknya

Posted: 14 Jun 2016 08:08 PM PDT


Penyanyi dan pelakon Awie mengaku tidak pernah memberi wang untuk perbelanjaan dua anaknya yang kini di bawah jagaan bekas isteri, Rozana Misbun.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, dia tidak memberikan wang kerana tidak melihat sendiri anaknya sejak dilarikan Rozana dua tahun lalu.

Menjawab soalan peguam Nor Afandi Dahari yang mewakili Rozana, 38, dalam perbicaraan tuntutan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan semalam, Awie menjelaskan, dia menanggung penuh perbelanjaan keluarganya sepanjang tempoh perkahwinan dengan pendapatan lebih kurang RM40,000 sebulan.

Ditanya Afandi adakah Awie mempunyai usaha untuk menjenguk anaknya yang berada di bawah jagaan Rozana, Awie berkata, dia tidak pernah pergi ke rumah tempat tinggal Rozana dan anak-anaknya.
Menjelaskan lebih lanjut, Awie mendakwa rumah yang dihuni mereka berpuaka dan ada banyak 'setan' maka dia tidak pergi ke sana menjenguk anak-anak.

Selain itu, Awie menambah, dia tidak cuba pergi ke kediaman keluarga Rozana kerana keluarga Rozana tidak menyukainya dan pernah dimaki hamun seolah-olah tiada langsung kebaikan dalam dirinya.

“Saya tunggu hari demi hari, bicara demi bicara. Saya harap dapat jumpa anak-anak saya kembali," katanya.

Sementara itu, ketika disoal semula peguamnya Mohd Syafiq Norizan, Awie berkata, dia sentiasa bersedia membelikan barangan keperluan anaknya dengan membawa dua kanak-kanak tersebut keluar membeli-belah bersama.

Melalui tuntutan nafkah anak yang difailkan Rozana pada 5 November tahun lalu, Rozana menuntut perbelanjaan makan dan minum serta kelengkapan diri berjumlah RM3,000, kos tempat tinggal (RM1,500) dan bayaran pembantu rumah untuk Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6.

Rozana juga menuntut RM2,000 setiap tiga bulan untuk pembelian pakaian, RM1,500 bagi perbelanjaan persiapan persekolahan dan RM3,000 untuk persiapan pakaian sempena perayaan.

Tuntutan dibuat mengikut Seksyen 73, Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Sementara itu, pada prosiding sama, pengurus peribadi Awie, Ahmad Fahizad Mohd Idris, 37, yang dipanggil sebagai saksi defendan dalam keterangannya berkata, selain menguruskan jadual kerja Awie, dia juga sedikit sebanyak menguruskan rumah dan perbelanjaan keluarga itu.

Menjawab soalan Mohd Syafiq, Fahizad berkata, Rozana tidak amanah dalam menguruskan perbelanjaan keluarga kerana membelanjakan wang yang diperuntukkan untuk keluarga untuk kepentingan sendiri dengan membeli pelbagai barangan termasuk beg tangan dan kasut.

Ahmad Fahizad berkata, Awie telah membayar nafkah anak sementara sebanyak RM1,600 bermula Mei lalu seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi Syariah bulan lepas.

Hakim Syarie Che Saupi Che Hassan kemudian menetapkan 15 Ogos ini untuk keputusan. Sumber Sinar Harian.



P.S: Nak mendirikan masjid lepas Aidilfitri nanti? Abadikan detik indah tersebut dengan mendapatkan jurugambar terbaik yang pernah Abang Nara ketahui iaitu Ryaniez Moments Photography. Tempah sekarang untuk dapatkan harga promosi sempena bulan Ramadhan. Profesional, album siap on time, harga berpatutan, tak berkira, mesra dan mudah dirunding. Confirm puas hati punya. Maklumat lanjut mesej/telefon/Whatsapp ke 016-5564408 atau boleh PM di Facebook Ryaniez Moments Photography.


Rafidah Ibrahim Anggap Pemberian Jam Tangan RM40,000 Tidak Membazir

Posted: 14 Jun 2016 07:34 PM PDT


Umum mengetahui baru-baru ini Rafidah Ibrahim telah menerima hadiah jam tangan jenama Rolex yang bernilai RM40,000 bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke 30.



Ramai yang beranggapan, pemberian itu adalah satu pembaziran kerana dalam keadaan ekonomi yang meleset ketika ini, pelbagai jenis barang keperluan boleh dibeli dengan nilai sebesar itu.

Namun, buat Fida ia bukanlah satu pembaziran kerana jam itu boleh dipakai berulang-ulang kali.


Orang akan cakap macam-macam. Ia tidak membazir sebab jam itu kita boleh pakai juga. Ia tidak dibuang.

Sejak foto jam tangan berkenaan tersebar secara luas di Internet dan diketahui ramai Fida takut untuk memakainya setiap masa.




Jam itu lebih RM40,000. Fida tidak akan pakai sembarangan kecuali jika perlu hadir di majlis penting.

Jika pakai saja-saja, Fida pun tidak berani sebab benda ini sudah heboh dicerita. Fida tidak pakai setiap masa. Apabila perlu, baru Fida pakai.



Kami pun tidak mahu komen lebih, tapi mungkin sudah rezeki Fida untuk "merasa" pakai jam tangan mewah. Soal membazir itu terpulang pada individu sebenarnya.

Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : The Malay Mail Online


Liyana Jasmay Nafi Suaminya Diganggu Oleh Rakan Artis

Posted: 14 Jun 2016 07:00 PM PDT


Agak jarang sebenarnya kita dengar sebarang gosip mengenai rumah tangga Liyana Jasmay, tetapi baru-baru ini ada yang mengatakan suaminya diganggu rakan artis wanita.

Mendengar berita berkenaan, Liyana akui beliau merasa agak terkejut bagaimana cerita berkenaan boleh timbul.




Saya tak tahu nak komen macam mana. Sejujurnya, saya terkejut macam mana cerita ini boleh timbul. Apa boleh saya katakan, ia dakwaan palsu.

Kalau nak tahu, saya dan suami akan keluar bersama beberapa rakan seperti Lisa Surihani, Intan Ladiyana dan Fazura. Mustahil mereka berkelakuan sedemikian. Lagipun, suami sentiasa ada bersama saya.

Malah, Liyana berkata isu ini juga tidak perlu diperbesarkan dan pada masa yang sama beliau selepas ini, tidak akan berkongsi lagi kisah peribadinya terutama sekali tentang rumah tangganya kerana tidak mahu cerita yang tidak benar disebarkan lagi.




Saya rasa cukup setakat ini berkongsi kisah peribadi. Bukan apa, terlalu banyak perkara yang boleh menimbulkan persepsi negatif. Kalau membabitkan anak saya okey lagi.

Kalau dah jadi artis mustahil untuk lari daripada gosip. Mungkin tindakan Liyana Jasmay untuk tidak lagi kongiskan kisah rumah tangganya adalah jalan terbaik untuk isu seperti ini tidak berlaku lagi.


Persiapan Perkahwinan Hampir Selesai , Saya Dah Sedia Jadi Suami – Saharul Ridzwan

Posted: 14 Jun 2016 06:32 PM PDT


Baru-baru ini pelakon Saharul Ridzwan mengakui beliau bakal menamatkan zaman bujangnya selepas Aidilfitri ini. Namun, Saharul enggan mendedahkan siapakah bakal isterinya dan cuma memberitahu wanita berkenaan merupakan kenalan lama beliau yang merupakan seorang ahli perniagaan.



Ramai yang bertanya tarikh sebenar pernikahan beliau tetapi buat masa ini Saharul ingin merahsiakannya.

Walaubagaimanapun, Saharul memberitahu persiapan perkahwinan beliau hampir selesai dan beliau sudah bersedia untuk bergelar suami.




Cukuplah setakat ini orang tahu yang saya akan kahwin selepas raya nanti. Tarikh atau lokasi memang belum dapat didedahkan hingga masanya tiba.

Lagipun saya tidak mahu terlalu beriya-iya kerana kita sekadar merancang, Tuhan yang menentukan.

Dari segi persiapan segala-galanya hampir selesai malah saya sendiri sudah sedia memikul tanggungjawab sebagai suami terutama dari segi bimbingan kerohanian.



Kami mendoakan yang terbaik buat Saharul Ridzwan dan bakal isterinya, semoga rumah tangga yang bakal dibina tidak lama lagi kekal sehingga jannah.

Sumber Berita : BH ONLINE


@



Intan Ladyana Belum Sedia Dedah Kekasih